“Cantik sangat Lia
pakai baju ni. Kena adjust sikit-sikit je ni Maya.” Datin Sharifah Sofiya
menghampiri aku dan menarik kain yang agak terlebih di bahagian pinggang aku.
Aku hanya mendiamkan diri. Aku tengok diri aku kat depan cermin besar. Memang
cantik gaun moden yang Maya jahit ni. Aku tak tahu pun Datin dah siap tempah gaun
ni pertengahan bulan lepas. Mesti mama yang bagi ukuran badan aku dekat Datin.
“Itu senang je Datin.
Ahad depan kan majlisnya?”
“A’ah. Auntie tahu Maya
sempat siapkan.”
“Esok ke lusa dah boleh
siap Datin.” Datin Sharifah Sofiya senyum.
“Hari tu auntie dah
bagi ukuran yang betul kat Maya kan, macam mana boleh longgar lagi ni?” Kan dah
agak dah.
“Anak dara ni makin
kurus kot Datin.” Aku senyum. Makin kurus? Ye ke?
“Macam mana Ris? Ok
tak?” Aku tengok Haris. Haris diam je. Soalan Datin Sharifah Sofiya langsung
tak berjawab.
“Haris!” Datin Sharifah
Sofiya menyiku lengan Haris. Terkebil-kebil aku tengok mata Haris.
“Ye mama. Cantik mama.”
Aku, Datin Sharifah Sofiya dan Maya tergelak.
“Mama cantik?” Haris
sengih.
“Mama tanya, kamu rasa
baju Dahlia macam mana? Ok?” Haris senyum.
“Cantik sangat. Padan
dengan Lia.” Aku tunduk malu.
“Hurm, ok la kalau Ris
pun suka. Dah siap nanti Maya call auntie ye. Auntie suruh Pak Mail ambilkan.”
“Baik Datin.”
“Ok la Maya, auntie
balik dulu. Nak pergi florist. Nak confirmkan tempahan bunga pulak.” Maya
angguk. Aku, Datin Sharifah Sofiya dan Haris keluar dari Butik Maya. Kami masuk
ke dalam kereta kereta mewah Haris dan kereta Haris terus meluncur laju di atas
jalan.
“Mama order bunga kat
mana?” Haris bertanya.
“Indah florist. Dekat
Hartamas sayang.” Haris angguk kepala.
“Haris dah bagi kad
jemputan dekat kenalan Haris ke?” Datin Sharifah Sofiya bertanya.
“Dah mama, cuma ada
lagi suku la belum dapat nak bagi lagi.” Datin Sharifah Sofiya pula angguk.
“Dahlia diam je. Dahlia
ok tak?” Aku angguk.
“Kalau ada apa yang
Dahlia tak suka ke, tak berkenan ke, bagitahu auntie ok.”
“Lia tak kisah auntie.
Apa pun yang auntie pilih, Lia suka je.” Mata Haris sempat menjeling pada aku
yang duduk di belakang. Aku pura-pura tak perasan dan membuang pandangan ke
luar.
*********************************************************************
“Baru nak nampak
rumah Nora? Aku ingat kau dah tak ingat jalan nak balik rumah.” Nora yang baru
pulang terus masuk ke dalam bilik. Azlina mengikutnya dari belakang dan belum
sempat Nora menutup pintu biliknya, Azlina sudah pun masuk bersama.
“Mak nak apa? Aku penat
la, aku nak rehat.”
“Penat? Hei Nora! Kau
dari mana har! Dengan pakaian kau yang macam ni. Kau tak malu ke? Tak malu apa yang jiran-jiran kita akan
cakap.”
“Pedulikan la mak. Kita
tak mintak duit diaorang pun nak makan.”
“Senang la kau cakap
kan, sebab kau tak duduk dalam rumah ni. Caci keji diaorang, aku yang kena
tadah telinga ni tahu!”
