“Morning Qisya! Bos you ada?” Haris menyapa gadis cantik yang bernama Qisha tu.
“Eh Big Bos. Maaf saya
tak perasan tadi. Tengku ade, Big Bos nak jumpa ke?” Qisha terkejut sedikit
melihat Haris tiba-tiba berada di sebelahnya.
“Its ok. Kusyuk sangat
mengadap laptop tu memang la tak perasan saya. Banyak sangat ke schedule Akid
awak nak arrange?”
“Boleh tahan la. Next
week punya minit meeting ni saya baru nak buat.” Qisha tersengih sendiri.
“Ok, I tak nak kacau
Akid punya staff. I masuk dulu ok. Oh ye, by the way this is our new staff, Cik
Dahlia. Staff under department Human Resource. Dahlia, Qisha ni orang kuat bos
yang ade kat dalam bilik tu.” Haris tunding jari pada bilik yang berade di
depan kami. Aku senyum dan menghulurkan tangan. Qisha menyambut.
“Oh hai. My name is
Qisha Akira. Just call me Qisha.”
“Dahlia.”
“Ok Qisha, I masuk
dulu.”
“Baik Encik Haris.”
Haris ketuk pintu yang tertera tanda nama Tengku Akid Irfhan Bin Tengku Mufid –
CFO. Ape bende la pulak CFO tu. Haris punye CEO. CEO tu biasa jugak la aku
dengar dalam tv atau dalam novel-novel yang aku baca. UFO tu aku tahu la. Tapi,
CFO? Hurm..
“Jom Lia.” Haris ajak
aku masuk. Bila aku masuk lagi sekali aku terpegun tengok susunan dalam bilik
pejabat tu. Mak Aih! Cantik betul. Besar bilik tu lebih kurang macam bilik Haris.
Sama la, ada sofa bagai. Warna cat dinding pun cantik.
“Sibuk ke Kid?”
“Kau duduk jap. Aku nak
cari report D’Mewah bulan 3 punya. Entah mana si Qisya ni simpan.” Akid yang
Haris tegur tu tengah tunduk bawah. Cari fail yang dia cakap tu kat laci meja kot.
Haris buat isyarat mata suruh aku duduk dekat kerusi berhadapan dengan kerusi
lelaki yang bernama Akid tu.
“Yes, what can I help
you?” Lelaki nama Akid tu bangun. Terbeliak sikit mata aku tengok lelaki depan
aku ni. Mamat campur! Aku tengok dia pun macam terkejut tengok aku.
“Bro, let me introduce,
Dahlia. Our new staff. Aku letakkan dia kat bawah Nadia.” Haris perkenalkan aku
dekat mamat campur. Aku anggukkan kepala sikit tanda hormat. Mamat campur macam
biasa la kalau nampak aku, pandang je tak berkelip. Macam ada batang mancis kat
mata die tu.
“Kid, Kid.” Haris
panggil mamat campur lagi. Akhirnya, mamat campur baru reti nak pandang Haris.
“Dia boleh buat kerja
ke?” Terbeliak mata aku bila dengar soalan mamat campur. Berlagaknya. Sampai
hati dia merendah-rendahkan aku. Aku tahu la aku budak kampung. Lagipun untuk
pengetahuan kau, bukan aku yang mengada nak kerja dalam pejabat, Haris ni yang
memandai. Huh!
“Come on Kid, benda
boleh belajar. Don’t worry man, bukan aku nak suruh Dahlia ganti Qisha kau tu.”
“Aku tak kisah Ris.
Jangan sebab dia, Nad kelam kabut pulak nanti. Asyik nak ajar dia je.”
“Relax la Kid. Emo
lebih pulak kau ni. Dah la, mood kau tak baik kot. Aku nak bawak Lia
ronda-ronda. Nad pun aku belum bawak jumpa lagi ni. Kita jumpa nanti ok. By the
way, lunch nanti Im not with you sebab aku nak lunch dengan Lia.” Aku pandang
Haris. Tak cakap pun nak makan sama.
“Ok Ris, aku pun ada
kerja sikit ni. Esok nak pergi D’Mewah pulak. Kita jumpa nanti.”
“Ok. Lupa pulak aku nak
introduce kau kat Lia. Lia, ni Tengku Akid Irfhan our CFO. Kalau Lia ingat
minggu lepas dia ada datang makan malam dekat rumah. Ingat tak?” Mustahil la
tak ingat Haris. Itu bukan pertama kali aku jumpa dengan mamat campur yang
berlagak ni. Pertama kali jumpa dah kena maki hamun. Siapa boleh lupa? Harapkan
muka je handsome.
“Lia ingat Encik
Haris.” Tu je la yang aku boleh cakap depan-depan. Yang tadi tu semua dalam
hati je la aku berani.
“Ok then, kami keluar
dulu Kid.” Akid angguk. Tak sabar aku nak keluar dari bilik mamat campur ni.
Rimas!
Akid pejamkan mata.
