Monday, 25 November 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 49


Kau ok ke ni?” Haris menegur Tengku Akid yang baru masuk ke dalam bilik pejabatnya. Hairan Haris melihat wajah Tengku Akid lebam-lebam.

“Aku ok je.” Ringkas Tengku Akid jawab.

“Apa dah jadi dengan muka handsome kau tu?” Tengku Akid memegang-megang wajahnya.

“Er, malam tadi aku kena serang la.” Haris terkejut.

“Biar benar kau ni? Anak dara siapa kau kacau?” Haris tersengih. Tengku Akid juga turut tersengih.

“Biol la kau! Musuh dalam selimut la.” Kali ni Haris ketawa.

“Hahaha!! Apa dah jadi ni Kid?”

“Malam tadi aku balik lambat sikit. Aku park kereta kat depan je sebab semalam aku nak cepat masuk office dan tak sempat nak masuk car park kat basement. Belum sempat aku nak masuk kereta, bahu aku kena pukul. Aku jatuh.” Haris kerut dahi. Makin teruja Haris mendengar cerita Tengku Akid.

“Kau kenal ke siapa yang pukul kau?”

“Mamat tu pakai topeng. Boleh tahan jugak la dia belasah aku. Aku pun dapat jugak belasah dia. Topeng muka dia pun aku dapat buka.”

“Siapa Kid?”

“I’m not so sure whether you know him or not. Aku pun baru jumpa dia sekali waktu aku ada business dengan Dato’ Ruslan dulu. Nama dia Izham. Dia kata dia pun businessman tapi aku tak sure dia buat business apa.” Haris cuba mengingati nama yang baru Tengku Akid sebut tadi dan Haris yakin yang dia memang tidak mengenali lelaki bernama Izham.

“Do you know why he attack you?”

“Dia kata aku potong jalan dia pasal tanah kat Pahang. Dia kata la, tanah kat Pahang tu patutnya dia dapat dulu tapi tiba-tiba aku hantar paper work kat Tan Sri, terus Tan Sri reject paper work dia and secara automatiknya, tanah tu aku yang dapat.” Haris angguk kepala.

“Mamat tu nak bina apa kat sana?”

“Har! Itu pun satu hal. Kau tahu Ris, dia nak buat night club kat sana. Memang patut la Tan Sri reject.” Tengku Akid ketawa.

“So, malam tadi kau lepaskan dia atau dia yang lepaskan kau?”

“Aku bernasib baik. Mamat tu nak hempuk dah aku dengan kayu kat tangan dia tapi tiba-tiba ada orang lain dah hempuk dia kat belakang. Pak Lah yang datang. Nasib baik.”

“A’ah, waktu kau kena attack tu Pak Lah tak dengar ke?”

“Pak Lah bagitahu aku awal-awal lagi dia dah kena ikat dengan mamat tu. Lepas Pak Lah hempuk mamat tu dengan cota, lari tak cukup tanah la dia.” Tengku Akid dan Haris ketawa.

“Kau tak buat report ke?” Haris menyoal lagi.

“Hurm, tak apa la. Aku rasa lepas ni dia takkan berani nak buat apa-apa. Aku pun dah cam muka dia. Yang penting, semuanya dah selamat dan lepas ni aku akan lebih berhati-hati.” Haris angguk kepala.

“Er, kau panggil aku ni kenapa Ris?”

“Oh! Hurm, aku just nak tanya pasal report this month. Kau dah siapkan ke?” Tengku Akid senyum dan menganggukkan kepala. Laju tangannya meletakkan sebuah fail di hadapan Haris.

“Sebab ni la aku balik lambat malam tadi tau!” Haris tersenyum.


*********************************************************************

Hello, HR Department.” Tangan kiri aku mengangkat gagang telefon yang berbunyi.

“Lia, lunch nanti keluar dengan abang boleh?” Aku melihat jam di pergelangan tangan. Setengah jam lagi sudah masuk waktu makan tengah hari. Cepatnya!!

“Er, ok boleh. Lia tunggu abang kat lobi ye.”

“Ok.” Kami sama-sama mematikan talian.

