Wednesday, 13 November 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 46


Haris melihat dari jauh. Dadanya bergetar hebat bila mata dan hatinya yakin bahawa insan yang berada di hadapannya adalah Dahlia dan Tengku Akid. Hatinya sebak melihat kedua insan yang di sayangi sedang berpelukan. ‘Apa sebenarnya yang dah jadi ni? Dahlia dan Akid ada hubungan ke? Tak, tak, aku tak boleh fikir yang bukan-bukan. Apa-apa pun aku kena cari tahu dulu apa hubungan Akid dan Lia’. Kaki yang mulanya hendak menghampiri Dahlia dan Tengku Akid terbantut apabila Haris melihat Dahlia merenggangkan pelukan. Cepat-cepat Haris menyembunyikan diri di balik dinding dapur.

“Sayang, dah ok?” Aku angguk kepala sambil lap air mata.

“Maafkan Lia ye Tengku. Tadi, Lia memang emosi sangat. Entah setan apa dah rasuk Lia.” Aku tersenyum. Lembut jari Tengku Akid menyeka air mata yang masih berbaki di bawah mata aku.

“It’s ok sayang. Akid faham perasaan Lia. Sangat faham. Akid pun sedih tengok auntie Sofi sarungkan cincin kat jari sayang tadi. Tapi, Akid tak dapat nak buat apa-apa selain dapat tengok je.” Aku angguk. Tiba-tiba aku berpaling ke belakang. Baru aku perasan, tadi aku dengan Tengku Akid berpeluk. Ada siapa-siapa nampak ke?

“Sayang kenapa?” Tengku Akid pun toleh ke belakang jugak. Mungkin Tengku Akid pelik kot tiba-tiba aku toleh ke belakang.

“Tak, Lia baru perasan kita kan berpeluk tadi. Takde siapa nampak ke eh?” Tengku Akid tersenyum.

“Takde la kot. Diaorang semua sibuk kat depan tu. Dah la, Lia tak payah nak fikir sangat. Pergi depan balik, nanti Haris cari.” Aku angguk.

“Lia pergi depan dulu Tengku. Kalau ada apa, Lia text Tengku malam nanti ye.” Tengku Akid dan senyum pada aku. Aku bangun dari kerusi dan terus jalan masuk ke dalam banglo. Haris yang perasan Lia hendak masuk ke dalam banglo, cepat-cepat beredar dari dapur.

“Lia!” Aku toleh wajah ke belakang.

“Abang.”

“Lia dari mana?” Aku gugup.

“Er.. er.. Lia dari toilet.”

“Oh, lamanya?”

“Hurm, Lia ambil angin dekat belakang kejap. Kat depan ni ramai sangat orang, Lia pening sikit.” Haris angguk.

“Lia dengan siapa?” Aku pandang Haris. Dia nampak ke eh?

“Lia.. Lia.. sorang je. Kenapa abang?”

“Abang tanya je la. Jom, ada tetamu baru datang nak jumpa dengan Lia.” Aku angguk. Haris tarik tangan Dahlia dan menjeling Dahlia. ‘Kenapa Lia tipu abang? Sikap Lia buat abang makin sangsi dengan Lia.’

“Abang nak bawak Lia jumpa siapa?” Aku tanya Haris bila aku tengok Haris macam tercangak-cangak cari orang.

“Kejap eh, tadi dia duduk kat sini. Hilang pulak.”

“You cari I ke?” Nora muncul. Terkejut sangat aku tengok muka Nora muncul kat majlis tunang aku ni. Siapa jemput dia?

“Yes, mana you pergi tadi?” Haris menjawab dan menyoal Nora semula.

“I pergi makan kat sana. Hai Lia, tahniah!” Nora menghulurkan tangan. Aku hanya pandang huluran tangan Nora.

“Lia.” Haris tegur aku.

“Abang jemput dia datang ke? Lia tak tahu pulak.” Nora buat muka.

“Abang.. er.. yes.” Haris terpaksa mengaku kerana tidak mahu memalukan Nora.

“Kalau macam tu abang je la yang layan dia. Lia tak boleh la nak tengok muka dia. Lia mintak diri dulu.” Aku beredar dari Haris dan Nora.

“Lia.. Lia!” Haris memanggil aku tapi aku buat tak dengar. Aku menghampiri mama yang sedang makan.

“Sombongnya! Macam tu you nak buat bini. I better than her you know.” Haris menoleh Nora semula.

“I rasa you tahu kenapa sikap Lia macam tu pada you. Look Nora, jangan ingat I tak kenal you and I tak tahu siapa you. Kalau Lia tak cerita kat I pun, I boleh agak you ni jenis perempuan macam mana la. And, dah cukup baik I cover you tadi. Kalau tak you yang dapat malu depan Lia sebab datang sini tanpa di undang. Now, behave yourself and kalau you nak makan, makan diam-diam. Faham!” Haris pula beredar meninggalkan Nora. Nora menggigit bibir menahan malu dan marah. Akhirnya Nora membuat keputusan keluar dari banglo Datin Sharifah Sofiya.