“Mak nak apa dari aku
sekarang ni har? Duit aku bagi, makan aku bagi, apa lagi yang tak cukup? Nak
harapkan suami mak yang tak boleh pakai tu, memang kebulur la kita.”
“Kau cakap apa ni?”
Azlina pandang Nora. Nora mencebik.
“Dulu sebelum dia nak kahwin
dia kata dia nak bolot semua harta bini baru dia. Lepas dia dah dapat harta perempuan
tu, dia kata dia akan ceraikan perempuan tu. Tapi apa yang jadi sekarang mak?
Satu sen pun kita tak dapat. Dia bohong mak lagi ada. Dasar lelaki penipu!”
“Sudah la Nora, mak tak
nak Nora cakap pasal dia lagi.”
“Itu lah mak, baik
sangat dengan dia. Patutnya, mak ugut dia. Mintak duit kat bini baru dia tu.
Ini tak mak diam je. Kita susah macam ni, ada dia nak ambil tahu. Makin
bersenang lenang la dia dengan harta dan bini baru dia.” Azlina diam kerana semua
yang di katakana Nora memang benar.
“Oh ye, sebelum aku
terlupa aku nak bagitahu mak, aku jumpa anak tiri mak.” Azlina pandang Nora.
“Dahlia?” Nora angguk.
“Kat mana kau jumpa
dia?”
“Kat KL la. Tapi tu tak
penting, yang penting dia dah nak bertunang.”
“Dia jemput kau?”
“Mustahil la dia nak
jemput aku tapi bakal tunang dia yang jemput. Kalau mak tahu siapa bakal tunang
dia, mesti mak terkejut.”
“Siapa?” Azlina makin
teruja nak tahu.
“Bakal tunang dia,
antara pemilik hotel yang terbesar kat KL ni.” Terbeliak mata Azlina dengar.
“Betul ke?” Nora
angguk.
“Bertuah kan dia mak.
Aku yang ke hulur, ke hilir cari lelaki kaya nak buat laki pun tak untung macam
dia.”
“Mungkin ini balasan
kita Nora.” Perlahan suara Azlina mengeluh.
“Apa mak cakap ni?”
“Yela, dulu aku
menggatal dengan bapak dia. Aku rosakkan rumah tangga Rohani. Sekarang, Rohani
dah hidup senang tapi kita, entah apa la nasib kita.”
“Mak, ini bukan balasan
buruk untuk kita. Cuba mak fikir, kita boleh tumpang kesenangan Dahlia. Kita
boleh cakap kat bakal tunang Dahlia yang kita ada pertalian saudara. Senang
kan!” Azlina pandang Nora.
“Cukup Nora! Jangan kau
nak buat yang bukan-bukan pada Dahlia. Cukup-cukup la kau ganggu kebahagiaan
orang. Aku tak nak kau jadi macam aku Nora.” Nora tergelak.
“Mak, mak! Mak nak
nasihatkan aku? Maaf la mak. Kalau mak tak nak hidup senang, tak apa. Aku pun
tak paksa mak ikut cadangan aku ni. Tapi, bila aku dah senang nanti, mak jangan
nak tumpang senang aku.”
“Insafla Nora. Aku tak
kisah kau nak kerja apa sekali pun. Kau ingat aku tak tahu, apa kau buat kat
luar tu. Aku tahu Nora tapi apa daya aku nak melarang kau. Kau dah besar, dah
matang dan kau boleh fikir mana yang baik dan buruk. Aku tak nak kau menyesal
di kemudian hari, macam apa yang aku rasa sekarang.”
“Dah la mak! Tak payah
nak bagi ceramah dekat aku. Aku takkan biar Dahlia hidup senang lenang
sedangkan aku hidup susah macam ni. Ingat mak, aku takkan pijak rumah ni selagi
aku tak berjaya hancurkan kebahagiaan Dahlia. Dia tak boleh hidup senang mak!”
