“You baru sampai
ke?” Terkejut Hanis bila tiba-tiba Izham berbisik di telinganya.
“You!! Terkejut I tahu.
You dah lama sampai ke?”
“Takde la lama sangat.
Baru la jugak. You nak minum apa? I ambilkan.”
“Hurn, it’s ok. I boleh
ambil sendiri.” Izham angguk.
“Ok, kalau macam tu,
jom kita duduk sana.” Hanis pula mengangguk dan mengikut Izham dari belakang.
“Give me a coke
please.” Hanis memesan air kepada pelayan yang menghampiri mejanya.
“You tak biasa order
air lain ke?” Hanis menggeleng. Hanis faham maksud air lain yang dikatakan
Izham tadi.
“I memang sosial but I
tak sentuh arak.” Izham mengangguk. Gagal rancangan pertamanya. Takpe, setiap
rancangannya selalu ada plan B.
“So, you ada apa nak jumpa
I ni?”
“Sorry Izham kalau I
dah kacau you. Actually, takde benda pun. I cuma nak someone yang boleh temankan
I. That’s all.”
“Your boyfriend?” Izham
sengaja bertanya.
“You boleh tak jangan
sebut nama dia? I bosan la.” Hanis meneguk coke yang baru sampai.
“Hurm, kes berperang la
ni. Dia ada perempuan lain ke?” Hanis berhenti meneguk. Izham di pandang.
“Tak mungkin Akid macam
tu.”
“Dah tu, takkan la dia
takde masa untuk kekasih dia yang cantik jelita ni. Kalau la you ni girlfriend
I, I tatang you macam minyak yang penuh tahu.” Hanis tersenyum sedikit. Bangga
apabila Izham memujinya.
“Mungkin betul dia
sibuk.” Hanis cuba menyedapkan hati.
“Look Hanis, I
sebenarnya tak nak cakap benda ni tapi I dah anggap you kawan I and you kena
tahu apa yang I tahu pasal Akid.”
“You nak cakap apa?”
Izham di renung.
“I pernah jumpa Akid
dekat Rest club. High class and expensive rest club.” Hanis diam.
“Kalau you nak tahu,
club tu bukan sebarang club. Club yang menyediakan perempuan-perempuan cantik
dan seksi. Perempuan tu pulak bukan perempuan biasa, semua perempuan tu you
takkan jumpa dekat kelab-kelab macam ni sebab kebanyakkan perempuan kat situ
jenis perempuan simpanan lelaki-lelaki kaya.”
“Mana you tahu Akid
pergi sana?” Hanis bertanya.
“I ada informer kat
sana. I pun terkejut bila informer I cakap dia nampak Akid dekat sana.” Izham
berbohong.
“I don’t believe you.”
Hanis memandang pasangan yang terlonjak-lonjak menari di ruang tengah kelab.
“I tahu you takkan
percaya. I cuma ada ini untuk buktikan pada you.” Izham menghulurkan satu
sampul kepada Hanis. Bulat mata Hanis melihat isi sampul tersebut. Hati Izham
tersenyum. Izham yakin kepercayaan Hanis akan berkurang apabila melihat gambar
curi yang di ambil semasa Akid sedang berborak dengan Nora.
“I macam pernah tengok
perempuan ni but I’m not sure kat mana?”
“Yeah maybe somewhere.
Perempuan ni salah seorang mistress Dato’ yang kaya kat KL ni you tahu.”
“Tak mungkin Akid ada
hubungan dengan perempuan lain. I kenal Akid, Izham.”
“I tak boleh nak cakap
apa kalau you dah cakap macam tu. I cuma nak you buka mata dan kenal siapa Akid
yang sebenarnya. Mungkin perempuan ni salah satu sebab kenapa Akid asyik nak
mengelak dari you, who know’s.” Hanis memasukkan semula gambar-gambar di dalam
sampul. Gelas coke di capai dan di teguk beberapa kali.
