Thursday, 21 November 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 48


Tengku Akid mengurut-ngurut bahunya sendiri. Penat betul Tengku Akid rasa. Sejak akhir-akhir ni, kerja di pejabat makin bertimbun. Itu belum campur dengan kerja di syarikat sendiri dan syarikat milik keluarganya. Keluar dari lif Tengku Akid terus menuju ke kereta Porsche yang di letakkan berhadapan dengan pintu masuk hotel. Lepas keluar makan tengah hari tadi Tengku Akid betul-betul nak cepat dan dia hanya sempat meletakkan keretanya berdekatan dengan pintu masuk hotel. Belum sempat Tengku Akid membuka pintu keretanya, kepala di ketuk dari belakang. Tengku Akid mengadu kesakitan dan Tengku Akid sempat berpaling ke belakang.

“Siapa kau?” Lelaki bertopeng hanya mendiamkan diri. Kayu di tangan di hayun sekali lagi tetapi kali ni Tengku Akid sempat mengelak. Lelaki bertopeng tak puas hati, di hayun sekali lagi dan kali ni kayu terkena di bahu Tengku Akid. Tengku Akid mengadu sakit lagi. Matanya cuba mencari pengawal keselamatan di pondok hadapan tetapi hampa kerana pondok kosong.

“Kau nak cari siapa har? Tak ada siapa yang akan tolong kau. Malam ni biar aku bagi pengajaran pada kau.” Lelaki bertopeng ketawa. Tengku Akid terdiam. Seakan dia kenal suara lelaki bertopeng tersebut.  

“Apa salah aku? Kenapa kau buat aku macam ni?”

“Salah kau? Salah kau tak banyak tapi salah kau tu dah ganggu periuk nasi aku.” Kayu di hayun dan terkena belakang Tengku Akid pula.

“Kalau kau berani sangat, buka topeng kau. Aku nak tahu periuk nasi siapa yang aku dah ganggu.” Lelaki bertopeng ketawa.

“Kau ingat aku bodoh! Kalau kau dah tengok aku, senang la kau nak cari aku kan. Lepas tu buat report dan sumbat aku dalam penjara. Macam tu?” Tiba-tiba Tengku Akid bangun dan terus menolak badan lelaki bertopeng. Kesempatan yang ada Tengku Akid terus duduk di atas lelaki bertopeng dan berkali-kali buku limanya menjadi tetamu di muka lelaki bertopeng. Bila pasti lelaki bertopeng sudah kurang tenaga hendak melawan, dengan pantas Tengku Akid menarik topeng di muka lelaki tersebut. Tengku Akid terkejut!

“Kau!” Lelaki bertopeng tersenyum.

“Apa kau tunggu lagi, bunuh je aku! Habis cerita.” Tengku Akid menggelengkan kepala.

“Apa salah aku? Setahu aku, aku tak kenal kau pun. Berjumpa pun baru sekali.” Lelaki bertopeng ketawa.

“Orang kaya macam kau memang takkan perasan kewujudan orang miskin macam aku ni. Apa yang kau tahu buat, potong rezeki aku, kacau projek aku.”

“Aku tak faham?” Tengku Akid kerut dahi.

“Memang la kau tak faham sebab kau dah kaya raya dengan projek dekat Pahang tu kan. Projek yang dah lama aku idam tu dapat kat tangan kau. Itu lah namanya menganggu periuk nasi aku!”

“Setahu aku Tan Sri memang nak jual tanah dia kat aku dan Tan Sri tak pernah sebut pasal kau. Dan kalaupun ada orang lain yang nak bersaing dengan aku untuk dapatkan tanah tu, Tan Sri cakap orang tu nak dirikan kelab malam. Tan Sri memang tak setuju.”

“Apa la kau bengap sangat har! Aku la yang nak buat kelab malam kat situ. Aku pun nak kaya raya macam kau. Tapi kau sibuk kan. kau pun sibuk sangat nak tanah tu dan kau bertuah sebab Tan Sri suka sangat dengan paper work kau yang nak buat resort tu. Dan yes, kau berjaya dapat tanah tu!”

“Kau marahkan aku sebab tu?”

“Yes! Memang dah lama aku berdendam dengan kau dan aku cari peluang je nak balas dendam tu.”

“Tapi, itu kan memang salah kau. Itukan kawasan perkampungan dan memang tak sesuai ada kelab malam dekat situ. Kau sepatutnya survey dulu apa yang sesuai dan tidak dekat kawasan tu.”

“Ah! Ikut suka hati aku la aku nak buat apa pun kat atas tanah tu. Aku tak mengemis duit kau pun. Tapi, kau tu yang sibuk potong jalan aku dan dengan senangnya Tan Sri yang bodoh tu approvekan paper work kau. Aku memang benci kau!” Dalam kelalaian Tengku Akid, Izham menolak Tengku Akid. Tengku Akid terjatuh di atas jalan.

“Ini balasan kau Tengku Akid Irfhan!” Izham menghayunkan kayu. Tengku Akid tak sempat berbuat apa-apa dan hanya memejamkan mata.


*********************************************************************

Pang!! Nora terjatuh ke atas lantai. Nora memegang pipi kanannya. Sambil menangis Nora merapati kaki Dato’ Ruslan. 

“I dah tak boleh nak gugurkan kandungan ni sayang. Doktor cakap baby ni makin membesar dan kalau I nak abort jugak maybe nyawa I dalam bahaya. I tak nak mati lagi sayang. Jom la kita kahwin.” Merayu-rayu Nora di kaki Dato’ Ruslan.

“I tak kisah you mengandung tapi I kisahkan anak siapa dalam perut you tu.” Nora mendongakkan kepala.

“Apa maksud you sayang? This is your baby.” Dato’ Ruslan mendengus.

“You ingat I ni bodoh sangat ke Nora? You ingat I tak tahu you ada affair dengan lelaki lain selain I? Hurm..” Dato’ Ruslan menarik lengan Nora dan mendirikan Nora.

“Hei! Depan you biji mata I ni memang ada sepasang. Tapi, belakang you banyak mata yang I pasang untuk tengok apa you buat tahu!” Nora telan air liur.

“You pasang spy?”

“Habis, you ingat I ni bodoh je nak bela you. Bagi you rumah, kereta, duit, kredit kad dan semua kemewahan yang you dapat sekarang ni?” Nora diam.

“Hei! Pakai otak la Nora. I ni bini dah dua tahu. You ingat I akan bertanggungjawab dengan baby dalam perut you ni? You ingat I akan jadikan you isteri I yang sah? Silap besar la you. Bukan semudah tu you nak perbodohkan I tahu.”

“You nak bukti apa lagi untuk buktikan baby ni baby you? Tak cukup ke hampir setiap malam I layan you? You memang tak guna kan! Dasar jantan tak guna. Bila you dah puas, you dah bosan dengan I, macam ni je you buang I.” Nora memukul-mukul dada Dato’ Ruslan. Dato’ Ruslan menepis dan akhirnya Dato’ Ruslan menarik kasar rambut Nora.

“Kau dengar sini Nora, aku sebenarnya dah lama bersabar dengan kau. Aku tahu kau ada lelaki lain kat luar tapi satu je silap orang-orang aku, diaorang masih tak tahu siapa jantan lain yang bela kau selain aku. Dan aku pasti, lambat laun aku akan tahu jugak dengan siapa kau curang.” Dato’ Ruslan melepaskan rambut Nora dan menolak Nora ke belakang.

“Sayang, I tak ada sesiapa selain you. You jangan la nak tuduh yang bukan-bukan.” Nora melembutkan suaranya.