‘Dia muncul lagi dalam hidup aku. Kali ni makin hampir. Kenapa Haris bawak dia
masuk kerja kat hotel? Tak kan lah Haris ada perasaan dengan dia. Tak mungkin
itu taste Haris. Tapi, mungkin ke itu taste aku? Dahlia!’ Akid meraup rambutnya
ke belakang.
“So, how’s your
work today?” Soalan yang pertama Haris tanya aku waktu aku dengan Haris tengah
makan tengah hari bersama.
“Alhamdulillah, setakat
ni ok Abang Haris. Nadia banyak terangkan dekat Lia macam mana nak buat kerja.
Ruby, Alya dengan Suraya pun baik dengan Lia.”
“Bagus la kalau macam
tu. Cepat jugak Lia dapat sesuaikan diri dengan diaorang. Diaorang semua tu
gila-gila tahu.” Aku tersengih je la.
“Tapi Abang Haris, Lia
ada benda nak bagitahu ni.” Haris yang tengah sedap mengunyah terus pandang
aku.
“Kenapa Lia? Lia ada
masalah apa, bagitahu Abang.”
“Hurm.. Lia.. Lia.. Lia
tak berapa pandai bahasa inggeris la.” Aku tersengih sorang-sorang. Malu kot.
Hikhik.. Aku tengok Haris dah nak macam tergelak dah.
“Laa.. pasal tu je ke.
Lia jangan risau. Sebenarnya Abang dah arrange untuk Lia ambil kelas bahasa
inggeris. Lia tak payah nak risau segala jenis yuran sebab semua tu company
yang akan tanggung untuk Lia. Apa yang Lia kena buat belajar betul-betul. Ok?”
“Har!! Betul ke Abang
Ris. Lia tak payah bayar apa-apa?”
“Betul la. Bukan Lia
je. Dulu Suraya pun Abang masukkan dia kelas jugak. Asalkan nak belajar, Abang
tak kisah.” “Kalau macam tu, boleh
la. Bila Lia boleh start?” Aku pulak dah tak sabar. Hikhik..
“Abang dah tengok jadual,
mungkin lusa Lia dah boleh start.”
“Terima kasih Abang
Ris. Abang banyak tolong Lia.”
“Abang tak nak terima
kasih, Abang nak lain boleh?” Ape benda pulak Haris ni nak. Seram pulak aku.
“Nak apa yer?”
Takut-takut aku tanya. Haris gelak, Gelak pulak dia ni.
“Lia ni sweet la.
Kenapa tanya pun macam takut-takut. Hurm.. Abang nak Lia teman Abang malam ni
boleh. Abang nak cari barang sikit dekat mall. Please..” Haris buat muka
kesian. Masalahnya, muka kesian pun handsome. Tak betul dah aku ni. Aishh..
“InsyaAllah. Apa-apa
pun Lia kena mintak izin mama.”
“Abang confirm, mama
Lia mesti bagi punye.” Bukan main yakin Haris ni. Tu mama aku ke mama dia
entah.
Jam 2.30 petang aku
dengan Haris sampai pejabat. Waktu dalam lif kami bertembung dengan mamat
campur. Mamat campur macam biasa la, dok tenung je aku ni. Rimas! Haris tengah
cakap dengan dia pun dia boleh nak jelling-jeling aku. Benci! Sampai kat
tingkat 39 lif berhenti. Waktu aku nak keluar pergi jabatan Hal Ehwal Sumber
Pekerja Haris mintak aku tunggu sekejap.
“Lia, tunggu sekejap.”
Aku pandang Haris.
“Kid, boleh tolong
aku?” Mamat campur pun pandang Haris.
“Aku ada kerja sikit
and aku nak mintak tolong kau bawak Lia tengok bilik-bilik hotel kita. Before
lunch tadi aku tak sempat nak bawak. Kau free tak?”
Har!!!! Jalan-jalan
dengan mamat campur. Tak nak boleh tak?
“Hurm.. Yeah, boleh.
Awak datang bilik saya dalam pukul 3 nanti.” Mamat campur bagi arahan yang buat
aku rasa menyampah. Suka-suka nak bagi arahan. Tapi memang patut pun. Dia pun
bos besar jugak dekat hotel ni.
“Baik Encik.”
“Ok, Lia masuk pejabat
dulu ok.” Aku angguk dan keluar dari lif.
Thanks for reading..
First time saya baca criter ni..mcm menarik je...Do continue ye Cik Writer!. BTW, watak Akid tu dah ada photonya, utk watak Dahlia dah ada ke? Kalau letak photo Wawa Zainal or Nad Zainal ok tak? For me, diaorg ni comel & sedap mata memandang..yg penting ada ada rupa gadis Melayu. What do u think..
ReplyDeleteWah!!! tenkiu..tenkiu.. tenkiu for reading. Heroin tu awk nk imagine sape pun boley. Wawa zainal pun ok. sweet je ngn lesung pipit die tu. hikhik.. Continue read ya!
Delete