“How you feel now
Hanis?”
“I don’t know.” Izham
perasaan wajah Hanis sedikit keliru. Izham senyum lagi. ‘Now, plan B!’
“Tak payah nak stress
sangat la. Later, you boleh discuss balik dengan Akid kan. Jom, menari dengan
I.”
“I’m not in good mood
Izham.”
“Alaa.. tak best la
macam ni. You kan datang sini nak happy-happy. Lupakan sementara semua masalah
you. I’ll make you happy tonight. Come!” Izham menghulurkan tangan. Hanis
memandang dan lambat-lambat huluran tangan Izham di sambut. Izham menarik Hanis
ke ruang tengah kelab dan mereka berdua mula menari mengikut muzik yang di
mainkan DJ kelab.
“Akid!” Tengku
Akid yang baru keluar dari bilik pejabat menoleh.
“Ris, baru nak balik
ke?”
“A’ah. Aku ingat
tinggal aku sorang je kat atas ni. Lambat kau balik?”
“Finance report untuk
D’Mewah last month macam ada masalah, tu yang aku stay back. Nak cek balik.”
Haris mengangguk. Haris dan Tengku Akid sama-sama menuju ke ruang menunggu lif.
“Kau nak balik terus ke
Kid?”
“Kenapa? Kau nak ajak
aku date ke?” Akid tersengih.
“Boleh jugak kalau kau
free la.” Tengku Akid tergelak.
“Kau jangan buat pasal
Ris, aku teruna lagi tahu.” Giliran Haris pula ketawa.
“Jangan nak merepek la
Tengku Akid oi. Aku ni dah jadi tunang orang dah. Lepak minum jom.” Tengku Akid
mengangguk. Lif terbuka dan mereka melangkah masuk ke dalam lif. Haris
menjeling Tengku Akid. Ada persoalan yang perlu Tengku Akid rungkaikan!
“Izham, I penat
la. Rehat sekejap.” Hanis menjerit sedikit di telinga Izham. Izham angguk.
Hanis dan Izham menuju ke meja mereka. Laju gelas coke di capai Hanis dan
dengan sekali teguk, licin coke di telannya. Izham tersenyum.
“Continue dancing?”
Hanis menggeleng.
“Kejap lagi la kot. You
cari la siapa-siapa menari dulu.”
“Ok. Anything call me.”
Hanis angguk. Sekejap je si Izham hilang dalam puluhan manusia yang tengah
terlonjak-lonjak kat ruang tengah tu. Tak lama kemudian, Hanis rasa penatnya
hilang dan keinginan untuk menari datang lagi. Hanis bangun dan tiba-tiba Hanis
rasa kepalanya berat. Hanis duduk semula. Hanis memicit-micit kepalanya. Hanis
juga rasa pandangan matanya sekejap kabur dan sekejap kemudian elok seperti
biasa. ‘Apa kena dengan aku ni?’
“Are you ok?” Hanis
memejamkan mata tapi dia tahu itu suara Izham.
“Ini kerja you ke
Izham?” Mata Hanis masih terpejam.
“Apa yang I dah buat?”
“Jangan ingat I bodoh
la! Apa yang you dah masukkan dalam coke I?”
“Nothing!”
“I percayakan you and
ini balasan you pada I?” Hanis menjerit. Hanis membuka mata dan memukul-mukul
tubuh sasa Izham. Tangkas tangan Izham memegang dua belah tangan Hanis yang
semakin lama semakin lemah kerana ubat tidur yang telah di telan bersama dengan
air coke tadi.
“I tak buat apa-apa la.
You jangan nak main tuduh-tuduh pulak.”
“I silap pasal you. I
ingat you memang jujur nak berkawan dengan I. I am so stupid!” Izham tergelak.
“Kalau you dah tahu
bagus la. Sekarang you ikut I!” Izham menarik Hanis. Hanis meronta minta di
lepaskan.
