Monday, 21 October 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 39


So, the meeting is over for today. Next meeting saya nak Cik Amanda submit the marketing report more details. Saya tak cakap this report tak complete tapi ada kurangnya dan saya tak berpuas hati. Is it ok for you Cik Amanda?” Haris memandang Amanda.

“Ok Encik Haris. I will fix it for next report. And for this report I will ask my staff to recheck again.” Haris angguk. Aku mencatatkan sesuatu di dalam diari.

“Tengku Akid, your report is great dan saya sangat berpuas hati. Thanks to you and your team.” Tengku Akid angguk.

“Alright guys, thank you so much for attend this meeting. Anda semua boleh keluar sekarang.” Seorang demi seorang bangun dari kerusi dan keluar dari bilik mesyuarat.

“Dahlia, tunggu sekejap.” Aku menoleh Haris dan angguk. Sempat mata aku jeling kat Tengku Akid. Masam je aku tengok muka hensem dia tu. Cemburu agaknya.

“Ok Ris, aku keluar dulu.” Haris angguk.

*********************************************************************

Tengku Akid mendail nombor telefon bimbit Dahlia. Berkali-kali tapi satu panggilan pun Dahlia tak jawab. Tengku Akid melihat jam di pergelangan tangannya, 6.30 petang. Tengku Akid mula risau. ‘Takkan la Dahlia dengan Haris duduk dalam meeting room lagi?’ Tengku Akid cuba menghubungi telefon meja Dahlia. Berdering sekejap dan kemudian panggilan di jawab.

“Hello.”

“Hello, Dahlia.”

“Ye saya. Siapa ni? Nak cakap dengan Encik Haris ke?”

“Sayang, ini Akid la.”

“Oh Tengku. Kenapa call office?”

“Banyak kali Akid call handphone sayang tapi Sayang tak jawab. Ini pun Akid cuba je call office. Mana handphone sayang?”

“Ada je dalam drower. Kejap Lia tengok.” Aku menarik laci dan mengambil telefon bimbit.

“Er, maaf Tengku. Lia silent la. Lepas meeting tadi memang terus lupa nak bagi phone suara balik. Sorry, sorry.” Tengku Akid menghela nafas lega.

“Next time jangan buat macam ni lagi sayang. Akid risau sangat.”

“Ok bos! Sorry again.”

“Hurm, kenapa sayang dekat atas lagi? Tunggu Haris ke?”

“Eh tak la. Encik Haris dah balik dah. Dia ada appointment dengan client dari Vietnam. Tadi meeting kan dia ada cakap. Tengku lupa eh?”

“Oh, Akid lupa la sayang. Dah tu, sayang kat atas dengan siapa?”

“Lia sorang je la. Lia ada kerja sikit nak kena settlekan. Kejap lagi Lia balik.”

“Sorang? Beraninya sayang Akid ni.”

“InsyaAllah tak ada apa kot. Tengku dah sampai rumah ke?”

“Er, a’ah.” Tengku Akid ketawa dalam hati. Sekali sekala mengenakan Dahlia apa salahnya.

“Ok la kalau macam tu. Kejap lagi Lia nak balik Lia call atau text Tengku ye.”

“Sayang balik macam mana?”

“Naik teksi la.”

“Bahaya sayang.”

“Ala.. bukan tak pernah. Dah berkali-kali tau. Tengku jangan risau ok.”

“Ok la kalau sayang dah cakap macam tu. Take care sayang. Bye.”

“Ok. Bye.” Dahlia mematikan talian. Perlahan telefon bimbitnya di masukkan terus ke dalam beg tangan. Dahlia kembali menyambung kerjanya.

Tengku Akid keluar dari kereta. Berjalan dari tempat parkir kereta di bawah hotel dan menuju ke lif. Butang lif ditekan. Tengku Akid masuk dan terus naik ke tingkat 40. Sampai di tingkat 40, Tengku Akid keluar. Perlahan Tengku Akid menuju ke meja Dahlia. Kosong! ‘Aik, Lia pergi mana? Mesti dalam bilik Haris ni. Hurm.. Macam mana aku nak masuk bilik Haris? Bilik dia ada CCTV. Eh kejap, yang terbongkok-bongkok tu siapa?’

