Tuesday, 24 September 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 22


Tengku baringkan je Lia dekat katil tu.” Perlahan Tengku Akid letakkan Dahlia kat atas katil bilik.

“Sunyi je rumah. Mana semua orang?” Tengku Akid pandang Atia.

“Datin, Encik Haris dengan Cik Ani pergi kenduri nikah saudara Datin.”

“Kenapa Hanis tak ikut sama?”

“Cik Hanis cakap dia kurang sihat. Hurm, Dahlia pun tak sihat tu Tengku. Tadi, saya rasa dahi dia panas.”

“Awak tolong panggilkan Hanis dan bawakkan saya tuala kering dengan air sejuk satu mangkuk.” Lembut suara Tengku Akid menyuruh Atia.

“Baik Tengku!” Atia keluar dari bilik Dahlia. Tinggal lah Dahlia dengan Tengku Akid berduaan. Tengku Akid kembali merenung wajah Dahlia. Apa yang Tengku Akid inginkan dan rindukan sedang berada di depan matanya. Leka Tengku Akid membelek wajah cantik Dahlia. Tanpa Tengku Akid sedar tangannya mula hinggap di pipi Dahlia. Perlahan Tengku Akid usap pipi halus itu.

“Bilalah agaknya Akid dapat memiliki Lia? Kalau la Lia tahu apa yang Akid rasa pada Lia sekarang, mungkin Lia sendiri pun takkan percaya. Akid sendiri pun tak tahu kenapa Dahlia satu-satunya perempuan yang boleh buat Akid rasa tak tenteram macam ni. Mungkin ada baiknya Lia tak sedar macam ni, senang Akid nak luahkan segala-galanya pada Lia. Lia cepat sembuh ye. Kalau Lia sakit, takde siapa nak lawan cakap dengan Akid. Akid masih perlukan Lia, sayang!” Tengku Akid mendekatkan bibirnya ke dahi Dahlia. Lembut dahi itu di kucup.

“Tengku, ini.. har!” Terkejut Atia tengok adegan yang baru di tonton.

“Maafkan saya Tengku, saya.. saya keluar dulu.” Baru Atia nak keluar dari bilik Dahlia, Tengku Akid memanggilnya.

“Atia, mana barang yang saya suruh awak ambil tadi?”

“Ini Tengku. Er, Cik Hanis takde dalam bilik dia. Saya dah cari tapi tak jumpa. Saya agak Cik Hanis dah keluar Tengku.” Atia menyerahkan tuala kering kepada Tengku Akid dan meletakkan mangkuk berisi air sejuk di meja tepi katil Dahlia.

“Kalau takde ape, saya keluar dulu Tengku.” Tengku Akid hanya menganggukkan kepalanya. Atia keluar dari bilik tapi hatinya masih belum puas menonton adegan tadi. Tanpa pengetahuan Tengku Akid, Atia menyorok di balik pintu.

Tengku Akid mula membasahkan tuala kering dan melekapkan tuala yang sudah basah di atas dahi Dahlia. Betul cakap Atia, Dahlia tak sihat. Suam badan Dahlia. Setelah tuala di atas dahi Dahlia kering, Tengku Akid rendam di dalam mangkuk dan membasahkannya kembali. Sambil melekapkan tuala di dahi Dahlia, Tengku Akid mengusap lembut rambut Dahlia. Atia yang sibuk mengintai, makin terkejut dengan kelakuan Tengku Akid terhadap Dahlia. Atia tak sangka Tengku Akid sangat mengambil berat akan keadaan Dahlia. ‘Ni kalau Cik Hanis tengok ni memang bersambung la episod perang kat hotel hari tu.’ Ketawa Atia dalam hati. Mata Atia kembali melihat Tengku Akid. Kali ini jantung Atia makin berdebar. Apa taknya, Atia tengok badan Tengku Akid makin ke bawah. ‘Har! Apa yang Tengku Akid nak buat kat Lia tu? Entah-entah, Tengku Akid nak ambil kesempatan lagi kat Dahlia. Mentang-mentang la Dahlia tak sedar. Nak tolong ke atau tolong tengok je? Tengok je la dulu. Hikhik..’

Tengku Akid menelan air liur. Kejadian di hotel tempoh hari membuatkan jantungnya berdebar. ‘Kenapa susah sangat Akid nak kawal perasaan Akid bila Lia depan mata Akid?’ Tengku Akid bagai di pukau. Untuk yang kesekian kalinya, bibir Dahlia menjadi mangsa Tengku Akid. Kali ini mata Atia betul-betul dah membesar. Jantung Atia jangan cakap, dah macam KTM ekspres, laju bukan main. Atia betul-betul tak sangka apa yang tengah berlaku depan mata dia sekarang ni. Tengku Akid kiss Dahlia? Wow!

