“Sofi!” Datin
Sharifah Sofiya menolehkan wajahnya ke belakang.
“Zah! Kenapa lambat?
Lama I tunggu. Mana Akid?”
“Maaf la Sofi. I memang
nak datang awal tadi tapi I dapat call dari adik I, dia mintak I datang rumah
dia kejap tolong tengokkan wife dia yang tengah pantang tu. I nak inform you
pun I tak sempat. Maaf la ye.”
“Hurm, takpe la kalau
you memang ada hal. Akid mana? Tak ikut sekali?”
“Akid lambat sikit. Dia
kata nak jumpa client kejap. Kejap lagi sampai la tu.” Datin Sharifah Sofiya
angguk.
“You makan la dulu.
Kejap lagi majlis nak mula dah.”
“A’ah. You dah makan
belum?”
“Tak payah risaukan I,
I tuan rumah. Bila-bila pun boleh makan. You makan dulu.” Tengku Zaharah
menganggukkan kepala dan beredar ke meja makanan.
*********************************************************************
“Maaf, awak siapa
ye? Saya rasa kita tak pernah berjumpa.” Aku kerut kening. Aku memang tak kenal
perempuan kat depan aku ni. Dengan cermin mata hitam bagai malam-malam buta ni.
Nak tergelak aku di buatnya. Jennifer dah hilang dah. Nak pergi isi perut kata
dia.
“Cik Dahlia memang tak
kenal saya, tapi saya kenal betul dengan Cik Dahlia.”
“Kenal dari mana ye?”
“Saya bukan sahaja kenal
Cik Dahlia tapi saya juga tahu rahsia besar Cik Dahlia.”
“Rahsia besar?” Lagi berkerut
kening aku.
“Tentang hubungan cinta
Cik Dahlia dengan Tengku Akid.” Selamba je Amira cakap dengan aku. Dada aku dah
berdebar-debar dah. Siapa Amira ni? Mana dia tahu?
“Saya tak faham apa
yang awak cakap ni? Lebih baik awak keluar.”
“Apa yang saya cakap tadi
tak betul ke?” Amira masih cuba nak pertahankan topik tadi.
“Awak tahu malam ni
majlis pertunangan saya dengan Encik Haris kan. Kenapa awak nak buat cerita
yang bukan-bukan? Dan kalau betul pun saya ada hubungan dengan Tengku Akid,
awak ada bukti ke?” Aku beranikan diri tanya Amira. Aku tak boleh nampak kelam
kabut, nanti lagi la dia yakin apa yang dia cakap tadi tu betul.
“Cik Dahlia nak bukti?”
Amira senyum pada aku. Lambat-lambat aku angguk. Aku tengok Amira seluk tangan
ke dalam beg yang dibawanya. Aku nampak Amira keluarkan telefon bimbit.
“Ini buktinya!” Aku
besarkan mata. Terkejut aku tengok gambar aku dengan Tengku Akid sedang
berpelukan di Port Dickson berada di dalam telefon bimbit Amira. Apa lagi bala
yang menimpa aku ni Ya Allah!
“Cik Dahlia masih nak
bukti ke?” Aku diam. Aku betul-betul tak dapat nak bercakap.
“Cik Dahlia nak tahu dari
mana saya dapat gambar ni?” Perlahan aku angguk. Tiba-tiba aku tengok Amira
tanggalkan cermin mata hitam dia. Lepas tu Amira tanggalkan tudung yang
membalut kepalanya. Apa!
*********************************************************************
“Jane, Lia dah
siap ke kat atas tu?” Haris mendekati Jennifer yang sedang makan.
“Yeah! Almost. Kira dah
siap la tu.” Jennifer mengunyah sate yang sudah pun berada di dalam mulutnya.
“Lia sorang je ke dalam
bilik?” Jennifer menggeleng.
“Ada kawan Lia datang
nak wish congrate kat Lia. So, I tak nak la kacau. I biar diaorang berborak kat
atas.” Haris mengangguk.
“You bawak Lia turun 10
minit sebelum pukul 9.00 ok.”
“Alright bos! Kejap
lagi I naik bilik tengok your Dahlia ok. By the way, congrate Haris! Pandai
sangat you pilih calon wife. Dahlia is so beautiful you know!” Haris tersenyum.
