“So, the meeting is
over for today. Next meeting saya nak Cik Amanda submit the marketing report
more details. Saya tak cakap this report tak complete tapi ada kurangnya dan
saya tak berpuas hati. Is it ok for you Cik Amanda?” Haris memandang Amanda.
“Ok Encik Haris. I will
fix it for next report. And for this report I will ask my staff to recheck
again.” Haris angguk. Aku mencatatkan sesuatu di dalam diari.
“Tengku Akid, your
report is great dan saya sangat berpuas hati. Thanks to you and your team.”
Tengku Akid angguk.
“Alright guys, thank
you so much for attend this meeting. Anda semua boleh keluar sekarang.” Seorang
demi seorang bangun dari kerusi dan keluar dari bilik mesyuarat.
“Dahlia, tunggu
sekejap.” Aku menoleh Haris dan angguk. Sempat mata aku jeling kat Tengku Akid.
Masam je aku tengok muka hensem dia tu. Cemburu agaknya.
“Ok Ris, aku keluar
dulu.” Haris angguk.
*********************************************************************
Tengku
Akid mendail nombor telefon bimbit Dahlia. Berkali-kali tapi satu panggilan pun
Dahlia tak jawab. Tengku Akid melihat jam di pergelangan tangannya, 6.30
petang. Tengku Akid mula risau. ‘Takkan la Dahlia dengan Haris duduk dalam
meeting room lagi?’ Tengku Akid cuba menghubungi telefon meja Dahlia. Berdering
sekejap dan kemudian panggilan di jawab.
“Hello.”
“Hello, Dahlia.”
“Ye saya. Siapa ni? Nak
cakap dengan Encik Haris ke?”
“Sayang, ini Akid la.”
“Oh Tengku. Kenapa call
office?”
“Banyak kali Akid call
handphone sayang tapi Sayang tak jawab. Ini pun Akid cuba je call office. Mana
handphone sayang?”
“Ada je dalam drower.
Kejap Lia tengok.” Aku menarik laci dan mengambil telefon bimbit.
“Er, maaf Tengku. Lia
silent la. Lepas meeting tadi memang terus lupa nak bagi phone suara balik.
Sorry, sorry.” Tengku Akid menghela nafas lega.
“Next time jangan buat
macam ni lagi sayang. Akid risau sangat.”
“Ok bos! Sorry again.”
“Hurm, kenapa sayang
dekat atas lagi? Tunggu Haris ke?”
“Eh tak la. Encik Haris
dah balik dah. Dia ada appointment dengan client dari Vietnam. Tadi meeting kan
dia ada cakap. Tengku lupa eh?”
“Oh, Akid lupa la
sayang. Dah tu, sayang kat atas dengan siapa?”
“Lia sorang je la. Lia
ada kerja sikit nak kena settlekan. Kejap lagi Lia balik.”
“Sorang? Beraninya
sayang Akid ni.”
“InsyaAllah tak ada apa
kot. Tengku dah sampai rumah ke?”
“Er, a’ah.” Tengku Akid
ketawa dalam hati. Sekali sekala mengenakan Dahlia apa salahnya.
“Ok la kalau macam tu.
Kejap lagi Lia nak balik Lia call atau text Tengku ye.”
“Sayang balik macam
mana?”
“Naik teksi la.”
“Bahaya sayang.”
“Ala.. bukan tak pernah.
Dah berkali-kali tau. Tengku jangan risau ok.”
“Ok la kalau sayang dah
cakap macam tu. Take care sayang. Bye.”
“Ok. Bye.” Dahlia
mematikan talian. Perlahan telefon bimbitnya di masukkan terus ke dalam beg
tangan. Dahlia kembali menyambung kerjanya.
Tengku Akid keluar dari
kereta. Berjalan dari tempat parkir kereta di bawah hotel dan menuju ke lif.
Butang lif ditekan. Tengku Akid masuk dan terus naik ke tingkat 40. Sampai di
tingkat 40, Tengku Akid keluar. Perlahan Tengku Akid menuju ke meja Dahlia. Kosong!
‘Aik, Lia pergi mana? Mesti dalam bilik Haris ni. Hurm.. Macam mana aku nak
masuk bilik Haris? Bilik dia ada CCTV. Eh kejap, yang terbongkok-bongkok tu
siapa?’
