Ting!!
Hanis Ilaikha keluar dari perut lif. ‘Where are you Akid? Right or left? Hurm..
Let start with right side, Hanis. Nak call, bateri pulak kong. Aishh..Time ni la plak handphone ni buat hal.’ Hanis
Ilaikha mula berjalan. Setiap suite yang masih kosong Hanis Ilaikha jengah,
tapi batang hidung Akid Irfhan langsung tak nampak. Hanis Ilaikha memutar tombol
suite nombor 3408. Tak kunci! Perlahan-lahan Hanis Ilaikha tolak suite yang tak
berkunci tu. Macam takde orang. Hanis Ilaikha pusing balik dan nak keluar dari
suite 3408. ‘Tapi, kalau takde orang kenapa bilik ni tak berkunci?’ Hanis
Ilaikha pusing dan masuk semula suite 3408. Melilau mata Hanis Ilaikha melihat
sekeliling suite 3408. ‘Agaknya betul la takde siapa. Mungkin staff lupa nak
kunci. Hurm. Eh kejap, kasut siapa tu?’
Ya Allah! Sedarkan la
Tengku Akid Irfhan ni. Kenapa makin dekat pulak muka dia yang handsome ni kat
aku. Lagi sikit bibir Tenku Akid Irfhan nak cecah kat bibir aku terus aku
paling muka ke kanan. Akid Irfhan mengeluh perlahan. Lain yang dia nak, lain
yang dia dapat. ‘Tapi takpe, masih ada banyak masa lagi.’ Perlahan Tengku Akid
Irfhan mengucup pipi Dahlia. Dahlia memejamkan mata.
“Akid!!” Aku dan Tengku
Akid Irfhan sama-sama memandang ke arah pintu bilik. Cik Hanis! Bila aku tengok
Tengku Akid Irfhan dah leka, aku tolak badan dia.
“Cik Hanis, jangan
fikir yang bukan-bukan. Kami tak buat apa-apa. Saya..” Hanis mendekati aku dan Pang!!
“Shut up!” Adoi!!
Sedap-sedap hati je lempang pipi aku. Apa la dosa pipi aku ni. Tadi kena cium
dengan Tengku yang garang sekarang pulak percuma je kena tampar dengan anak
majikan. Huh!
“Berani kau nak goda
boyfriend aku eh. Perempuan tak malu! Sedar la sikit kau tu siapa.” Hanis tolak
badan aku. Aku jatuh balik kat katil.
“Apa ni Hanis? Dah la.”
Tengku Akid Irfhan cuba nak pertahankan Dahlia.
“Dah you cakap? Sayang,
apa you buat dekat sini? Berdua dengan minah kampung ni. You jangan cakap minah
kampung ni staff baru you.”
“Yes, she is.”
“Har!!!” Terbeliak mata
Hanis. Hanis menghampiri aku lagi tapi Tengku Akid Irfhan sempat halang Hanis.
“Lepaskan I Kid, biar I
ajar minah kampung ni. I tahu dia nak menggoda you!” Takut betul aku tengok
muka Hanis. Macam dah kena rasuk hantu pun ada. Agaknya kalau Hanis nampak Tengku Akid Irfhan cium pipi aku tadi terus bertukar hijau la kot.
“Maafkan saya Cik
Hanis. Saya tak buat apa-apa pun dengan Tengku.”
“Sudah Dahlia! Kau
boleh pergi. Biar aku uruskan Hanis. Keluar!” Tinggi suara Tengku Akid Irfhan
suruh aku keluar dari suite tu. Cakap baik-baik tak boleh ke? Aku belum pekak
la. Cepat-cepat aku keluar dari suite tu.
“Kenapa you biar dia
pergi? I belum settle dengan dia.”
“Sudah la Hanis. Betul
cakap dia, I dengan dia tak buat apa pun. Believe me.”
“Explain me, kenapa you
ada dekat atas dia tadi? Why?” Hanis membesarkan matanya.
“Dia nak terjatuh dan
kebetulan I ada dekat belakang dia. I cuma nak tolong dia Nis, that’s all.”