Kepala aku rasa berat. Aku rasa ada benda kat bibir aku. Pelan-pelan aku buka mata. Kabur. Siapa ye?

“Er, Lia dah sedar?”

“Er, ye. Tengku ke?”

“Ye saya. Lia boleh bangun tak?” Aku angguk.

“Tapi, kepala saya pening.” Aku pegang kepala.

“Akid tolong ye. Pelan-pelan.” Walaupun kepala aku berat tapi aku dengar dia panggil nama dia Akid kat aku. Dan yang lagi penting, suara dia lembut bukan main. Mana Tengku Akid yang garang tu? Akhirnya aku dapat bersandar kat bantal. Aku ambil air kosong yang Tengku Akid hulur kat aku.

“Terima kasih. Er, tadi saya rasa saya kat kolam. Tengku ke yang tolong saya?”

“Ye. Dahlia tak tahu berenang ye?” Tengku Akid pandang muka aku.

“A’ah. Maaf la saya dah menyusahkan Tengku pulak.”

“Dahlia langsung tak susahkan saya. Siapa pun yang lemas tadi, saya akan tolong.” Aku angguk. Hai, canggung pulak rasanya mamat campur cakap baik-baik dengan aku ni.

“Er, saya mintak diri dulu la. Lia pun dah ok kan. Nanti Lia makan panadol ok. Badan Lia macam nak demam tu.”

“Oh, ok. Terima kasih ye Tengku.” Aku nak bangun. Ingat nak hantar Tengku sampai pintu tapi Tengku Akid tahan aku dari bangun.

“Saya nak awak rehat. Tak payah nak bangun. Lepas makan ubat, saya nak awak tidur. Dan yang paling penting, saya nak tengok awak kat pejabat on Monday. Faham!”

“Er, ye la. Nanti saya ikut la cakap Tengku tu.” Tengku Akid senyum. Hensemnya!! Baru aku perasan, rambut dia basah-basah lagi. Tak sempat nak kering la tu. Hikhik.. Aku tengok je Tengku Akid keluar dari bilik aku. Lepas tu, aku sambung baring balik.

“Ehem..ehem!” Aku alihkan muka kat pintu.

“Kenapa Atia?”

“Saya ada cerita panas. Nak dengar tak?” Atia terus duduk kat tepi katil aku. Aku bangun balik.

“Cerita apa?”

“Hurm, cerita ni untuk 18 tahun ke atas je.” Aku kerutkan kening.

“Ye la, apa ceritanya?” Atia pandang Dahlia. ‘Nak cerita ke taknak? Hurm, lain kali je la. Dah la Lia pun tak berapa nak sihat. Nanti bila aku cerita Tengku kiss dia mahu dia pengsan lagi ni.’

“Hurm, ceritanya.. Tadikan waktu ada anak dara tu pengsan, ada seorang putera raja dok ngadap je dia. Jaga dia, lekap tuala basah kat dahi dia. Cemburunya saya!” Apa yang Atia ni cakap eh? Takkan Tengku buat semua tu kat aku kot.

“Atia cakap pasal siapa ni?”

“Siapa lagi yang pengsan kat sini tadi? Cuba awak ingat balik.”

“Lia ke?”

“Yela sayang. Awak la. Untung la, ada Tengku hensem dok jaga dia sampai dia sedar.”

“Tengku Akid jaga saya? Awak biar betul ni?” Ish, mengarut je Atia ni la.

“Dari tadi saya jadi penonton setia awak dengan Tengku Akid tahu! Entah-entah, dalam diam ku mencintaimu tak?” Besar mata aku dengar Atia cakap macam tu. Atia ni dah lebih ni, cakap yang bukan-bukan.

“Atia!! Jangan nak lebih-lebih eh. Takde maknenya la Tengku Akid kita tu nak cintakan saya. Mana la dia nak campak Cik Hanis yang cantik jelita tu.”

“Lia, kita semua ni manusia biasa je. Kita takkan dapat tahu apa yang ada dalam hati seseorang. Selagi Tengku Akid belum nikah dengan Cik Hanis, Tengku Akid berhak nak cintakan seseorang. Dan seseorang tu mungkin ada dekat-dekat sini. Siapa tahu kan?”