*********************************************************************

Jam menunjukkan hampir pukul 11.30 malam. Tetamu makin beransur pulang dan pekerja katering mula mengemas meja dan kerusi di hadapan banglo Datin Sharifah Sofiya. Aku dan mama dah balik ke rumah belakang dan kami di tegah keras oleh Datin Sharifah Sofiya untuk bantu mengemas.

“Lia, mama nak tanya Lia ni?” Aku pandang mama.

“Tanya apa? Kenapa beria mama nak minta izin ni?” Aku tersengih.

“Lia, gembira ke dengan pertunangan ni?” Laju kepala aku toleh kat mama.

“Mestilah Lia gembira. Kenapa mama tanya?”

“Lia satu-satunya anak mama. Entah kenapa mama tak nampak Lia gembira. Ye, mungkin Lia senyum tapi senyuman Lia macam nak sembunyikan sesuatu. Betul kan?”

“Lia tak faham la ma.” Aku menanggalkan anting-anting yang bergayut kat telinga dan meletakkan di atas meja solek.

“Dengar cakap mama sayang, kalau Lia tak gembira atau Lia ada masalah dengan Haris, jangan diam. Bagitahu mama. Walau apapun masalah Lia dengan Haris, mama akan selalu dengan Lia.”

“Mama, Lia ok. Abang Haris baik sangat. Dia sangat baik layan Lia sampai Lia rasa Lia dah banyak sangat terhutang budi dengan dia. Lia sendiri tak dapat nak maafkan diri Lia kalau Lia buat salah dengan dia. Dia baik sangat mama.” Mama menghampiri aku.

“Mama bukan muda lagi Lia. Apa yang Lia lalui sekarang ni, semuanya mama dah rasa dulu. Cuma nasib Lia lebih baik dari mama. Calon suami Lia orang kaya, baik dan prihatin sangat kat Lia. Tapi, mama tak pasti tentang satu hal.” Aku pandang mama.

“Lia tak pernah cakap kat mama yang Lia cintakan Haris. Ye kan?” Aku tunduk kepala ke bawah.

“Soal cinta dan perasaan, Lia tak boleh nak bohong. Bukan saja Lia tak boleh nak tipu Haris, diri Lia sendiri pun Lia tak boleh nak bohong tahu. Kalau betul dalam hati Lia, Lia masih was-was dengan Haris, fikir la betul-betul sayang. Kalau Lia nak tahu, Datin dah tetapkan majlis nikah Lia dan Haris.” Aku pandang mama balik.

“Betul ke ma?” Mama angguk.

“Bila?” Perlahan aku tanya.

“Bulan 12 ni.” Ringkas mama jawab. Bulan 12 ni maksudnya ada lagi 3 bulan. Cepatnya!!!

“Kalau Lia masih tak dapat nak cintakan Haris, cuba la tanamkan  rasa cinta tu. Tak rugi Lia cuba sayang dan terima Haris dalam hidup Lia. Haris ada segala-galanya yang dapat membahagiakan Lia.” Aku tahan air mata yang nak mengalir. Mama tak faham apa yang tengah aku lalui sekarang.

“Dah la, pergi mandi. Solat pun belum kan. Lepas solat tidur. Esok kamu kerja?” Aku angguk.

“Mama tidur dulu ye.” Aku angguk lagi. Lemah langkah aku masuk ke dalam bilik air.


*********************************************************************

Assalamualaikum abang.” Aku masuk ke dalam kereta dan memasang seat belt.

“Waalaikumsalam. How are you today Lia?”

“Lia baik je. Terlajak tidur pagi tadi, mungkin penat kot malam tadi.” Haris angguk.

“So, how’s your first day as my legal tunang?”

“Ok je.” Haris angguk. Haris perasan Lia macam malas mahu melayan dia berborak.

“Lia sure ke Lia ok?”

“Ok la abang. Abang nak tanya berapa kali?” Tanpa aku sedar aku dah tertinggi suara kat Haris.

“Abang mintak maaf kalau abang kacau mood Lia pagi ni.” Adoi! Haris ni buat aku rasa bersalah la pulak.

“Abang, abang tak salah pun. Lia yang salah. Lia mintak maaf ok. Lia tak ada maksud nak tinggi suara kat abang tadi.” Aku pandang Haris.

“Ok la, Lia sempat sarapan tak tadi?” Aku geleng kepala.

“Kita breakfast dulu jom.” Aku angguk. Sebenarnya aku langsung takde rasa nak makan tapi aku kena ambil hati Haris balik. Memang salah aku pun tadi, tiba-tiba nak tinggi suara kat Haris. Teman je la dia sarapan.


