”Kau ni dah kenapa
Kimi?” Haris memarahi Hakimi yang merempuh masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“Kau tu yang kenapa
bang? Kenapa kau rampas Dahlia dari aku?” Haris mengerut dahi.
“Rampas? Sejak bila
pulak kau dengan Dahlia bercinta? Dahlia sendiri yang setuju nak bertunang
dengan abang.”
“Memang la aku dengan
Lia tak bercinta, tapi aku cintakan dia. Aku dah cakap depan kau dulu kan waktu
mama buat event kat hotel. Kau memang sengaja kan!”
“Abang bukan sengaja
nak buat kau marah. Sebenarnya, abang pun sukakan Lia.” Hakimi menumbuk meja
Haris.
“Kau dengar sini bang,
aku takkan lepaskan Dahlia. Kau dengan dia pun baru nak bertunang je kan. Kalau
kau dah kahwin pun aku boleh rampas Dahlia dari kau la. Ingat tu!” Hakimi
memandang Haris dengan perasaan marah. Terkejut betul Hakimi bila Datin
Sharifah Sofiya memberitahunya Haris akan bertunang dengan Dahlia bulan
hadapan. Haris betul-betul sudah menganggu rancangan jahatnya pada Dahlia.
“Kau pun dengar sini
Kimi, selagi abang ada, kau jangan mimpi nak dekat dengan Dahlia. Berani kau
buat apa-apa kat Dahlia, berani la kau tanggung apa akibat yang abang akan bagi
dekat kau. Faham!”
“Arghh!! Pergi jahanam
la dengan semua ni.” Hakimi menghempas pintu bilik Haris dan terus keluar.
Haris duduk di atas kerusi dan memejamkan mata. Kesabarannya hilang di depan
Hakimi. ‘Aku takkan sekali-kali lepaskan Dahlia! Tapi, kat mana Dahlia
sekarang?’ Haris membuka kembali matanya.
*********************************************************************
“Lepaskan saya Tengku,
saya merayu pada Tengku.” Tengku Akid masih erat memegang kedua belah tangan
aku.
“Ini semua salah Lia!
Kenapa Lia tak balas cinta Akid. Akid cintakan Lia, hanya Lia. Tapi Lia
senang-senang je nak bertunang dengan Haris kan. This is your punishment.”
“Tolong la Tengku.
Lepaskan saya!” Aku dah mula nak menangis.
“Diam! Lia milik Akid.
Hanya Akid.” Aku tengok wajah Tengku Akid dah makin ke bawah. Aku dah tak
sanggup nak tengok. Tengku Akid mengucup pipi aku. Aku menjerit, minta Tengku
Akid lepaskan aku tapi Tengku Akid langsung tak pedulikan aku. Aku cuba meronta
tapi tenaga aku dah kurang dan aku dapat rasa pegangan Tengku Akid makin kuat.
“Jangan buat saya macam
ni. Tolong la! Kita boleh bincang kan.” Dalam hati aku memang menyesal sangat
naik kereta dia tadi. Kalau la aku tak ikut, semua ni takkan jadi.
“I love you so much! So
much!” Perlahan Tengku Akid bisik kalimat tu kat telinga aku. Bibir Tengku Akid
mengucup air mata yang mengalir kat pipi aku.
“Don’t cry honey. Walau
apa pun yang terjadi, Akid akan bertanggungjawab pada Lia.” Lembut suara Tengku
Akid memujuk Dahlia. Tengku Akid sudah makin hilang kawalan diri. Tengku Akid
menarik bahagian baju di bahu Dahlia. Tengku Akid mengucup leher dan bahu Dahlia
yang terdedah. Dahlia menjerit dan menangis. Bukan Tengku Akid tak kasihan
melihat Dahlia menangis, tapi hatinya betul-betul geram dengan perangai Dahlia.
“Lepaskan la saya
Tengku! Saya merayu pada Tengku.” Tiba-tiba Tengku Akid berhenti dari terus
mengucup leher dan bahu aku. pegangan tangan Tengku Akid pun makin longgar.
Cepat-cepat aku tarik tangan aku dan menjauhkan diri dari Tengku Akid. Aku
tarik cadar katil dan selimutkan badan aku yang agak terdedah di bahagian dada.
Aku duduk di hujung katil, menangis dan memeluk lutut. Aku tengok Tengku Akid
meraup mukanya.
“Maafkan Akid sayang!
Akid tak boleh nak kawal perasaan Akid. Akid buat semua ni sebab Akid cintakan
Lia.” Aku tak cakap apa-apa. Air mata ni pulak tak nak berhenti. Tengku Akid
menghampiri aku dan cuba hendak memegang tangan aku. Laju aku menepis.
“Jangan sentuh saya!
Saya mintak Tengku tolong keluar.”
