Wednesday, 23 October 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 41


Seminggu kemudian..


Masuk bilik aku kejap Kid.” Tengku Akid meletakkan gagang telefon. Hari ini hari pertama Haris dan Dahlia masuk bekerja selepas 4 hari bercuti di Bandung. Tengku Akid rindu hendak menatap wajah wanita kesayangannya. Waktu Dahlia berada di Bandung, setiap hari Dahlia akan menghubungi dan menghantar pesanan ringkas kepadanya. Kadang-kadang Dahlia menghantar gambar comelnya pada Tengku Akid dan itu semua membuatkan Tengku Akid makin merindui Dahlia. Tengku Akid keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Haris. Tengku Akid berjalan di hadapan meja Dahlia, Dahlia tak ada. Tapi, komputernya terbuka. Pergi pantri la kot, Tengku Akid berteka sendiri. Hampa hatinya kerana tidak dapat berjumpa dengan Dahlia.

“Masuk!” Tengku Akid memulas tombol pintu.

“Morning Ris! Welcome back.” Tengku Akid menghulurkan tangan. Haris menyambut.

“Thank you. So, macam mana hotel? Ada problem?”

“Well, ini Akid la. The best person yang memang layak kau pass semua kerja. Everythings under my control.” Haris tersengih.

“Amboi! Bukan main eksyen mamat American plus Korean ni. Kira aku balik ni boleh goyang kaki la.”

“Hurm, tak payah la nak goyang kaki sangat. All of this reports you have to recheck again. Last 2 days, aku ada jumpa dengan Dato’ Rahim. So far he agreed with proposal yang aku pass kat dia tu tapi aku suruh tunggu kau balik la buat confirmation.”

“Dato’ Rahim kau dah kawtim?” Tengku Akid angguk.

“Senangnya! Last week waktu aku jumpa dia macam was-was je dengan proposal yang aku bawak. Did you promise him something?”

“Tak ada la. Cuma aku cakap price yang kita offer tu dah rendah dah. Aku cakap lagi service hotel kita memang terbaik dan dia takkan menyesal sebab pilih hotel kita.” Haris angguk dan senyum.

“Good! That’s why you are my best employee. So, bile next meeting dengan dia?”

“Aku dah cakap dengan dia kau overseas and aku cakap dengan dia, bila kau balik nanti aku suruh secretary kau arrangekan balik.” Haris angguk lagi.

“Lain-lain?”

“Semua settle. Cuma ni je la, ada beberapa dokumen dengan cek yang kau kena sign.” Tengku Akid meletakkan beberapa buah fail dan beberapa keping cek di depan Haris.

“Thanks Ris. Kalau kau tak ada, memang susah la aku.”

“Tak ada hal la. So, how’s your holiday?”

“Ok je. Banyak jugak la mama aku shopping. Mama kau pun boleh tahan shopping.” Haris ketawa.

“Maksudnya preparation kau dah nak siap la ni?”

“Almost la. 70 percent macam tu. Aku tak ambil kisah sangat pun. Pasal hantaran semua tu mama aku dah uruskan.” Tengku Akid angguk.

“Ok la Ris, aku pun ada kerja nak buat. Aku keluar dulu.”

“Alright! Thanks a lot my friend. Aku belanja kau makan nanti.” Tengku Akid bangun dan keluar dari bilik Haris. Tengku Akid senyum bila dia nampak Dahlia sedang menghadap komputer. Perlahan Tengku Akid berjalan dan menghampiri Dahlia.

“I miss you so much dear!”

“Oh mak kau aku jatuh!” Aku toleh kat sebelah. Tengku! Amboi! Bukan main dia ketawa. Kelakar sangat la dapat dengar aku melatah.

“Tengku!!!”

“Sayang cakap apa tadi?”

“Kenapa buat Lia macam tu? Lia terkejut la.”

“Sayang ni kelakar la. Sayang nak ke, mama Akid dengan mama sayang jatuh?” Aku menjeling Tengku Akid. Dah nama pun melatah, keluar la cakap yang entah apa-apa. Ish!

