Monday, 7 October 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 32


Kau ni dah kenapa Kimi?” Haris memarahi Hakimi yang merempuh masuk ke dalam bilik pejabatnya.

“Kau tu yang kenapa bang? Kenapa kau rampas Dahlia dari aku?” Haris mengerut dahi.

“Rampas? Sejak bila pulak kau dengan Dahlia bercinta? Dahlia sendiri yang setuju nak bertunang dengan abang.”

“Memang la aku dengan Lia tak bercinta, tapi aku cintakan dia. Aku dah cakap depan kau dulu kan waktu mama buat event kat hotel. Kau memang sengaja kan!”

“Abang bukan sengaja nak buat kau marah. Sebenarnya, abang pun sukakan Lia.” Hakimi menumbuk meja Haris.

“Kau dengar sini bang, aku takkan lepaskan Dahlia. Kau dengan dia pun baru nak bertunang je kan. Kalau kau dah kahwin pun aku boleh rampas Dahlia dari kau la. Ingat tu!” Hakimi memandang Haris dengan perasaan marah. Terkejut betul Hakimi bila Datin Sharifah Sofiya memberitahunya Haris akan bertunang dengan Dahlia bulan hadapan. Haris betul-betul sudah menganggu rancangan jahatnya pada Dahlia.

“Kau pun dengar sini Kimi, selagi abang ada, kau jangan mimpi nak dekat dengan Dahlia. Berani kau buat apa-apa kat Dahlia, berani la kau tanggung apa akibat yang abang akan bagi dekat kau. Faham!”

“Arghh!! Pergi jahanam la dengan semua ni.” Hakimi menghempas pintu bilik Haris dan terus keluar. Haris duduk di atas kerusi dan memejamkan mata. Kesabarannya hilang di depan Hakimi. ‘Aku takkan sekali-kali lepaskan Dahlia! Tapi, kat mana Dahlia sekarang?’ Haris membuka kembali matanya.


*********************************************************************

Lepaskan saya Tengku, saya merayu pada Tengku.” Tengku Akid masih erat memegang kedua belah tangan aku.

“Ini semua salah Lia! Kenapa Lia tak balas cinta Akid. Akid cintakan Lia, hanya Lia. Tapi Lia senang-senang je nak bertunang dengan Haris kan. This is your punishment.”

“Tolong la Tengku. Lepaskan saya!” Aku dah mula nak menangis.

“Diam! Lia milik Akid. Hanya Akid.” Aku tengok wajah Tengku Akid dah makin ke bawah. Aku dah tak sanggup nak tengok. Tengku Akid mengucup pipi aku. Aku menjerit, minta Tengku Akid lepaskan aku tapi Tengku Akid langsung tak pedulikan aku. Aku cuba meronta tapi tenaga aku dah kurang dan aku dapat rasa pegangan Tengku Akid makin kuat.

“Jangan buat saya macam ni. Tolong la! Kita boleh bincang kan.” Dalam hati aku memang menyesal sangat naik kereta dia tadi. Kalau la aku tak ikut, semua ni takkan jadi.

“I love you so much! So much!” Perlahan Tengku Akid bisik kalimat tu kat telinga aku. Bibir Tengku Akid mengucup air mata yang mengalir kat pipi aku.

“Don’t cry honey. Walau apa pun yang terjadi, Akid akan bertanggungjawab pada Lia.” Lembut suara Tengku Akid memujuk Dahlia. Tengku Akid sudah makin hilang kawalan diri. Tengku Akid menarik bahagian baju di bahu Dahlia. Tengku Akid mengucup leher dan bahu Dahlia yang terdedah. Dahlia menjerit dan menangis. Bukan Tengku Akid tak kasihan melihat Dahlia menangis, tapi hatinya betul-betul geram dengan perangai Dahlia.

“Lepaskan la saya Tengku! Saya merayu pada Tengku.” Tiba-tiba Tengku Akid berhenti dari terus mengucup leher dan bahu aku. pegangan tangan Tengku Akid pun makin longgar. Cepat-cepat aku tarik tangan aku dan menjauhkan diri dari Tengku Akid. Aku tarik cadar katil dan selimutkan badan aku yang agak terdedah di bahagian dada. Aku duduk di hujung katil, menangis dan memeluk lutut. Aku tengok Tengku Akid meraup mukanya.

“Maafkan Akid sayang! Akid tak boleh nak kawal perasaan Akid. Akid buat semua ni sebab Akid cintakan Lia.” Aku tak cakap apa-apa. Air mata ni pulak tak nak berhenti. Tengku Akid menghampiri aku dan cuba hendak memegang tangan aku. Laju aku menepis.

