“Maaf Tengku.”
Tengku Akid yang sedang membelakangkan aku, terus menoleh ke arah pintu bilik.
Aku dapat tengok muka Tengku Akid memang terkejut habis.
“Lia! Kenapa tak ketuk
pintu dulu?” Tengku Akid melepaskan pelukan Hanis dari tubuhnya.
“Saya.. saya minta
maaf. Saya bukan sengaja nak masuk terus bilik Tengku. Encik Haris minta saya
bagi report ni kat Tengku. Saya nak letak kat Qisha tapi Qisha tak ada kat
luar. Saya dah ketuk tapi Tengku tak dengar agaknya.” Memang la tak dengar, kau
dah sedap berpeluk dengan kekasih hati kau tu.
“Mana report tu?” Aku
menghampiri Tengku Akid dan menyerahkan fail yang Haris bagi tadi. Tengku Akid
pandang aku tapi aku memang dah menyampah nak tengok muka dia.
“Saya keluar dulu
Tengku, Cik Hanis.”
“Yes please. Kau masuk
tadi dah menganggu aku dengan Akid nak bermesra tahu tak!” Tengku Akid pandang
Hanis. Tengku Akid menyesal kerana membiarkan Hanis memeluknya tadi. Tengku
Akid tahu mesti Dahlia sedih dan marah dengan apa yang dia nampak tadi.
“Ye, saya salah. Maafkan
saya.” Cepat-cepat aku keluar dari bilik tu. Sedih betul hati aku. Sampai hati
mamat campur buat aku macam ni. Aku dah agak dah, dia memang nak main-mainkan
aku. Kau memang lelaki tak guna!
*********************************************************************
“Lia, masuk bilik
abang kejap.” Aku lap air mata yang masih ada dan terus masuk bilik Haris.
“Ye Encik Haris.” Haris
pelik tengok Dahlia. Haris bangun dan mendekati aku.
“Kenapa dengan mata Lia
ni? Lia menangis ke?”
“Har! Bukan. Mana ada
Lia menangis. Tadi.. tadi, Lia.. Lia.. gosok mata. Masuk habuk.” Aku bohong
Haris. Yela, takkan nak cakap aku memang menangis kan.
“Sini abang tengok.”
Haris memegang bahu aku. Aku terkejut la juga. Tapi aku kena biarkan. Nak
berlakon. Perlahan Haris tiup mata aku.
“Macam mana Lia rasa?
Ok sikit tak?” Aku angguk.
“Abang tiup sikit lagi
eh.” Tiba-tiba pintu bilik Haris terbuka.
“Ris, kau nam..” Aku
dan Haris sama-sama toleh pintu. Tengku Akid!
“Kenapa Kid?”
“Sorry. Aku ganggu
korang. Aku keluar dulu.”
“Eh tak la Kid. Mata
Lia ni masuk habuk. Aku tolong tiup je. Kau nak cari aku ke?” Tengku Akid
geleng.
“I find you later.”
Tengku Akid menutup pintu bilik Haris.
“Abang rasa ok dah ni.
Lepas ni, kalau mata masuk habuk lagi, jangan nak gosok mata tahu. Rosak mata Lia
nanti.”
“Ok. Terima kasih Encik
Haris. Er, tadi bukan Encik Haris ke panggil Lia masuk?”
“Aah! Abang tengok Lia
lama sangat bagi report kat Akid. Ingatkan Akid dah kurung Lia dalam bilik dia
tadi.” Haris ketawa. Aku sengih je.
“Kalau tak ada apa, Lia
keluar dulu Encik Haris.” Haris angguk. Aku keluar dan duduk kat kerusi. Aku
rasa dah tak ada mood nak buat kerja, ini semua sebab mamat campur tu la.
*********************************************************************
“Hello.” Lemah aku
jawab telefon yang berbunyi.
“Lia, Qisha ni.”
“Ye Qisha.”
“Tadi Lia ada hantar
report kan dekat Tengku.”
“Aah.”
“Tengku suruh Lia
datang bilik dia. Tengku cakap dia dah tengok tapi report tu ada problem sikit.
So, Tengku cakap dia nak you datang and take the report.”
“Tapi, kenapa Lia?
Qisha hantar kat Lia boleh?”
“Qisha dah cakap macam
tu dah kat Tengku tapi Tengku bising mintak you datang juga. Sorry!” Mamat
campur ni kan, aku dah la malas nak mengadap muka dia. Tak pasal-pasal aku naik
hantu dalam bilik dia karang.