“Tengku datang dari mana?”

“Bilik Haris. Sayang, lunch nanti keluar dengan Akid ye.”

“Hurm, bukan Lia tak nak tapi Lia nak cakap apa dengan Encik Haris?”

“Ala.. cakap la sayang keluar dengan kawan sayang. Please.. Akid bawak sayang makan jauh sikit dari sini. Akid rindu sangat kat Lia la.”

“Ok, ok. Nanti Lia text Tengku ok.”

“Ok sayang. Akid tunggu. Love you so much!” Sempat dia kenyit sebelah mata dia kat aku. Hurm, terubat sikit rindu aku kat dia. Hikhik..


*********************************************************************

Kenapa Encik Haris suruh Lia keluar makan dengan Tengku pulak?” Aku tanya Tengku Akid sambil pasang seat belt. Waktu tu aku dengan Tengku Akid nak keluar makan tengah hari.

“Haris cakap dia ada kerja sikit. Lepas tu pukul 3 nanti dia kan kena pergi D’Mewah, so dia cakap dia lunch kat sana sekali. Akid cakap kat Haris, biar Akid teman Lia pergi makan. Haris ok je.”

“Oh!” Aku angguk.

“Sayang ok? Macam tak suka je?” Tengku Akid toleh muka dia kat aku.

“Ok je. Lia banyak kerja sikit. Mesti la Lia happy dapat keluar dengan Tengku. Encik Haris pun bagi izin lagi.” Tengku Akid senyum.

“Tengku nak bawak Lia makan kat mana ni?”

“Lia ada teringin nak makan apa-apa tak?” Aku geleng.

“Tak kisah pun. Lia ikut Tengku je.”

“Kalau macam tu, kita balik rumah Akid nak? Biar Akid masak untuk sayang.” Aku besarkan mata.

“Jangan nak mengada eh! Karang bukannya masak, menggatal je lebih. Lepas tu cakap la, Akid tak boleh la nak kontrol perasaan Akid depan Lia.” Aku mengajuk cara Tengku Akid bercakap. Gelak sakan Tengku Akid tengok aku mengajuk dia.

“Amboi! Amboi! Bukan main lagi sweetheart Akid ni eh. Siapa ajar ni?”

“Guru yang ajar Lia ada kat Bandung. Pergilah cari dia.” Tengku Akid gelak lagi.

“Hahahahaha!! Sayang, sayang. You make me happy. Seriously, your true colour make me love you more and more!” Aku ketawa sama. Tak lama kemudian, kami tiba di Delicious restoran. Setelah memesan makanan, Tengku Akid merenung aku.

“Kenapa Tengku pandang Lia macam tu?”

“Because I miss you! So much!” Aku senyum. Malu! Tiba-tiba aku tengok kening Tengku Akid berkerut.

“Tu apa kat bawah bibir sayang tu?” Aku raba jari aku kat bawah bibir. Aku tersengih.

“Ni, jerawat la.”

“Jerawat manis eh?” Aku ketawa.

“Jerawat pun ada manis ke? Lia ingat kan tahi lalat je manis.”

“Manis la sebab tumbuh kat bawah bibir sayang. Atau sayang rindu kat Akid ni?” Tengku Akid angkat kening. Aku tersengih.

“Jangan nak perasan la Tengku. Tak ada masa la Lia nak ingat kat Tengku. Lia pun sibuk kat sana tahu!” Tengku Akid sengaja mencebik mulutnya.

“Sampainya hati Lia tak ingatkan Akid. Akid dekat sini dah setengah mati rindukan Lia tahu.” Aku gelak.

“Ye la tu.”

“Banyak sayang shopping?”

“Tak ada pun. Datin dengan mama Tengku je yang banyak shopping. Lia dengan mama ikut je.”

“Haris macam mana?” Aku pandang Tengku Akid.