“You lunch dengan big bos ye?” Alya menyoal. Soalan atau memang Alya dah tahu dan dia nak kepastian dari mulut aku.

“Yup!” Ringkas aku jawab. Jari jemari aku masih ligat di papan komputer.

“Hurm, baru ingat nak ajak lunch sama. Dah kena cop dengan big bos pulak.” Suara Alya seakan merajuk. Aku berhenti menaip dan menoleh Alya.

“Sorry ye Al. Mungkin esok atau lusa kita boleh lunch sama-sama ye. Ini pun tiba-tiba je Encik Haris ajak Lia.”

“It’s ok darling. Enjoy the lunch with your tunang ye.” Aku tersenyum dan menyambung semula kerja.


*********************************************************************

Sorry Lia. Lama ke Lia tunggu abang?” Aku yang tengah duduk baca majalah di lobi hotel mendongak.

“Eh, tak ada la lama sangat. Abang jangan risau la, Lia faham kerja abang. Tak kan Lia nak marah pulak. I’m your ex-secretary, remember?” Aku tengok Haris tersenyum.

“Kita nak pergi makan kat mana ni?” Aku berdiri dan jalan bersama Haris.

“Restoran Melayu boleh?” Aku angguk. Aku dan Haris keluar dari hotel dan menuju ke basement di tingkat paling bawah.


*********************************************************************

Lia nak makan nasi campur atau goreng-goreng?” Haris menyoal aku apabila kami sudah sampai di Restoran Melayu.

“Hurm, Lia nak nasi goreng je la abang.” Haris menganggukkan kepala dan memanggil pelayan. Setelah pelayan selesai mengambil pesanan, aku dan Haris berborak kosong. Tak lama kemudian makanan yang di pesan tiba. Semasa kami sedang menikmati makanan, aku lihat Haris mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang. Sambil makan aku perhati jugak kat Haris. Aku tengok Haris macam ada masalah dengan telefon bimbit dia. Sekejap-sekejap Haris letak telefon bimbit kat telinga, lepas tu tak cakap apa Haris tengok balik telefon bimbit dia.

“Abang ok ke?” Haris melihat aku.

“Ok. Kenapa Lia?” Haris kerut dahi.

“Er, dari tadi Lia tengok abang macam nak call someone tapi phone abang macam ada problem ye?”

“Oh. Har! Tu la, abang nak call kawan abang tapi macam tak dengar apa la. Maybe phone ni problem kot.” Aku senyum. Aku letak sudu dengan garfu kat pinggan lepas tu aku seluk tangan kat dalam beg tangan. Aku ambil telefon bimbit aku dan aku bagi kat Haris.

“Nah! Abang kan boleh pinjam phone Lia. Phone ni pun abang yang beli kan.”

“Eh, tak apa la. Balik office nanti abang call la dia.”

“Abang! Jangan la macam ni. Pakai je la. Bil phone tu pun abang yang bayar. Abang guna je la.” Haris tersenyum dan telefon bimbit Dahlia bertukar tangan.

“Abang keluar sekejap ye. Lia makan dulu.” Aku senyum dan angguk.

Haris bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari Restoran Melayu. Sampai di luar, Haris menghubungi nombor seseorang. Panggilan berdering. Jantung Haris berdebar-debar. Berdebar-debar menanti pemanggil menjawab telefon. Tak lama kemudian..

“Hello sayang, Lia kat mana tu?”

Degupan jantung Haris seakan berhenti. Cepat perkataan END di telefon di tekan. Haris meraup muka dan rambutnya. ‘Apa yang dah jadi sebenarnya? Aku ke yang menggangu hubungan mereka atau Dahlia memang curang di belakang aku? Ya Allah! Ujian apa yang sedang Allah beri pada hamba-mu ini Ya Allah! Pedih betul hati aku Ya Allah! Macam mana aku nak hadapi semua ni? Tak.. tak Haris. Kau tak boleh lemah. Kau kena kuat dan kau kena cari tahu apa yang sedang Tengku Akid dan Dahlia rancangkan di belakang kau.’ Haris mengumpul semangatnya dan masuk ke dalam restoran semula.