“Argh!!” Aku menjerit. Siapa pulak yang menggatal nak tutup-tutup mata aku dari belakang ni?

“Sayang, ni Akid la.” Aku pusingkan badan. Aku tengok Tengku Akid dah tergelak-gelak dah.

“Tengku!” Aku pukul dada Tengku Akid.

“Main-main la. Terkejut la Lia. Kalau Lia ada heart attack ni memang dah jalan tahu!” Tengku Akid menarik tangan aku dan memeluk aku.

“Sorry sayang, Oh! Tahu takut. Dah tu, yang duduk kat atas ni sorang-sorang berani pulak?”

“Lia nak balik dah la ni. Susun fail je kejap. Tengku patah balik office ke? Cepatnya.”

“Tak la sayang. Akid ada kat parkir kereta tadi. Saja nak sakat sayang.”

“Jahat kan!” Aku cubit pinggang Tengku Akid

“Ouch! Sakit sayang.”

“Rasakan! Padan muka. Nak sangat sakat Lia kan.” Tiba-tiba aku tengok Tengku Akid pegang perut dia yang aku cubit tadi. Lepas tu, Tengku Akid terduduk kat atas lantai.

“Tengku, kenapa ni? Lia cubit je tadi.”

“Sakit.. argh!!” Muka Tengku Akid macam menahan kesakitan yang amat sangat.

“Tengku jangan nak main-main la, Lia cubit je. Bukan buat apa pun.”

“Akid lupa nak bagitahu sayang, Akid pernah buat operation kat perut. Mungkin Lia cubit tadi kena dekat tempat operate tu.” Tengku Akid mengerutkan dahi. Muka dia nampak sakit betul. Aku dah takut. Aku rasa bersalah sangat sebab cubit dia. Apa yang aku nak buat ni?

“Tengku maaf, Lia tak sengaja nak buat Tengku sakit. Kejap ye, Lia.. Lia call ambulan.” Aku pergi kat meja dan capai gagang.

“Kalau sayang nak Akid sihat, kiss sikit?” Aku toleh muka ke belakang sikit. Dia ni kan!

“Tengku!!! Jahat la.” Tengku Akid ketawa.

“Hahahaha!! Sayangnya Lia kat Akid kan. Muka Lia risau betul.” Tengku Akid gelak lagi.

“Jangan la buat macam tu lagi. Lia tak suka!” Aku masamkan muka. Tengku Akid berhenti ketawa.

“Maaf ye sayang. Saja nak usik Lia. I’m so so sorry. Dah la, balik jom.” Aku angguk.

“Tengku tunggu kejap. Lia kemas sikit lepas tu kita balik ok.” Tengku Akid angguk.


*********************************************************************

Next time jangan berani nak balik sendiri. Bagitahu Akid, Akid boleh hantar sayang. Tahu!” Tengku Akid cuit hidung aku. Tak sempat aku nak elak.

“Ish! Tengku kan tengah drive, jangan nak usik Lia boleh?”

“Tak boleh! Nak usik Lia jugak. Tak kira!” Aku gelak. Macam budak-budak.

“Tadi lepas meeting kenapa Haris panggil sayang? Sayang dating ke dengan dia?”

“Tak lah. Encik Haris tanya pasal kerja la. Cemburu eh?

“Mesti la. Sayang Akid berdua-duaan dengan lelaki lain, haruslah saya cemburu.” Aku ketawa. Senang hati dengan perangai Tengku Akid yang sekarang. Kalau perangai dia yang dulu buat aku sakit hati. Hikhik..

“Eh, ini bukan jalan nak balik rumah Datin. Tengku nak kidnap Lia lagi ke?” Baru aku perasan, jalan yang Tengku Akid pandu bukan ke arah banglo Datin.

“Erm, yup! Akid nak kidnap sayang sekejap. I miss you sayang and Akid nak spend time dengan sayang. Sekejap je, please!!”

“Hurm, ok!” Aku senyum. Tengku Akid pun senyum. Sebenarnya, aku pun rindu kat dia. Hikhik..