Nora ambil beg tangannya dan keluar semula dari rumah. Azlina hanya mampu
menangis melihat perangai Nora yang tak ubah sepertinya waktu dia muda dahulu.
‘Maafkan aku, Rohani. Aku bersalah pada kau dan abang Nordin.’ Azlina menangis
lagi.
*********************************************************************
Oh lelaki idaman
Memang
kamu tak ada yang lain
Semua
gambaran idola
Segalanya
ada padamu
Oh
Semenjak denganmu
Semua
gundah menjadi berubah
Yang
hilang semua tentang cinta
Kembali
tumbuh d hati..
Layan pulak aku dengar
lagu Melly Goeslow ni. Lelaki idaman yang ada dekat kepala aku ni tak lain tak
bukan Tengku Akid la kan. Hikhik. Aku agak dah 3 hari aku tak jumpa Tengku
Akid. Tengku Akid cakap dia ada urusan dekat Langkawi. So, dia ambil cuti dalam
4 hari macam tu. Mesti pasal resort yang dia nak buat tu la. Hujung minggu ni,
aku akan bertunang dengan Haris. Gementar sangat aku rasa. Aku tahu mesti
Tengku Akid pun susah hati pasal majlis tu. Jadi, aku tak boleh tunjuk yang aku
pun susah hati depan dia. Aku kena teruskan pertunangan ni macam yang di
rancang. Lamunan aku mati bila dengar suara Haris interkom aku.
“Lia, masuk kejap.”
“Baik Encik Haris.”
Macam biasa, aku capai diari dan pen lepas tu masuk bilik Haris.
“Ye Encik Haris.”
“Duduk.” Aku duduk.
“Hujung minggu ni
majlis tunang kita. So, abang nak Lia ambil cuti start dari jumaat.” Aku garu
kepala.
“Awalnya? Lia rasa kalau
tak ambil cuti pun tak apa kan.”
“Mama yang suruh. Mama
tak nak muka Lia nampak penat waktu majlis tu nanti.” Aku angguk.
“Oh, macam tu ke. Kalau
Encik Haris dah cakap macam tu, Lia ikut je la.”
“Lagi satu, next week
Ardina dah start masuk kerja. So Lia ok kan masuk department HR balik?” Laju
kepala aku naik dan pandang Haris. Har! Cepatnya 2 bulan. Kak Dina nak balik
dah. Yahoo!
“Dah 2 bulan ke Encik
Haris? Cepat kan?” Haris angguk.
“Tu la, abang pun rasa
macam cepat je. Tadi pagi Nad call abang cakap pasal benda ni memang abang
terkejut sangat. Tak sangka dah hampir 2 bulan Lia kerja dengan abang.” Aku
angguk.
“So far, abang sangat
suka dengan kerja Lia. Lia cepat belajar dan tak ada apa yang abang nak komplen
kerja Lia.” Aku senyum. Suka la kerja kita kena puji kan. Hikhik..
“Tapi, lepas ni susah
sikit la abang nak tengok muka Lia dah. Lia dah duduk kat HR balik.” Yes! Itu
yang aku nak. Hikhik.. Jahat betul la Lia ni.
“Lia nak terima kasih
kat Encik Haris sebab Encik Haris banyak bagi tunjuk ajar kat Lia waktu Lia
jadi secretary Encik Haris.” Haris senyum.
“Itu memang
tanggungjawab abang Lia. Ok la, Lia boleh keluar. Jangan lupa, jumaat ni Lia
cuti ok.” Aku angguk.
“Lia keluar dulu Encik
Haris.” Haris angguk. Aku keluar dan terus duduk kat kerusi aku. Maksudnya
esok, aku last kerja. Jumaat aku dah cuti. Dapat ke aku jumpa Tengku Akid eh? Aku
capai telefon bimbit dan tekan nombor Tengku Akid tapi tak dapat. Di luar
kawasan. Hurm..
