Cintaku
bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Seumur hidupku..
Aku tersenyum sendiri sambil
mendendangkan lagu milik Afgan. Pertama kali aku dengar lagu tu memang aku dah
terus jatuh hati dengan lirik dan suara Afgan. Merdu sangat suara Afgan. Pernah
aku berharap ada seorang lelaki yang akan nyanyikan lagu tu khas untuk aku.
Tapi aku tahu semua tu mustahil dan takkan terjadi. Aku melihat jam di tangan
dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku segera bangkit dari batu yang menjadi
alas duduk aku dari jam 5.00 petang tadi. Aku kena cepat sampai rumah sebelum
maghrib, kalau tidak mengamuk la mama nanti. Semasa aku hendak beredar,
seseorang menegur aku. Aku menoleh dan si dia tersenyum pada aku. Aku
menjeling. Tiba-tiba si dia menyambar lengan aku.
“Kenapa dengan kau ni?
Tak malu pegang-pegang aku.” Aku merentap kasar lengan aku dari pegangan si
dia.
“Aku nak cakap sikit
dengan kau.”
“Apa lagi kau nak Rul?
Aku nak balik la. Dah nak maghrib ni. Nanti mak aku cari.”
“Kenapa kau tolak
pinangan aku?” Aku pandang Khairul.
“Aku tak cintakan kau,
macam mana aku nak terima pinangan kau.”
“Tapi aku cinta sangat
dengan kau. Bagilah aku peluang Lia.” Khairul cuba memegang tangan aku. Aku
mengelak.
“Aku tak tahu kenapa
kau masuk meminang aku. Kau ingat aku tak tahu dah banyak perempuan kau
mainkan. Siapa yang tak kenal Khairul Azmi, anak ketua kampung yang kaki
perempuan. Tolong la Rul, jangan ganggu aku. Aku tahu kau boleh dapat lebih
baik dari aku.” Aku mula melangkah hendak meninggalkan Khairul tetapi Khairul
menghalang aku.
“Kau dengar sini Lia,
aku hanya sukakan kau dan aku nak kau jadi milik aku. Kalau dengan cara baik
kau tak nak dengar cakap aku, jangan menyesal aku dapatkan kau dengan cara kasar.
Ingat tu!” Khairul pergi dengan ugutan yang buat aku kecut perut.
********************************************************************
“Kamu dah solat Lia?”
Tanya mama sewaktu aku menjengah mama di dapur.
“Kejap lagi ma. Lia
kemas bilik tadi. Lepas ni baru ingat nak mandi, Mama nak Lia tolong?” Aku
menghampiri mama. Sedapnya bau bihun goreng mama.
“Lia, kenapa kamu tolak
pinangan Khairul?” Aku memandang mama.
“Kenapa? Mama suka ke
dengan Khairul tu?”
“Lia satu-satunya anak
mama. Sejak Lia lahir mama jaga Lia dalam keadaan yang sederhana. Mama tak
pernah bagi kemewahan pada Lia. Bila ada anak orang kaya nak masuk meminang
kamu, mestilah mama suka dan bersyukur.”
“Mama, Lia kenal
Khairul dari kecil. Lia anggap dia kawan je. Lia tak pernah suka dan tak pernah
cintakan dia ma. Lagipun apa yang Lia tahu Khairul tu dah ramai sangat mainkan perasaan
perempuan. Mama nak Lia pun jadi mangsa dia ke?”
“Mama tak tahu macam tu
perangai Khairul. Mama cuma risaukan masa depan Lia. Mama takut mama tak boleh
lama jaga Lia.” Aku terus memeluk mama.
“Mama jangan cakap
macam tu. Lia nak mama selalu jaga Lia. Kalau Lia kahwin pun, Lia angkut mama
sekali tahu. Dah la, tak payah nak cerita pasal Khairul tu. Menyampah Lia.” Aku
mengucup pipi mama.
“Kamu kalau lapar makan
dulu. Mama nak ke rumah Hajah Rosmah. Nak pulangkan mangkuk lepat dia haritu.”
Mama mencedok perlahan bihun ke dalam bekas Tupperware berwarna hijau cair.
“La, bagi Lia hantar
la. Dah malam ni ma.”
“Tak usah. Mama pun ada
hal nak jumpa Hajah tu. Kamu tu mandi lepas tu solat. Kalau dah lapar, makan
dulu.”
“Mama lama ke?”
“Takde la. Dah malam
pun. Takkan mama nak biar kamu sorang-sorang kat rumah ni. Mama pergi kejap
Lia. Kunci pintu dengan tigkap.” Mama menuju ke pintu hadapan.
“Ok ma. Jangan lama
sangat ma. Lia nak mama.” Aku memandang mama. Mama menoleh. ‘Kenapa aku rasa
tak sedap hati bila Lia cakap macam tu?’ Rohani bertanya sendiri. Tak lama
kemudian Rohani keluar meninggalkan anaknya keseorangan di rumah.
Aku masuk ke dalam
bilik untuk menukar pakaian. Selesai menukar pakaian, aku keluar dan hendak
menuju ke bilik air. Semasa aku melintas di hadapan bilik tidur mama, aku
perasan macam ada kelibat seseorang. Aku menjengahkan sedikit kepala aku ke
dalam bilik mama dengan jantung yang dah berdebar-debar. Aku buka lampu bilik
tidur mama tapi aku tak nampak apa-apa yang mencurigakan. Bila aku dah yakin
tak ada apa dalam bilik mama, aku tutup lampu dan keluar dari bilik mama.
Tiba-tiba..