“Jangan sentuh saya! Saya mintak Tengku tolong keluar.”

“Maafkan Akid Lia.” Tengku Akid bangun dari katil dan keluar dari bilik. Aku tak tahu nak buat apa. Aku menangis dan terus menangis.


*********************************************************************

Aku terjaga dari tidur. Aku tengok jam dah nak pukul 8.00 malam. Lamanya aku tidur. Aku bangun dan meraup muka. Aku tengok baju aku, dah terkoyak rupanya. Tengku Akid punya pasal la ni. Aku pandang sekeliling bilik. Aku kena keluar dari sini. Mama mesti risau tengok aku tak balik-balik. Perlahan aku bangun dari katil, tengok keadaan diri aku kat cermin dulu. Aku teringat balik apa yang Tengku Akid buat pada aku tadi. Nasib baik la dia tak buat lebih-lebih kat aku. Syukur Ya Allah kerana masih menjaga maruah Lia. Aku tak boleh lama-lama kat sini, mana nak tahu datang balik gila si mamat campur tu, mati aku! Aku berjalan sampai kat pintu bilik. Aku pulas tombol pintu perlahan-lahan. Aku pandang kiri, kanan. Sunyi je. Bila aku yakin mamat campur tak ada, cepat –cepat aku jalan nak turun bawah. Sampai je kat bawah, aku tengok mamat campur tak ada jugak. Tapi, lampu pasang. Hurm, cantik jugak rumah ni. Rumah siapa la mamat campur bawak aku ni? Dah, dah Lia. Cepat keluar. Aku pulas tombol pintu. Ketatnya. Aku cuba lagi, memang ketat la. Mamat campur kunci agaknya. Melilau mata aku pandang belakang. Mana tahu, kot-kot mamat campur turun dari atas ke? Macam mana aku nak keluar ni eh?

“Sayang nak pergi mana tu?” Kan dah cakap. Aish!! Aku toleh muka ke belakang. Aku terpegun sekejap. Hensemnya! Dia pakai sweater warna kelabu dengan track suit je. Rambut dia pulak macam basah-basah. Baru lepas mandi kot. Itu pun dah hensem. Aku tersedar bila dia kenyit mata kat aku.

“Saya nak balik!”

“Balik mana?”

“Balik rumah la.”

“You have to stay here.”

“Kenapa? Tengku nak kita kena tangkap basah ke?” Tengku Akid ketawa.

“Hurm, boleh jugak. Dapat kahwin free.”

“Tak hingin saya.” Aku menjeling Tengku Akid. Tengku Akid meletakkan mug yang di pegang di atas meja. Tengku Akid duduk di atas sofa dan membuka suis tv.

“Tengku dengar tak, saya nak balik. Buka la pintu ni.”

“Lia pun dengar kan saya cakap tadi, you have to stay here. Understand!”

“Saya tak nak duduk sini dengan Tengku la.”

“Ok, buka la pintu tu sendiri.”

“Macam mana saya nak buka kalau Tengku dah kunci.”

“Tu kunci. Ambil la.” Tengku Akid muncungkan mulutnya. Kunci ada kat atas meja. Meja tu pulak kat depan dia. Ambil je la Lia. Aku berjalan menghampiri meja. Baru aku nak capai kunci tu, Tengku Akid dah tarik tangan aku. Aku tak dapat nak imbangkan badan dan tersinggah la punggung aku kat peha dia. Aku pandang je dia. Tengku Akid pun pandang je aku. Sempat la kitaorang main mata kejap. Hikhik..

“Syok ke duduk kat peha Akid ni sayang?”

“Har!” Aku baru teringat yang aku duduk atas peha dia. Erk, malunya! Aku nak bangun tapi Tengku Akid pegang pinggang aku.

“Apa ni? Lepas la, saya nak bangun.” Tengku Akid gelengkan kepala.

“Nak macam ni lama-lama.” Tengku Akid renung je aku.

“Akid nak minta maaf, apa yang Akid dah buat dengan Lia siang tadi.” Aku tundukkan muka. Aku cuba nak lepaskan diri dari dia tapi kuat betul la dia pegang pinggang aku.

“Akid sanggup minta maaf beribu-ribu kali asalkan sayang maafkan Akid.”

“Jangan panggil saya sayang boleh?” Mual pulak tekak aku dengar dia panggil aku sayang.

“Tak boleh la sayang. Ini salah satu cara Akid nak tunjukkan yang Akid memang cintakan Lia.”

“Awak nak bohong siapa Tengku? Awak masih nak bohong saya? Bodoh-bodohkan saya?”

“Akid tak pernah bohong sayang atau bodohkan sayang. Ok, let me clear all of this thing.”