“Lepaskan I la
binatang!”
“Shut up! I kan dah
cakap tadi, I’ll make you happy tonight. You ikut je I ok!”
“I tak nak la. Lepaskan
I!” Hanis menjerit. Tiba-tiba jeritannya mati apabila Izham melempang kuat
pipinya. Izham membawa Hanis keluar dari Blue Club dan kemudian Izham
memasukkan Hanis ke dalam keretanya. Izham terus memandu dan akhirnya kereta
Izham memasuki kawasan apartmentnya. Izham mengendong Hanis dan membawa Hanis
masuk ke dalam apartmentnya di tingkat 2. Izham mencampak Hanis di atas katil
di dalam bilik. Satu persatu butang bajunya di buka dan kemudian kemejanya di
campak entah ke mana. Izham mendekati Hanis yang tidak sedarkan diri. Pipi
Hanis di usap perlahan. Kemudian jari Izham beralih pula pada bibir Hanis.
Kemudian jari Izham membuka satu persatu butang yang ada di baju Hanis. Izham
tersenyum. Wajah Izham makin mendekati tubuh Hanis dan akhirnya tubuh montok
Hanis menjadi milik Izham!
*********************************************************************
“Kau dengan Hanis
macam mana?” Tengku Akid memandang Haris.
“Macam mana apa Ris?”
“Yela, korang takde
rancangan ke nak bertunang macam aku ni.”
“Hurm, belum lagi la
kot.” Tengku Akid menghirup Ice Lemon Tea di hadapannya.
“Sampai bila?”
“Itu semua jodoh Ris.
Kalau cepat, cepat la.” Tengku Akid cuba tersenyum.
“Oh! Baru aku teringat.
Kau kan pernah cakap dengan aku, ada perempuan lain dalam hidup kau. Macam mana
dengan perempuan tu?” Tengku Akid memandang Haris kembali.
“Kau ingat lagi?” Haris
angguk.
“Hot story tu. Mustahil
aku boleh lupa kan. Bila nak introduce kat aku?” Tengku Akid telan air liur.
“Satu hari nanti kau
akan jumpa dia jugak but not this time.”
“Kenapa kau berahsia
sangat dengan aku Kid? Kita kawan dah lama kan. Kau takut aku marah ke?” Haris
sengaja membuat Tengku Akid rasa serba salah.
“Kau marah?” Tengku
Akid menyoal kembali.
“Yela, kau takut aku
marah sebab kau pilih perempuan tu dari Hanis. Macam tu?” Tengku Akid lega.
Ingatkan nak marah apa la tadi.
“Kau kawan aku Ris. Dan
aku tahu, takde siapa yang lebih kenal aku dari kau. Dan aku jugak tahu, aku
tak boleh nak rahsia banyak benda dari kau. Pasal perempuan ni aku yakin, satu
hari nanti kau pasti tahu jugak tapi aku memang belum sedia nak introduce
dengan kau buat masa terdekat ni. Aku harap kau faham.” Akhirnya Haris
mengalah.
“Ok, fine! Kalau betul
kau belum sedia, aku respect jawapan kau. Percayakan aku bila kau dah sedia nak
share semua masalah kau pada aku. Aku pasti ada!” Haris memegang bahu Tengku
Akid. Semua yang Haris buat, semua yang Haris ucap makin membuatkan Tengku Akid
rasa terbeban.
“Aku pergi toilet
kejap.” Haris mengangguk. Leka Haris melihat persembahan dari band yang berada
lebih kurang 500 meter di hadapannya. Tiba-tiba telinganya di ganggu dengan
bunyi ringtone Always dari Bon Jovi. Haris tahu itu ringtone dari handphone
Tengku Akid. Haris menjeling nama pemanggil. Degupan jantung Haris bagai
terhenti saat nama pemanggil dan gambar yang keluar dari handphone Tengku Akid.