“Argh!!” Aku menjerit.
Siapa pulak yang menggatal nak tutup-tutup mata aku dari belakang ni?
“Sayang, ni Akid la.”
Aku pusingkan badan. Aku tengok Tengku Akid dah tergelak-gelak dah.
“Tengku!” Aku pukul
dada Tengku Akid.
“Main-main la. Terkejut
la Lia. Kalau Lia ada heart attack ni memang dah jalan tahu!” Tengku Akid
menarik tangan aku dan memeluk aku.
“Sorry sayang, Oh! Tahu
takut. Dah tu, yang duduk kat atas ni sorang-sorang berani pulak?”
“Lia nak balik dah la
ni. Susun fail je kejap. Tengku patah balik office ke? Cepatnya.”
“Tak la sayang. Akid
ada kat parkir kereta tadi. Saja nak sakat sayang.”
“Jahat kan!” Aku cubit
pinggang Tengku Akid
“Ouch! Sakit sayang.”
“Rasakan! Padan muka.
Nak sangat sakat Lia kan.” Tiba-tiba aku tengok Tengku Akid pegang perut dia
yang aku cubit tadi. Lepas tu, Tengku Akid terduduk kat atas lantai.
“Tengku, kenapa ni? Lia
cubit je tadi.”
“Sakit.. argh!!” Muka
Tengku Akid macam menahan kesakitan yang amat sangat.
“Tengku jangan nak
main-main la, Lia cubit je. Bukan buat apa pun.”
“Akid lupa nak bagitahu
sayang, Akid pernah buat operation kat perut. Mungkin Lia cubit tadi kena dekat
tempat operate tu.” Tengku Akid mengerutkan dahi. Muka dia nampak sakit betul.
Aku dah takut. Aku rasa bersalah sangat sebab cubit dia. Apa yang aku nak buat
ni?
“Tengku maaf, Lia tak
sengaja nak buat Tengku sakit. Kejap ye, Lia.. Lia call ambulan.” Aku pergi kat
meja dan capai gagang.
“Kalau sayang nak Akid
sihat, kiss sikit?” Aku toleh muka ke belakang sikit. Dia ni kan!
“Tengku!!! Jahat la.”
Tengku Akid ketawa.
“Hahahaha!! Sayangnya
Lia kat Akid kan. Muka Lia risau betul.” Tengku Akid gelak lagi.
“Jangan la buat macam
tu lagi. Lia tak suka!” Aku masamkan muka. Tengku Akid berhenti ketawa.
“Maaf ye sayang. Saja
nak usik Lia. I’m so so sorry. Dah la, balik jom.” Aku angguk.
“Tengku tunggu kejap.
Lia kemas sikit lepas tu kita balik ok.” Tengku Akid angguk.
*********************************************************************
“Next time jangan
berani nak balik sendiri. Bagitahu Akid, Akid boleh hantar sayang. Tahu!”
Tengku Akid cuit hidung aku. Tak sempat aku nak elak.
“Ish! Tengku kan tengah
drive, jangan nak usik Lia boleh?”
“Tak boleh! Nak usik
Lia jugak. Tak kira!” Aku gelak. Macam budak-budak.
“Tadi lepas meeting
kenapa Haris panggil sayang? Sayang dating ke dengan dia?”
“Tak lah. Encik Haris
tanya pasal kerja la. Cemburu eh? ”
“Mesti la. Sayang Akid
berdua-duaan dengan lelaki lain, haruslah saya cemburu.” Aku ketawa. Senang
hati dengan perangai Tengku Akid yang sekarang. Kalau perangai dia yang dulu
buat aku sakit hati. Hikhik..
“Eh, ini bukan jalan
nak balik rumah Datin. Tengku nak kidnap Lia lagi ke?” Baru aku perasan, jalan
yang Tengku Akid pandu bukan ke arah banglo Datin.
“Erm, yup! Akid nak
kidnap sayang sekejap. I miss you sayang and Akid nak spend time dengan sayang.
Sekejap je, please!!”
“Hurm, ok!” Aku senyum.
Tengku Akid pun senyum. Sebenarnya, aku pun rindu kat dia. Hikhik..