“Dapat ke call kawan abang?” Aku menyoal Haris. Haris hanya menganggukkan kepala. Telefon bimbit aku Haris letakkan di sebelah pinggan nasi goreng aku. Aku pandang Haris tapi Haris langsung tak pandang aku. Kenapa dengan Haris? Lepas dia keluar tadi, dia jadi lain dan terus diam. Siapa agaknya yang Haris telefon ye? Hurm..


*********************************************************************

Mama, Ris nak cakap dengan mama sikit.” Datin Sharifah Sofiya menurunkan sedikit volume suara televisyen.

“Haris ada problem dekat hotel ke?” Haris geleng kepala.

“Dah tu, pasal Dahlia?” Haris diam. Geleng tidak, angguk pun tidak.

“Hei! Kenapa dengan anak mama ni?” Datin Sharifah Sofiya mengurut-ngurut bahu Haris.

“Boleh tak mama tunda tarikh kahwin Ris dengan Lia?” Terkejut Datin Sharifah Sofiya mendengar permintaan Haris.

“What’s wrong Haris? Kamu berdua gaduh ye?” Haris geleng.

“Tak ma. Ris cuma rasa, Ris nak kenal Lia dengan lebih rapat lagi sebelum Lia sah jadi isteri Ris.”

“Tapi sebelum ni Ris yang tak sabar-sabar nak kahwin dengan Dahlia. Tell me sayang, Ris gaduh dengan Dahlia kan?”

“Please mama, don’t ask me why and seriously semua ni tak ada kena mengena dengan Lia. Mama jangan la cakap yang bukan-bukan depan Lia atau makcik Ani ye.”

“Mama nak bagi alasan apa?”

“Mama cakap la Ris sibuk sangat. Memang tak ada masa nak ambil cuti kahwin. Please ye mama.” Haris memegang kedua belah tangan Datin Sharifah Sofiya.

“Mama tahu Haris ada masalah dengan Dahlia tapi mama tak nak masuk campur. Mama yakin, Ris boleh selesaikan semua masalah Ris sendiri. Tapi, kalau Ris nak pertolongan mama atau pendapat mama, mama selalu ada untuk Ris. Jangan segan dengan mama ye sayang.” Datin Sharifah Sofiya mengusap perlahan pipi Haris. Haris tersenyum.

“Thank you mama! Haris memang bertuah sangat dapat mama yang understanding. Haris love you so much! Haris tak nak banyak dari mama, Haris cuma nak mama tolong doakan Haris. Doakan semoga semua masalah Haris akan di permudahkan.” Bibir Datin Sharifah Sofiya singgah di dahi Haris.

“Always sayang. Mama always pray for you.”


*********************************************************************

Ani boleh terima ke?” Rohani hanya tersenyum.

“Saya terima semua keputusan Datin dengan Encik Haris. Cepat atau lambat saya tak kisah. Saya setuju je Datin.” Datin Sharifah Sofiya pula tersenyum.

“Terima kasih Ani. Saya tahu Ani memang seorang yang memahami. Lagi sekali, saya minta maaf dari pihak saya dan Haris ye.”

“Sudah la Datin, biar lah semua masalah Encik Haris selesai dulu. Lepas tu baru kita bincang soal kahwin ni ye. Saya rasa Dahlia pun tak ada masalah dan boleh terima semua ni.” Datin Sharifah Sofiya menganggukkan kepala. Kepalanya menoleh pada Hanis yang tiba-tiba turun dari bilik dan menuju ke dapur.

“Maafkan saya Datin kalau saya menyibuk, sejak kebelakangan ni saya tengok Cik Hanis tak ceria macam dulu. Cik Hanis tak sihat ke Datin?”

“Tu la Ani, saya pun hairan tengok perangai Hanis semenjak dua menjak ni. Saya ingatkan saya je yang perasan perangai Hanis dah berubah. Tak sangka Ani pun perasan kan. Bila saya tanya, Hanis cakap tak ada apa-apa. Tapi, sebagai ibu dia ni saya tahu dia ada masalah.”

