Tengku
Akid mengurut-ngurut bahunya sendiri. Penat betul Tengku Akid rasa. Sejak akhir-akhir
ni, kerja di pejabat makin bertimbun. Itu belum campur dengan kerja di syarikat
sendiri dan syarikat milik keluarganya. Keluar dari lif Tengku Akid terus
menuju ke kereta Porsche yang di letakkan berhadapan dengan pintu masuk hotel.
Lepas keluar makan tengah hari tadi Tengku Akid betul-betul nak cepat dan dia
hanya sempat meletakkan keretanya berdekatan dengan pintu masuk hotel. Belum
sempat Tengku Akid membuka pintu keretanya, kepala di ketuk dari belakang.
Tengku Akid mengadu kesakitan dan Tengku Akid sempat berpaling ke belakang.
“Siapa kau?” Lelaki
bertopeng hanya mendiamkan diri. Kayu di tangan di hayun sekali lagi tetapi
kali ni Tengku Akid sempat mengelak. Lelaki bertopeng tak puas hati, di hayun
sekali lagi dan kali ni kayu terkena di bahu Tengku Akid. Tengku Akid mengadu
sakit lagi. Matanya cuba mencari pengawal keselamatan di pondok hadapan tetapi
hampa kerana pondok kosong.
“Kau nak cari siapa
har? Tak ada siapa yang akan tolong kau. Malam ni biar aku bagi pengajaran pada
kau.” Lelaki bertopeng ketawa. Tengku Akid terdiam. Seakan dia kenal suara
lelaki bertopeng tersebut.
“Apa salah aku? Kenapa kau
buat aku macam ni?”
“Salah kau? Salah kau
tak banyak tapi salah kau tu dah ganggu periuk nasi aku.” Kayu di hayun dan
terkena belakang Tengku Akid pula.
“Kalau kau berani
sangat, buka topeng kau. Aku nak tahu periuk nasi siapa yang aku dah ganggu.”
Lelaki bertopeng ketawa.
“Kau ingat aku bodoh!
Kalau kau dah tengok aku, senang la kau nak cari aku kan. Lepas tu buat report
dan sumbat aku dalam penjara. Macam tu?” Tiba-tiba Tengku Akid bangun dan terus
menolak badan lelaki bertopeng. Kesempatan yang ada Tengku Akid terus duduk di
atas lelaki bertopeng dan berkali-kali buku limanya menjadi tetamu di muka
lelaki bertopeng. Bila pasti lelaki bertopeng sudah kurang tenaga hendak
melawan, dengan pantas Tengku Akid menarik topeng di muka lelaki tersebut.
Tengku Akid terkejut!
“Kau!” Lelaki bertopeng
tersenyum.
“Apa kau tunggu lagi,
bunuh je aku! Habis cerita.” Tengku Akid menggelengkan kepala.
“Apa salah aku? Setahu
aku, aku tak kenal kau pun. Berjumpa pun baru sekali.” Lelaki bertopeng ketawa.
“Orang kaya macam kau
memang takkan perasan kewujudan orang miskin macam aku ni. Apa yang kau tahu
buat, potong rezeki aku, kacau projek aku.”
“Aku tak faham?” Tengku
Akid kerut dahi.
“Memang la kau tak
faham sebab kau dah kaya raya dengan projek dekat Pahang tu kan. Projek yang dah
lama aku idam tu dapat kat tangan kau. Itu lah namanya menganggu periuk nasi
aku!”
“Setahu aku Tan Sri
memang nak jual tanah dia kat aku dan Tan Sri tak pernah sebut pasal kau. Dan
kalaupun ada orang lain yang nak bersaing dengan aku untuk dapatkan tanah tu,
Tan Sri cakap orang tu nak dirikan kelab malam. Tan Sri memang tak setuju.”
“Apa la kau bengap
sangat har! Aku la yang nak buat kelab malam kat situ. Aku pun nak kaya raya
macam kau. Tapi kau sibuk kan. kau pun sibuk sangat nak tanah tu dan kau bertuah
sebab Tan Sri suka sangat dengan paper work kau yang nak buat resort tu. Dan
yes, kau berjaya dapat tanah tu!”