Tak sabar matanya ingin menatap kejelitaan Dahlia sebentar lagi.
*********************************************************************
“I keep my promise
kan?”
“Tengku! Kenapa buat
Lia macam ni? Tengku tahu tak Lia dah rasa nak menangis tahu.” Tengku Akid
menarik dan memeluk aku.
“Sorry sayang! Akid
saja nak mengusik sayang. I’m so sorry ok!” Tengku Akid membelai lembut rambut
aku.
“Sanggup Tengku
menyamar jadi perempuan sebab nak tengok Lia. Lia terharu sangat.” Tanpa aku
suruh, perlahan air mata aku turun.
“Ssshh! Jangan la
menangis sayang. Kan Akid dah janji yang Akid akan tengok sayang dulu dari
Haris. Akid akan buat everything untuk sayang. Lagipun, bukannya susah sangat
menyamar jadi perempuan ni cuma suara Akid nak kena kepit sikit la.” Aku dan
Tengku Akid sama-sama gelak. Perlahan Tengku Akid tarik aku dan merenung aku.
“You looking so
beautiful sayang! Sangat-sangat cantik.” Aku tundukkan muka. Malu!
“Dah kena mekap cantik
la kot.”
“Eleh, sayang Akid ni
memang cantik. Tambah pulak dengan mekap memang bertambah tambah cantik la
jadinya.” Aku pukul dada Tengku Akid perlahan.
“Ni yang buat Akid tak
boleh nak kontrol perasaan Akid ni tahu!” Romantik je suara Tengku Akid bisik
kat telinga aku.
“Har! Mula la tu.
Tengku tak boleh lama kat sini, kejap lagi mesti Jane naik atas balik.” Tengku
Akid angguk.
“Akid tahu sayang. Tak
puas la Akid tengok sayang. Meh, ambil gambar satu.” Aku pandang Tengku Akid.
“Serius ke?”
“Ye la sayang. Cepat,
pose satu gambar untuk Akid.” Cepat-cepat aku duduk kat kerusi meja solek.
Klik!
“Pretty my dear! Akid
keluar dulu.” Tengku Akid mendekati aku dan mengucup dahi aku. Aku pejamkan
mata. Lepas tu, aku tengok je Tengku Akid sarung balik tudung dan pakai cermin
mata hitam dia. Sebelum Tengku Akid keluar dari bilik, sempat dia kenyit mata
dan campak flying kiss kat aku. Aku hanya tersenyum.
*********************************************************************
“Are you ready my
dear?” Aku menoleh. Dah kenyang la perut amoi ni.
“Kalau Lia cakap belum
ready, macam mana?”
“Haiya! Ini amoi ar,
jangan buat hal. Encik Haris suruh I bawak you turun sekarang. Jom!”
“Sekarang ke?” Alahai!
Beratnya rasa kaki nak melangkah.
“Yes, now!” Aku angguk.
Tiba-tiba pintu bilik di ketuk. Jennifer suruh aku tunggu sekejap sementara dia
pergi tengok siapa yang ketuk.
“Dahlia, your
colleagues datang nak tengok you.” Aku jengukkan sikit kepala. Lebar senyum aku
bila tengok muka minah-minah yang ketuk pintu tadi.
“Wei korang! Baru nak
datang kan. Masuk, masuk.” Nad, Ruby, Alya, Suraya, Qisya, Nani dan Ardina
masuk ke dalam bilik Dahlia.
“Wow! Cantik betul la
you malam ni. Gorgeous gila!” Alya memuji aku. Aku hanya mampu tersenyum.
“Baju you cantik
sangat.” Nad menambah.
“Bilik Lia pun cantik.”
Nani juga turut menambah.
“Terima kasih semua.
Eh, Kak Dina pun ada. Selamat kembali Kak Dina.” Aku terus terkam Ardina.
“Thank you Lia. Wah!
Tak sangka kan apa yang akak pernah teka dulu dah jadi kenyataan. Tahniah Lia!”
Aku senyum paksa.
“Kak Dina teka apa?”
Qisha bertanya.