“Hurm, Datin cuba la cakap baik-baik dengan dia. Saya tahu Datin seorang ibu yang baik dan sangat memahami. Selain ibu, cuba Datin jadikan diri Datin sebagai seorang kawan Cik Hanis. InsyaAllah, mungkin dengan cara begitu Cik Hanis lebih mesra dan lebih mudah nak berkongsi semua masalahnya dengan Datin.” Datin Sharifah Sofiya memandang Rohani.

“Dengan cara itu la saya berkomunikasi dengan Dahlia. Berhasil atau tak itu belakang cerita. Yang penting, Datin dah mencuba.” Datin Sharifah Sofiya memegang kedua belah tangan Rohani.

“Alangkah baiknya kalau perangai Dahlia sama macam Hanis. Saya yakin, tak susah Ani nak menjaga Dahlia kan.”

“Rezeki masing-masing Datin. Hidup Datin di limpahi dengan harta benda dan hidup saya pula hanya bergantung pada kasih sayang Dahlia. Saya cuma ada Dahlia di dunia ni. Dahlia lah harta yang tak ternilai pada saya Datin.”

“Terima kasih Rohani.” Datin Sharifah Sofiya memeluk Rohani dan tanpa sedar airmatanya mengalir perlahan.


*********************************************************************

Hello!”

“Lia!”

“Ye, siapa ni?”

“Kimi ni.”

“Encik Kimi nak cari mama ke? Mama pergi beli barang kejap.”

“Eh bukan, Kimi rasa tak sihat la. Kimi nak cari panadol tapi Kimi tak jumpa. Boleh tak Lia datang banglo kejap. Tolong Kimi.”

“Er.. panadol tu ada je kat dapur. Cuba Encik Kimi cari perlahan-lahan kat atas almari warna coklat tu. Mesti jumpa.”

“Lia, Kimi dah pening sangat ni. Kimi rasa macam nak pengsan pun ada. Kimi kat dapur ni. Tolong lah Kimi, Lia.”

“Hurm.. Ok la. Encik Kimi tunggu kejap.” Aku meletakkan gagang telefon. Hati aku rasa tak sedap. Nak pergi ke tidak? Tapi, takkan la Kimi nak tipu aku pulak kan. Dia pun dah lama tak kacau hidup aku. Mungkin betul dia tak sihat. Pergi je la sekejap Lia. Aku tukar seluar lepas tu aku kunci pintu rumah. Aku berjalan dan masuk ke dapur ikut pintu belakang yang memang tak berkunci. Aku tengok dapur kosong! Mana Kimi ni tadi dia kata dia ada kat dapur? Ish! Baik aku cari panadol dulu. Aku pergi kat almari warna coklat yang ada kat depan aku. Aku buka pintu laci kat atas. Har! Ambik kau. Berlambak panadol kat situ. Jangan kata panadol, segala macam ubat pun tercongok kat dalam laci tu. Adoi! Macam mana la Kimi ni cari? Pakai mata ke pakai lubang hidung dia entah. Aku ambil sekotak panadol, lepas tu aku keluarkan dari kotak dan koyak bagi dua biji je. Lepas ambil panadol, aku keluar dari dapur. Aku pergi kat ruang tamu. Ye la, mana tahu kot-kot dia baring kat sofa ke kan. Aku jengukkan kepala aku sikit ke ruang tamu, tak ada jugak! Alamak, takkan aku nak naik bilik dia pulak. Macam mana ni eh?

“Encik Kimi! Ooo.. Encik Kimi!” Sunyi! Tak ada respon. Hurm, tak kan la dia tak dengar suara aku yang lemak merdu ni panggil nama dia kan. Test lagi la Lia.

“Encik Kimi! Encik Kimi oooiii..!!” Sunyi lagi. Har! Entah-entah, Kimi betul-betul dah pengsan kot. Alamak! Macam mana ni? Mama, Atia dengan Datin pun lama sangat pergi beli barang. Haris pun mesti tak ada kat rumah ni. Sebab tu la sunyi je. Call ambulan je la. Aku pusingkan badan aku ke belakang dan..