“Ok, Lia datang.” Aku
bangun dan terus pergi bilik mamat campur. Aku sampai je kat meja Qisha, Qisha
dah tunjuk isyarat suruh masuk.
“You masuk la cepat.
Tengku bising tadi. Takut I.” Aku angguk. Aku ketuk pintu bilik dia dan terus
masuk.
“Tengku nak bagi report
tadi kat saya ke?” Tengku Akid pandang aku.
“Lia nak berdiri kat pintu
tu berapa lama?”
“Mana report yang
Tengku suruh saya ambil tu?”
“Kat atas meja Akid ni.
Lia datang sini ambil.” Tengku Akid buat isyarat mata suruh aku datang kat dia.
Kalau la ada galah kat dalam bilik dia ni, memang aku tarik report tu pakai
galah je. Marah-marah aku pun, aku jalan la jugak sampai kat depan meja dia.
“Yang mana reportnya?”
Aku tak tahu nak ambil yang mana satu sebab meja dia banyak sangat fail
bertimbun.
“Kat dalam laci meja
Akid.” Tengku Akid senyum kat aku. Laci? Mamat ni memang nak kena tau. Macam
mana aku nak ambil report tu kalau kat dalam laci dia.
“Boleh tak Tengku
keluarkan report tu dari laci.” Tengku Akid geleng kepala.
“Kalau Lia nak, datang
kat Akid sini.” Sah! Dia nak kenakan aku. Aku kecilkan mata. Tengku Akid
senyum.
“Takpe la, nanti saya
suruh Encik Haris datang sini ambil dari Tengku ye.” Aku pusing badan nak
keluar dari bilik tu. Waktu aku pulas tombol pintu, tombol tu tak bergerak. Aku
toleh muka ke belakang balik. Aku tengok Tengku Akid ketawa.
“Buka pintu ni. Saya
nak keluar!” Tengku Akid bangun dan berjalan ke arah aku.
“Kalau sayang nak
keluar, ambil remote ni dari Akid. Sini!”
“Tolong la buka pintu
ni Tengku. Saya nak keluar!” Tengku Akid geleng kepala dan dengan pantas dia
mencapai tangan aku.
“Ish! Apa ni? Lepas
la.”
“Sayang marah ye?”
“Saya nak marah sebab
apa?”
“Sebab, nampak adegan
yang tak sepatutnya tadi.” Aku jeling Tengku Akid.
“Saya tak ada hak nak
marah. Itu hal peribadi Tengku dengan Cik Hanis. Memang salah saya main redah
masuk bilik Tengku. Dah terbantut la nak bermesra kan.” Tengku Akid ketawa.
Ketawa pulak dia ni. Benci!
“Sayang cemburu ye? Im
so sorry sayang. Akid salah sebab biar Hanis peluk Akid. Sayang jangan marah
lagi ye. Akid susah hati la tengok sayang marah macam ni.” Tengku Akid rangkul
pinggang aku.
“Apa ni Tengku? Jangan
nak pegang-pegang boleh tak?”
“Tak boleh! Sayang
cakap dulu saya dah tak marah kat Akid, baru Akid lepaskan sayang.”
“Lepas la! Saya nak
keluar.”
“Sayang, kan Akid dah
minta maaf. Hanis tiba-tiba datang. Akid dah suruh Hanis balik tapi sayang tahu
la Hanis tu macam mana kan. Please sayang, jangan marah lagi ye. Akid cintakan
sayang seorang je. Akid tahu, Lia pun cintakan Akid kan?”
“Saya tak tahu la
Tengku. Saya tak tahu nak percayakan Tengku ataupun tak.”
“Ok, Akid takkan paksa
Lia. Akid akan tunggu jawapan dari Lia. Tapi, memang betul, Akid tak ada sikit
pun perasaan kat Hanis. Percaya la sayang.” Aku pandang Tengku Akid. Tak ada
perasaan konon! Kau peluk dia tu tadi apa kau rasa ? Sedap!
“Tengku lepaskan la
saya dulu.”
“Tak nak! Nanti Lia
lari keluar.”
“Mesti la saya nak
keluar. Nanti Encik Haris cari saya.”
“Oh ye, tadi kenapa
Haris tiup mata Lia? Betul mata Lia masuk habuk?” Aku angguk.
"Akid tak suka
tengok Lia dengan Haris tadi. Jujur Akid cakap, Akid cemburu. Sangat cemburu!”