Tak lama lepas tu, kereta mewah Tengku Akid dah masuk satu kawasan sunyi. Aku dah macam takut la jugak. Tapi aku yakin kan hati aku yang Tengku Akid takkan buat apa-apa kat aku. Aku kena percayakan dia. Lampu-lampu dekat kawasan tu ada tapi macam suram-suram je. Ada la jugak aku nampak beberapa biji rumah tapi tak nampak macam rumah, dah macam istana. Dah belok sana, dah belok sini, naik bukit dan akhirnya kereta Tengku Akid berhenti di hadapan sebuah rumah yang agak besar la jugak. Lepas je pengawal yang ada kat dalam pondok tu naikkan pagar, laju kereta Tengku Akid masuk perkarangan rumah tu.

“Ok sayang, kita dah sampai!” Aku ke depankan badan dan tengok rumah cantik kat depan aku ni.

“Rumah siapa ni Tengku?”

“Masuk dulu jom! Nanti Akid beritahu.” Tengku Akid matikan enjin dan keluar dari kereta. Aku buka seat belt dan ikut Tengku Akid keluar. Aku masuk je kat dalam rumah tu, memang aku terpegun sangat. Cantik dan besar rumah tu! Siap ada swimming pool dalam rumah. Dinding rumah tu berkaca. Memang cantik sangat! Tapi rumah tu macam tak ada siapa yang tinggal. Sunyi je. Aku cari Tengku Akid tapi dia dah hilang. Aku berdiri je la dekat ruang tamu tu. Memang la aku ada nampak sofa tapi takkan nak main duduk je kan. Tuan rumah pun entah siapa-siapa.

“Sayang, kenapa berdiri kat situ. Duduk la.” Tengku Akid keluar entah dari mana. Kat tangan dia ada satu jag air oren.

“Tuan rumah tak jemput Lia duduk pun.”

“Baru je tadi tuan rumah suruh sayang duduk.” Tengku Akid letakkan jag air kat atas meja kaca.

“Bila?” Aku ingat balik. Mana ada sesiapa suruh aku duduk melainkan..

“Ini rumah Tengku ke?” Tengku Akid senyum.

“Meh duduk sini.” Tengku Akid suruh aku duduk sebelah dia. Perlahan aku menghampiri Tengku Akid.

“Mama Tengku mana?” Tengku Akid ketawa.

“Kenapa Tengku ketawa? Lia ada buat lawak ke?”

“This is my house dan bukan rumah family Akid la.” Aku pandang Tengku Akid.

“Tengku ada rumah sendiri?” Tengku Akid angguk.

“Rumah besar ni Tengku duduk sorang-sorang?” Tengku Akid angguk lagi.

“Lia ingat Tengku tinggal dengan family Tengku. Kesian la kat mama Tengku tinggal sorang-sorang.”

“Actually Akid tak stay kat sini pun. Akid dah 3 tahun beli rumah ni dan sorang pun tak tahu Akid ada rumah ni. Mama pun tak tahu.”

“Kenapa?”

“Akid perlukan kebebasan, keselesaan, ketenangan dan kadang-kadang semua yang Akid nak tu Akid tak dapat kat rumah mama atau kat mana-mana. Cuma kat sini! Bila Akid nak lari dari Hanis ke, dari stress kerja ke atau dari apa-apa masalah la memang Akid terperap kat sini ataupun rumah rehat Akid yang Akid kidnap Lia dulu tu.” Tengku Akid tersengih. Aku pandang bawah. Ish! Malu la aku Tengku Akid oi!

“Oh, macam tu. Rumah ni pun Tengku upah orang jaga dan bersihkan ke?”

“Yup! Seminggu sekali pembantu tu datang la. Pembantu tu datang bersihkan je. Pakcik guard kat luar tu yang tolong jagakan.” Aku anggukkan kepala.

“Hurm.. pembantu rumah Tengku lelaki ke perempuan?”

“Perempuan.” Tengku Akid teguk air oren.

“Hurm.. muda ke tua?” Tengku Akid berhenti meneguk. Tengku Akid pandang aku. Aku angkat kening. Salah ke soalan aku?

“Are you jealous sayang?”