“Arghhh!!!”

“Lia!” Aku buka mata.

“Ya Allah! Terkejut Lia. Encik Kimi dari mana ni? Lia panggil-panggil tadi, tak dengar ke?”

“Tak perasan la. Kimi kat atas tadi.” Aku tengok muka Kimi. Segar je. Aku tengok badan Kimi, cergas je. Kata tadi tak sihat la, nak pengsan la. Tapi, tak macam pun..

“Kenapa Lia tengok Kimi macam nak makan?”

“Encik Kimi kata tak sihat, tapi Lia tengok macam ok je.” Hakimi baru perasan. Riak mukanya berubah.

“Oh! Er.. tadi.. tadi memang rasa macam tak sihat. Tapi sekarang much better.” Aku anggukkan kepala.

“Ok, kalau macam tu bagus la. Lia keluar dulu la.” Aku jalan depan Hakimi. Jantung aku berdegup laju bila Hakimi paut lengan aku dengan pantas.

“Apa ni Encik Hakimi?”

“Cepatnya Lia nak balik. Temankan Kimi kejap ye.”

“Er.. maaf la Encik Kimi. Lia ada kerja sikit kat rumah. Lagipun tak elok kalau ada orang lain nampak kita berdua dalam rumah macam ni.” Hakimi mengeratkan pegangan di lengan aku.

“Lia jangan la sombong sangat! Ops! Apa yang patut Kimi panggil ye? Lia atau Kak Lia? Ye la, Lia kan bakal kakak ipar Kimi.” Apahal dengan Kimi ni? Nak cari pasal dengan aku ke?

“Lepaskan Lia Encik Kimi! Jangan nak cari pasal pulak dengan Lia.” Aku cuba nak lepaskan tangan Hakimi tapi sah-sah la tenaga Hakimi lagi kuat.

“Oh, aku dah tak boleh nak cari pasal dengan kau la ye. Kau ingat, kau dah kuat sangat? Hei! Kau dengar sini Lia, selagi kau belum nikah dengan Abang Ris, aku boleh buat apa saja pada kau tahu. Mana tahu kan, lepas apa yang aku dah buat pada kau kejap lagi, Abang Ris pun dah jijik dengan kau dan melepas la kau nak kahwin dengan orang kaya.” Hakimi ketawa. Aku dah panik.

“Kau cakap apa ni har?” Hakimi menarik aku menghampirinya.

“Kau pernah terlepas dari aku sekali dan kali ni takkan ada sesiapa yang dapat tolong kau. Mama aku, Atia dengan mak kau akan balik lambat sebab diaorang semua sibuk nak shopping barang kahwin kau. Dan ini je la masa yang sesuai untuk kita berseronok sayang!” Aku telan air liur. Aku tolak Hakimi. Tapi belum sempat aku lari, Hakimi dah peluk aku dari belakang.

“Kau nak lari ke mana har?” Aku meronta-ronta minta Hakimi lepaskan aku.

“Lepaskan aku la binatang! Lepas!”

“Bodoh lah aku kalau aku lepas kan kau. Kalau kau nak tahu, aku ni dah lama nakkan kau tahu! Kau la perempuan yang paling susah aku nak dapat. Bila dah susah, takkan la senang-senang aku nak lepaskan kau, kan.” Aku menjerit bila aku rasa leher aku di kucup Hakimi.

“Kimi! Jangan buat aku macam ni Kimi. Aku merayu!” Hakimi menolak aku ke atas sofa di ruang tamu.

“Aku sukakan kau, tapi kau sibuk nak kahwin dengan Abang Ris. Kau nak kahwin dengan Abang Ris sebab dia kaya kan? Aku pun kaya Lia! Aku boleh bagi apa yang kau nak. Tapi, kau tetap tak pilih aku kan. Jadi, sebelum kau jadi kakak ipar aku, apa kata biar aku rasmi kau dulu.” Hakimi ketawa lagi. Hakimi menghampiri aku. Aku pukul-pukul badan Hakimi. Hakimi mengelak tapi aku tetap tak nak mengalah. Semua tenaga yang ada, aku keluarkan untuk pertahankan maruah aku. Hakimi menampar pipi aku bila aku masih kuat melawan. Aku menangis dan berdoa semoga maruah aku di lindungi dari syaitan kat depan aku ni. 