“Kau marahkan aku sebab
tu?”
“Yes! Memang dah lama
aku berdendam dengan kau dan aku cari peluang je nak balas dendam tu.”
“Tapi, itu kan memang
salah kau. Itukan kawasan perkampungan dan memang tak sesuai ada kelab malam
dekat situ. Kau sepatutnya survey dulu apa yang sesuai dan tidak dekat kawasan tu.”
“Ah! Ikut suka hati aku
la aku nak buat apa pun kat atas tanah tu. Aku tak mengemis duit kau pun. Tapi,
kau tu yang sibuk potong jalan aku dan dengan senangnya Tan Sri yang bodoh tu approvekan
paper work kau. Aku memang benci kau!” Dalam kelalaian Tengku Akid, Izham
menolak Tengku Akid. Tengku Akid terjatuh di atas jalan.
“Ini balasan kau Tengku
Akid Irfhan!” Izham menghayunkan kayu. Tengku Akid tak sempat berbuat apa-apa
dan hanya memejamkan mata.
*********************************************************************
Pang!!
Nora terjatuh ke atas lantai. Nora memegang pipi kanannya. Sambil menangis Nora
merapati kaki Dato’ Ruslan.
“I dah tak boleh nak
gugurkan kandungan ni sayang. Doktor cakap baby ni makin membesar dan kalau I
nak abort jugak maybe nyawa I dalam bahaya. I tak nak mati lagi sayang. Jom la
kita kahwin.” Merayu-rayu Nora di kaki Dato’ Ruslan.
“I tak kisah you
mengandung tapi I kisahkan anak siapa dalam perut you tu.” Nora mendongakkan kepala.
“Apa maksud you sayang?
This is your baby.” Dato’ Ruslan mendengus.
“You ingat I ni bodoh
sangat ke Nora? You ingat I tak tahu you ada affair dengan lelaki lain selain
I? Hurm..” Dato’ Ruslan menarik lengan Nora dan mendirikan Nora.
“Hei! Depan you biji
mata I ni memang ada sepasang. Tapi, belakang you banyak mata yang I pasang
untuk tengok apa you buat tahu!” Nora telan air liur.
“You pasang spy?”
“Habis, you ingat I ni
bodoh je nak bela you. Bagi you rumah, kereta, duit, kredit kad dan semua
kemewahan yang you dapat sekarang ni?” Nora diam.
“Hei! Pakai otak la
Nora. I ni bini dah dua tahu. You ingat I akan bertanggungjawab dengan baby
dalam perut you ni? You ingat I akan jadikan you isteri I yang sah? Silap besar
la you. Bukan semudah tu you nak perbodohkan I tahu.”
“You nak bukti apa lagi
untuk buktikan baby ni baby you? Tak cukup ke hampir setiap malam I layan you? You
memang tak guna kan! Dasar jantan tak guna. Bila you dah puas, you dah bosan
dengan I, macam ni je you buang I.” Nora memukul-mukul dada Dato’ Ruslan. Dato’
Ruslan menepis dan akhirnya Dato’ Ruslan menarik kasar rambut Nora.
“Kau dengar sini Nora,
aku sebenarnya dah lama bersabar dengan kau. Aku tahu kau ada lelaki lain kat
luar tapi satu je silap orang-orang aku, diaorang masih tak tahu siapa jantan
lain yang bela kau selain aku. Dan aku pasti, lambat laun aku akan tahu jugak
dengan siapa kau curang.” Dato’ Ruslan melepaskan rambut Nora dan menolak Nora
ke belakang.
“Sayang, I tak ada
sesiapa selain you. You jangan la nak tuduh yang bukan-bukan.” Nora melembutkan
suaranya.