“Er.. er.. apa pulak. Tanya pun tak boleh ke?” Tengku Akid senyum.

“Akid tahu sayang jealous kan. Akid suka sangat sayang cemburu tahu. Pembantu Akid tu perempuan tua sayang. Pangkat mama-mama kita.”

“Pangkat mama-mama pun kalau cun melecun tak mustahil Tengku boleh terpikat kan.” Tengku Akid ketawa. Kali ni kuat sikit. Dia tarik dan genggam tangan aku.

“Listen here honey, no one can replace you in my heart. No one. Remember that!” Tengku Akid letak tangan aku kat dada dia. Lambat-lambat aku anggukkan kepala.

“Well, tujuan Akid bawak sayang datang sini sebab Akid nak korek rahsia Lia dan Akid nak Lia korek rahsia Akid.” Aku kerut kening.

“Maksud Tengku?”

“Akid nak sayang tanya apa je soalan yang sayang nak tahu pasal Akid.” Aku angguk.

“Lia memang ada soalan nak tanya tapi bila tengok Tengku kan, mesti Lia lupa.”

“Sayang nak tanya apa ni? Takut pulak Akid.” Aku senyum.

“Nad cakap Tengku ada darah campur. Campur dengan apa eh?”

“Oh, senang je soalan tu. Darah Akid campur dengan mama dan papa la.” Tengku Akid ketawa.

“Tengku! Benci la.”

“Hahaha.. ok. Sorry, sorry. Sayang tak boleh agak ke?” Aku geleng.

“Ada macam cina, tapi bukan cina. Ada macam mat saleh tapi bukan mat saleh.”

“Hensem kan?” Tengku Akid angkat kening.

“Ish! Mula la tu.”

“Lia cakap dulu Akid hensem ke tak? Kalau tak nak cakap, Akid tak nak jawab soalan Lia.”

“Tengku ni macam budak-budak la. Ok, ok, hensem. Puas hati!” Tengku Akid ketawa lagi. Hai! Kerja dia ni ketawa je ke? Nasib baik la bila kau ketawa makin hensem. Hurm..

“Arwah papa Akid American. Mama pulak ada la darah Korea. Papa memang lahir dan membesar kat sana and mama pulak pure malay. Arwah moyang Akid dulu banyak kali kahwin dan salah seorang wife dia orang Korea. So, arwah nenek dengan mama dapat la darah korea sikit-sikit. Mama pulak passing kat Akid dengan Kak Sha.” Aku angguk.

“Kak Sha pun ada muka korea ke?” Tengku Akid geleng.

“Kak Sha langsung tak ada. Muka dia sebiji ikut arwah daddy. American!” Aku angguk lagi. Mesti lawa weh!

“Umur Tengku?”

“I’m 29 years old. Dah tua kan. Sebab tu la, dah tak sabar nak kahwin dengan si cantik ni.” Tengku Akid cuit hidung aku. Aku tersengih.

“Har! Haritu Tengku cakap pasal company Tengku sendiri. Tengku buka company apa?”

“Family Akid ada buka resort dan chalet. So far selain Malaysia, resort family Akid ada dekat Singapore, Indonesia dengan Thailand. Itu family Akid punya la. Akid pun ada resort dan chalet sendiri tapi resort dengan chalet Akid baru dalam Malaysia je. Masih dalam proses untuk nak memperluaskan my own resorts. Waktu Akid jumpa client malam tu, Akid nak beli tanah dia kat Langkawi la. Akid plan nak buat resort & mini taman tema.” Aku dah ternganga dah. Mak aih! Hebatnya dia ni. Patut la boleh pakai kereta mewah. Tapi, kalau nak di ikutkan jawatan dia kat D’Legend pun gaji mesti lumayan.

“Kalau Tengku dah ada business sendiri, kenapa Tengku nak kerja kat D’Legend lagi?” Tengku Akid diam sekejap.