*********************************************************************
“Kid, kau nak stay
lagi ke? Aku ingat nak balik dah. Dah nak pukul 12 lagipun.” Tengku Akid
melihat jam tangannya.
“Hurm, jom la chow
sama-sama. Aku pun dah letih sebenarnya ni.” Haris angguk. Mereka berdua
kemudian menuju ke kereta masing-masing.
“See you tomorrow Ris.”
Tengku Akid menghulurkan tangan. Haris hanya memandang.
“Are you ok my friend?”
“Aku ok. Perasaan aku
sekarang tak berapa nak tenteram la Kid. Banyak benda yang aku nak fikir. See
you tomorrow.” Haris terus masuk ke dalam kereta tanpa menyambut huluran tangan
Tengku Akid. Dan tanpa melihat Tengku Akid juga, laju kereta Haris lalu di
hadapan Tengku Akid. Tengku Akid buntu!
*********************************************************************
Hanis
menggeliat. Perlahan matanya di buka. Seluruh tubuhnya terasa sakit. Hanis
memandang sekeliling bilik yang sangat asing dari pandangannya. ‘Aku kat mana
ni?’ Hanis menyelak sedikit selimut yang menutupi tubuhnya. Besar mata Hanis
melihat tubuhnya tanpa seurat benang. Hanis cuba ingat apa yang telah terjadi
malam tadi. Hanis memejamkan mata dan perlahan air mata menitis di pipinya.
Hanis menyesal kerana bertemu dengan Izham.
“Good morning!” Izham
yang baru keluar dari bilik air dengan tuala separas pinggang tersenyum.
“Kau binatang!” Izham
tersengih lagi. Izham memandang cermin dan membelek-belek wajahnya.
“Cakap la apa yang kau
nak cakap, yang penting sekarang dara kau dah jadi milik aku.” Izham ketawa.
Hanis pejam mata. Perit betul kata-kata yang di ucapkan Izham sebentar tadi.
“Kau ingat kau boleh
lepas? Aku akan buat report polis dan aku akan pastikan kau mati dalam
penjara!” Izham ketawa lagi.
“Kau fikir baik-baik
Hanis. Sebelum kau nak buat report polis, kau tengok dulu video kita malam
tadi. Kau boleh sumbat aku dalam penjara dan aku takkan tahu apa-apa pasal
dunia luar tapi kau akan dapat malu. Seluruh dunia akan tengok apa yang kita
berdua dah buat. Ops! Apa yang kau dah buat sebab dalam video tu ada gambar kau
sorang je.” Hanis terkejut bila mendengar Izham telah merekod video mereka
malam tadi.
“Kau memang binatang
kan! Aku benci kau!” Hanis membaling bantal pada Izham. Izham mendekati Hanis.
“Aku puas! Aku puas!
Semua dendam aku pada kau dah terbalas dan aku akan pastikan Akid jugak akan
terima balasan yang lebih teruk dari kau.”
“Apa salah aku Izham?
Aku tak pernah kenal kau. Apa yang aku dah buat pada kau har?”
“Kau memang tak pernah
kenal aku tapi kau pernah menyakiti ahli keluarga aku.”
“Ahli keluarga kau?”
“Apa salah Nabila har?”
Izham mengoncang keras bahu Hanis.
“Nabila mana? Aku tak
kenal la!”
“Kau memang tak kenal
sebab kau kenal Nabila bila kau perlukan dia, bila kau nak gunakan dia. Hukuman
kau ni memang tak setimpal dengan apa yang kau dah buat pada dia tahu tak!”
“Eh bodoh! Aku tak tahu
Nabila mana yang kau cakap ni la. Entah-entah kau tu dah salah orang.” Izham
turun dari katil dan menuju ke almari baju. Laci di tarik dan Izham mengambil
sekeping gambar di dalam laci tersebut.
“Kau kenal siapa
perempuan dalam gambar ni?” Hanis terkejut. Bella!
“Kau siapa dengan Bella?”