“Sudah la Nora, mulai
sekarang aku tak nak tengok lagi muka kau kat kondo aku ni. Kalau boleh malam
ni jugak aku nak berambus dari kondo ni. Bawa semua barang-barang kau dan
tolong tinggalkan kredit kad, kunci kondo dan kunci kereta. Kau dah tak ada nilainya
pada aku!” Besar mata Nora mendengar kata-kata sugar daddynya.
“Sampai hati you buat I
macam ni? Mesti you dah ada perempuan lain kan?”
“None of your business!”
“Tak boleh sayang! I
tak rela you ada perempuan lain. You milik I!” Dato’ Ruslan memegang kedua
belah pipi Nora.
“Listen here, perempuan
macam kau ni bersepah aku boleh dapat. Jangan cakap macam kau, lebih hebat dari
kau pun berlambak kat luar sana. Dan kalau kau ingat la, dulu aku pernah buang
perempuan lain sebab nak dapatkan kau and now it’s your turn! Kau rasa la. ”
Nora terdiam lagi.
“Dah, kau jangan nak
cakap banyak. Buat apa yang aku suruh tadi atau kalau kau degil jugak, aku suruh
orang aku campak kau ke luar. Pilih la mana satu yang kau suka. Esok bila aku
datang sini, aku tak nak tengok muka kau lagi. Faham!” Dato’ Ruslan melepaskan
Nora dan keluar dari kondo. Nora hanya mampu menjerit dan menangis.
*********************************************************************
Izham
berlari-lari anak keluar dari bilik airnya. Loceng apartmentnya yang asyik
berbunyi membuatkan dia rimas. Izham melihat siapa yang menekan loceng
apartmentnya di lubang kecil di pintu. Kemudian pintu di buka.
“You, cepat la buka.”
Nora masuk dan terus memeluk Izham. Pintu di tutup.
“Kenapa you menangis
ni?” Izham menyoal Nora. Nora diam dan hanya menangis. Selepas di halau, Nora
memang tidak tahu mana hendak di tuju. Dan akhirnya terlintas nama Izham di
kepalanya dan nasibnya baik kerana Izham ada di rumah.
“You, I tanya ni, you
kenapa and dari mana? Dengan beg segala bagai ni.”
“I.. I.. dah kena
halau.” Izham terkejut.
“What?” Nora angguk.
Kepalanya mendongak melihat Izham. Baru Nora perasan muka Izham lebam-lebam.
“What happen to you?
You bergaduh ke?”
“Sikit je ni. I’m ok.
Sekarang ni I nak tahu apa yang dah jadi dengan you. Tell me!”
“Dato’ dah tak nak kan
I. Dia halau I keluar dari kondo. Kereta dengan kredit kad pun dia ambil. I dah
tak ada apa sekarang Am. Tolong I!!” Nora menangis semula.
“Wait, wait! Mesti ada
something happen kan. Tak kan la orang tua tu halau you saja-saja. Without any
reason.”
“I.. I..” Nora
takut-takut hendak cerita.
“Bagitahu I Nora.” Nora
menggigit bibir.
“I’m pregnant!” Besar
mata Izham mendengar.
“What???” Nora
menganggukkan kepala.
“Anak siapa?” Nora
geleng kepala.
“I tak sure Am. Whether
your baby or his baby.”
“No no no!! I’m so so
sure that this is not my baby. You jangan nak buat cerita lawak kat sini Nora.”
“How dare you! You pun
sama macam orang tua tu kan. Korang layan aku bila korang perlukan badan aku
dan sekarang bila aku dah ada masalah macam ni, korang buang aku. Lelaki memang
tak guna!” Izham geleng kepala. Muka dan badannya masih terasa sakit dek
pukulan Tengku Akid tadi dan sekarang Nora tambahkan lagi masalah di kepalanya.
“Ok, ok. Bukan aku tak
nak bertanggungjawab Nora. Macam ni, apa kata kau gugurkan baby tu. So simple!”
Izham memegang lengan Nora.
“Simple kepala hotak
kau! For your information, aku dah tak boleh nak gugurkan baby ni. Doktor
advise aku suruh simpan baby ni kalau nak nyawa aku selamat. Baby ni dah makin
membesar Am dan kalau aku gugurkan dia bermakna peluang aku untuk hidup tipis.”
Nora masih menangis.
“So, kau nak aku buat
apa?” Izham menggaru kepalanya.
“Tolong kahwin dengan
aku Am. Aku tak nak bawa perut ni tanpa ikatan yang sah. Aku malu Am. Please
Am..” Terkejut Izham mendengar permintaan Nora.
“No way! Look Nora, dah
banyak kali kan aku cakap dekat kau yang hubungan kita ni tak lebih dari
melepaskan nafsu antara satu sama lain. Kita dah janji yang hubungan kita ni bukan
hubungan yang special. Aku tak nak terikat dengan kau ataupun dengan baby ni. Aku
belum bersedia Nora.”
“Aku tahu kau tak
cintakan aku. Aku tak kisah Am. Aku cuma perlukan seorang ayah untuk baby ni. Lepas
baby ni dah lahir, aku tak kisah kalau kau nak ceraikan aku. Tolong lah aku Am.”
Nora memegang tangan Izham.
“Sorry Nora, bukan aku
tak nak tolong kau. Kau cari la lelaki lain. Walaupun hubungan tu sekejap tapi
aku memang belum bersedia. Maafkan aku!”
“Kau memang tak guna!
Kemungkinan ini anak kau tahu. Aku cuma tidur dengan kau dan orang tua tu je. Aku
memang menyesal kenal dengan kau!” Nora memukul-mukul Izham. Izham menepis dan
memegang kedua belah tangan Nora.
“Eh perempuan! Ni semua
salah kau. Kalau kau tak menggedik, tahu jaga maruah diri, semua ni takkan jadi
tahu. Dah kau tergedik-gedik depan aku, baju pun terdedah sana, terdedah sini memang
la aku tak tahan nak ngap kau. Bodoh!” Izham menolak kepala Nora dengan
jarinya.
“Korang semua yang
bodoh! Semua jantan tak guna!” Nora menjerit.
Hati dan fikirannya
tak keruan. Nora merenung gunting yang berada di atas meja makan. Fikirannya di
hasut syaitan. Nora bangun dan mengambil gunting itu dan tanpa pengetahuan
Izham, Nora cuba hendak menikamnya dari belakang.
“Binatang!” Izham
menoleh. Terkejut Izham melihat Nora menghampirinya dengan gunting di tangan.
“Nora!” Izham sempat
menepis. Nora cuba lagi hendak menikam Izham dan Izham berjaya menepis lagi. Izham
menolak Nora dan Nora terjatuh di atas karpet bersama gunting yang masih berada
di tangannya.
“Kau dah gila ke Nora?
Sedar Nora.”
“Memang aku dah gila!
Korang yang buat aku jadi gila. Biar aku bunuh kau, baru aku puas hati!” Nora
bangun dan mendekati Izham sekali lagi. Izham memegang tangan Nora. Nora
mencurahkan segala tenaganya yang ada. Izham gerun melihat wajah marah Nora dan
tiba-tiba Izham terdengar suara Nora menjerit kesakitan.
“Arghhh!!” Nora
terjatuh di atas karpet. Izham panik melihat darah keluar dengan banyak dari
perut Nora.
“Am.. Am..” Mata Nora
sekejap besar, sekejap kecil menahan sakit.
“Nora.. aku.. aku tak
sengaja. Maafkan aku!” Izham menjauhi Nora.
“Ba.. Bab.. Baby ak..
aku..” Nora mati tanpa sempat menghabiskan kata-katanya. Bulat mata Izham
melihat tubuh Nora kaku di hadapannya.
‘Aku tak sengaja.. Aku
tak sengaja!! Aku cuma nak protect diri aku. Aku tak bersalah!’ Jerit Izham
dalam hati.
Izham melihat gunting
yang di lumuri dengan darah masih berada di tangannya. Gunting itu di campak ke
tepi. Izham betul-betul panik dan cepat-cepat kakinya melangkah ke pintu. Pintu
di buka dan sekali lagi Izham terkejut.