“Akak dah agak dah
Encik Haris kita tu memang ada hati dengan Cik Dahlia ni. Tapi Cik Dahlia kita
ni asyik je nak menafikan. Har! Sekarang kan dah kantoi.”
“Kitaorang semua pun
cakap benda yang sama Kak Dina. Terang-terang kot Encik Haris tu caring sangat
kat Lia. Alhamdulillah, bersatu jugak akhirnya.” Nad mencelah.
“Nad, Lia baru nak
bertunang la. Bertunang pun belum tahu.”
“Ala, kira dah rasmi la
tu.” Nad masih tak nak mengalah. Yang lain dah tersengih-sengih dah.
“Terima kasih ye semua
sebab datang majlis Lia. Jom la kita turun sama-sama. Majlis nak mula dah ni.”
“Cantik! Kira kitaorang
ni jadi flower girl you la kan. Tak sia-sia I pakai vogue malam ni.” Sempat Nad
membetulkan rambutnya di cermin meja solek Dahlia.
“Dah cun melecun dah
tu. Jom, jom!” Aku menarik Nad.
*********************************************************************
Perlahan
kaki aku melangkah menuruni tangga banglo Datin Sharifah Sofiya. Jane setia kat
sebelah aku. Member-member pejabat siap mengiringi aku kat belakang. Gembira?
Langsung tak terlintas dalam hati aku. Aku dapat rasa hati aku sayu sangat
dengan majlis pertunangan ni. Malunya aku tengok semua tetamu yang ada kat
ruang tamu tu dok merenung aku. Sangat malu ok! Jane bawak aku kat satu sudut
yang dah di hias cantik macam pelamin. Majlis orang kaya la katakan, bertunang
pun dah macam nak berkahwin. Aku duduk dan langsung tak pandang depan. Kalau
pandang pun kejap-kejap je lepas tu tundukkan muka balik. Jane pun sibuk nak
touch up muka aku dengan span. Nak mengekalkan mekap dia la tu konon. Tak lama
kemudian, mama menghampiri aku dan mengucup dahi aku. Terharunya aku rasa.
“Assalamualaikum dan
selamat malam saya ucapkan kepada semua tetamu yang sudi menghadirkan diri pada
malam ini. Saya rasa anda semua sedia maklum malam ni adalah majlis pertunangan
anak sulung saya Haris Iskandar Bin Dato’ Razali. Saya berasa sangat bersyukur
kerana setelah sekian lama saya menunggu akhirnya Haris dah terbuka hati nak
menerima seorang gadis untuk di jadikan calon isteri.” Semua tetamu yang hadir
menepuk tangan. Apa la yang diaorang semua ni seronok sangat? Dada aku dah rasa
nak pecah ni ada korang ambil kisah? Tak kan..
“Dan dengan bangganya
saya ingin memperkenalkan bakal tunang dan calon isteri Haris, Dahlia Binti
Nordin.” Aku dengar lagi semua tetamu menepuk tangan. Mama memegang tangan aku.
Aku pura-pura senyum.
“Jadi, sekarang masanya
untuk saya menyarungkan cincin tanda pertunangan ke jari manis Dahlia.” Datin
Sharifah Sofiya menghampiri aku. Jantung aku dah dup dap dup dap dah. Rasa nak
cabut lari pun ada.
“Dahlia, Dahlia nampak
cantik sangat malam ni. Beruntung Haris dapat memiliki Dahlia. Auntie doakan
semoga kamu berdua selalu bahagia.” Datin Sharifah Sofiya mengucup dahi aku.
Aku pejamkan mata. Lepas tu, Datin Sharifah Sofiya tarik tangan kanan aku dan laju
mata aku cari Tengku Akid. Melilau mata aku cari Tengku Akid dan akhirnya aku
jumpa wajah kacak tu kat sudut dinding berdekatan dengan cermin. Aku pandang je
Tengku Akid dan tak lama lepas tu Tengku Akid kelipkan mata dan anggukkan
kepala dia. Sumpah, aku rasa nak menangis waktu tu. Cepat-cepat aku tundukkan
muka dan tahan air mata yang nak turun. Bila aku pandang ke bawah, aku tengok
cincin berlian dah melingkari jari manis aku dan aku sudah sah menjadi tunang
Haris. Aku pasrah Ya Allah!