Perlahan suara Tengku Akid Irfhan menjelaskan apa yang telah terjadi. ‘Cukup la
kau tahu sampai situ je Hanis. Bukan apa yang dah jadi selepas tu.’
“Ok. I percaya cakap
you. Next time I nampak dia buat macam tu lagi kat you, memang I bunuh dia. I
swear I kill her Kid.”
“Finish ok! You datang
sini cari I ke?” Tengku Akid Irfhan berjalan ke depan dan duduk di atas sofa.
Fikirannya melayang pada Dahlia. ‘Maaf Dahlia, aku tak sengaja nak tengking
kau.’
“Of course I cari you
sayang. Jom, teman I shopping.” Hanis Ilaikha duduk bersebelahan Tengku Akid
Irfhan. Merangkul lengan Tengku Akid Irfhan dan melentokkan kepalanya di bahu
Tengku Akid Irfhan. Manja.
“Apa yang you merepek
ni Hanis? I kan tengah kerja sekarang. Mana boleh suka-suka nak keluar.
Mengamuk abang you tu nanti.”
“Alaaa.. ni kan family
business. Kita pun nak kahwin dah kan. Abang Ris takkan marah la. Jom la
sayang!”
“Please Nis. Sekarang I
memang tak boleh. Kita jumpa malam nanti je ok.”
“Ok fine! I keep your
word. Jumpa malam nanti. Meet you at Pavi. I balik dulu ok.” Hanis Ilaikha
mengucup pipi Tengku Akid Irfhan. Tengku Akid Irfhan cuba mengelak tetapi bibir
Hanis Ilaikha lebih pantas mendarat di pipi Tengku Akid Irfhan. Hanis Ilaikha
bangun dan keluar dari suite. Tengku Akid Irfhan bersandar dan memejamkan
matanya. Laju otaknya mengimbas kejadian bersama Dahlia. ‘Apa yang aku dah
buat? Kenapa aku tak boleh kontrol diri aku tadi? Aku tak boleh macam ni. Aku
tak boleh selalu dengan dia. Dia boleh buat aku hilang kawalan diri. Apa yang
dah jadi tadi aku mesti lupakan. Ya. Mesti!’ Tengku Akid Irfhan membuka mata
apabila mendengar telefon bimbitnya berdering. Haris!
“Dahlia still with
you?”
“Er.. yes. Why?”
“No wonder. Aku cari
dia dekat HR tapi Nad cakap dia takde. Risau aku. Kenapa lama sangat kau bawak
die tengok bilik? Tak settle lagi ke?”
“Er.. belum. Dah nak
habis pun sebenarnya. Ris, tadi kau cakap dia takde kat HR?” Tengku Akid Irfhan
terkejut bila Haris beritahu Dahlia tak ada dalam bilik jabatan Hal Ehwal Sumber
Manusia.
“Memang la dia takde
kat HR, dah dia dengan kau. By the way, suruh dia datang bilik aku boleh? Aku
nak jumpa dia.”
“Er.. jumpa kau? Er..
boleh.. boleh..”
“Yang kau gagap semacam
ni apahal?”
“Takde pe Ris. Dia ade
ni. Aku suruh dia jumpa kau sekarang ok.”
“Ok, thanks Kid.”
Talian mati. Nafas Tengku Akid Irfhan juga seakan mati. ‘Mana aku nak cari
Dahlia?’ Tengku Akid Irfhan buntu. Tengku Akid Irfhan bangun dan keluar dari
suite. Setiap tingkat Tengku Akid Irfhan cari tapi Dahlia tetap tak jumpa.
Semua bilik air wanita Tengku Akid Irfhan arahkan pencuci tandas periksa tapi
tetap tak ada. ‘Aku takde cara lain melainkan aku kena terus terang pada Haris.
Huh!
“Masuk!” Haris
mengarahkan Tengku Akid Irfhan masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“Ris, aku..” Tengku
Akid Irfhan terkejut. Dahlia betul-betul berada di depan dia sekarang.
“Kenapa Kid?”