“Apa lagi yang Tengku nak cakap dengan saya?”

“Akid tahu kenapa Lia setuju nak bertunang dengan Haris. Sebab Natasha kan?” Aku pandang Tengku Akid. Aku diam.

“Sayang cemburukan dia kan?”

“Tak ada masa la saya nak cemburukan dia. Awak nak kelek berapa banyak perempuan pun itu awak punya suka!” Tengku Akid senyum. Dia tahu Dahlia cemburu.

“She is my sister.” Aku pandang Tengku Akid. Kakak!

“Akid ada dua beradik je. Natasha tak stay kat Malaysia pun. Lepas kahwin, dia terus stay kat New York ikut husband dia yang ada business kat sana.” Aku telan air liur. Tu la Lia, buat keputusan melulu lagi. Tak pikir-pikir nak tanya dulu.

“Tapi hari tu kenapa Tengku dengan dia mesra semacam je?” Tengku Akid senyum. Hatinya kuat mengatakan Dahlia memang cemburu dengan Natasha dan kalau tak banyak pun mungkin ada sikit perasaan suka Dahlia padanya.

“Dia memang macam tu sayang. Akid dengan dia memang close sangat. Bila dia pindah ikut husband dia, memang Akid terasa sangat. Yela, dari kecil kitaorang tak pernah berpisah tau. Tapi, lama kelamaan Akid boleh terima.” Aku gigit bibir. Kali ni aku memang dah buat keputusan terburu-buru. Ikut perasaan sangat. Tengku Akid dekatkan muka dia dengan telinga aku.

“Akid love you so much! I swear sayang, Akid tak boleh nak ada perempuan lain. Dahlia ni pun susah betul Akid nak tackle.”

“Boleh tak Tengku lepaskan saya? Saya tak selesa la nak cakap dengan Tengku macam ni.” Akhirya Tengku Akid lepaskan pautan kat pinggang aku. Aku turun dari peha dia dan duduk kat sofa sebelah dia.

“Saya minta maaf jugak sebab saya dah salah faham dengan Tengku.”

“Its ok honey. Akid faham perasaan Lia waktu Lia nampak Akid dengan Kak Sha kan.” Tengku Akid tarik tangan aku.

“Akid takkan paksa Lia kalau Lia masih tak boleh nak terima Akid. Tapi Akid nak Lia percaya yang Akid memang sungguh-sungguh nakkan Lia, cintakan Lia dan nak jadikan Lia milik Akid seorang.” Laju aku tenung Tengku Akid.

“Maksud Akid, Akid nak nikah dengan sayang. Nak jadikan sayang wife Akid yang sah.” Tengku Akid ambil handphone aku. Eh, kenapa handphone aku kat dia?

“Nah! Call Haris or your mama. So many missed call from him. Akid ambilkan phone sayang tadi sebab sayang tengah tidur. Cas bateri sekali. Sayang call Haris and bagitahu dia sayang pergi bercuti. Saja nak tenangkan fikiran. Tapi, jangan bagitahu Haris sayang kat mana tahu!”

“Tapi, kalau Haris..” Tengku Akid tutup mulut aku dengan tangan dia.

“Please sayang, bukan Akid sengaja nak suruh sayang bohong tapi Akid betul-betul nak spend time with you. Only me and you!” Tengku Akid alihkan tangan dia dari mulut aku.

“Tapi..”

“Sshh!!” Tengku Akid letak balik tangan dia.

“Just call and jangan cakap lama-lama. Akid jeles nanti.” Aku angguk. Aku tekan nombor Haris.

“Lia! Where are you? Banyak kali abang call, kenapa Lia tak jawab?”

“Abang.. Lia, Lia baik je. Sebenarnya, Lia pergi bercuti.” Tengku Akid menjeling. Abang?

“Bercuti?” Haris pelik.

“A’ah. Lia saja nak rehatkan badan, fikiran Lia.”

“Kenapa Lia tak bagitahu abang awal-awal? Boleh abang temankan.”

“Itu yang Lia tak nak. Lia tak nak sesiapa pun tahu Lia kat mana. Kalau Lia bagitahu abang, abang mesti nak ikut kan.”

“Kalau ye pun, inform la sayang. Abang risau sangat tahu. Jangan cakap abang, mama Lia dengan mama abang pun risau habis.”

“Iye, iye. Salah Lia. Lia bukan tak nak call. Lia tertidur tadi. Penat kot.” Aku pandang Tengku Akid. Dia dah buat signal suruh cepat habis cakap dengan Haris.

“Bila Lia nak balik ni?”

