“Good night Lia.
Sweet dream!” Tengku Akid mengucup lembut dahi aku. Lepas tu Tengku Akid terus
masuk bilik tidur dia. Aku menolak pintu dan masuk ke dalam bilik. Aku duduk
kat hujung katil. Tak tahu kenapa, aku rasa sedih sangat. Sedih macam aku dah
kehilangan seseorang. Patut ke aku terima dia Ya Allah? Berilah Lia petunjuk.
Aku masuk bilik air, mandi dan solat isyak.
*********************************************************************
Tengku
Akid menghumbankan badannya ke atas katil. Tangannya mencapai remote mp3 yang
berada di atas katil dan jarinya menekan butang play.
Kusangka
hidupku
Selamanya
kelam
Terbelenggu
ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa
diriku
Menapaki
jalan
Arah
yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini
kau pun hadir
Memberi
cahaya
Membangunkan
ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun
hatiku ke palung asmara
Seakan
ku hidup kembali dari matiku
Engkaulah
cinta
Yang
selama ini aku cari
Ku
relakan jiwa
Tuk
menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna
engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang
mampu melarutkan setiap sepi hatiku
Seandainya
waktu
Tak
pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan
kubiarkan mati hatiku selamanya
Hingga
engkau datang membangunkan aku..
Tengku Akid bangun dan
meraup mukanya. ‘Dahlia adalah nadi yang menghidupkan Akid. Kalau kita tak ada
jodoh untuk bersama, biarlah hati Akid mati selamanya hingga Dahlia datang dan
membangunkan Akid! Itu janji Akid pada Lia!’
*********************************************************************
Lia
terjaga dari tidur apabila mengalami mimpi yang aneh. Lia tengok jam dah pukul
3.00 pagi. Apa maksud mimpi aku tadi? Kenapa Tengku Akid hanya senyum tapi tak
nak cakap langsung dengan aku. Tengku Akid hulur tangan kat aku macam nak bawak
aku pergi suatu tempat. Tapi belum sempat aku sambut tangan dia, dia dah
hilang. Entah-entah ada sesuatu yang dah jadi kat Tengku Akid ke? Baik aku
pergi tengok. Aku bangun dari katil, sanggul rambut dan terus keluar dari
bilik. Perlahan aku ketuk pintu bilik Tengku Akid.
“Tengku!” Aku ketuk.
Tengku Akid tak menyahut.
“Tengku!!” Kali ni kuat
sikit. Pun tak ada balasan. Aku dah mula risau dah.
“Tengku!!!” Kali ni aku
lantangkan suara aku. Ketuk pun dah macam nak runtuh pintu bilik dia. Kenapa
dia tak buka pintu ni? Dia dah pengsan ke apa? Kalau dia pengsan, kat mana aku
nak cari kunci spare? Tak lama kemudian, aku dengar tombol pintu bilik dia di
pulas.
“Lia kenapa?” Tengku
Akid menggosok matanya.
“Ya Allah! Syukur
Alhamdulillah. Tengku tak apa-apa kan?” Tanpa aku sedar, aku dah terpeluk dia.
Tengku Akid terkejut.
“Akid ok je. Lia kenapa
ni?” Aku geleng. Air mata aku dah laju turun.
“Lia, sshh.. kenapa
menangis ni? Tell me.” Perlahan Tengku Akid usap belakang badan aku.
“Tengku jangan
tinggalkan Lia. Lia tak kuat kalau Tengku tak ada dengan Lia.”
“Ssshh.. siapa nak
tinggalkan Lia pulak? Kan Akid ada kat depan Lia ni.” Bila aku dah tenang
sikit, aku renggangkan pelukan aku dari pinggang dia. Aku tengok je muka dia.
Tengku Akid lap air mata aku.
“Lia mimpi. Mimpi
buruk!” Tengku Akid kerut kening.
“Mimpi apa sayang?
Bagitahu Akid.” Sayang? Happynya aku bila dia dah panggil aku sayang balik.