“Mana kau jumpa
Dahlia?”
“Aku jumpa dia kat luar
bilik aku tadi. Muka die sembab macam baru lepas menangis. Bila aku tanya dia
tak nak jawab. Kau tahu kenapa Kid?”
“Aku.. aku..”
“Encik Haris, Lia kan
dah cakap takde apa-apa. Lia ok. Mungkin mata Lia masuk habuk.” Tengku Akid
Irfhan terus pandang Dahlia.
“Takpe la kalau dah Lia
cakap macam tu. Aku ingat kau ada buat something kat Lia.” Tengku Akid Irfhan
telan air liur. ‘Memang ada pun.’
“Aku tak buat apa-apa
la Ris. Kau suruh aku tunjuk suite, tu je la aku buat.” Aku jeling Tengku Akid
Irfhan. Pembohong betul!
“Kalau takde ape ok la.
Ok la Kid, kau boleh keluar.” Tengku Akid Irfhan angguk dan terus keluar dari
bilik Haris.
“Lia tunggu Abang
sekejap ye. Abang settle kan kerja sikit lepas tu kita balik.” Aku angguk.
*********************************************************************
Balik
dari teman Haris beli barang dekat shopping mall, Haris ajak aku pergi makan.
Haris cakap dia teringin sangat nak makan sate. Aku ikut je. Habis makan kami
terus balik rumah. Waktu aku nak keluar dari kereta, Haris tahan aku.
“Terima kasih sebab
teman Abang malam ni.”
“Oh, takpe. Abang pun
dah banyak tolong Lia. Tak terbalas budi Abang kat Lia.”
“Hurm.. Abang nak bagi
something kat Lia and Lia tak boleh tolak tahu.”
“Apa?” Aku kerut
kening.
“Lia bukak dashboard
kat depan Lia tu.” Aku ikut. Bila aku bukak, aku nampak ada satu kotak warna
hitam yang tak berapa besar.
“Ni untuk Lia?” Haris
angguk.
“Bukak la.” Aku ikut
lagi cakap Haris. Telefon bimbit!! Mahal ni.
“Kenapa Abang bagi Lia
telefon? Lia tak nak la.”
“Lia kena ambil jugak.
Nanti Lia kan dah nak mula masuk kelas bahasa inggeris, senang la Abang nak
tahu Lia dah habis kelas ke belum. Abang tak nak dengar apa-apa dari Lia
sekarang. Esok Abang ajar macam mana nak guna telefon ni ok. Abang dah simpan
nombor telefon Abang dalam telefon ni. Kalau malam nanti Lia rindu kat Abang,
Lia call je ok.” Aku gelak. Rindu? Boleh ke aku rindu kat Bos besar aku ni.
Mimpi pun tak lepas kot.
“Ada ada je la Abang
Ris ni. Terima kasih Abang.”
“Petang tadi Abang tahu
Lia menangis. Boleh Abang tahu kenapa? Akid ada buat apa-apa pada Lia ke?” Aku
pandang Haris. Mana dia tahu ni atau dia saja-saja teka. Apa aku nak cakap ni?
“Abang, kan Lia dah
cakap takde ape. Hurm, sebenarnya bukan benda besar pun. Lia.. Lia.. rindu kat
kampung. Tu je.” Fuh! Bedal je la. Tu je yang aku boleh auta sekarang. Haris
gelak. Aku buat lawak ke tadi?
“Lia ni, sebab tu je
ke? Abang ingat kan Akid mengorat Lia. Hurm, sebab rindu kat kampung pun nak
menangis ke. Manja sangat Lia ni.”
“Abang ni, gelak pulak.
Tak kelakar ok.” Aku muncungkan sikit mulut aku. Merajuk la konon!
“Ok, ok. Sorry. Abang
minta maaf. Dah la, tak nak merajuk macam ni. Macam ni la, bila Abang free
nanti Abang bawak Lia balik kampung. Happy tak?”
Happy? Memang tak la.
Aku takkan sekali-kali menjejakkan kaki aku dekat kampung puaka tu lagi.