“Encik Haris nampak happy. Lia.. Lia rasa bersalah sangat dengan dia Tengku. Lia tak sanggup nak berpura-pura depan dia.” Tengku Akid menarik dan menggenggam tangan aku.

“Sabar ye sayang. Akid faham perasaan sayang. Akid pun rasa yang sama bila berdepan dengan Haris. Bagi Akid masa ye. Akid akan settlekan semua masalah ni.” Perlahan aku angguk. Memang aku kesian dengan Haris tapi dalam masa yang sama, aku pun kesian dengan Tengku Akid. Mesti dia pun runsing nak cari jalan macam mana nak selesaikan semua masalah ni. Tak lama kemudian pelayan datang menghantar makanan.

“Sayang jangan fikir banyak. Semua masalah tu biar Akid yang settlekan. Makan cepat nanti lambat masuk office.” Aku angguk.


*********************************************************************

Lajunya sayang jalan. Slow la sikit, kan baru lepas makan.” Aku berhenti dan menoleh Tengku Akid yang tengah membebel sorang-sorang kat belakang.

“Lia jalan macam biasa je la. Tadi kan Cik Hanis call Tengku, tak kan la Lia nak curi dengar pulak. Lia jalan la ke depan dulu.”

“Ok, ok. Sorry sayang. Stop kat situ! Tunggu Akid datang.” Aku tersengih je.

“Tengku Akid Irfhan!” Aku pusingkan balik badan aku ke depan. Siapa perempuan ni? Seksi betul! Tapi, kenapa muka dia macam kenal?

“You! Buat apa kat sini?” Tengku Akid tegur perempuan seksi tu.

“I datang nak makan la. Tak sangka I boleh jumpa Tengku yang hensem dekat sini. What a great day I have!” Aku diam je tengok Tengku cakap dengan perempuan seksi tu.

“Who’s this?” Perempuan seksi tu pandang aku. Aku tengok dia lagi. Dia ke?

“None of your business!” Keras suara Tengku Akid balas soalan perempuan tu.

“Happy je I tengok Tengku dengan dia. Bukan hari tu Dato’ cakap Tengku ni anti perempuan ke? Tapi kan, kalau nak di ikutkan antara I dengan perempuan ni, cantik lagi I. Siapa tak kenal Nora kat KL ni.” Besar mata aku dengar nama dia. Memang betul dia! Tapi, apa dah jadi dengan dia? Kenapa pakaian dia seksi sangat?

“Eh, you tak payah nak biadap sangat. For your information she is my..”

“Staff!” Aku mencelah kata-kata Tengku Akid. Tajam mata Tengku Akid renung aku.

“Staff? Nora ulang cakap aku tadi. Aku angguk. Perlahan aku menghampiri Nora.

“Awak tak kenal saya?” Nora pandang aku atas bawah. Lepas tu dia geleng kepala.

“Lepas arwah abah tiri awak meninggal, awak tinggalkan kampung dan orang kampung cakap mak awak dah kahwin dengan lelaki kaya dari Semenanjung.” Mata Nora pulak terbeliak dengar kata-kata aku.

“Er, si.. siapa kau? Ma.. mana kau tahu semua cerita ni?” Nora tergagap.

“Kenapa kita boleh jumpa balik? Kenapa kau muncul lagi dalam hidup aku?” Tengku Akid menghampiri aku.

“Eh perempuan! Aku tak kenal kau siapa la. Tapi aku nak tahu dari mana kau dapat cerita yang kau cakap tadi. Siapa bagitahu kau har?” Aku toleh muka aku kat Tengku Akid. Aku tahu Tengku Akid pun tak faham dengan situasi sekarang. Muka Tengku Akid nampak hairan sangat.

“Kau nak tahu mana aku tahu semua cerita tadi?” Nora angguk. Aku tarik nafas.

“Arwah abah tiri kau yang dah meninggal tu, abah kandung aku!” Lagi besar mata Nora.

“Kau.. kau.. Dahlia.” Aku angguk. Tengku Akid pegang bahu aku.