“Maafkan Akid Lia.”
Tengku Akid bangun dari katil dan keluar dari bilik. Aku tak tahu nak buat apa.
Aku menangis dan terus menangis.
*********************************************************************
Aku
terjaga dari tidur. Aku tengok jam dah nak pukul 8.00 malam. Lamanya aku tidur.
Aku bangun dan meraup muka. Aku tengok baju aku, dah terkoyak rupanya. Tengku
Akid punya pasal la ni. Aku pandang sekeliling bilik. Aku kena keluar dari sini.
Mama mesti risau tengok aku tak balik-balik. Perlahan aku bangun dari katil,
tengok keadaan diri aku kat cermin dulu. Aku teringat balik apa yang Tengku
Akid buat pada aku tadi. Nasib baik la dia tak buat lebih-lebih kat aku. Syukur
Ya Allah kerana masih menjaga maruah Lia. Aku tak boleh lama-lama kat sini,
mana nak tahu datang balik gila si mamat campur tu, mati aku! Aku berjalan
sampai kat pintu bilik. Aku pulas tombol pintu perlahan-lahan. Aku pandang
kiri, kanan. Sunyi je. Bila aku yakin mamat campur tak ada, cepat –cepat aku
jalan nak turun bawah. Sampai je kat bawah, aku tengok mamat campur tak ada
jugak. Tapi, lampu pasang. Hurm, cantik jugak rumah ni. Rumah siapa la mamat
campur bawak aku ni? Dah, dah Lia. Cepat keluar. Aku pulas tombol pintu. Ketatnya.
Aku cuba lagi, memang ketat la. Mamat campur kunci agaknya. Melilau mata aku
pandang belakang. Mana tahu, kot-kot mamat campur turun dari atas ke? Macam
mana aku nak keluar ni eh?
“Sayang nak pergi mana
tu?” Kan dah cakap. Aish!! Aku toleh muka ke belakang. Aku terpegun sekejap.
Hensemnya! Dia pakai sweater warna kelabu dengan track suit je. Rambut dia
pulak macam basah-basah. Baru lepas mandi kot. Itu pun dah hensem. Aku tersedar
bila dia kenyit mata kat aku.
“Saya nak balik!”
“Balik mana?”
“Balik rumah la.”
“You have to stay
here.”
“Kenapa? Tengku nak
kita kena tangkap basah ke?” Tengku Akid ketawa.
“Hurm, boleh jugak.
Dapat kahwin free.”
“Tak hingin saya.” Aku
menjeling Tengku Akid. Tengku Akid meletakkan mug yang di pegang di atas meja.
Tengku Akid duduk di atas sofa dan membuka suis tv.
“Tengku dengar tak,
saya nak balik. Buka la pintu ni.”
“Lia pun dengar kan
saya cakap tadi, you have to stay here. Understand!”
“Saya tak nak duduk
sini dengan Tengku la.”
“Ok, buka la pintu tu
sendiri.”
“Macam mana saya nak
buka kalau Tengku dah kunci.”
“Tu kunci. Ambil la.”
Tengku Akid muncungkan mulutnya. Kunci ada kat atas meja. Meja tu pulak kat
depan dia. Ambil je la Lia. Aku berjalan menghampiri meja. Baru aku nak capai
kunci tu, Tengku Akid dah tarik tangan aku. Aku tak dapat nak imbangkan badan
dan tersinggah la punggung aku kat peha dia. Aku pandang je dia. Tengku Akid
pun pandang je aku. Sempat la kitaorang main mata kejap. Hikhik..
“Syok ke duduk kat peha
Akid ni sayang?”
“Har!” Aku baru
teringat yang aku duduk atas peha dia. Erk, malunya! Aku nak bangun tapi Tengku
Akid pegang pinggang aku.
“Apa ni? Lepas la, saya
nak bangun.” Tengku Akid gelengkan kepala.
“Nak macam ni
lama-lama.” Tengku Akid renung je aku.
“Akid nak minta maaf,
apa yang Akid dah buat dengan Lia siang tadi.” Aku tundukkan muka. Aku cuba nak
lepaskan diri dari dia tapi kuat betul la dia pegang pinggang aku.
“Akid sanggup minta
maaf beribu-ribu kali asalkan sayang maafkan Akid.”
“Jangan panggil saya
sayang boleh?” Mual pulak tekak aku dengar dia panggil aku sayang.
“Tak boleh la sayang.
Ini salah satu cara Akid nak tunjukkan yang Akid memang cintakan Lia.”
“Awak nak bohong siapa
Tengku? Awak masih nak bohong saya? Bodoh-bodohkan saya?”
“Akid tak pernah bohong
sayang atau bodohkan sayang. Ok, let me clear all of this thing.”
“Apa lagi yang Tengku
nak cakap dengan saya?”