Tak lama lepas tu,
kereta mewah Tengku Akid dah masuk satu kawasan sunyi. Aku dah macam takut la
jugak. Tapi aku yakin kan hati aku yang Tengku Akid takkan buat apa-apa kat
aku. Aku kena percayakan dia. Lampu-lampu dekat kawasan tu ada tapi macam
suram-suram je. Ada la jugak aku nampak beberapa biji rumah tapi tak nampak
macam rumah, dah macam istana. Dah belok sana, dah belok sini, naik bukit dan
akhirnya kereta Tengku Akid berhenti di hadapan sebuah rumah yang agak besar la
jugak. Lepas je pengawal yang ada kat dalam pondok tu naikkan pagar, laju
kereta Tengku Akid masuk perkarangan rumah tu.
“Ok sayang, kita dah
sampai!” Aku ke depankan badan dan tengok rumah cantik kat depan aku ni.
“Rumah siapa ni Tengku?”
“Masuk dulu jom! Nanti
Akid beritahu.” Tengku Akid matikan enjin dan keluar dari kereta. Aku buka seat
belt dan ikut Tengku Akid keluar. Aku masuk je kat dalam rumah tu, memang aku
terpegun sangat. Cantik dan besar rumah tu! Siap ada swimming pool dalam rumah.
Dinding rumah tu berkaca. Memang cantik sangat! Tapi rumah tu macam tak ada
siapa yang tinggal. Sunyi je. Aku cari Tengku Akid tapi dia dah hilang. Aku
berdiri je la dekat ruang tamu tu. Memang la aku ada nampak sofa tapi takkan
nak main duduk je kan. Tuan rumah pun entah siapa-siapa.
“Sayang, kenapa berdiri
kat situ. Duduk la.” Tengku Akid keluar entah dari mana. Kat tangan dia ada
satu jag air oren.
“Tuan rumah tak jemput
Lia duduk pun.”
“Baru je tadi tuan
rumah suruh sayang duduk.” Tengku Akid letakkan jag air kat atas meja kaca.
“Bila?” Aku ingat
balik. Mana ada sesiapa suruh aku duduk melainkan..
“Ini rumah Tengku ke?”
Tengku Akid senyum.
“Meh duduk sini.”
Tengku Akid suruh aku duduk sebelah dia. Perlahan aku menghampiri Tengku Akid.
“Mama Tengku mana?”
Tengku Akid ketawa.
“Kenapa Tengku ketawa?
Lia ada buat lawak ke?”
“This is my house dan
bukan rumah family Akid la.” Aku pandang Tengku Akid.
“Tengku ada rumah
sendiri?” Tengku Akid angguk.
“Rumah besar ni Tengku
duduk sorang-sorang?” Tengku Akid angguk lagi.
“Lia ingat Tengku
tinggal dengan family Tengku. Kesian la kat mama Tengku tinggal sorang-sorang.”
“Actually Akid tak stay
kat sini pun. Akid dah 3 tahun beli rumah ni dan sorang pun tak tahu Akid ada
rumah ni. Mama pun tak tahu.”
“Kenapa?”
“Akid perlukan
kebebasan, keselesaan, ketenangan dan kadang-kadang semua yang Akid nak tu Akid
tak dapat kat rumah mama atau kat mana-mana. Cuma kat sini! Bila Akid nak lari
dari Hanis ke, dari stress kerja ke atau dari apa-apa masalah la memang Akid
terperap kat sini ataupun rumah rehat Akid yang Akid kidnap Lia dulu tu.”
Tengku Akid tersengih. Aku pandang bawah. Ish! Malu la aku Tengku Akid oi!
“Oh, macam tu. Rumah ni
pun Tengku upah orang jaga dan bersihkan ke?”
“Yup! Seminggu sekali
pembantu tu datang la. Pembantu tu datang bersihkan je. Pakcik guard kat luar
tu yang tolong jagakan.” Aku anggukkan kepala.
“Hurm.. pembantu rumah
Tengku lelaki ke perempuan?”
“Perempuan.” Tengku
Akid teguk air oren.
“Hurm.. muda ke tua?”
Tengku Akid berhenti meneguk. Tengku Akid pandang aku. Aku angkat kening. Salah
ke soalan aku?
“Are you jealous
sayang?”
“Er.. er.. apa pulak.