“Tapi, kau dah lain.” Dalam diam Nora mencemburui kecantikkan Dahlia. Dahlia nampak berbeza dan cantik sangat.

“Apa kurangnya kau. Macam kau cakap tadi, kau lagi cantik dari aku kan. Memang dari dulu, kau suka nak lebih dari aku dalam semua benda.”

“Kau dah lama stay KL?”

“Nak dekat setahun jugak.”

“Kau staff Tengku Akid?” Aku angguk. Makin cemburu hati Nora melihat kemesraan Tengku Akid dan Dahlia sebentar tadi.

“Kau kerja kat mana?”

“I think the conversation is over. Almost 2 and we have to go now. By the way, I tak sangka Dahlia ada step sister like you! Dah tahu macam ni kan senang. Kami mintak diri dulu.” Tengku Akid mencelah dan menamatkan perbualan antara aku dengan Nora. Tengku Akid menarik tangan aku dan kami terus menuju ke kereta Porsche Tengku Akid. Aku perasan mata Nora tak lepas memandang aku dan Tengku Akid.

‘Kau ingat susah sangat ke aku nak cari kau dalam KL ni. Ini Nora la. I will make sure that you’ll be mine Tengku Akid Irfhan dan aku tak tahu kenapa aku yakin Dahlia bukan sekadar staff kau. Tengok je la apa yang aku boleh korek nanti!’ Nora senyum dan melangkah menuju ke restoran Delicious.


*********************************************************************

Macam mana Tengku boleh kenal dia?”

“Sorry sayang, Akid tak pernah cerita kat Lia sebab Akid rasa perempuan tu tak penting.” Aku pandang Tengku Akid.

“Maksudnya, Tengku dah banyak kali jumpa Kak Nora ke?”

“Tak banyak pun. First time jumpa, Nora cakap Akid terlanggar dia. Tapi yang tu Akid memang tak ingat. Second time Akid jumpa dia waktu Akid ada meeting dengan Dato’ Ruslan dekat Star Club dulu. Setahu Akid, Nora tu girlfriend Dato’ Ruslan.” Aku angguk.

“Waktu kat kelab tu Nora macam nak kenal Akid dengan lebih rapat tapi Akid tolak. Mungkin dalam erti kata lain Nora try to seduce me. Maybe.” Terkejut aku dengar. Tapi tak mustahil apa yang Tengku Akid agak tu betul. Waktu kat kampung dulu pun, selalu sangat Nora berkepit dengan Khairul dan lelaki lain.

“Do you hear me sayang?” Aku angguk.

“Sayang marah ke? Sorry Akid tak sengaja nak sorokkan dari sayang. It was nothing to me.” Sebelah tangan Tengku Akid mencapai tangan aku. Erat tangan aku di genggam.

“Lia ok. Lia tak marah kat Tengku pun. Lia kenal Kak Nora. Lia cuma tak sangka boleh jumpa dia kat sini.”

“Sayang tak payah fikir sangat la. Akid always there to protect you. Akid takkan biarkan Nora buat yang bukan-bukan pada sayang. Don’t worry ok!” Aku angguk lagi. Entah kenapa bila aku tengok Nora tadi hati aku rasa tak tenteram. Ya Allah! Jauhkan lah perkara yang tak baik dari hambamu ini. Amin!


To be continue..

Thanks for reading..

4 comments:

  1. Thank u for keeping yr promise with this n3 Dya! As usual, love it but...rasa mcm nervous pulak sbb lepas ni maybe hidup Lia akan byk perubahan & byk konflik especially becoz of Nora. Furthermore, issue Akid & Harris pun belum settle lagi. Not forgetting, Miley Cyrus Malaya, our Tengku Hanis yg berlagak giler.....so byk2 sabar ye Lia. To Dya, stay cool & continue to write ok. Love ya!

    ReplyDelete
  2. Tenkiu ida.. yeay! ida dah komen. Hikhik.. Tu la kan, banyak watak yang Dya kena korek & keluarkan balik ni. Once again, tenkiu for reading & comment my n3!

    ReplyDelete