“Encik Haris tolong Lia
je.”
“Ok, this time Akid
bagi chance. No more next time ok! Kalau mata Lia masuk habuk lagi, cepat-cepat
datang bilik Akid. Biar Akid tiup mata Lia.” Aku tundukkan kepala ke bawah.
Tengku Akid tarik muka aku ke atas.
“Maafkan Akid ye. Beri
Akid peluang lagi, Akid takkan biarkan Hanis buat macam tu lagi kat Akid. Akid
akan jaga diri Akid untuk Lia dan Lia pun kena jaga diri Lia untuk Akid.
Faham?” Aku diam. Sikit pun aku tak bagi reaksi.
‘Dahlia diam ye? Tak
nak cakap dengan Akid ye? Ok, biar Akid test Lia sikit.’ Tengku Akid ketawa
dalam hati.
Tengku Akid mendekatkan
wajahnya ke wajah aku. Dia ni dah kenapa? Makin lama makin dekat pulak ni. Aku
dah mula menggigil.
“Sayang takut ke?” Aku
tak jawab. Mata aku dah tak nampak Tengku Akid sebab aku dah pejamkan mata.
“Sayang jangan risau. I
won’t kiss you. Walaupun Lia memang selalu buat Akid tertawan tapi Akid akan
tunggu sampai Lia jadi milik Akid yang sah. I love you so much!” Tengku Akid
berbisik kat telinga aku. Romantik gila la mamat campur ni. Aku bayangkan mesti
muka dia hensem sangat waktu dia cakap tadi. Aduh! Ruginya aku pejam mata.
Lepas tu aku rasa pautan tangan dia kat pinggang aku dah longgar. Bila aku buka
mata aku tengok Tengku Akid dah tak pegang aku. Dia tengok je aku. Malunya!!
“Ssaya.. saya keluar
dulu.” Aku pulas tombol. Dah boleh buka. Sempat aku pusing lagi sekali.
“Terima kasih Tengku.”
Tengku Akid senyum dan angguk.
*********************************************************************
“Malam ni Lia free
tak?”
“Malam ni? Setiap malam
pun Lia free abang.” Haris dan aku ketawa.
“Boleh tak kalau abang
nak ajak Lia pergi makan malam?” Aku toleh muka kat Haris yang tengah memandu.
“Makan malam? Serius ke
abang ajak Lia ni?”
“Serius la. Lia sudi
tak nak keluar dengan abang?”
“Hurm, pukul berapa?”
“Lepas isyak.”
“Ok, nanti Lia tanya
mama dulu ye.”
“Abang confirm mama Lia
mesti bagi punya la.” Aku tersengih.
“Amboi! Bukan main
yakin abang ni.”
“Lepas isyak abang
tunggu Lia kat beranda luar ok.” Aku gelak. Angguk tak geleng pun tak.
*********************************************************************
“Assalamualaikum
mama.” Aku masuk dan terus humbankan badan dekat atas katil.
“Waalaikumsalam. Pergi
mandi terus. Karang awak tu nak keluar balik. Nak siap lagi.” Aik! Mana mama tahu
aku nak keluar malam nanti? Aku bangun dan pandang mama.
“Mana mama tahu Lia nak
keluar malam ni?”
“Encik Haris dah minta
izin mama dah. Cepat mandi Lia.”
“Maksudnya mama bagi la
Lia keluar ni?”
“Iya. Cepat siap. Nanti
lama Encik Haris tunggu kamu.” Lambat-lambat aku bangun. Capai tuala dan masuk
bilik air.
*********************************************************************
“Cantiknya
Lia malam ni!” Aku tunduk. Malu la Haris cakap aku cantik.
“Biasa je abang. Hurm,
apa mimpi abang ajak Lia keluar ni?” Haris pandang aku.
“Abang ada benda nak
cakap dengan Lia.”
“Apa?”
“Kita makan dulu ok.
Lepas makan, abang beritahu Lia.”
“Ok!” Aku angguk. Tak
lama kemudian makanan sampai. Aku dan Haris makan sambil borak-borak kosong.
“Ok, dah habis makan.
Lia nak tuntut janji abang ni.” Haris ketawa.
“Tak sabar-sabar la Lia
ni. Ok, actually abang just nak share story life abang dengan Lia. Lia nak
dengar tak?”
“Mesti la Lia nak
dengar. Cepat la abang.”