Tanya pun tak boleh ke?” Tengku Akid senyum.
“Akid tahu sayang
jealous kan. Akid suka sangat sayang cemburu tahu. Pembantu Akid tu perempuan
tua sayang. Pangkat mama-mama kita.”
“Pangkat mama-mama pun
kalau cun melecun tak mustahil Tengku boleh terpikat kan.” Tengku Akid ketawa.
Kali ni kuat sikit. Dia tarik dan genggam tangan aku.
“Listen here honey, no
one can replace you in my heart. No one. Remember that!” Tengku Akid letak
tangan aku kat dada dia. Lambat-lambat aku anggukkan kepala.
“Well, tujuan Akid
bawak sayang datang sini sebab Akid nak korek rahsia Lia dan Akid nak Lia korek
rahsia Akid.” Aku kerut kening.
“Maksud Tengku?”
“Akid nak sayang tanya
apa je soalan yang sayang nak tahu pasal Akid.” Aku angguk.
“Lia memang ada soalan nak
tanya tapi bila tengok Tengku kan, mesti Lia lupa.”
“Sayang nak tanya apa
ni? Takut pulak Akid.” Aku senyum.
“Nad cakap Tengku ada
darah campur. Campur dengan apa eh?”
“Oh, senang je soalan
tu. Darah Akid campur dengan mama dan papa la.” Tengku Akid ketawa.
“Tengku! Benci la.”
“Hahaha.. ok. Sorry,
sorry. Sayang tak boleh agak ke?” Aku geleng.
“Ada macam cina, tapi
bukan cina. Ada macam mat saleh tapi bukan mat saleh.”
“Hensem kan?” Tengku
Akid angkat kening.
“Ish! Mula la tu.”
“Lia cakap dulu Akid
hensem ke tak? Kalau tak nak cakap, Akid tak nak jawab soalan Lia.”
“Tengku ni macam
budak-budak la. Ok, ok, hensem. Puas hati!” Tengku Akid ketawa lagi. Hai! Kerja
dia ni ketawa je ke? Nasib baik la bila kau ketawa makin hensem. Hurm..
“Arwah papa Akid
American. Mama pulak ada la darah Korea. Papa memang lahir dan membesar kat
sana and mama pulak pure malay. Arwah moyang Akid dulu banyak kali kahwin dan
salah seorang wife dia orang Korea. So, arwah nenek dengan mama dapat la darah
korea sikit-sikit. Mama pulak passing kat Akid dengan Kak Sha.” Aku angguk.
“Kak Sha pun ada muka
korea ke?” Tengku Akid geleng.
“Kak Sha langsung tak
ada. Muka dia sebiji ikut arwah daddy. American!” Aku angguk lagi. Mesti lawa
weh!
“Umur Tengku?”
“I’m 29 years old. Dah
tua kan. Sebab tu la, dah tak sabar nak kahwin dengan si cantik ni.” Tengku
Akid cuit hidung aku. Aku tersengih.
“Har! Haritu Tengku
cakap pasal company Tengku sendiri. Tengku buka company apa?”
“Family Akid ada buka
resort dan chalet. So far selain Malaysia, resort family Akid ada dekat
Singapore, Indonesia dengan Thailand. Itu family Akid punya la. Akid pun ada
resort dan chalet sendiri tapi resort dengan chalet Akid baru dalam Malaysia
je. Masih dalam proses untuk nak memperluaskan my own resorts. Waktu Akid jumpa
client malam tu, Akid nak beli tanah dia kat Langkawi la. Akid plan nak buat
resort & mini taman tema.” Aku dah ternganga dah. Mak aih! Hebatnya dia ni.
Patut la boleh pakai kereta mewah. Tapi, kalau nak di ikutkan jawatan dia kat
D’Legend pun gaji mesti lumayan.
“Kalau Tengku dah ada
business sendiri, kenapa Tengku nak kerja kat D’Legend lagi?” Tengku Akid diam
sekejap.
“Macam ni sayang, kalau
nak di ikutkan memang Akid penat dan tak larat nak uruskan banyak benda. Kerja
kat D’Legend, business family dan my own business. Penat sangat sayang. Tapi,
susah Akid nak tolak offer Haris. I don’t know why. Maybe because Haris is my
friend, Mama Haris is my mama’s friends. Yang penting Akid memang tak boleh nak
tolak. Lagipun, waktu Haris mintak Akid tolong hotel dia, arwah papa ada lagi.