To be continue..

Thanks for reading..

23 comments:

  1. arghhhhh kimi jahatt... geramm.. kak dya amanis awak buat saya berdebar-debar owkeyyy..huhuhuhu...
    hahahhhaa
    tahniah to u berjaya membuat saya rasa begitu... that means u have very good skill on writing.. keep it up.... lup ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu laling for reading + comment & supporting. Will keep it up. Mmuahh!!

      Delete
  2. Dear Dya...really love the n3. Makin nervous pulak bila nak abis, but don't worry whatever the ending is, Ida will always support u ok. Just wondering, kalaulah Dya boleh bagi readers a few ending options pun ok jugak. Kita boleh tgk ending yg mcm mana yg ramai org suka.....Tapi itu just Ida punye suggestion aje. Bukan apa, biar otak ni fikir lebih ckit, kalau tak nanti lama2 berkarat. Apa2 pun cepat2 sambung ye.. see u soon Dya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Ida.. Tenkiu so much for reading + comment + supporting!! Wah!! Ade pandangan nampak?? Huhu.. Not a bad idea. Next chapter, insyaAllah comin soon.. Tenkiu ya..

      Delete
  3. Dah publish ke novel ni sis???
    Baru follow dlm blog...heheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. terharunye ade yg bace lagi. huhu.. blm publish tp In Shaa Allah ade niat nk publish.
      Terime kasih sgt sbb sudi baca.

      Delete
  4. cerita yang best and romantik .. bab 50 seterusnya tak buat lagi ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks soooo much sis miss aida.. next epi blm ade lg. Tp In Shaa Allah, akan ade sambungannye..
      Terima kasih sgt sbbb sudi singgah blog saye & masuk dlm dunia Akid, Haris & Dahlia..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hi.., x ada sambungan lagi ke? Baru jer flw blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Rohana Roslan.. In Shaa Allah endingnya in the making.
      Terima kasih banyak yer sebab sudi baca novel saye yg x seberape nih.

      Delete
  8. Huhu..bark nak mnyadi pmbaca setia..knpa tak smbung lg!!!!! Dh lh tngh hot last cerita bab49 td..potong mood btul lh!!!!

    ReplyDelete
  9. Huhu..bark nak mnyadi pmbaca setia..knpa tak smbung lg!!!!! Dh lh tngh hot last cerita bab49 td..potong mood btul lh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Morris West.. sorry la saye dah kasik potong mood plak.
      In Shaa Allah, endingnya in the making yer..
      Thank u thank u sudi baca novel saye.

      Delete
  10. Hai kak...best lah crita bukan cinta biasa ni kak..kak cpt2lah buat sambungannya..sya suka sangat klau part akid dan dahlia tu heheheee....sweet sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis marhani.. terime kasih sgt sudi nak baca & komen. In Shaa Allah, kesudahannye sedang dlm proses. Blh x nk taw, mcm mane sis marhani blh terrrrbace novel ni?

      Delete
    2. Sya suka bca novel kak..klau habis sdh sya bca novel smua sya beli..sambung lgi bca novel online..hehe..sya taip jak tajuk yg tlintas d kepala pastu tgok tjuk yg best...tjumpa lah bukan cinta biasa ni..sya bca bab1 jak trus mau bca, bca dan bca lagi..sya bca smpai lh bab last yg kak update tu...sya slalu jga buka blog ratuadriananadine..stu lgi web yg sya suka bca kak..d wattpad pun best2 karya dorang..

      Delete
  11. hi sis, sye bru trjumpa blog sis ni. mngkin tlmpau lmbt. tngah2 syok2 baca trcri2 ending dia. 😅 harap Lia dgn Haris. mngkin pndpt sya lain sikit. sbb sye ksian ngn haris y prnah gagal dlm bcinta.

    ReplyDelete
  12. bab 50 mana ??sy x sabar nk thu ending

    ReplyDelete