*********************************************************************
Hari
ni hari Khamis. Banyak benda yang aku nak kena selesaikan. Memandangkan hari ni
aku last bekerja sebab esok nak cuti dan aku last bekerja sebagai setiausaha
Haris. Nasib baik Qisha banyak membantu. Mungkin sebab kerja dia pun kurang
sebab bos dia yang hensem tu belum balik dari Langkawi lagi. Rindunya aku kat
Tengku Akid tak payah cakap la. Dari semalam aku call tak dapat sampai tertidur
aku di buatnya. Pagi tadi aku tengok ada missed call kat handphone. Dari Tengku
Akid la. Mesej pun ada. Bila aku cuba nak call balik, dia tak angkat pulak.
Hurm, sibuk sangat la tu. Tak kisahla dia tak nak jawab, asalkan dia berada
dalam keadaan yang selamat.
“Ok, settled!”
“Thank you Qisha. Awak
banyak sangat tolong Lia.”
“No hal la Lia. Lia pun
tahu kan Qisha free. Al maklumlah, my bos yang kacak bergaya tu cuti.” Aku
angguk.
“Qisha, boleh tak Lia
nak tanya something?”
“Apa?” Qisha pandang
aku.
“Kalau la bos Qisha tu
single, Qisha boleh ke jatuh hati kat dia?”
“Oh my! Soalan apa ni
Lia. Of course la boleh. Well, walaupun sekarang Tengku ada Cik Hanis tapi itu
semua tidak mengganggu perasaan Qisha pada Tengku tahu!” Besar mata aku dengar
jawapan Qisha.
“Tapi kan, sejak Qisha
jadi secretary Tengku ni Qisha tak pernah nampak muka Tengku happy kalau jumpa
Cik Hanis. Sama ada reaksi dia biasa atau dia macam tak suka kalau Cik Hanis
datang.” Aku angguk.
“Kadang-kadang Qisha
rasa Tengku tu terpaksa sukakan Cik Hanis. Entah la, who know’s kan.” Aku diam
dan dengar je.
“Har! Tapikan ada satu
kali ni perangai Tengku memang pelik habis. Tak silap Qisha, waktu tu yang
Tengku ambil EL 3 hari tu.” Aku tersentak.
“Kenapa dengan dia?”
“Balik dari EL tu
Tengku jadi romantik gila! Tak pernah la Qisha tengok dia macam tu. Dia cakap
lembut je dengan Qisha. Lepas tu pulak, muka dia berseri-seri. Macam baru balik
honeymoon.” Nak tergelak aku dengar. Baru balik dari honeymoon? Hikhik..
“Eh, kenapa Lia banyak
tanya pasal Tengku ni? Hurm, ni kes dah syok jugak la ni. Baru dua bulan duduk
atas dah tangkap cintan kat Tengku eh.” Qisha tersengih-sengih. Aku hanya mampu
ketawa. Kalau la Qisha tahu apa yang dah jadi antara aku dengan bos dia, mesti
dia terkejut gila la.
“Tak ada la. Saja je
tanya. Saja nak borak dengan Qisha.”
“Ala, kalau dah
tersangkut pun apa salahnya. Ops!’ Tiba-tiba Qisha macam teringat sesuatu.
“Kenapa?” Pelik aku
tengok Qisha.
“Lia mana boleh syok
kat Tengku, hujung minggu ni kan Lia nak jadi tunang Encik Haris dah. Beruntung
betul Lia kan.” Aku senyum. Senyum paksa.
“Lepas kahwin nanti Lia
dah tak kerja sini la kan. Ye la, dah jadi mem besar kat banglo Encik Haris
tu.”
“Ish Qisha ni, sampai
ke situ pulak. Bertunang pun belum.”
“Agak-agak ikat berapa
lama?” Aku angkat bahu. Aku memang tak tahu dan tak ambil tahu.
“Semua tu mama Lia yang
bincang dengan Datin. Lia memang tak tahu apa.” Qisha pulak anggukkan kepala.