*********************************************************************

Lia keluar dulu ye.” Haris angguk. Sampai kat tingkat 39 aku keluar. Hari ni aku dah mula masuk jabatan HR balik. Yeay!! Happynya. Lepas aku masukkan nombor laluan bilik, aku buka pintu bilik perlahan.

“Assalamualaikum girls!!” Semua yang ada dalam bilik tu menoleh kat pintu.

“Lia!!” Semua pun jerit yang sama. Ada la jugak yang jerit fullname aku. Dan akhirnya aku di kerumuni oleh hot-hot girls jabatan HR.

“Ingat you dapat special leave dari your tunang. Huhu..” Suraya memulakan usikan.

“Ish! Tak payah nak special special leave bagai la. Ingatkan dah duduk melepak goyang kaki kat banglo mewah tu.” Haruslah Nad kan. Tak sah la makcik ni kalau tak sambung usikan kat aku. Yang lain macam biasa la, back up ketawa. Kalau artis buat show boleh la panggil back up singer. Huhu!!

“Korang ni kalau usik Lia lagi, Lia report kat big bos. Baru tahu!” Saje aku usik diaorang pulak.

“Woooo!! Dah pandai la future wife big bos ni ugut kita sekarang. Dah, dah, jom sambung kerja semua. Nanti, tak pasal-pasal dapat warning letter.” Aku gelak. Nad ni kan!

“Korang ni jangan nak mengada sangat la. Lia gurau je.”

“Ok, kitaorang maafkan you but with one condition.” Aku merangkul leher Nad.

“Apa?”

“Lunch dengan kitaorang. Tak boleh keluar dengan Encik tunang, ok?” Aku pura-pura berfikir.

“Hurm.. hurm.. ok boleh!” Semua bersorak gembira.

“Yahoo!! Ok, now time for work. Welcome back Lia.” Aku mengucapkan terima kasih dan menuju ke meja yang telah dua bulan aku tinggalkan. Rindunya!!


*********************************************************************

Kak Dina dah bubuh nama baby ke?” Aku tanya Ardina waktu kami semua keluar makan tengah hari. Belum sempat Ardina jawab soalan aku, yang lain dah pakat dok gelak. Aku buat lawak ke?

“Kenapa korang semua gelak? Soalan Lia kelakar ke?”

“You tak tengok Facebook ke Lia?” Ruby tanya aku. Aku geleng kepala.

“Actually the first question is, you ada akaun Facebook ke Lia?” Alya pula menambah. Aku geleng lagi.

“What??” Hampir semua yang ada kat meja tu terkejut. Erk! Hebat sangat ke kalau ada akaun Facebook?

“Serius ke you takde?” Alya tanya lagi.

“Ish! Betul la. Lia nak bohong pun buat apa kan.”

“I ingat you kedekut nak share Facebook you.”

“Takde la Nad, Lia memang takde la. Lagipun, Lia tak berapa minat. Lia ni mane la ade kawan sangat pun.”

“Eh, cop, cop! Ape kaitan nama baby Kak Dina dengan Facebook?” Aku soal diaorang balik.

“Kitaorang semua dah tahu nama baby Kak Dina dari Facebook la. Nama baby Kak Dina yang super duper cute tu Nur Dini.” Alya yang bagitahu aku.

“Wah! Sedapnya nama. Ringkas je. Kak Dina, nak tengok gambar Nur Dini ada tak?” Ardina yang baru nak sedut air suam kat depan dia menganggukkan kepala.

“Kejap eh.” Ardina mengeluarkan handphone dari beg tangannya. Lepas tu, Ardina tunjuk kat aku.

“Wah!! Serius comel. Macam Alya cakap tadi la, super duper cute!” Aku dengan Alya sama-sama cakap. Kitaorang semua ketawa.

“May I join you all?” Tiba-tiba muncul Tengku Akid yang kacak. Pergh!! Handsomenya dia hari ni. All black!

“Tengku nak join? Boleh je. Duduk Tengku.” Qisha dah bagi greenlight. Tengku Akid tarik kerusi kosong kat sebelah aku. Kontrol perasaan kau Lia, kontrol..

“Menu sir.” Pelayan datang membawa menu dan selepas pesanan Tengku Akid siap di ambil, pelayan meninggalkan meja.

“So, this lunch mesti celebrate Dina sebab dah balik office kan?” Tiba-tiba sebelah tangan Tengku Akid dok menggatal genggam tangan aku kat bawah meja. Uit! Tengku Akid ni selamba je landing tangan dia kat tangan aku ni. Kalau minah-minah ni nampak, mampus!

“A’ah Tengku. Sempena Kak Dina balik office dan jugak sempena Cik Dahlia ni dah selamat jadi tunang Encik Haris.” Aku pandang Nad.