“Ish! Mengada la Atia. Lia taknak dengar dah awak mengarut macam ni. Kalau Cik Hanis dengar ni, mati la saya. Ini pun dah hampir nak mati saya di buatnya.”

“Cik Hanis buat Lia?” Atia terkejut mendengar pengakuan Dahlia.

“Atia jangan cakap dengan sesiapa ye. Cik Hanis yang tolak Lia tadi. Nasib baik ada Tengku Akid. Kalau tak, tak tahu la apa yang jadi kat Lia.”

“Ya Allah! Dah gila agaknya Cik Hanis tu. Sampai macam tu sekali dia buat Lia.” Aku angguk.

“Takpe la. Asalkan Lia dah selamat. InsyaAllah, lepas ni Lia akan lebih berhati-hati dengan dia.”

“Yela, syukur Alhamdulillah semuanya selamat.” Atia memeluk aku dan aku bersyukur kerana Allah menghantar Tengku Akid untuk menyelamatkan aku.


*********************************************************************

Nani, ni ada urgent parcel. Nanti mintak tolong despatch hantarkan ye.” Aku meletakkan bungkusan kotak di atas meja penyambut tetamu.

“Ok Lia. Letak je situ, nanti Nani rekodkan.” Setelah mengucapkan terima kasih, aku berlalu dari meja penyambut tetamu. Waktu aku nak menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas, aku terpandang seseorang. Seseorang yang aku kenal. Aku tak jadi naik lif dan aku ikut orang tu dari belakang. Bila aku pasti itu memang dia, aku pegang bahu dia. Orang itu menoleh.

“Ye Cik.”

“Balqis kan?”

“Ye saya. Cik ni siapa ye?” Perempuan tu masih tak kenal aku.

“Balqis, kau dah tak kenal aku ke. Aku Lia la.”

“Lia? Lia mana ye?” Riak wajah Balqis masih keliru.

“Qis, aku Lia. Kawan kau kat kampung.” Balqis diam. Lama dia merenung Dahlia.

“Lia? Dahlia anak makcik Rohani ke?

“Iye! Sampai hati kau tak kenal aku kan.”

“Ya Allah Lia! Maafkan aku. Aku memang tak cam kau tadi. Kau dah lain la. Lain sangat!” Kami saling berpelukkan.

“Ala, ada-ada je la kau ni. Aku sama je macam dulu. Tak pernah lain.”

“Kau makin cantik la. Kau buat apa kat sini?”

“Aku kerja kat sini. Kau pulak?”

“Kau kerja kat hotel besar ni? Hebatnya kau!”

“Kerja biasa je. Makan gaji jugak. Kau tu kenapa tak jawab soalan aku tadi. Kau bercuti kat sini ke?”

“Er, aku.. aku ada hal sikit.” Aku perasan riak muka Balqis berubah.

“Kau ok ke Qis?”

“Sejak kau keluar dari kampung, banyak benda yang dah jadi Lia.”

“Apa yang dah jadi?”

“Banyak yang aku nak cerita. Kau habis kerja pukul berapa? Aku tunggu kau habis kerja boleh?”

“Hurm, boleh. Kau stay kat hotel ni ke?”

“Aah. Tapi esok pagi aku dah check out.”

“Ok macam ni, kau bagi nombor telefon kau, nanti aku call atau sms kau.” Balqis angguk. Balqis mengeluarkan kertas dan pen dari beg tangannya.

“Nah! Jangan lupa call aku tau!”

“Ok. Aku masuk office dulu. Kau jaga diri Qis.” Balqis senyum dan kami berpisah.


*********************************************************************

Dina, boleh pass dekat Encik Haris tak?”

“Boleh. Tunggu sebentar ye.” Ardina menekan nombor bilik Haris.

“Encik Haris, Cik Dahlia on the line. If you don’t mind, can I transfer the line?”

“Yes please Dina.” Talian Dahlia di sambungkan.

“Yes Lia.”

“Encik Haris, petang nanti Encik Haris balik dulu boleh?”

“Kenapa Lia?”

“Tadi, Lia terserempak dengan kawan kampung Lia. Dia ajak jumpa. Lia ingat nak duduk borak-borak dengan dia sekejap.”

“Oh, takpe la abang tunggu Lia. Abang pun ada kerja sikit ni. Lia nak jumpa kawan Lia kat mana?”

“Lia tak sure lagi.”

“Lia jumpa kat café bawah je ok. Buat reservation under nama abang.”

“Har! Takpe ke? Er, takpe la abang. Lia taknak susahkan abang. Lia ingat nak jumpa kat gerai depan tu je.”