“Lia, ok tak?”
“Lia!” Mama tolak
perlahan badan aku. Baru aku tersedar. Aku menoleh mama.
“Lia, ok tak?” Aku
pandang mama dan aku tak beri reaksi langsung.
“Dahlia.” Mama sebut
nama aku. Perlahan dan keras. Mungkin mama tak puas hati sebab soalan mama
tiada jawapan.
“Lia.. Lia ok mama.”
Rohani terus merenung Dahlia dan jauh di sudut hatinya mengatakan yang Dahlia
tidak gembira dengan majlis pertunangan ini.
“Makcik Ani, Ris nak
jumpa Lia sekejap boleh?” Tiba-tiba Haris muncul. Rohani senyum dan
menganggukkan kepala. Rohani bangun dan meninggalkan Dahlia dan Haris berdua.
“Lia cantik sangat
malam ni.” Aku toleh Haris.
“Terima kasih abang.”
Itu je yang dapat aku balas. Tengok muka Haris lama-lama pun buat aku rasa
makin bersalah.
“Lia suka tak dengan
cincin tu? Abang sendiri yang pilih tahu.” Mata aku beralih pulak pada cincin
berlian kat jari manis aku.
“Cantik! Mesti mahal
kan. Malu pulak Lia nak pakai.” Haris tersenyum.
“Mulai sekarang jangan
nak cakap macam tu ok. Lia dah sah jadi tunang abang dan segala makan pakai Lia
dah jadi tanggungjawab abang.” Aku pandang Haris. Tak kan sampai macam tu
sekali kot?
“Abang, Lia setuju nak
bertunang dengan abang bukan sebab Lia nak abang tanggung segala makan pakai
Lia. Selagi Lia bekerja, Lia boleh sara hidup Lia sendiri.”
“Sayang, itu abang
tahu. Tapi, abang memang dah berjanji pada diri abang yang selepas kita sah
bertunang Lia dan mama Lia akan jadi tanggungjawab abang. Apa yang Lia boleh
beli sendiri abang takkan larang dan abang juga tak nak Lia larang apa yang
abang nak buat untuk Lia, faham!”
“Abang, jangan lah nak
buat Lia makin rasa bersalah pulak.”
“Maksud Lia?” Oh my!
Aku dah terlajak kata ni.
“Er.. maksud Lia. Lia
dah banyak susahkan abang dan Lia tak nak rasa bersalah dengan makin
menyusahkan abang.” Fuh!
“Lia tak pernah
menyusahkan atau menbebankan abang. Semua yang abang buat untuk Lia dan mama
Lia, ikhlas. Dah, abang tak nak kita cakap pasal ni lagi. Malam ni majlis kita
dan abang nak kita senyum all the night. Jom, abang kenalkan Lia dengan
kawan-kawan abang.” Aku angguk dan berdiri ikut Haris pergi kat kawan-kawan
dia.
*********************************************************************
“Encik Haris, ada
seorang perempuan datang nak jumpa Cik Dahlia. Saya dah check nama tetamu tapi
nama perempuan tu tak ada dalam list. Boleh ke saya bagi dia masuk?”
“Tak apa, biar saya
pergi tengok dia. Lia nak ikut?” Aku geleng.
“Abang pergi sorang
boleh? Lia nak pergi toilet sekejap.” Haris angguk dan menuju ke pondok pengawal.
“Iye Cik, ada apa yang
boleh saya tolong?” Haris memandang perempuan yang membelakanginya. Seksi!
“Hai Encik Haris, still
remember me?” Haris mengerutkan kening. Macam kenal dan macam pernah jumpa.
“Yeah, I think I know
you. Hurm.. you.. you.. Dahlia’s step sister. Betul kan?” Nora tersenyum. Bagus
ingatan Haris ni.
“Kekacakan you memang
sesuai dengan otak you yang cepat pick up. Handsome with brain. So, I dengar
tonight your engagement day. Betul ke?”
“Betul. Nothing to
hide.”
“You tak nak jemput I masuk
ke? Setahu I you bertunang dengan adik tiri I dan tak salah kan kalau I nak
tumpang kegembiraan dia.”