“Lia tak sure lagi. Kalau Lia dah bosan Lia balik la. Abang jangan risau, Lia janji Lia tak lama kat sini tau. Er.. abang, bateri Lia nak kong la. nanti Lia call lagi. abang tolong bagi tahu mama ye.”

“Ok, ok. Lia call abang selalu ok. Pasal mama Lia nanti abang inform. Last question, Lia rindu abang tak?” Aku telan air liur.

“Er..”

“Abang rindu Lia. Abang harap Lia pun rindukan abang.” Mata Tengku Akid tak habis-habis nak pandang aku.

“Lia.. Lia.. pun rindu abang.” Tengku Akid besarkan mata. Aku rasa dah perlahan sangat suara aku tadi. Dia dengar jugak ke? Sah! Telinga dia berpuaka.

“Take care Lia.” Aku matikan talian. Tengku Akid mendekati aku.

“Do you love him?” Aku diam.

“Answer me. Do you love him?”

“Lia tak tahu.”

“Well, I have still chance right. Why you call him abang?”

“Haris yang suruh.”

“Since when?”

“Waktu Haris mula-mula offer Lia kerja dekat hotel.”

“Hurm, dah lama dia ada hati pada sayang rupanya.”

“Apa?” Aku tak dengar sangat apa yang dia cakap tu.

“Nothing! Lia pergi naik atas. Mandi. Lepas tu Lia turun kita makan sama-sama ok. Akid ada masak sikit.” Masak? Tengku Akid? Biar betul!

“Dah kenapa keras kat situ? Tak percaya Akid boleh masak ye. See my hand la.” Tengku Akid tunjuk tangannya. Amboi! Berlagaknya. Aku nak tergelak tapi aku tahan. Aku berdiri dan menuju ke tangga. Tapi baru aku teringat, lepas mandi nanti aku nak ganti baju apa? Aku toleh kat Tengku Akid.

“Tengku ada baju lebih tak?” Tengku Akid pandang aku. Tengku Akid berdiri dan menuju ke arah aku. Tengku Akid tutup baju aku yang koyak dengan tangan dia.

“Maafkan Akid sayang. Akid yang buat kan. Akid ada belikan baju untuk sayang. Lepas mandi tukar baju yang ada dalam almari tu.” Aku angguk dan terus naik atas.


*********************************************************************

Assalamualaikum Cik Ani.” Haris mengetuk pintu rumah Rohani. Rohani membuka selepas menjawab salam.

“Eh, Haris. Macam mana? Dah ada berita pasal Lia ke?”

“Alhamdulillah makcik. Lia baru je call saya. Dia baik je.”

“Dia pergi mana Haris? Kenapa dia tak balik?”

“Lia cakap dia pergi tenangkan fikiran. Pergi bercuti.”

“Bercuti? Lia tak pernah macam ni Haris. Kalau dia nak pergi mana pun, dia mesti bagi tahu makcik.”

“Takpe la makcik. Mungkin Lia stress dengan kerja atau dengan majlis tunang kami. Yela, semua ni tiba-tiba kan. Makcik jangan risau, saya akan selalu call dan tanya keadaan dia.” Rohani angguk.

“Kalau itu cakap Haris, makcik ikut kan je. Kalau Lia ada call lagi, suruh dia balik cepat sikit. Makcik risaukan dia. Dia tak pernah buat perangai macam ni.”

“Baik lah makcik. Makcik masuk la, berehat ye.” Rohani angguk dan masuk ke dalam.


To be continue..

Thanks for reading..

8 comments:

  1. huh nasib baik akid sedar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik.. Tu la, kalau Akid tak sedar lagi teruk la Dahlia nak merajuk dengan dia.

      Delete
  2. la...nampak mcm tak jadi pulak nak tunang dengan Haris....
    Kalau saya l mesti keliru kan,Haris pun baik sgt...Akid pun baik sgt.......dua-dua hensem pulak tu.....aduh pening kepala saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi tunang ataupun tak, kena la follow selalu k.. Kihkih..

      Delete
  3. Ewah2 akid.. seronoknyalah ye duduk serumah berdua duaan dgn dahlia..

    ReplyDelete
  4. X suka Dahlia yg x ikhlas memilih . Cuma pilih Haris sekadar utk melepaskan geram aje ... bila Akid merayu mula la cair ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo.. jangan la tak suka kat Dahlia. Tu kan normal. Kalau real life pun kita mesti jumpa perempuan macam tu. Sebenarnya dalam hati Dahlia belum ada sesiapa pun. Dahlia masih lagi bingung. Cuma, mungkin sebab Tengku Akid yang luahkan perasaan kat Dahlia dulu, tu yang buat Dahlia fenin tuuu..

      Delete