“Lia mimpi Tengku tak
nak cakap dengan Lia, lepas tu Tengku tak nak pegang tangan Lia, lepas tu
Tengku hilang.” Tengku Akid senyum. Tengku Akid tarik aku duduk kat atas katil
dia.
“Mimpi je tu sayang.
Sayang tak cuci kaki la tu sebelum tidur tadi kan. Jangan menangis lagi. I am
safe and looking at you now. I’m talking to you, hold your hand and I’m not
going anywhere.” Tengku Akid usap-usap tangan aku.
“Jangan tinggalkan Lia
Tengku. Lia takut!” Tengku Akid tarik aku ke dalam pelukan dia. Dia usap kepala
aku pulak. Aku rasa tenang sikit. Lama keadaan aku dan Tengku Akid macam tu.
“How do you feel now?”
Perlahan je Tengku Akid bisik kat telinga aku.
“Baik dari tadi.”
Tengku Akid pandang aku.
“Akid hantar Lia masuk
tidur ok.” Aku angguk. Tengku Akid tarik tangan aku dan bawak aku masuk bilik
aku. Tengku Akid baringkan aku dan selimutkan aku.
“Lia pejam mata. Fikir
perkara yang buat Lia happy. InsyaAllah, Lia boleh tidur.” Tengku Akid usap
kepala aku. Tengku Akid padam lampu meja dan bila aku nampak dia nak beredar
dari katil aku, cepat-cepat aku tarik tangan dia. Tengku Akid terkejut dan
toleh muka kat aku.
“Lia rasa, Allah dah
beri petunjuk pada Lia.” Tengku Akid kerut kening.
“Petunjuk apa?”
“Lia.. Lia tak boleh
hidup dengan Haris. Lia perlukan Tengku dalam hidup Lia. Tengku sudi tak terima
Lia?” Besar mata Tengku Akid dengar permintaan aku.
“Are you ok? Lia
mengantuk kot ni.”
“Lia minta maaf sebab
dah buat keputusan terburu-buru. Memang salah Lia sebab dah salah faham dengan
Tengku. Patutnya Lia tanya Tengku siapa Kak Sha. Sebenarnya, hati Lia memang
dah boleh terima cinta Tengku. Tapi Lia betul-betul tersepit. Berat dugaan yang
Allah beri pada Lia sekarang. Hari-hari Lia berdoa mintak Allah beri petunjuk
pada Lia. Siapa yang patut Lia pilih dan tadi, bila Allah bagi Lia mimpi macam
tu, Lia terfikir itu lah jawapan pada soalan Lia. Bukan niat Lia nak
main-mainkan Tengku, Lia minta maaf.” Tengku Akid tersenyum. Hatinya
memanjatkan syukur pada Allah s.w.t. ‘Selama ni Allah dengar doa aku dan pagi
ni, Allah kabulkan doa aku. Terima kasih Ya Allah, terima kasih!’ Tengku Akid
duduk di tepi katil Dahlia. Tangan Dahlia di genggam.
“Akid faham apa yang
Lia tengah lalui sekarang. Akid rasa, masalah Lia lagi berat dari Akid. Tapi
sumpah Lia, sekali pun tak pernah Akid fikir nak main-mainkan perasaan Lia.
Akid serius dengan Lia dan Akid nak kita bina hubungan kita. Bukan sekadar
pasangan yang bercinta tapi Akid nak sangat jadikan Lia isteri Akid yang sah.
Bukan Akid tak fikir apa kesannya pada Haris, Auntie Sofi dan mama Lia. Akid
fikir sayang dan Akid dah cuba tahan hati Akid untuk terus mencintai Lia tapi
Akid gagal.”
“Sekarang macam mana
Tengku? Lia dah setuju nak bertunang dengan Haris. Takkan Lia nak kenselkan
macam tu je. Lia tak boleh.” Aku menangis balik.
“Sshhh..” Tengku Akid
tarik aku dalam pelukan dia. Lama Tengku Akid dan aku diam.
“Macam ni la, buat masa
ni Lia buat macam biasa. Lia teruskan jugak pertunangan Lia dengan Haris.
Tunang je pun sayang. Dalam waktu tu, Akid akan cari jalan macam mana nak
declare hubungan kita ni.” Aku pandang Tengku Akid.
“Boleh ke macam tu?”
“Kita cuba dulu. I will
try to find other ways dan Akid harap Lia banyakkan bersabar ye. Apa yang Akid
tahu, Akid tak boleh kehilangan Lia. Kita berhubungan macam biasa ok.” Aku
angguk. Tengku Akid tarik dagu aku ke atas.
“I really-really love
you! Thank you with all that you have given me this early morning. Akid takkan
lupakan saat-saat indah ni sayang.” Tengku Akid peluk aku. Lambat-lambat aku
balas pelukan dia. Aku pejamkan mata. Maafkan Dahlia, abang Haris!
*********************************************************************
“Kenapa dah lama
Hanis tak nampak Lia eh mama?” Datin Sharifah Sofiya yang sedang membaca
majalah menoleh sekilas pada Hanis.
“Sejak bila Hanis ambil
tahu pasal Dahlia?”
“Tak ada la, saja
tanya. Dia kan nak bertunang dengan abang Haris tapi Hanis tak nampak pun dia
macam sibuk dengan majlis dia.”
“Majlis tunang dia mama
dengan mama Lia yang handle. Dahlia tak payah buat apa pun.”
“Oh, macam tu ke. Tapi
serius mama, dah lama Hanis tak nampak dia. Dia pergi mana?”
“Abang Haris kamu
cakap, Lia pergi bercuti. Saja nak tenangkan fikiran sebelum majlis tunang
dia.”
“Amboi! Bukan main kan
mama. Baru nak bertunang tapi dah pergi bercuti bagai. Dia stress sangat ke?”
Datin Sharifah Sofiya tutup majalah dan pandang Hanis.
“Kamu ni dah kenapa
Hanis? Ada je yang tak kena pada Dahlia. Belajar la respek dia sebab Dahlia tu
bakal kakak ipar kamu.” Hanis buat muka malas nak dengar.
“Lama ke dia pergi
tenangkan fikiran?”
“Masuk hari ni dah 3
hari la.” Tiba-tiba Hanis rasa tak sedap hati. ‘Masuk hari ni dah 3 hari la.’
‘Tengku Akid ambil EL, 3 days.’ Kata-kata Datin Sharifah Sofiya dan Qisha Akira
bermain semula di fikirannya. Kebetulan atau di rancang?
*********************************************************************
“Good morning
sayang!” Eh, tu macam suara Tengku Akid je. Perlahan aku bukak mata. Apasal
muka Tengku ni dekat sangat dengan aku ni? Aku pejam mata balik. Mimpi kot.
Tapi, bau wangi dia ni menyucuk-nyucuk hidung la. Entah-entah, aku tak mimpi.
Tapi kalau itu betul dia, macam mana dia boleh masuk bilik aku ni? Aku bukak
mata balik. Kali ni besar sikit. Memang Tengku Akid la. Aku tarik selimut dan
tutup bahagian hidung dan mulut.
“Tengku buat apa kat
sini? Macam mana boleh masuk bilik Lia?” Tengku Akid tersengih. Setahu aku, aku
dah kunci pintu bilik pagi tadi. Lepas masing-masing buat luahan hati tu, aku
ingat Tengku Akid balik bilik dia dan aku kunci pintu bilik aku.
“Comel sangat sayang
tidur. Rasa nak tidur sebelah sayang je.”
“Lia tanya lain, Tengku
jawab lain pulak. Jawab soalan saya la.”
“Kenapa sayang tutup
mulut ni?” Tengku Akid nak tarik selimut dari mulut aku, aku tahan.
“Macam mana Tengku
masuk sini? Pakai spare key ke?” Tengku Akid ketawa,
“Bukan la sayang. Akid
masuk dari situ.” Tengku Akid muncungkan mulut dia kat pintu sebelah bilik air.
“Dari situ? Situ mana
boleh masuk.”
“Tu la sayang tak tahu.
Pintu tu boleh di buka tapi dari bilik Akid je. Bilik kita ada connection
dengan pintu tu.” Har!!! Yeke.
“Dah lama Tengku kat
sini?”
“Boleh tahan la. Lepas
solat subuh tadi terus nak tengok sayang. Akid dah agak dah sayang mesti tidur
balik lepas solat kan.” Memang la aku tidur balik. Tak cukup tidur sebab pagi
tadi berjaga lama sangat.
“Sayang mengantok ye,
berjaga pagi tadi.” Aku angguk. Tengku Akid senyum. Hensemnya dia ni. Patut la
Hanis gila sangat dengan dia. Dia ni darah campur apa agaknya? Muka dia nak
cakap macam cina pun ada, macam orang putih pun ada. Macam orang melayu? Memang
tak ada la. Hikhik..
“Kenapa sayang tenung
Akid macam tu? Akid hensem ye.” Erk! Dia perasan la.
“Jangan nak perasan la.
Lia bukan tengok Tengku, Lia tengah berangan.” Tengku Akid angkat kening.
“Berangan? Berangan
dengan Akid. Seronok tak? Share la.” Aku jeling Tengku Akid.
“Dah la, tepi sikit.
Lia nak masuk mandi ni. Oh ye, semalam tu kenapa semua bilik air tak ada air?”
“Kadang-kadang memang
jadi macam tu. Biasa la, kawasan kampung kan. Kalau bilik sayang tak ada air
lagi, datang bilik Akid ok.”
“Lia rasa dah ok kot.
Malam tadi dengan subuh tadi ada je air.”
“Hurm, tak dapat la
Akid nak mengendap sayang mandi.” Aku pukul lengan Tengku Akid.
“Gatalnya!!” Tengku
Akid ketawa.
“Kenapa sayang tutup
mulut ni? Susah la nak tengok muncung sayang yang seksi tu.”
“Lia kan baru bangun
tidur. Tak pasal-pasal Tengku pengsan kalau Lia bukak selimut ni.” Tengku Akid
ketawa lagi.
“Tu la, next time
jangan bangun lambat lagi, kan dah kantoi!”
“Yela, yela. Tengku
tepi la, Lia nak mandi.” Tengku Akid bangun. Aku pun bangun dari katil. Aku
capai tuala dan masuk bilik air.
“Sayang!” Aku toleh.
“Jangan mandi lambat
sangat, kalau Lia lama-lama dalam tu Akid masuk nanti.” Tengku Akid tersengih.
“Tengku jangan nak buat
yang bukan-bukan ye. Er, kita balik KL kan hari ni?” Tengku Akid angguk.
“Ye sayang. Akid kesian
jugak dekat Haris. Sorang-sorang handle hotel. Lagipun, Akid pun banyak kerja
nak di settlekan. Lepas Lia dah siap mandi, terus kemas apa yang patut ok.” Aku
angguk dan masuk bilik air.
![]() |
“I really-really love you! Thank you with all that you have given me this early morning. Akid takkan lupakan saat-saat indah ni sayang.” |
To be continue..
Thanks for reading..
best.harap-2 x terjadi apa kat lia.
ReplyDeleteTenkiu for reading & comment baby mio..
DeleteDear Dya..thank u so much 4 this super fast n3! Both Akid & Lia have to be strong to protect their love. Rasanya lepas ni lagi makin hebat dugaan utk diorang..harap bersabar byk2 ye. Kalau ada jodoh x kemana..As for Lia's photo, Ida still prefer heroin Melayu sbb rasanya org kita ni masih ramai yg kekal dgn natural beauty. Gadis Melayu...tetap ayu...hehe..
ReplyDeleteTenkiu for reading & comment ida,
DeleteTu la Dya dah cakap, sape-sape pun takpe. Tapi kan, dalam kepala ni dah ade dah saingan Wawa Zainal. Kalau nak tahu siapa, maybe next n3 Dya postkan eh. Hikhik..