“Sudah la Nora, mulai sekarang aku tak nak tengok lagi muka kau kat kondo aku ni. Kalau boleh malam ni jugak aku nak berambus dari kondo ni. Bawa semua barang-barang kau dan tolong tinggalkan kredit kad, kunci kondo dan kunci kereta. Kau dah tak ada nilainya pada aku!” Besar mata Nora mendengar kata-kata sugar daddynya.

“Sampai hati you buat I macam ni? Mesti you dah ada perempuan lain kan?”

“None of your business!”

“Tak boleh sayang! I tak rela you ada perempuan lain. You milik I!” Dato’ Ruslan memegang kedua belah pipi Nora.

“Listen here, perempuan macam kau ni bersepah aku boleh dapat. Jangan cakap macam kau, lebih hebat dari kau pun berlambak kat luar sana. Dan kalau kau ingat la, dulu aku pernah buang perempuan lain sebab nak dapatkan kau and now it’s your turn! Kau rasa la. ” Nora terdiam lagi.

“Dah, kau jangan nak cakap banyak. Buat apa yang aku suruh tadi atau kalau kau degil jugak, aku suruh orang aku campak kau ke luar. Pilih la mana satu yang kau suka. Esok bila aku datang sini, aku tak nak tengok muka kau lagi. Faham!” Dato’ Ruslan melepaskan Nora dan keluar dari kondo. Nora hanya mampu menjerit dan menangis.


*********************************************************************

Izham berlari-lari anak keluar dari bilik airnya. Loceng apartmentnya yang asyik berbunyi membuatkan dia rimas. Izham melihat siapa yang menekan loceng apartmentnya di lubang kecil di pintu. Kemudian pintu di buka.

“You, cepat la buka.” Nora masuk dan terus memeluk Izham. Pintu di tutup.

“Kenapa you menangis ni?” Izham menyoal Nora. Nora diam dan hanya menangis. Selepas di halau, Nora memang tidak tahu mana hendak di tuju. Dan akhirnya terlintas nama Izham di kepalanya dan nasibnya baik kerana Izham ada di rumah.

“You, I tanya ni, you kenapa and dari mana? Dengan beg segala bagai ni.”

“I.. I.. dah kena halau.” Izham terkejut.

“What?” Nora angguk. Kepalanya mendongak melihat Izham. Baru Nora perasan muka Izham lebam-lebam.

“What happen to you? You bergaduh ke?”

“Sikit je ni. I’m ok. Sekarang ni I nak tahu apa yang dah jadi dengan you. Tell me!”

“Dato’ dah tak nak kan I. Dia halau I keluar dari kondo. Kereta dengan kredit kad pun dia ambil. I dah tak ada apa sekarang Am. Tolong I!!” Nora menangis semula.

“Wait, wait! Mesti ada something happen kan. Tak kan la orang tua tu halau you saja-saja. Without any reason.”

“I.. I..” Nora takut-takut hendak cerita.

“Bagitahu I Nora.” Nora menggigit bibir.

“I’m pregnant!” Besar mata Izham mendengar.

“What???” Nora menganggukkan kepala.

“Anak siapa?” Nora geleng kepala.

“I tak sure Am. Whether your baby or his baby.”

“No no no!! I’m so so sure that this is not my baby. You jangan nak buat cerita lawak kat sini Nora.”

“How dare you! You pun sama macam orang tua tu kan. Korang layan aku bila korang perlukan badan aku dan sekarang bila aku dah ada masalah macam ni, korang buang aku. Lelaki memang tak guna!” Izham geleng kepala. Muka dan badannya masih terasa sakit dek pukulan Tengku Akid tadi dan sekarang Nora tambahkan lagi masalah di kepalanya.

“Ok, ok. Bukan aku tak nak bertanggungjawab Nora. Macam ni, apa kata kau gugurkan baby tu. So simple!” Izham memegang lengan Nora.

“Simple kepala hotak kau! For your information, aku dah tak boleh nak gugurkan baby ni. Doktor advise aku suruh simpan baby ni kalau nak nyawa aku selamat. Baby ni dah makin membesar Am dan kalau aku gugurkan dia bermakna peluang aku untuk hidup tipis.” Nora masih menangis.

“So, kau nak aku buat apa?” Izham menggaru kepalanya.

“Tolong kahwin dengan aku Am. Aku tak nak bawa perut ni tanpa ikatan yang sah. Aku malu Am. Please Am..” Terkejut Izham mendengar permintaan Nora.

“No way! Look Nora, dah banyak kali kan aku cakap dekat kau yang hubungan kita ni tak lebih dari melepaskan nafsu antara satu sama lain. Kita dah janji yang hubungan kita ni bukan hubungan yang special. Aku tak nak terikat dengan kau ataupun dengan baby ni. Aku belum bersedia Nora.”

“Aku tahu kau tak cintakan aku. Aku tak kisah Am. Aku cuma perlukan seorang ayah untuk baby ni. Lepas baby ni dah lahir, aku tak kisah kalau kau nak ceraikan aku. Tolong lah aku Am.” Nora memegang tangan Izham.

“Sorry Nora, bukan aku tak nak tolong kau. Kau cari la lelaki lain. Walaupun hubungan tu sekejap tapi aku memang belum bersedia. Maafkan aku!”

“Kau memang tak guna! Kemungkinan ini anak kau tahu. Aku cuma tidur dengan kau dan orang tua tu je. Aku memang menyesal kenal dengan kau!” Nora memukul-mukul Izham. Izham menepis dan memegang kedua belah tangan Nora.

“Eh perempuan! Ni semua salah kau. Kalau kau tak menggedik, tahu jaga maruah diri, semua ni takkan jadi tahu. Dah kau tergedik-gedik depan aku, baju pun terdedah sana, terdedah sini memang la aku tak tahan nak ngap kau. Bodoh!” Izham menolak kepala Nora dengan jarinya.

“Korang semua yang bodoh! Semua jantan tak guna!” Nora menjerit.

Hati dan fikirannya tak keruan. Nora merenung gunting yang berada di atas meja makan. Fikirannya di hasut syaitan. Nora bangun dan mengambil gunting itu dan tanpa pengetahuan Izham, Nora cuba hendak menikamnya dari belakang.

“Binatang!” Izham menoleh. Terkejut Izham melihat Nora menghampirinya dengan gunting di tangan.

“Nora!” Izham sempat menepis. Nora cuba lagi hendak menikam Izham dan Izham berjaya menepis lagi. Izham menolak Nora dan Nora terjatuh di atas karpet bersama gunting yang masih berada di tangannya.

“Kau dah gila ke Nora? Sedar Nora.”

“Memang aku dah gila! Korang yang buat aku jadi gila. Biar aku bunuh kau, baru aku puas hati!” Nora bangun dan mendekati Izham sekali lagi. Izham memegang tangan Nora. Nora mencurahkan segala tenaganya yang ada. Izham gerun melihat wajah marah Nora dan tiba-tiba Izham terdengar suara Nora menjerit kesakitan.

“Arghhh!!” Nora terjatuh di atas karpet. Izham panik melihat darah keluar dengan banyak dari perut Nora.

“Am.. Am..” Mata Nora sekejap besar, sekejap kecil menahan sakit.

“Nora.. aku.. aku tak sengaja. Maafkan aku!” Izham menjauhi Nora.

“Ba.. Bab.. Baby ak.. aku..” Nora mati tanpa sempat menghabiskan kata-katanya. Bulat mata Izham melihat tubuh Nora kaku di hadapannya.

‘Aku tak sengaja.. Aku tak sengaja!! Aku cuma nak protect diri aku. Aku tak bersalah!’ Jerit Izham dalam hati.

Izham melihat gunting yang di lumuri dengan darah masih berada di tangannya. Gunting itu di campak ke tepi. Izham betul-betul panik dan cepat-cepat kakinya melangkah ke pintu. Pintu di buka dan sekali lagi Izham terkejut.

“Dato’!”