Khairul Azmi, apa yang kau dah buat dekat aku memang aku takkan lupa sampai
bila-bila.
“Lia.. Lia..”
“Ye Abang.”
“Sah! Memang Lia rindu
sangat dengan kampung sampai Abang panggil pun Lia tak sedar. Esok kita balik
kampung nak?”
“Mengarut la Abang Ris
ni. Lia dah tak rindu dah. Lia nak mula hidup baru dekat sini dengan mama.
Kampung tu masa lalu Lia dan Lia tak nak kenang lagi apa-apa kat sana.”
“Kenapa Lia datang KL?
Apa yang dah jadi kat kampung Lia?”
“Takde ape la Abang.
Abang, Lia nak masuk. Dah lewat ni,nanti mama bising pulak. Esok nak kerja
lagi.”
“Ok. Lia masuk la. Tidur
awal sikit. Esok jangan lambat tahu. Lia mimpikan Abang ye tidur nanti.” Aku
berpaling memandang Haris. Aku tengok Haris tersengih.
“Kenapa Lia nak
mimpikan Abang pulak?”
“Sebab.. Abang lelaki
paling handsome pernah Lia kenal kan.”
“Amboi! Perasan jugak
Abang Ris ni ye. Tapi, memang betul pun."
“Apa yang betul?”
“Abang memang lelaki
yang paling handsome pernah Lia kenal.”
“Lia serius ke?” Aku
angguk.
“Buat masa ni la.
Esok-esok Lia jumpa lagi handsome dari Abang Ris, Abang Ris yang paling corot
la jadinya.” Aku gelak dan terus keluar dari kereta Haris. Haris juga tergelak
sama. ‘Nakal!’
*********************************************************************
“Lia
dah balik mama.” Aku meletakkan kasut leper yang aku pakai di dalam rak kasut.
“Lia dah makan?” Mama
yang tengah asyik menonton tv menegur aku.
“Dah. Encik Haris
belanja makan sate tadi. Sedap ma.” Aku melabuhkan punggung di sebelah mama.
“Rapat mama tengok kamu
dengan Encik Haris tu.”
“Mama tak suke ke?” Aku
melentokkan kepala ke bahu mama.
“Lia, mama tahu Lia
pandai jage diri. Walau ape pun Lia kena sentiasa ingat siapa Encik Haris dan
siapa kita. Mama tak nak dengar cerita yang bukan-bukan pasal Lia, tahu!” Mama
menepuk-nepuk tangan aku.
“Baik ma. Lia akan
sentiasa jage diri Lia dan Lia akan ingat pesan mama.” Aku mencium pipi mama.
“Mesti belum solat kan?
Mandi lepas tu solat. Eh, kerja tadi macam mane?”
“Kerja? Hurm.. ok je
ma. Baru hari pertama kan.” Terbayang muka mamat campur kat kepala aku.
“Kerja baik-baik Lia.
Apa yang Lia tak faham, tak tahu tanya je. Jangan diam je. Jangan nak
menyusahkan kerja orang lain.”
“Ok bos! Lia mandi dulu
eh ma.”
Aku beredar dan menuju
ke bilik air. Selesai mandi dan solat, aku terus merebahkan badan di atas katil.
Aku tengok mama dah tidur lena dah. Mesti mama penat. Kesian mama. Mama jangan
risau ok, Lia janji, Lia akan kerja baik-baik dan bila gaji Lia dah ok Lia
tak nak mama kerja. Lia sayang mama! Aku cuba melelapkan mata. Aku bukak balik.
Aku tutup. Aku bukak balik. Aishhh!! Kenapa dengan aku ni? Kenapa muka dia yang
aku asyik nampak? Dahlia, dia dah buat tak senonoh dekat kau yang kau dok pikir
die tu kenapa? Aku letak tangan aku dekat pipi belah kanan. Perlahan-lahan mata
aku tutup.
“Kau cantik!”
Aku bukak mata balik.
Suara dia macam dekat dengan telinga aku. Pipi aku pulak macam baru lepas kena cium dengan dia. Apa dah jadi dengan aku ni?
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment