Wednesday, 9 October 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 35


Good night Lia. Sweet dream!” Tengku Akid mengucup lembut dahi aku. Lepas tu Tengku Akid terus masuk bilik tidur dia. Aku menolak pintu dan masuk ke dalam bilik. Aku duduk kat hujung katil. Tak tahu kenapa, aku rasa sedih sangat. Sedih macam aku dah kehilangan seseorang. Patut ke aku terima dia Ya Allah? Berilah Lia petunjuk. Aku masuk bilik air, mandi dan solat isyak.


*********************************************************************

Tengku Akid menghumbankan badannya ke atas katil. Tangannya mencapai remote mp3 yang berada di atas katil dan jarinya menekan butang play.

Kusangka hidupku

Selamanya kelam

Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku

Menapaki jalan

Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir

Memberi cahaya

Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara

Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta

Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa

Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu

Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku

Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu

Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu

Akan kubiarkan mati hatiku selamanya

Hingga engkau datang membangunkan aku..


Tengku Akid bangun dan meraup mukanya. ‘Dahlia adalah nadi yang menghidupkan Akid. Kalau kita tak ada jodoh untuk bersama, biarlah hati Akid mati selamanya hingga Dahlia datang dan membangunkan Akid! Itu janji Akid pada Lia!’


*********************************************************************

Lia terjaga dari tidur apabila mengalami mimpi yang aneh. Lia tengok jam dah pukul 3.00 pagi. Apa maksud mimpi aku tadi? Kenapa Tengku Akid hanya senyum tapi tak nak cakap langsung dengan aku. Tengku Akid hulur tangan kat aku macam nak bawak aku pergi suatu tempat. Tapi belum sempat aku sambut tangan dia, dia dah hilang. Entah-entah ada sesuatu yang dah jadi kat Tengku Akid ke? Baik aku pergi tengok. Aku bangun dari katil, sanggul rambut dan terus keluar dari bilik. Perlahan aku ketuk pintu bilik Tengku Akid.

“Tengku!” Aku ketuk. Tengku Akid tak menyahut.

“Tengku!!” Kali ni kuat sikit. Pun tak ada balasan. Aku dah mula risau dah.

“Tengku!!!” Kali ni aku lantangkan suara aku. Ketuk pun dah macam nak runtuh pintu bilik dia. Kenapa dia tak buka pintu ni? Dia dah pengsan ke apa? Kalau dia pengsan, kat mana aku nak cari kunci spare? Tak lama kemudian, aku dengar tombol pintu bilik dia di pulas.

“Lia kenapa?” Tengku Akid menggosok matanya.

“Ya Allah! Syukur Alhamdulillah. Tengku tak apa-apa kan?” Tanpa aku sedar, aku dah terpeluk dia. Tengku Akid terkejut.

“Akid ok je. Lia kenapa ni?” Aku geleng. Air mata aku dah laju turun.

“Lia, sshh.. kenapa menangis ni? Tell me.” Perlahan Tengku Akid usap belakang badan aku.

“Tengku jangan tinggalkan Lia. Lia tak kuat kalau Tengku tak ada dengan Lia.”

“Ssshh.. siapa nak tinggalkan Lia pulak? Kan Akid ada kat depan Lia ni.” Bila aku dah tenang sikit, aku renggangkan pelukan aku dari pinggang dia. Aku tengok je muka dia. Tengku Akid lap air mata aku.

“Lia mimpi. Mimpi buruk!” Tengku Akid kerut kening.

“Mimpi apa sayang? Bagitahu Akid.” Sayang? Happynya aku bila dia dah panggil aku sayang balik.

“Lia mimpi Tengku tak nak cakap dengan Lia, lepas tu Tengku tak nak pegang tangan Lia, lepas tu Tengku hilang.” Tengku Akid senyum. Tengku Akid tarik aku duduk kat atas katil dia.

“Mimpi je tu sayang. Sayang tak cuci kaki la tu sebelum tidur tadi kan. Jangan menangis lagi. I am safe and looking at you now. I’m talking to you, hold your hand and I’m not going anywhere.” Tengku Akid usap-usap tangan aku.

“Jangan tinggalkan Lia Tengku. Lia takut!” Tengku Akid tarik aku ke dalam pelukan dia. Dia usap kepala aku pulak. Aku rasa tenang sikit. Lama keadaan aku dan Tengku Akid macam tu.

“How do you feel now?” Perlahan je Tengku Akid bisik kat telinga aku.

“Baik dari tadi.” Tengku Akid pandang aku.

“Akid hantar Lia masuk tidur ok.” Aku angguk. Tengku Akid tarik tangan aku dan bawak aku masuk bilik aku. Tengku Akid baringkan aku dan selimutkan aku.

“Lia pejam mata. Fikir perkara yang buat Lia happy. InsyaAllah, Lia boleh tidur.” Tengku Akid usap kepala aku. Tengku Akid padam lampu meja dan bila aku nampak dia nak beredar dari katil aku, cepat-cepat aku tarik tangan dia. Tengku Akid terkejut dan toleh muka kat aku.