“Kau rupanya yang ada skandal dengan Nora. Aku tak sangka kau orangnya. Sanggup kau tikam aku dari belakang ye.”

“Bu.. Bu.. Bukan saya Dato’. Saya.. saya.. cuma..”

“Cuma apa?

“Kkk.. kami cuma berkawan.”

“Sudah la Izham. Aku dah dengar semuanya tadi. Pandai betul kau sorokkan hubungan korang belakang aku kan. Aku yang tak tahu apa-apa ni, terus je bela perempuan murahan tu.”

“Bukan saya yang cari dia Dato’, dia yang menggoda saya.. saya..”

“Sudah lah! Aku cakap sudah, sudah. Sekarang ni semua pun dah tak berguna. Nora pun dah mati. Dan kau harus bertanggungjawab dengan semua ni.”

“Maksud Dato’?” Izham kerut kening.

“Aku dah call polis dan kejap lagi polis sampai. Ini je hukuman untuk kau sebab tikam aku dari belakang. Aku memang tak suka lelaki lain kongsi hak aku. Kalau orang lain, memang mati aku kerjakan.”

“Tapi, saya tak sengaja nak tikam Nora. Dia yang nak tikam saya dulu, saya cuma protect diri saya.”

“Itu aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku nampak kau dah tikam dia. Bukti dari aku dan orang-orang aku dah cukup buat kau mati dalam penjara!” Dato’ Ruslan ketawa.

“Tolong Dato’ jangan buat saya macam ni. Saya janji, saya takkan buat benda yang sama pada Dato’ lagi. Tolong maafkan saya Dato’.” Izham melutut dan memegang kaki Dato’ Ruslan.

“Ini pengajaran buat kau Izham. Selamat menikmati hidup baru dalam penjara!” Dato’ Ruslan ketawa lagi.

Izham terduduk saat beberapa anggota polis tiba di apartment dan menggari kedua belah tangannya.


To be continue..

Thanks for reading..

6 comments:

  1. yeayyyyyyyyyyyyyyy...... izham dah kene tangkap..yuhuuuuuuuuuuuu.. suke2.
    kali ni citer pasal nora ngan izham... settle 1 bab dah pasal dowg dua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu my dear.. Yup, this time memang akak nak settlekan Nora & Izham. So, lepas ni ni one by one character akan ade fullstopnye sampai la novel ni stop to the ending.. Tenkiu again for reading + comment + supporting!!

      Delete
  2. Replies
    1. Baby mio, belum nak tamat cume hampir ke penghujungnya. Dya pun tak minat nak buat story yang meleret-leret. Cukup la ade character yang baik & jahat. Selagi problem Haris, Tengku Akid & Dahlia belum selesai, Baby Mio takkan jumpa endingnya lagi. As usual thank you for reading + comment + supporting!!

      Delete
  3. Dear Dya...thanks 4 this n3! So sorry sbb hari ni baru ada kesempatan baca this chap. Lately busy sikit. Excited bila criter ni dah hampir sampai ke penghujungnya. Tapi rasa sedih pulak coz after this no more Tengku Akid, Haris or Lia......Tiba2 teringat masa mula2 follow criter ni, sedar x sedar criter pun dah nak abis. Really hope that you will come out with new story soon ya. See u Dya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Ida.. thank you jugak for the reading & comment. Its ok, asalkan Ida ada masa jugak nak baca entry baru Dya. Excited kan! Tu la, Dya ni lagiiiiiiiiii la excited nak buat ending of the story taw. Takut takut my readers tak berkenan & tak berpuas hati. Dya pun rasa yang sama macam Ida. Sedih sebab lepas ni Tengku Akid, Haris & Dahlia dah takde lagi. Dorang ni semua akan wujud kat imaginasi kita je la.. Part permintaan yang last tu, InsyaAllah kalau Dya ada ide baru, mesti Dya share dengan kengkawan bloggers. Once again, thank you so much for reading + comment + supporting!!

      Delete