“Akid tahu kenapa Lia
setuju nak bertunang dengan Haris. Sebab Natasha kan?” Aku pandang Tengku Akid.
Aku diam.
“Sayang cemburukan dia
kan?”
“Tak ada masa la saya
nak cemburukan dia. Awak nak kelek berapa banyak perempuan pun itu awak punya
suka!” Tengku Akid senyum. Dia tahu Dahlia cemburu.
“She is my sister.” Aku
pandang Tengku Akid. Kakak!
“Akid ada dua beradik
je. Natasha tak stay kat Malaysia pun. Lepas kahwin, dia terus stay kat New
York ikut husband dia yang ada business kat sana.” Aku telan air liur. Tu la
Lia, buat keputusan melulu lagi. Tak pikir-pikir nak tanya dulu.
“Tapi hari tu kenapa
Tengku dengan dia mesra semacam je?” Tengku Akid senyum. Hatinya kuat
mengatakan Dahlia memang cemburu dengan Natasha dan kalau tak banyak pun
mungkin ada sikit perasaan suka Dahlia padanya.
“Dia memang macam tu
sayang. Akid dengan dia memang close sangat. Bila dia pindah ikut husband dia,
memang Akid terasa sangat. Yela, dari kecil kitaorang tak pernah berpisah tau.
Tapi, lama kelamaan Akid boleh terima.” Aku gigit bibir. Kali ni aku memang dah
buat keputusan terburu-buru. Ikut perasaan sangat. Tengku Akid dekatkan muka
dia dengan telinga aku.
“Akid love you so much!
I swear sayang, Akid tak boleh nak ada perempuan lain. Dahlia ni pun susah
betul Akid nak tackle.”
“Boleh tak Tengku lepaskan
saya? Saya tak selesa la nak cakap dengan Tengku macam ni.” Akhirya Tengku Akid
lepaskan pautan kat pinggang aku. Aku turun dari peha dia dan duduk kat sofa
sebelah dia.
“Saya minta maaf jugak
sebab saya dah salah faham dengan Tengku.”
“Its ok honey. Akid
faham perasaan Lia waktu Lia nampak Akid dengan Kak Sha kan.” Tengku Akid tarik
tangan aku.
“Akid takkan paksa Lia
kalau Lia masih tak boleh nak terima Akid. Tapi Akid nak Lia percaya yang Akid
memang sungguh-sungguh nakkan Lia, cintakan Lia dan nak jadikan Lia milik Akid
seorang.” Laju aku tenung Tengku Akid.
“Maksud Akid, Akid nak
nikah dengan sayang. Nak jadikan sayang wife Akid yang sah.” Tengku Akid ambil handphone
aku. Eh, kenapa handphone aku kat dia?
“Nah! Call Haris or
your mama. So many missed call from him. Akid ambilkan phone sayang tadi sebab
sayang tengah tidur. Cas bateri sekali. Sayang call Haris and bagitahu dia
sayang pergi bercuti. Saja nak tenangkan fikiran. Tapi, jangan bagitahu Haris
sayang kat mana tahu!”
“Tapi, kalau Haris..”
Tengku Akid tutup mulut aku dengan tangan dia.
“Please sayang, bukan
Akid sengaja nak suruh sayang bohong tapi Akid betul-betul nak spend time with
you. Only me and you!” Tengku Akid alihkan tangan dia dari mulut aku.
“Tapi..”
“Sshh!!” Tengku Akid
letak balik tangan dia.
“Just call and jangan
cakap lama-lama. Akid jeles nanti.” Aku angguk. Aku tekan nombor Haris.
“Lia! Where are you? Banyak
kali abang call, kenapa Lia tak jawab?”
“Abang.. Lia, Lia baik
je. Sebenarnya, Lia pergi bercuti.” Tengku Akid menjeling. Abang?
“Bercuti?” Haris pelik.
“A’ah. Lia saja nak
rehatkan badan, fikiran Lia.”
“Kenapa Lia tak
bagitahu abang awal-awal? Boleh abang temankan.”
“Itu yang Lia tak nak. Lia
tak nak sesiapa pun tahu Lia kat mana. Kalau Lia bagitahu abang, abang mesti
nak ikut kan.”
“Kalau ye pun, inform
la sayang. Abang risau sangat tahu. Jangan cakap abang, mama Lia dengan mama
abang pun risau habis.”
“Iye, iye. Salah Lia. Lia
bukan tak nak call. Lia tertidur tadi. Penat kot.” Aku pandang Tengku Akid. Dia
dah buat signal suruh cepat habis cakap dengan Haris.
“Bila Lia nak balik ni?”