“Lia rasa, Allah dah beri petunjuk pada Lia.” Tengku Akid kerut kening.

“Petunjuk apa?”

“Lia.. Lia tak boleh hidup dengan Haris. Lia perlukan Tengku dalam hidup Lia. Tengku sudi tak terima Lia?” Besar mata Tengku Akid dengar permintaan aku.

“Are you ok? Lia mengantuk kot ni.”

“Lia minta maaf sebab dah buat keputusan terburu-buru. Memang salah Lia sebab dah salah faham dengan Tengku. Patutnya Lia tanya Tengku siapa Kak Sha. Sebenarnya, hati Lia memang dah boleh terima cinta Tengku. Tapi Lia betul-betul tersepit. Berat dugaan yang Allah beri pada Lia sekarang. Hari-hari Lia berdoa mintak Allah beri petunjuk pada Lia. Siapa yang patut Lia pilih dan tadi, bila Allah bagi Lia mimpi macam tu, Lia terfikir itu lah jawapan pada soalan Lia. Bukan niat Lia nak main-mainkan Tengku, Lia minta maaf.” Tengku Akid tersenyum. Hatinya memanjatkan syukur pada Allah s.w.t. ‘Selama ni Allah dengar doa aku dan pagi ni, Allah kabulkan doa aku. Terima kasih Ya Allah, terima kasih!’ Tengku Akid duduk di tepi katil Dahlia. Tangan Dahlia di genggam.

“Akid faham apa yang Lia tengah lalui sekarang. Akid rasa, masalah Lia lagi berat dari Akid. Tapi sumpah Lia, sekali pun tak pernah Akid fikir nak main-mainkan perasaan Lia. Akid serius dengan Lia dan Akid nak kita bina hubungan kita. Bukan sekadar pasangan yang bercinta tapi Akid nak sangat jadikan Lia isteri Akid yang sah. Bukan Akid tak fikir apa kesannya pada Haris, Auntie Sofi dan mama Lia. Akid fikir sayang dan Akid dah cuba tahan hati Akid untuk terus mencintai Lia tapi Akid gagal.”

“Sekarang macam mana Tengku? Lia dah setuju nak bertunang dengan Haris. Takkan Lia nak kenselkan macam tu je. Lia tak boleh.” Aku menangis balik.

“Sshhh..” Tengku Akid tarik aku dalam pelukan dia. Lama Tengku Akid dan aku diam.

“Macam ni la, buat masa ni Lia buat macam biasa. Lia teruskan jugak pertunangan Lia dengan Haris. Tunang je pun sayang. Dalam waktu tu, Akid akan cari jalan macam mana nak declare hubungan kita ni.” Aku pandang Tengku Akid.

“Boleh ke macam tu?”

“Kita cuba dulu. I will try to find other ways dan Akid harap Lia banyakkan bersabar ye. Apa yang Akid tahu, Akid tak boleh kehilangan Lia. Kita berhubungan macam biasa ok.” Aku angguk. Tengku Akid tarik dagu aku ke atas.

“I really-really love you! Thank you with all that you have given me this early morning. Akid takkan lupakan saat-saat indah ni sayang.” Tengku Akid peluk aku. Lambat-lambat aku balas pelukan dia. Aku pejamkan mata. Maafkan Dahlia, abang Haris!


*********************************************************************

Kenapa dah lama Hanis tak nampak Lia eh mama?” Datin Sharifah Sofiya yang sedang membaca majalah menoleh sekilas pada Hanis.

“Sejak bila Hanis ambil tahu pasal Dahlia?”

“Tak ada la, saja tanya. Dia kan nak bertunang dengan abang Haris tapi Hanis tak nampak pun dia macam sibuk dengan majlis dia.”

“Majlis tunang dia mama dengan mama Lia yang handle. Dahlia tak payah buat apa pun.”

“Oh, macam tu ke. Tapi serius mama, dah lama Hanis tak nampak dia. Dia pergi mana?”

“Abang Haris kamu cakap, Lia pergi bercuti. Saja nak tenangkan fikiran sebelum majlis tunang dia.”

“Amboi! Bukan main kan mama. Baru nak bertunang tapi dah pergi bercuti bagai. Dia stress sangat ke?” Datin Sharifah Sofiya tutup majalah dan pandang Hanis.

“Kamu ni dah kenapa Hanis? Ada je yang tak kena pada Dahlia. Belajar la respek dia sebab Dahlia tu bakal kakak ipar kamu.” Hanis buat muka malas nak dengar.

“Lama ke dia pergi tenangkan fikiran?”

“Masuk hari ni dah 3 hari la.” Tiba-tiba Hanis rasa tak sedap hati. ‘Masuk hari ni dah 3 hari la.’ ‘Tengku Akid ambil EL, 3 days.’ Kata-kata Datin Sharifah Sofiya dan Qisha Akira bermain semula di fikirannya. Kebetulan atau di rancang?


*********************************************************************

Good morning sayang!” Eh, tu macam suara Tengku Akid je. Perlahan aku bukak mata. Apasal muka Tengku ni dekat sangat dengan aku ni? Aku pejam mata balik. Mimpi kot. Tapi, bau wangi dia ni menyucuk-nyucuk hidung la. Entah-entah, aku tak mimpi. Tapi kalau itu betul dia, macam mana dia boleh masuk bilik aku ni? Aku bukak mata balik. Kali ni besar sikit. Memang Tengku Akid la. Aku tarik selimut dan tutup bahagian hidung dan mulut.

“Tengku buat apa kat sini? Macam mana boleh masuk bilik Lia?” Tengku Akid tersengih. Setahu aku, aku dah kunci pintu bilik pagi tadi. Lepas masing-masing buat luahan hati tu, aku ingat Tengku Akid balik bilik dia dan aku kunci pintu bilik aku.

“Comel sangat sayang tidur. Rasa nak tidur sebelah sayang je.”

“Lia tanya lain, Tengku jawab lain pulak. Jawab soalan saya la.”

“Kenapa sayang tutup mulut ni?” Tengku Akid nak tarik selimut dari mulut aku, aku tahan.

“Macam mana Tengku masuk sini? Pakai spare key ke?” Tengku Akid ketawa,

“Bukan la sayang. Akid masuk dari situ.” Tengku Akid muncungkan mulut dia kat pintu sebelah bilik air.

“Dari situ? Situ mana boleh masuk.”

“Tu la sayang tak tahu. Pintu tu boleh di buka tapi dari bilik Akid je. Bilik kita ada connection dengan pintu tu.” Har!!! Yeke.

“Dah lama Tengku kat sini?”

“Boleh tahan la. Lepas solat subuh tadi terus nak tengok sayang. Akid dah agak dah sayang mesti tidur balik lepas solat kan.” Memang la aku tidur balik. Tak cukup tidur sebab pagi tadi berjaga lama sangat.

“Sayang mengantok ye, berjaga pagi tadi.” Aku angguk. Tengku Akid senyum. Hensemnya dia ni. Patut la Hanis gila sangat dengan dia. Dia ni darah campur apa agaknya? Muka dia nak cakap macam cina pun ada, macam orang putih pun ada. Macam orang melayu? Memang tak ada la. Hikhik..

“Kenapa sayang tenung Akid macam tu? Akid hensem ye.” Erk! Dia perasan la.

“Jangan nak perasan la. Lia bukan tengok Tengku, Lia tengah berangan.” Tengku Akid angkat kening.

“Berangan? Berangan dengan Akid. Seronok tak? Share la.” Aku jeling Tengku Akid.

“Dah la, tepi sikit. Lia nak masuk mandi ni. Oh ye, semalam tu kenapa semua bilik air tak ada air?”

“Kadang-kadang memang jadi macam tu. Biasa la, kawasan kampung kan. Kalau bilik sayang tak ada air lagi, datang bilik Akid ok.”

“Lia rasa dah ok kot. Malam tadi dengan subuh tadi ada je air.”

“Hurm, tak dapat la Akid nak mengendap sayang mandi.” Aku pukul lengan Tengku Akid.

“Gatalnya!!” Tengku Akid ketawa.

“Kenapa sayang tutup mulut ni? Susah la nak tengok muncung sayang yang seksi tu.”

“Lia kan baru bangun tidur. Tak pasal-pasal Tengku pengsan kalau Lia bukak selimut ni.” Tengku Akid ketawa lagi.

“Tu la, next time jangan bangun lambat lagi, kan dah kantoi!”

“Yela, yela. Tengku tepi la, Lia nak mandi.” Tengku Akid bangun. Aku pun bangun dari katil. Aku capai tuala dan masuk bilik air.

“Sayang!” Aku toleh.

“Jangan mandi lambat sangat, kalau Lia lama-lama dalam tu Akid masuk nanti.” Tengku Akid tersengih.

“Tengku jangan nak buat yang bukan-bukan ye. Er, kita balik KL kan hari ni?” Tengku Akid angguk.

“Ye sayang. Akid kesian jugak dekat Haris. Sorang-sorang handle hotel. Lagipun, Akid pun banyak kerja nak di settlekan. Lepas Lia dah siap mandi, terus kemas apa yang patut ok.” Aku angguk dan masuk bilik air.


“I really-really love you! Thank you with all that you have given me this early morning. Akid takkan lupakan saat-saat indah ni sayang.” 



To be continue..

Thanks for reading..

4 comments:

  1. best.harap-2 x terjadi apa kat lia.

    ReplyDelete
  2. Dear Dya..thank u so much 4 this super fast n3! Both Akid & Lia have to be strong to protect their love. Rasanya lepas ni lagi makin hebat dugaan utk diorang..harap bersabar byk2 ye. Kalau ada jodoh x kemana..As for Lia's photo, Ida still prefer heroin Melayu sbb rasanya org kita ni masih ramai yg kekal dgn natural beauty. Gadis Melayu...tetap ayu...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu for reading & comment ida,
      Tu la Dya dah cakap, sape-sape pun takpe. Tapi kan, dalam kepala ni dah ade dah saingan Wawa Zainal. Kalau nak tahu siapa, maybe next n3 Dya postkan eh. Hikhik..

      Delete