“Oh, ye la kan. Si cantik sebelah saya ni dah jadi tunang big bos. Tahniah Dahlia.” Aku anggukkan kepala. Makin erat genggaman tangan Tengku Akid. Cemburu kot!

“Terima kasih Tengku.” Tak lama kemudian makanan sampai dan kami semua menjamah sambil berbual kosong.


*********************************************************************

Tengku, Cik Hanis on the line. Can I pass to you?”

“Ok.” Qisha menyambungkan talian ke dalam bilik Tengku Akid.

“Yes Hanis.”

“Mana handphone you?”

“Why?”

“You ask me why? Akid, salah ke soalan I? I call you hundred times and you never answer me even one call.” Tengku Akid menyandarkan badannya ke belakang kerusi. Handphone yang sengaje disilentkan sejak tadi di ambil. ‘Wah! Almost 30 missed calls.’

“Ok, sekarang I dah answer. You nak apa?”

“I miss you. I nak jumpa you. Malam ni kita jumpa tempat biasa ok?”

“Malam ni tak boleh la. I sibuk Hanis. I kena stay back kat office.”

“Kenapa la I ni susah sangat nak jumpa boyfriend sendiri? Kalau kekasih lain tu sampai tak boleh nak berenggang you tahu. Tell me, what’s wrong with me Akid?”

“You takde salah apa pun. Seriously I busy. Kita jumpa lain kali ye.”

“Sudah la dengan lain kali you tu. I’m bored!” Tut..tut.. Tengku Akid menggelengkan kepala.


*********************************************************************

Izham ke?”

“Yes. Hanis kan. Any problem pretty?”

“You free tak malam ni? Boleh teman I?”

“Sure, anything for you. You nak I jemput kat rumah ke?” Izham yang sedang baring, bangun dari katil dan berdiri menghadap tingkap.

“Er.. no need. Kita jumpa dekat Blue club je around 10 o’clock macam tu.”

“Ok, see you later.” Izham mematikan talian.

“Siapa tu?” Nora yang hanya di baluti dengan kain cadar memeluk Izham dari belakang.

“My new client. Ada projek baru dia nak share dengan I.”

“New client or new collection? I dengar you sebut nama perempuan tadi.” Izham ketawa dan memusingkan tubuhnya menghadap Nora.

“Are you jealous?”

“Well, boleh ke I jealous?

“Oh, please Nora. Our relationship tak lebih dari memenuhi kepuasan masing-masing. I dah pernah cakap kan, you jangan expect more than this.”

“Yes I know. I saje nak usik you. You nak I balik ke ni?”

“Yes please. Anytime you bosan dengan lelaki tua tu, you can come to me. 24 hours service for you.” Nora menjeling.

“I mandi dulu ok.” Nora merenggangkan pelukannya dan tiba-tiba Izham menarik tangan Nora.

“What?”

“Nak follow. Last service.” Nora menggelengkan kepala. Dasar jantan tak guna!


To be continue..

Thanks for reading..

9 comments:

  1. kak rindu lah....
    Fida tak sbar2 nak tunggu kesudahan ni....
    kesian kat Haris....
    bagi Haris kat Fida boleh??/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida!!!!!!!!!! Akak pun rindu sangat kat Fida. Rindu nak dengar gosip. Huhu.. Anyway terima kasih sebab sudi baca dan komen entry akak. Fida nak Haris eh? Hurm.. ambik la. Hakhak..

      Delete
  2. Ida dah semakin nervous ni. But still, anxiously waiting 4 yr next chap. Really hope that you will end this story happily...maybe ada part yg sedih or frust but as an overall, it will be something that we can accept (just my suggestion ye Dya!). See ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida!!!!!!! Thank you for reading & comment. InsyaAllah ending of the story same macam ape yang Ida harapkan. Thank you ya cayunk!!

      Delete
  3. SIAN HARIS ,KALAU BOLEH DUA-2 PUN NAK JUGA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!!!!! In reality nak dua-dua memang tak boleh lah. Hakhak.. By the way thank you so much Baby Mio for your reading & comment.

      Delete
  4. serius sye sgt suke novel ni
    xsbr nak baca lg dan lagi..
    ape2 pun anak Kak Dina (Nur Dini)
    sama dengan name anak saye.. hiihii..

    tengku akid cepat bertindak sebelum terlambat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happynye saye dapat new comment from new blogger. Saye pun suke sangat sangat dapat komen dari awak. Suke ea name baby ea akak masukkan dalam novel nih. Hikhik.. Thank you sayang for your hard support!!

      Delete
  5. urwelcome... please let me know ye bile dah start update.. ternanti2 lagi ni.. tp jgn rushing2 sebb saya mau yang terbaik dr ladang..hihihihi...

    ReplyDelete