“Macam ni sayang, kalau nak di ikutkan memang Akid penat dan tak larat nak uruskan banyak benda. Kerja kat D’Legend, business family dan my own business. Penat sangat sayang. Tapi, susah Akid nak tolak offer Haris. I don’t know why. Maybe because Haris is my friend, Mama Haris is my mama’s friends. Yang penting Akid memang tak boleh nak tolak. Lagipun, waktu Haris mintak Akid tolong hotel dia, arwah papa ada lagi. So, waktu tu tak ada la rasa beban sangat. Bila arwah papa tak ada, tu yang Akid sakit sikit nak handle macam-macam.” Aku angguk lagi. Kesiannya dekat Tengku Akid. Tapi bagus jugak, apa yang dia buat selama ni berbaloi. Muda-muda lagi dah jadi kaya.

“Kenapa sayang diam? Dah habis dah soalan sayang?”

“Hurm, setakat ni dah la. Kalau ada lagi nanti Lia tanya eh.” Tengku Akid angguk sambil meneguk air oren.

“Now, tell me about your parents, your family.” Aku diam.

“Hurm, pasal Lia. Lia ada mama je. Arwah abah meninggal sebab demam. Keluarga Lia tak ada la senang sangat. Bila mama nak bawa abah pergi jumpa doktor abah tak nak. Abah cakap jangan nak buang duit sebab abah. Sakit abah pun tak lama. Seminggu lebih macam tu, abah meninggal. Waktu abah meninggal, Lia dengan mama je yang ada dekat dia. Mak tiri dengan kakak tiri Lia dah lari tak tahu ke mana.”

“Abah sayang kahwin dua?” Aku angguk.

“Waktu tu Lia kecil lagi, Lia pun tak berapa nak ingat sangat. Tapi apa yang Lia ingat mak sedara Lia cakap makcik tu yang menggoda abah. Waktu abah sihat, keluarga Lia tak ada la susah sangat. Abah kerja kuat dan duit tak pernah putus. Makcik cakap mak tiri Lia nak kikis duit abah. Lia pun tak tahu la. Tapi Lia kesian kat mama, hari-hari Lia tengok mama menangis.” Mata aku mula la nak berair kalau cerita pasal mama. Hurm..

“Don’t cry honey.” Tengku Akid dekatkan muka dia dengan muka aku.

“Lia memang macam ni. Emosional sikit kalau cerita pasal mama.”

“So, mak tiri dengan kakak tiri Lia kat mana sekarang?”

“Lepas arwah abah meninggal, diaorang tinggalkan kampung. Dengar cerita mak tiri dah kahwin dengan lelaki dari Sabah ke Sarawak entah. Orang cakap suami baru makcik orang kaya.” Tengku Akid angguk.

“Waktu arwah abah sakit, mama la orang yang tak berhenti jaga abah. Mama tak pernah mengadu penat ke, tak cukup tidur ke. Mama memang kuat.” Tanpa aku sedar air mata aku mengalir. Tengku Akid tak sampai hati melihat Dahlia menangis.

“Sayang, do you know dance?” Aku pandang Tengku Akid.

“Har!” Tengku Akid bagi aku sekuntum bunga ros warna merah. Wow!

“Dah lama Akid teringin nak menari dengan sayang. Come sayang!”

“Tapi, Lia tak tahu..”

“Its ok. Come, I’l teach you without fees.” Tengku Akid dah hulur tangan dia.

Menari? Macam mana aku nak menari ni? Memang sumbang mambang la langkah aku. Tolong!!!


Do you know dance?



To be continue..

Thanks for reading..

6 comments:

  1. Thank u 4 the n3 Dya! Just wondering, walaupun Akid & Lia dah confess to each other tapi agaknya bila diorang nak declare kat their family about their current status. Rasa nervous pulak bila imagine apa reaksi family diorang nanti......cepat2 continue Dya! Love ya!

    ReplyDelete
  2. Tenkiu ida, semua tu nanti akan tiba masanya. Maybe dieorang declare or maybe jugak dieorang terkantoi! Sekarang ni mood Tengku & Dahlia nak bercinta. Weee!!!

    ReplyDelete
  3. Menarik....next N3 please Dya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Hijab fiedalibra.. next n3 on the way ok! Tunggu!!!!

      Delete
  4. Replies
    1. Tenkiu baby mio ku sayang.. insyaAllah next n3 in the making ok!

      Delete