“Sure, why not. Jom la
masuk.” Haris memberi laluan kepada Nora. Bergetar jantung Nora melihat
keluasan dan besarnya kediaman Haris. Semua khemah di pasang dan di hias dengan
cantik. Boleh di katakan kediaman Haris di penuhi dengan lampu-lampu mahal yang
cantik.
“You makan dulu, I panggilkan
Lia. Service yourself ok.” Nora angguk. Hati Nora di penuhi dengan rasa
cemburu, geram dan marah. Tak sangka Dahlia bakal menjadi menantu pada keluarga
kaya ni. ‘Semua ni sepatutnya jadi milik aku, bukan kau Dahlia. Bergembiralah
kau selagi kau masih ada peluang sebab aku akan pastikan kegembiraan kau hanya
sementara.’ Nora tersenyum sendiri. Langkah Nora menuju ke meja makan dan
langkahnya terhenti apabila matanya menangkap wajah kacak Tengku Akid sedang
duduk berseorangan.
“You perlukan teman ke?”
Tengku Akid angkat muka.
“Kau! Buat apa kau
datang sini?”
“I di jemput la. Well,
you kan tahu Dahlia dengan I ada hubungan saudara.”
“Adik beradik tiri je
pun. Tak ada la close sangat kan. Ataupun, you yang nak jadikan relationship tu
close because of Dahlia’s status.” Tengku Akid tersengih. Nora tarik muka.
“Close or not kami
tetap ada hubungan. Akid, I tak nak gaduh dengan you. I nak jadi kawan you. Can
we?” Tengku Akid pandang Nora.
“No! Never! Dah banyak
kali I remind you, stay away from my life. You tak faham bahasa ke?”
“I faham tapi I makin
minat dengan you sebab ego you ni la. Buat I makin admire kat you tahu!” Nora
mendekatkan tubuhnya pada Tengku Akid. Tengku Akid geleng kepala.
“Sayang, you nak
apa-apa tak? I ambilkan.” Mata Nora beralih pada wanita yang baru tiba di
antara dia dengan Tengku Akid.
“No thanks. I dah
kenyang.”
“Siapa ni sayang? Tak nak
introduce kat I ke?” Hanis memandang Nora.
“She is Nora and Nora,
she is Hanis.” Hanis pandang Tengku Akid.
“Actually dia belum
habis introduce I, I bakal tunang dia.” Tengku Akid pandang Hanis. Hanis
merangkul lengan Tengku Akid. ‘Memandai pulak Hanis ni. Tapi bagus jugak, takde
la si Nora ni nak menggedik dengan aku lagi.’
“Oh really, nice to
meet you.” Nora menghulurkan tangan. ‘Ini la Hanis, kekasih Tengku Akid. Tapi,
kenapa Tengku Akid macam tak ada feeling je kat dia eh?’
“Hanis, I nak masuk
kejap. Nak pergi toilet.” Hanis angguk. Tengku Akid bangkit dari kerusi dan
melangkah masuk ke dalam banglo.“
“I.. I.. ambil makanan
dulu.” Hanis angguk lagi. ‘Tahu nak larikan diri, dari tadi aku tengok gaya
macam nak menggoda Akid je. Huh!’
*********************************************************************
Tengku
Akid masuk ke dalam banglo dan menuju ke bahagian belakang banglo. Niatnya
ingin masuk ke dalam bilik air mati bila melihat Dahlia sedang duduk di kerusi
belakang. Tengku Akid menoleh ke belakang untuk memastikan tiada orang selain
dia yang berada di situ. Bila Tengku Akid pasti tiada sesiapa di situ, laju
kakinya menuju ke Dahlia.
“Sayang buat apa duduk
kat sini sorang-sorang?” Dahlia menoleh. Tengku Akid?
“Tengku!” Terkejut
Tengku Akid melihat Dahlia sedang menangis. Tengku Akid melabuhkan punggungnya
di sebelah Dahlia.
“Kenapa ni? Kenapa
sayang menangis?”
“Lia tak boleh teruskan
semua ni Tengku. Bawak la Lia lari Tengku, Lia tak sanggup nak berdepan dengan
semua orang dekat sini.”