“Its ok, tak susahkan pun. Lia ikut cakap abang atau abang yang buat reservation nanti.”

“Ok, ok. Lia buat. Terima kasih abang.”

“Lia dah settle nanti just give me a call ok.”


*********************************************************************

Cik Lia, this way please.” Aku angguk. Aku dan Balqis mengikut pelayan yang membawa kami ke meja yang telah di tempah.

“Menu Cik Lia.” Pelayan meletakkan menu di atas meja kami.

“Kau nak minum apa Qis?”

“Apa-apa la Lia.”

“Give me two apple juice please.”

“That’s all Cik Lia?”

“Yes. Thank you.” Pelayan mengambil menu dan beredar dari meja Dahlia.

“Mesti pangkat kau besar kan Lia?”

“Ish! Apa yang kau merepek ni Qis, aku kerja kerani je la. Dah, dah, cerita kat aku apa kau buat kat sini?” Riak muka Balqis berubah lagi.

“Sebenarnya aku datang sini sebab nak cari suami aku.” Terkejut aku dengar Balqis dah kahwin.

“Suami? Kau dah kahwin?” Balqis angguk.

“Suami kau kerja kat sini ke?” Balqis geleng kepala.

“Dah tu?”

“Suami aku dah nak dekat 2 minggu tak balik rumah. Aku datang KL ni pun sebab nak cari dia. Nak bawa dia balik rumah.”

“Kau gaduh dengan suami kau ke?” Balqis geleng kepala lagi.

“Dengar cerita, suami aku ada perempuan lain. Kali terakhir orang nampak suami aku check in kat sini.” Ish, kesiannya kat Balqis. Tapi, siapa suami dia ye?

“Kalau boleh aku tahu, kau kahwin dengan siapa?” Perlahan suara aku tanya. Yela, takut jugak kalau Balqis belum bersedia nak bagitahu aku siapa suami dia.

“Kau kenal dia. Kenal sangat!” Aku pandang Balqis.

“Excuse me Cik Lia, your drinks!” Selepas meletakkan dua gelas jus epal di atas meja, pelayan beredar dari meja mereka.

“Siapa suami kau?” Aku kembali tanya Balqis.

“Aku menyesal Lia. Aku menyesal tak dengar cakap kau. Kalau dari dulu aku dengar dan percaya cakap kau, semua ni mesti takkan jadi.” Balqis menangis. Aku usap belakang Balqis. Entah kenapa, aku dah boleh agak siapa suami Balqis.

“Kau.. kau kahwin dengan Khairul ke?” Balqis diam dan masih menangis.

“Betul kan?” Balqis akhirnya angguk.

“Aku bodoh Lia. Aku ingat dia betul-betul sayangkan aku. Tapi lepas kami kahwin dia langsung tak pedulikan aku.”

“Macam mana kau boleh kahwin dengan dia?”

“Lepas kau keluar dari kampung, Khairul tak habis-habis buat cerita pasal kau. Khairul cakap, kau dengan mak kau lari dari kampung sebab kau ajak dia kahwin tapi dia langsung taknak kan kau.” Terkejutnya aku dengar. Teruk betul perangai Khairul tu la!

“Aku tak percaya Lia sebab aku memang tahu Khairul tu dah lama syok kat kau tapi kau yang tak layan. Ada satu hari tu, aku baru balik dari pekan dan terserempak dengan Khairul. Dia tumpangkan aku sampai rumah. Sejak dari hari tu, aku jadi rapat dengan dia. Aku tahu perangai dia tak elok tapi aku rasa aku boleh ubah dia. Lagipun, aku bangga bila dia nak kawan dengan aku. Yela, selama ni dia asyik kejar kau je kan.” Tekun aku dengar.

“Sampai la satu hari tu, Khairul ambil aku balik dari kerja. Dia kata kereta dia rosak, tak boleh nak jalan langsung. Dia ajak aku duduk satu malam dengan dia kat hotel. Aku.. aku.. bodoh Lia.” Aku geleng kepala. Aku dah boleh agak apa yang jadi.

“Lepas benda tu jadi, Khairul makin kerap ajak aku tidur hotel. Aku ikut sebab aku cintakan dia sangat. Aku harap dengan bagi maruah aku, dia akan lebih cintakan aku dan mungkin dia akan ajak aku nikah. Tapi aku silap.”

“2 bulan lepas tu, badan aku dah mula rasa tak sedap. Haid aku tak datang. Aku dah takut. Aku takut aku mengandung. Aku langsung tak bagitahu keluarga aku. Kalau aku bagitahu ayah aku, mati aku Lia.”