So, waktu tu tak ada la rasa beban sangat. Bila arwah papa tak ada, tu yang
Akid sakit sikit nak handle macam-macam.” Aku angguk lagi. Kesiannya dekat
Tengku Akid. Tapi bagus jugak, apa yang dia buat selama ni berbaloi. Muda-muda
lagi dah jadi kaya.
“Kenapa sayang diam?
Dah habis dah soalan sayang?”
“Hurm, setakat ni dah
la. Kalau ada lagi nanti Lia tanya eh.” Tengku Akid angguk sambil meneguk air
oren.
“Now, tell me about
your parents, your family.” Aku diam.
“Hurm, pasal Lia. Lia
ada mama je. Arwah abah meninggal sebab demam. Keluarga Lia tak ada la senang
sangat. Bila mama nak bawa abah pergi jumpa doktor abah tak nak. Abah cakap
jangan nak buang duit sebab abah. Sakit abah pun tak lama. Seminggu lebih macam
tu, abah meninggal. Waktu abah meninggal, Lia dengan mama je yang ada dekat
dia. Mak tiri dengan kakak tiri Lia dah lari tak tahu ke mana.”
“Abah sayang kahwin
dua?” Aku angguk.
“Waktu tu Lia kecil
lagi, Lia pun tak berapa nak ingat sangat. Tapi apa yang Lia ingat mak sedara
Lia cakap makcik tu yang menggoda abah. Waktu abah sihat, keluarga Lia tak ada
la susah sangat. Abah kerja kuat dan duit tak pernah putus. Makcik cakap mak tiri
Lia nak kikis duit abah. Lia pun tak tahu la. Tapi Lia kesian kat mama,
hari-hari Lia tengok mama menangis.” Mata aku mula la nak berair kalau cerita
pasal mama. Hurm..
“Don’t cry honey.”
Tengku Akid dekatkan muka dia dengan muka aku.
“Lia memang macam ni.
Emosional sikit kalau cerita pasal mama.”
“So, mak tiri dengan
kakak tiri Lia kat mana sekarang?”
“Lepas arwah abah
meninggal, diaorang tinggalkan kampung. Dengar cerita mak tiri dah kahwin dengan
lelaki dari Sabah ke Sarawak entah. Orang cakap suami baru makcik orang kaya.”
Tengku Akid angguk.
“Waktu arwah abah
sakit, mama la orang yang tak berhenti jaga abah. Mama tak pernah mengadu penat
ke, tak cukup tidur ke. Mama memang kuat.” Tanpa aku sedar air mata aku
mengalir. Tengku Akid tak sampai hati melihat Dahlia menangis.
“Sayang, do you know
dance?” Aku pandang Tengku Akid.
“Har!” Tengku Akid bagi
aku sekuntum bunga ros warna merah. Wow!
“Dah lama Akid teringin
nak menari dengan sayang. Come sayang!”
“Tapi, Lia tak tahu..”
“Its ok. Come, I’l teach
you without fees.” Tengku Akid dah hulur tangan dia.
Menari? Macam mana aku
nak menari ni? Memang sumbang mambang la langkah aku. Tolong!!!
![]() |
Do you know dance? |
To be continue..
Thanks for reading..
Thank u 4 the n3 Dya! Just wondering, walaupun Akid & Lia dah confess to each other tapi agaknya bila diorang nak declare kat their family about their current status. Rasa nervous pulak bila imagine apa reaksi family diorang nanti......cepat2 continue Dya! Love ya!
ReplyDeleteTenkiu ida, semua tu nanti akan tiba masanya. Maybe dieorang declare or maybe jugak dieorang terkantoi! Sekarang ni mood Tengku & Dahlia nak bercinta. Weee!!!
ReplyDeleteMenarik....next N3 please Dya
ReplyDeleteTenkiu Hijab fiedalibra.. next n3 on the way ok! Tunggu!!!!
DeleteTERBAIK....NAK LAGI.
ReplyDeleteTenkiu baby mio ku sayang.. insyaAllah next n3 in the making ok!
Delete