“Dato’!”
“Kau rupanya yang ada
skandal dengan Nora. Aku tak sangka kau orangnya. Sanggup kau tikam aku dari
belakang ye.”
“Bu.. Bu.. Bukan saya
Dato’. Saya.. saya.. cuma..”
“Cuma apa?
“Kkk.. kami cuma berkawan.”
“Sudah la Izham. Aku dah
dengar semuanya tadi. Pandai betul kau sorokkan hubungan korang belakang aku
kan. Aku yang tak tahu apa-apa ni, terus je bela perempuan murahan tu.”
“Bukan saya yang cari
dia Dato’, dia yang menggoda saya.. saya..”
“Sudah lah! Aku cakap
sudah, sudah. Sekarang ni semua pun dah tak berguna. Nora pun dah mati. Dan kau
harus bertanggungjawab dengan semua ni.”
“Maksud Dato’?” Izham
kerut kening.
“Aku dah call polis dan
kejap lagi polis sampai. Ini je hukuman untuk kau sebab tikam aku dari belakang.
Aku memang tak suka lelaki lain kongsi hak aku. Kalau orang lain, memang mati
aku kerjakan.”
“Tapi, saya tak sengaja
nak tikam Nora. Dia yang nak tikam saya dulu, saya cuma protect diri saya.”
“Itu aku tak tahu. Apa yang
aku tahu, aku nampak kau dah tikam dia. Bukti dari aku dan orang-orang aku dah
cukup buat kau mati dalam penjara!” Dato’ Ruslan ketawa.
“Tolong Dato’ jangan
buat saya macam ni. Saya janji, saya takkan buat benda yang sama pada Dato’
lagi. Tolong maafkan saya Dato’.” Izham melutut dan memegang kaki Dato’ Ruslan.
“Ini pengajaran buat
kau Izham. Selamat menikmati hidup baru dalam penjara!” Dato’ Ruslan ketawa
lagi.
To be continue..
Thanks for reading..
yeayyyyyyyyyyyyyyy...... izham dah kene tangkap..yuhuuuuuuuuuuuu.. suke2.
ReplyDeletekali ni citer pasal nora ngan izham... settle 1 bab dah pasal dowg dua..
Tenkiu my dear.. Yup, this time memang akak nak settlekan Nora & Izham. So, lepas ni ni one by one character akan ade fullstopnye sampai la novel ni stop to the ending.. Tenkiu again for reading + comment + supporting!!
Deletedah nak tamat ke cerita ni.
ReplyDeleteBaby mio, belum nak tamat cume hampir ke penghujungnya. Dya pun tak minat nak buat story yang meleret-leret. Cukup la ade character yang baik & jahat. Selagi problem Haris, Tengku Akid & Dahlia belum selesai, Baby Mio takkan jumpa endingnya lagi. As usual thank you for reading + comment + supporting!!
DeleteDear Dya...thanks 4 this n3! So sorry sbb hari ni baru ada kesempatan baca this chap. Lately busy sikit. Excited bila criter ni dah hampir sampai ke penghujungnya. Tapi rasa sedih pulak coz after this no more Tengku Akid, Haris or Lia......Tiba2 teringat masa mula2 follow criter ni, sedar x sedar criter pun dah nak abis. Really hope that you will come out with new story soon ya. See u Dya!
ReplyDeleteDear Ida.. thank you jugak for the reading & comment. Its ok, asalkan Ida ada masa jugak nak baca entry baru Dya. Excited kan! Tu la, Dya ni lagiiiiiiiiii la excited nak buat ending of the story taw. Takut takut my readers tak berkenan & tak berpuas hati. Dya pun rasa yang sama macam Ida. Sedih sebab lepas ni Tengku Akid, Haris & Dahlia dah takde lagi. Dorang ni semua akan wujud kat imaginasi kita je la.. Part permintaan yang last tu, InsyaAllah kalau Dya ada ide baru, mesti Dya share dengan kengkawan bloggers. Once again, thank you so much for reading + comment + supporting!!
Delete