“Lia tak sure lagi. Kalau
Lia dah bosan Lia balik la. Abang jangan risau, Lia janji Lia tak lama kat sini
tau. Er.. abang, bateri Lia nak kong la. nanti Lia call lagi. abang tolong bagi
tahu mama ye.”
“Ok, ok. Lia call abang
selalu ok. Pasal mama Lia nanti abang inform. Last question, Lia rindu abang
tak?” Aku telan air liur.
“Er..”
“Abang rindu Lia. Abang
harap Lia pun rindukan abang.” Mata Tengku Akid tak habis-habis nak pandang
aku.
“Lia.. Lia.. pun rindu
abang.” Tengku Akid besarkan mata. Aku rasa dah perlahan sangat suara aku tadi.
Dia dengar jugak ke? Sah! Telinga dia berpuaka.
“Take care Lia.” Aku
matikan talian. Tengku Akid mendekati aku.
“Do you love him?” Aku
diam.
“Answer me. Do you love
him?”
“Lia tak tahu.”
“Well, I have still
chance right. Why you call him abang?”
“Haris yang suruh.”
“Since when?”
“Waktu Haris mula-mula
offer Lia kerja dekat hotel.”
“Hurm, dah lama dia ada
hati pada sayang rupanya.”
“Apa?” Aku tak dengar
sangat apa yang dia cakap tu.
“Nothing! Lia pergi
naik atas. Mandi. Lepas tu Lia turun kita makan sama-sama ok. Akid ada masak
sikit.” Masak? Tengku Akid? Biar betul!
“Dah kenapa keras kat
situ? Tak percaya Akid boleh masak ye. See my hand la.” Tengku Akid tunjuk
tangannya. Amboi! Berlagaknya. Aku nak tergelak tapi aku tahan. Aku berdiri dan
menuju ke tangga. Tapi baru aku teringat, lepas mandi nanti aku nak ganti baju
apa? Aku toleh kat Tengku Akid.
“Tengku ada baju lebih
tak?” Tengku Akid pandang aku. Tengku Akid berdiri dan menuju ke arah aku.
Tengku Akid tutup baju aku yang koyak dengan tangan dia.
“Maafkan Akid sayang. Akid
yang buat kan. Akid ada belikan baju untuk sayang. Lepas mandi tukar baju yang
ada dalam almari tu.” Aku angguk dan terus naik atas.
*********************************************************************
“Assalamualaikum
Cik Ani.” Haris mengetuk pintu rumah Rohani. Rohani membuka selepas menjawab
salam.
“Eh, Haris. Macam mana?
Dah ada berita pasal Lia ke?”
“Alhamdulillah makcik.
Lia baru je call saya. Dia baik je.”
“Dia pergi mana Haris? Kenapa
dia tak balik?”
“Lia cakap dia pergi
tenangkan fikiran. Pergi bercuti.”
“Bercuti? Lia tak
pernah macam ni Haris. Kalau dia nak pergi mana pun, dia mesti bagi tahu makcik.”
“Takpe la makcik. Mungkin
Lia stress dengan kerja atau dengan majlis tunang kami. Yela, semua ni
tiba-tiba kan. Makcik jangan risau, saya akan selalu call dan tanya keadaan
dia.” Rohani angguk.
“Kalau itu cakap Haris,
makcik ikut kan je. Kalau Lia ada call lagi, suruh dia balik cepat sikit. Makcik
risaukan dia. Dia tak pernah buat perangai macam ni.”
“Baik lah makcik. Makcik
masuk la, berehat ye.” Rohani angguk dan masuk ke dalam.
To be continue..
Thanks for reading..
huh nasib baik akid sedar....
ReplyDeleteHikhik.. Tu la, kalau Akid tak sedar lagi teruk la Dahlia nak merajuk dengan dia.
Deletela...nampak mcm tak jadi pulak nak tunang dengan Haris....
ReplyDeleteKalau saya l mesti keliru kan,Haris pun baik sgt...Akid pun baik sgt.......dua-dua hensem pulak tu.....aduh pening kepala saya
Jadi tunang ataupun tak, kena la follow selalu k.. Kihkih..
DeleteEwah2 akid.. seronoknyalah ye duduk serumah berdua duaan dgn dahlia..
ReplyDeleteHakhak.. peluang keemasan die la tu.
DeleteX suka Dahlia yg x ikhlas memilih . Cuma pilih Haris sekadar utk melepaskan geram aje ... bila Akid merayu mula la cair ...
ReplyDeleteAlololo.. jangan la tak suka kat Dahlia. Tu kan normal. Kalau real life pun kita mesti jumpa perempuan macam tu. Sebenarnya dalam hati Dahlia belum ada sesiapa pun. Dahlia masih lagi bingung. Cuma, mungkin sebab Tengku Akid yang luahkan perasaan kat Dahlia dulu, tu yang buat Dahlia fenin tuuu..
Delete