“Kau tak bagitahu Khairul?” Aku cuba bertanya.

“Khairul taknak mengaku ini anak dia. Aku tengah mengandung ni Lia. Mungkin sebab badan aku kecil, kau pun tak perasan kan?”

“Har! Yeke?” Balqis angguk.

“Khairul setuju kahwin dengan aku pun sebab bapak dia yang paksa. Mungkin Tuhan nak tunjuk petanda kat keluarga aku, Rahsia aku pecah bila Kak Rina syak yang aku mengandung. Yela, boleh di katakan hari-hari aku muntah.” Balqis dah mula tenang.

“Bila ayah aku dapat tahu aku mengandung, dia tanya siapa bapak baby ni. Aku cakap la Khairul. Terus bapak aku pergi serang rumah Khairul. Mula-mula bapak Khairul pun tak nak kami nikah, tapi bila bapak aku ugut nak buat laporan polis, diaorang semua setuju. Kami nikah je tak buat majlis apa pun.”

“Lepas tu, kenapa kau cari Khairul kat sini?”

“Seminggu selepas aku nikah, Khairul dah mula buat perangai. Selalu tak balik rumah dan kalau balik pun, awal pagi besok baru nampak muka dia. Kerja pun malas. Dah puas aku nasihat, tegur tapi dia langsung taknak dengar. Ni dah nak masuk dua minggu dia tak balik rumah. Minggu lepas Aziz datang KL, dia la yang bagitahu aku dia nampak Khairul dengan perempuan lain dekat sini.”

“Aziz pasti ke yang dia nampak tu Khairul?

“Aziz yakin Lia. Diaorang kan kawan dari kecil, mesti la dapat cam kan.” Aku angguk.

“Habis, sejak kau check in kat sini kau ada nampak Khairul tak?”

“Sekali pun tak pernah. Hurm, Lia kau kan kerja dekat sini. Kau boleh tak tolong cek nama customer yang check in kat dalam hotel ni. Mana tahu, dengan cara tu aku boleh jumpa Khairul.” Aku diam. Betul jugak cakap Balqis. Baik aku mintak tolong dengan Haris.

“Kau tunggu kejap. Aku nak call orang. Aku cuba tolong kau ye.” Balqis senyum. Aku keluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan mendail nombor Haris.

“Ye Lia, dah habis jumpa kawan Lia ke?”

“Abang, boleh tolong Lia tak?”

“Lia ada masalah apa?” Aku dengar suara Haris dah macam risau.

“Macam ni, boleh tak abang cek dalam system nama customer yang check in dalam hotel ni?”

“Boleh. Lia bagi nama customer tu?” Amboi! Senangnya. Haris ni tak tanya pun sebab apa, main bagi je.

“Khairul Azmi Bin Abdullah.”

“Kejap ye. Hurm, Lia nama tu takde dalam system la. Are you sure nama ni betul?”

“Betul abang. Takpe la kalau takde. Lia agak dia guna nama orang lain ni.”

“Boleh jadi. Lia lama lagi ke ni?

“Eh tak la. Kejap lagi dah boleh balik dah. Nanti Lia call abang ye.” Aku matikan talian dan kembali duduk.

“Macam mana Lia?”

“Er, sorry Balqis. Aku dah cuba tapi nama Khairul takde dalam system hotel la. Aku agak mungkin dia guna nama orang lain  nak check in.” Balqis mengeluh. Kesian kat Balqis. Aku ingat, aku dapat ringankan beban dia tapi Khairul lagi pandai susun strategi.

“Takpun macam ni la, mana tahu esok-esok aku terserempak ke dengan dia. Kalau aku dapat berita pasal dia, aku call kau eh.” Balqis senyum. Senyum hambar.

“Ok la. Aku pun tak dapat nak lama kat sini. Kalau kau dapat apa-apa berita, bagitahu la aku.” Aku genggam tangan Balqis.

“Kau sabar ye Qis.” Balqis senyum lagi.


To be continue..

Thanks for reading..

4 comments:

  1. Nice n3 Dya! Rasa cair pulak bila En. Tengku kita ni mcm caring sgt dgn Lia.. hati2 ye En. Tengku, byk lagi halangan b4 En. Tengku dapat tawan hati Lia. As for Lia, sabar byk2 ye sbb ni semua dugaan utk Lia. Ada hikmahnye atas setiap apa yg berlaku...To Dya, teruskan usaha ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Cik Ida.. Waiting for next chapter ya!

      Delete