“Kau dah kenal kan.
Perempuan yang selalu kau buli waktu kat UK dulu, perempuan yang selalu kau
hina dekat UK dulu tu adalah adik aku!” Hanis makin terkejut.
“Tapi.. tapi.. dulu tu
aku main-main je dengan dia. Nothing serious.”
“Kau pura-pura jadi
kawan dia kan tapi dalam diam kau suruh dia buat macam-macam. Buat assignment
kau, ajak adik aku masuk kelab, ajar adik aku bersosial dan yang paling kejam
sekali kau pertaruhkan maruah adik aku.” Tanpa Izham sedar, dia menangis.
“Aku tak sengaja Izham.
Aku tak berniat nak bertaruh masa tu. Aku ingat Jonathan main-main. Aku tak
tahu yang..”
“Diam!” Hanis pejam
mata.
“Aku minta maaf Izham.
Aku tak tahu Bella adik kau. Aku.. aku.. bersalah pada Bella.”
“Senangnya kau mintak
maaf kan. Kau nak tahu tak apa dah jadi pada adik aku sekarang? Adik aku dah
tak siuman. Senang cakap la, Nabila dah gila! Aku hantar adik aku yang cantik
tu dengan penuh gembira tapi apa yang aku bawak balik dari UK? Kau bagi aku
mayat hidup tahu! Adik aku tak dapat nak bergaya macam kau, tak dapat nak happy
macam kau dan paling aku terkilan sekali mungkin selama-lamanya adik aku tak
akan kahwin.” Hanis dah menangis.
“Kau ingat aku hadap
sangat dengan tubuh kau ni! Ini semua balasan untuk Nabila dan aku takkan
pernah maafkan kau sampai bila-bila! Kau pakai baju dan berambus dari rumah
aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus!” Izham buka pintu dan keluar
dari bilik. Hanis masih terus menangis. Terbayang-bayang kejadian dua tahun
lepas dan malam tu memang membuatkan dia rasa bersalah pada Bella tapi Hanis
juga tahu kata-kata maaf darinya sudah terlambat dan tidak mungkin dapat
mengembalikan Bella seperti sediakala.
To be continue..
Thanks for reading..
wahhh semakin panas.. terbaik la..
ReplyDeletekesian ngan nasib bella 2.. padan muka hanis..
taksub sgt ngan harta dunia dan kecantikan dunia..
wat u give u get back..
terbaik la kakak ku dya amanis... teruskan usaha anda...
Tenkiu sayang!! Terime kasih sebab sudi bace & komen entry akak. Akak akan teruskan usaha akak sampai la nobel ni tiba di endingnye.. Tenkiu.. Tenkiu..
DeleteLove-love-love byk2
ReplyDeleteTerbaik Dya.....
I'm Wait For U N3
Tenkiu - Tenkiu - Tenkiu banyak-banyak!!
DeleteTunggu next entry ok.
Cayunk Fida!!
Dear Dya...finally dpt baca your new n3! Really miss u. Love this n3 sbb lebih byk conflict, but at the same time Ida rasa nervous jugak for the outcome. Rasa jantung ni asyik berdebar2 je, mengalahkan perasaan anak dara nak kena pinang dgn putera raja....really curious. Apa2 pun, pls continue cepat2 ok! Love ya!
ReplyDeleteDear Cik Ida ku cayunk!! Tenkiu baca new entry Dya. Dya pun rindu dengan komen Ida. Amboi amboi, perasaan Ida yang Dya tak tahan tu!! Hikhik.. Macam nak kena pinang dengan anak raja??? Huhu.. Makin dup dap dup dap jari jemari ni nak menaip taw! Btw Tenkiu so muchhh for reading, comment & supporting!!.
Deletewah memang terbaik tq sangat-2.
ReplyDeleteTenkiu my lurvely Baby Mio!! Tenkiu for reading + comment + supporting!! Waiting for my next chapter ya!
Delete