“Sshh! Sayang, calm
down. Sayang please jangan macam ni. Sayang dah janji kan nak tunggu Akid cari
jalan supaya kita dapat selesaikan semua masalah ni dengan baik. Sayang sabar
ye.”
“Sampai bila Lia nak
sabar? Lia tak sanggup nak tipu Haris, Datin, mama Lia dan paling Lia tak
sanggup nak tipu diri Lia sendiri. Lia terseksa Tengku.” Sungguh-sungguh aku
menangis.
“Ssshhh!! Sayang jangan
menangis. Please la Lia, bersabar la untuk kebahagiaan kita. Akid tahu,
perasaan Lia tak tenteram sekarang. Sayang banyakkan istighfar ye.”
“Tengku faham tak Lia
tak boleh! Lia tak boleh! Lia dah tak kuat Tengku. Lia takut, Lia kena kahwin
jugak dengan Haris. Lia tak nak.” Kasihan Tengku Akid melihat Dahlia menangis. Perlahan
tubuh Dahlia di tarik ke dalam pelukannya.
“Akid janji, Akid akan
selesaikan semua masalah ni dengan cepat. Tapi, sayang kena sabar ye. Banyakkan
bersabar dan banyakkan berdoa dalam solat sayang. Sebab itu la yang Akid buat
hari-hari. Akid pun tak sampai hati nak tengok sayang jadi milik lelaki lain.”
Aku terus menangis. Aku rasa air mata tu dah macam tak boleh nak berhenti.
Tapi, hati aku tenang sikit bila Tengku Akid peluk aku.
*********************************************************************
“Atia, ada nampak Lia
tak? Tadi dia cakap nak pergi toilet. Lamanya?”
“Tadi memang Tia nampak
Lia masuk bilik air. Lepas tu Tia tak nampak dah. Maaf Encik Haris.” Haris
senyum.
“Oh, takpe. Biar saya
cuba tengok Lia kat belakang. Mana tahu dia balik rumah dia sekejap.” Atia
angguk.
Langkah Haris melalui
ruang tamu, dapur dan akhirnya di bilik air yang berada di belakang rumah.
Haris mengetuk pintu bilik air dan memanggil nama Dahlia tapi senyap. Haris
menolak pintu bilik air perlahan dan ternyata Dahlia tiada di dalam. ‘Mungkin
betul Lia balik rumah dia sekejap. Takpe la, nanti dia datang la banglo balik.’
Waktu Haris hendak pusing dan pergi ke hadapan semula, Haris terperasan ada dua
susuk tubuh di kerusi berhadapan dengan tasik di belakang rumah. Siapa tu?
To be continue..
Thanks for reading..
la habis le sian haris.
ReplyDeleteThank you for reading baby mio!
DeleteI follow crite ni, best tapi I tak suka lah watak Lia semakin d rapatkan dgn Akid sampai in love. Kesian haris, tak kan dia mengalami frustration utk kali kedua, saya rasa crite ni lebih berat kpd Lia n Akid. Anyway tak sabar tungu ending, win win situation.
ReplyDeleteThank you for reading & comment dotie. Tu la kan, nak tahu Haris frust atau tak, kena la tunggu sampai endingnye. Huhu..
DeleteNice n3 Dya! Tak tau kenapa, makin criter ni nak abis, Ida rasa makin nervous pulak. Maybe x dpt nak imagine if semua rahsia akan terbongkar especially on the love triangle between Lia, Akid & Haris. Tapi, dah namanya criter, of course la ada mcm2 konflik. Maybe Ida ni terlebih emo kot sbb tgh tension & serabut pasal keje, so that's why fikiran selalu je ke laut..hehehe... jgn marah Dya. Keep up the good work ok. Love & see ya!
ReplyDeleteHye one of my regular readers, its ok kalau terlebih emo. Dya ok je. Asalkan jangan lupe baca dan komen my entry nih. Macam biasa, THANK YOU CAYUNK SUPPORT ME!!
DeleteWow!!! best story..take rugi I follow from bab 1 smpai skrang..
ReplyDeleteHi Morris West.. terima kasih sangat sebab sudi nak baca novel saye yg x seberape nih..
Delete