“Hurm, lebih kurang
dalam 10 atau 11 tahun yang lepas, mama hantar abang study dekat luar negara.
Dekat sana abang jumpa dengan seorang perempuan. Dia cantik dan mungkin salah
satu sebab abang sukakan dia sebab dia cantik. Mula-mula tu kami berkawan dan 6
bulan lepas tu kami declare jadi kekasih.” Aku dengar je. Seronok jugak dengar
kisah Haris ni.
“Abang sangat sayangkan
dia dan abang memang dah plan, habis study abang nak masuk meminang dia. Tapi,
apa yang abang rancang tak jadi kenyataan. Genap 2 tahun kami berkawan, dia
curang dengan abang. Sakitnya hati abang Lia, tuhan je tahu. Lia nak tahu,
sebabkan dia abang tak boleh nak concentrate study, makan pun tak lalu
sampaikan Akid panggil mama datang UK jumpa dengan abang.” Terlopong la jugak
aku dengar. Bukan main sayang Haris kat perempuan tu. Perempuan tu pun satu,
dah dapat yang baik macam ni ada hati nak curang jugak ke. Ish.. ish..
“Lepas mama bawa abang
balik Malaysia, mama hantar abang continue study kat London pulak dan kat situ
la abang habiskan belajar. Dan semenjak dari kes abang kena tipu tu, abang
memang dah tak percayakan perempuan. Bagi abang semua perempuan ni sama je.
Bukan nak abang tapi nakkan duit abang je.”
“Abang dah tak contact
ke dengan bekas kekasih abang tu?” Haris senyum.
“Abang rasa Lia pernah
jumpa dia.” Har!! Yeke? Siapa eh? Takkan dia kot?
“Nia yang dekat D’Mewah tu ke abang?” Haris senyum.
Perlahan Haris angguk.
“Dia ke abang? Dia
memang cantik, cantik sangat. Tapi kenapa dia sampai hati buat abang macam tu?”
“Abang tak salahkan
dia. Waktu tu kami masing-masing muda. Dia lebih kejarkan kemewahan dari cinta
abang.”
“Kemewahan? Abang pun
berharta apa. Tu pun dia curang dengan abang?”
“Waktu abang study dulu
abang tak pernah bagitahu kat sesiapa yang abang ni anak orang berada. Yang
tahu pun Akid je la. Abang memang tak suka nak menunjuk Lia.”
“Maksudnya abang tak
marah kat Nia lagi la, sebab tu abang bagi dia kerja dengan abang.”
“Abang rasa abang dah
matang. Orang yang matang takkan selalu nak fikirkan benda yang dah lepas.
Memang susah abang nak lupakan apa yang dia dah buat kat abang tapi abang kena
professional. Abang tahu Nia layak jadi manager kat D’Mewah. So, sebab tu abang
tak kisah dia handle hotel kat sana.” Aku angguk. Baiknya Haris ni. Orang tu
dah curang dengan dia pun dia boleh nak bagi orang tu kerja.
“Dah bertahun abang
rasa hati abang tertutup untuk perempuan. Tapi sekarang, abang tak tahu kenapa
abang rasa hati abang dah mula sukakan seseorang. Abang dah cuba tolak perasaan
tu jauh-jauh tapi susah.” Kenapa dia cakap dengan aku eh? Agaknya dia nak suruh
aku tolong tackle perempuan tu ke apa.
“Beruntung perempuan tu
kan. Lia yakin, abang boleh jaga dia dengan baik.”
“Lia tak nak tahu siapa
perempuan tu?”
“Mesti la Lia nak tahu.
Siapa bang?”
“Kejap lagi dia sampai.
Tunggu eh.” Aku angguk. Oh, rupanya Haris nak kenalkan aku dengan kekasih dia.
Macam mana la agaknya rupa kekasih dia eh? Mesti cantik.
To be continue..
Thanks for reading..
Kali ni Ida rasa Lia betul2 pitam agaknya...masuk ni dah dua hot guys confess kat Lia..Harap bertenang ye Cik Dahlia sbb perkara mcm ni x selalu jadik dlm hidup kita..so dipersilakan Lia senyum dulu sebelum pengsan hehehe....
ReplyDeleteTenkiu Cik Ida for the fast comment. Hahaha.. Kannn!! Haris pun dah tak boleh tunggu dah tu. Hikhik..
Deletesenyum.....
ReplyDeleteSaye pun senyum sebab.. baby mio sudi nak baca & komen n3 saye.. Tenkiu..
Delete