“Hai sayang..” Aku
telan air liur. Kenapa suara tu aku macam kenal. Takkanlah..
“Kau ingat apa aku
janji dengan kau. Aku datang nak buat apa yang aku dah janji. Kau ingat tak?”
Perlahan-lahan aku menoleh ke depan.
“Macam mana kau boleh
masuk rumah aku? Baik kau keluar sekarang sebelum aku jerit. Kau jugak yang
dapat malu nanti.”
“Jerit la. Siapa yang
nak dengar. Mak kau pun takde kan. Agaknya mak kau memang nak suruh aku jadi
menantu die la. Hahaha..” Khairul makin menghampiri aku. Aku gugup. Aku mula
melangkah setapak demi setapak ke belakang. Tanpa aku sedar, aku terpijak
karpet lantai yang berada berhampiran dengan tangga menuju ke dapur bawah
rumah. Aku tidak dapat mengimbangi badan dan terjatuh di lantai. Waktu itu aku
lihat Khairul betul-betul berada di hadapan aku. Aku membetulkan tuala yang
mendedahkan bahu aku. Aku nekad! Aku pejamkan mata dan dengan sepenuh tenaga
yang aku ada aku tendang kaki Khairul. Khairul terjatuh. Cepat-cepat aku bangun
dan semasa aku hendak turun tangga menuju ke dapur bawah, Khairul memeluk aku
dari belakang.
“Lepaskan aku Rul.
Jangan apa-apakan aku. Aku merayu dengan kau Rul.” Aku meronta minta Khairul
melepaskan aku.
“Ini semua salah kau
Lia. Kalau kau terima pinangan aku, aku takkan sekejam ni pada kau. Aku
cintakan kau Lia.” Khairul mengucup belakang leher aku dengan rakus.
“Tolong la Rul. Kita
bincang balik. Jangan buat aku macam ni.” Aku dah mula menangis.
“Dengan cara macam ni
je kau akan jadi milik aku yang sah. Kau diam je Lia.” Aku memijak kaki
Khairul. Khairul melepaskan aku dan tak sempat aku nak lari, Khairul menolak
aku. Aku terjatuh dan kali ini dengan pantas Khairul menindih tubuh aku. Aku
memukul dada Khairul. Khairul mengucup leher aku. Aku meronta tapi Khairul
langsung tidak mempedulikan aku. Tiba-tiba Khairul mengadu kesakitan. Khairul
memegang kepalanya yang sakit seperti di pukul sesuatu. Aku menolak Khairul dan
Khairul terjatuh di sebelah aku. Aku bersyukur bila melihat ada sebatang kayu
di tangan mama. Khairul yang masih sedar, bangkit dan lari keluar dari rumah.
Mama memeluk dan menenangkan aku dan aku hanya mampu menangis.
“Kamu macam mana
Lia?” Mama menepuk belakang aku sewaktu aku sedang sarapan di dapur.
“Ok la ma. Badan Lia
ada rasa sengal-sengal sikit. Mungkin sebab jatuh semalam.” Aku menyuap nasi
goreng ke dalam mulut.
"Mama minta maaf
sayang. Mama menyesal tinggalkan kamu sorang-sorang malam tadi.” Mama memeluk
bahu aku. Aku tersenyum dan menepuk lengan mama.
“Ma, benda dah jadi
pun. Lia bersyukur takde benda yang tak elok jadi dekat Lia. Nasib baik mama
cepat kan.”
“Mama rasa tak sedap
hati Lia. Rupanya memang ada benda yang tak baik jadi dekat Lia. Mama tak
sangka Khairul boleh buat Lia macam ni. Ikutkan hati mama ni, nak je mengadu
dekat polis tahu.”
“Ma, Lia dah tak nak duduk
dekat sini.” Mama memandang aku.
“Mama faham sayang.
Tapi takkan Lia nak biarkan Khairul tu terlepas.”
“Ma, kalau kita buat
laporan polis pun polis takkan percaya. Mama tahukan, kita ni takde ape,
lainlah kalau keluarga Khairul tu. Bapak dia banyak duit. Bayar je polis, tak
pasal-pasal Lia yang kena tuduh balik. Entah-entah Lia kena kahwin paksa dengan
si Khairul tu. Orang jahat ni ma, banyak akal diaorang.”
“Kalau Lia dah tak nak
tinggal dekat kampung ni, mana kita nak pergi Lia?”
“Tu la, Lia pun tak
tahu ma.” Aku mengeluh perlahan. Tiba-tiba mama tersenyum.
“Kita pergi Kuala
Lumpur.” Aku yang sedang menghirup milo panas tersedak perlahan.
“Mama, kita nak buat
apa pergi sana?”
“Minggu lepas, Hajah
ada beritahu mama, kawan makcik Lina kamu nak cari orang gaji untuk kerja dekat
KL.”
“Mama nak kerja macam
tu ke?”
“Kita cuba dulu Lia.
Mama ingat mama kerja tu boleh lah kumpul duit. Bila duit kita dah cukup, mama
berhenti dan kita boleh berniaga gerai kecil-kecil dekat sana ataupun dekat
mana-mana la.”
“Ok. Kalau macam tu Lia
tolong mama. Boleh kurangkan kerja mama. Bila kita nak pergi ma?”
“Kita bertolak hari ni
jugak. Tapi biar mama telefon makcik Lina. Takut juga kalau dia dah dapat cari
orang.” Aku mengangguk. Dalam hati aku berdoa minta Allah s.w.t permudahkan
jalan kami.
No comments:
Post a Comment