“Lunch nanti Qisha join
Lia dengan HR eh. Lia nak belanja makan.”
“Are you sure?” Aku angguk.
“Sempena nak bertunang
eh?”
“Hurm, sempena..
apa-apa la. Jangan lambat tau.”
“Ok Cik Dahlia. Orang
nak belanja haruslah cepat.” Aku dan Qisha sama-sama ketawa.
*********************************************************************
“So, today last
day you kerja kan?” Ruby pandang aku. Aku angguk sambil menyedut jus mangga di
hadapan aku.
“Today jugak last day
Cik Dahlia bergelar single.” Nad, Ruby, Alya, Suraya dengan Qisha ketawa.
Amboi! Bukan main suka lagi diaorang ni.
“Suka eh korang semua
ketawakan Lia.”
“Dear, you lucky sangat
tahu. Tapi, memang dari dulu kiteorang semua dah agak yang Encik Haris tu syok
kat you. You je yang suka nak nafikan.” Aku tunduk. Memang apa yang Nad dan
lain-lain usik aku dulu dah jadi kenyataan.
“Lia pun tak sangka.
Yela, siapa la Lia nak di bandingkan dengan family Encik Haris. Kalau nak di
ikutkan, Lia ni memang tak layak langsung!”
“Lia, this is your
destiny. Takdir yang bawak you dengan your mum dari kampung. Lepas tu, kerja
dengan family Encik Haris dan takdir jugak yang buat Encik Haris jatuh hati
pada you.” Aku pandang Nad. Perlahan aku angguk. Takdir!
“Kiteorang semua
tumpang happy dengan you. And lagi happy sebab lepas ni you dah balik
department HR.” Aku senyum.
“Tapi tu la kan, nanti
bila you dah kahwin, mesti Encik Haris tak bagi you kerja. Kerja pun goyang
kaki je la kat rumah.” Qisha mencelah. Yang lain semua ketawa.
“Hurm, makan lah cepat.
Dah nak dekat pukul 2 ni. Tadi yang Lia tapaukan untuk Nani tu mana eh?”
“Tu, kat Alya tu.” Alya
angkat tangan kanannya.
“So, kalau balik karang
Lia tak sempat nak jumpa korang semua, Lia jemput sekarang eh. Ahad ni pukul
8.00 malam dekat banglo Encik Haris. Sorang pun tak boleh lambat tahu.”
“Iye! Jangan
risau. Mesti la kitaorang nak tengok majlis tunang you. Mesti grand tak hengat!”
Kata-kata Nad di sokong semua kawan-kawan aku yang lain.
“Grand ke tak
grand, itu Lia tak tahu. Semua tu bukan di bawah kawalan Lia.”
“Ala, sure grand
punya. First son Datin nak bertunang kan, mestilah hebat.” Aku angkat bahu. Selepas
membayar semua bil makanan, kami semua keluar dari restoran dan menuju ke
pejabat.
To be continue..
Thanks for reading..
best...
ReplyDeleteTenkiu baby mio..
DeleteMorning Dya! Ida x boleh bayangkan mcm mana perasaan Lia sekarang ni....nak kena bertunang dgn org yg kita x cinta sedangkan org yg kita cinta tu ada dekat je dgn kita, sampai boleh jumpa hari2. Sabar ye Lia. Apa pun yg berlaku, kenalah redha. Tapi Ida pulak yg rasa sedih lebih2. Maybe Ida ni byk sgt berangan kot..sampai ke laut perginya... See u in yr next chap. Dya!
ReplyDeleteHahahaha.. suka Dya baca your comment. Tenkiu as usual! Tu la kan, Dahlia terpaksa redah semua ni sebab Tengku Akid still tak dapat cara nak bagitahu Haris or sape2 yg dieorang sbnrnye in l0ve. Tenkiu for reading & comment cayunk!
Delete