“Tengku baringkan
je Lia dekat katil tu.” Perlahan Tengku Akid letakkan Dahlia kat atas katil
bilik.
“Sunyi je rumah. Mana
semua orang?” Tengku Akid pandang Atia.
“Datin, Encik Haris
dengan Cik Ani pergi kenduri nikah saudara Datin.”
“Kenapa Hanis tak ikut
sama?”
“Cik Hanis cakap dia
kurang sihat. Hurm, Dahlia pun tak sihat tu Tengku. Tadi, saya rasa dahi dia
panas.”
“Awak tolong panggilkan
Hanis dan bawakkan saya tuala kering dengan air sejuk satu mangkuk.” Lembut
suara Tengku Akid menyuruh Atia.
“Baik Tengku!” Atia
keluar dari bilik Dahlia. Tinggal lah Dahlia dengan Tengku Akid berduaan.
Tengku Akid kembali merenung wajah Dahlia. Apa yang Tengku Akid inginkan dan
rindukan sedang berada di depan matanya. Leka Tengku Akid membelek wajah cantik
Dahlia. Tanpa Tengku Akid sedar tangannya mula hinggap di pipi Dahlia. Perlahan
Tengku Akid usap pipi halus itu.
“Bilalah agaknya Akid
dapat memiliki Lia? Kalau la Lia tahu apa yang Akid rasa pada Lia sekarang,
mungkin Lia sendiri pun takkan percaya. Akid sendiri pun tak tahu kenapa Dahlia
satu-satunya perempuan yang boleh buat Akid rasa tak tenteram macam ni. Mungkin
ada baiknya Lia tak sedar macam ni, senang Akid nak luahkan segala-galanya pada
Lia. Lia cepat sembuh ye. Kalau Lia sakit, takde siapa nak lawan cakap dengan
Akid. Akid masih perlukan Lia, sayang!” Tengku Akid mendekatkan bibirnya ke
dahi Dahlia. Lembut dahi itu di kucup.
“Tengku, ini.. har!”
Terkejut Atia tengok adegan yang baru di tonton.
“Maafkan saya Tengku,
saya.. saya keluar dulu.” Baru Atia nak keluar dari bilik Dahlia, Tengku Akid
memanggilnya.
“Atia, mana barang yang
saya suruh awak ambil tadi?”
“Ini Tengku. Er, Cik
Hanis takde dalam bilik dia. Saya dah cari tapi tak jumpa. Saya agak Cik Hanis
dah keluar Tengku.” Atia menyerahkan tuala kering kepada Tengku Akid dan
meletakkan mangkuk berisi air sejuk di meja tepi katil Dahlia.
“Kalau takde ape, saya
keluar dulu Tengku.” Tengku Akid hanya menganggukkan kepalanya. Atia keluar
dari bilik tapi hatinya masih belum puas menonton adegan tadi. Tanpa
pengetahuan Tengku Akid, Atia menyorok di balik pintu.
Tengku Akid mula
membasahkan tuala kering dan melekapkan tuala yang sudah basah di atas dahi
Dahlia. Betul cakap Atia, Dahlia tak sihat. Suam badan Dahlia. Setelah tuala di
atas dahi Dahlia kering, Tengku Akid rendam di dalam mangkuk dan membasahkannya
kembali. Sambil melekapkan tuala di dahi Dahlia, Tengku Akid mengusap lembut
rambut Dahlia. Atia yang sibuk mengintai, makin terkejut dengan kelakuan Tengku
Akid terhadap Dahlia. Atia tak sangka Tengku Akid sangat mengambil berat akan
keadaan Dahlia. ‘Ni kalau Cik Hanis tengok ni memang bersambung la episod
perang kat hotel hari tu.’ Ketawa Atia dalam hati. Mata Atia kembali melihat
Tengku Akid. Kali ini jantung Atia makin berdebar. Apa taknya, Atia tengok
badan Tengku Akid makin ke bawah. ‘Har! Apa yang Tengku Akid nak buat kat Lia
tu? Entah-entah, Tengku Akid nak ambil kesempatan lagi kat Dahlia.
Mentang-mentang la Dahlia tak sedar. Nak tolong ke atau tolong tengok je?
Tengok je la dulu. Hikhik..’
Tengku Akid menelan air
liur. Kejadian di hotel tempoh hari membuatkan jantungnya berdebar. ‘Kenapa
susah sangat Akid nak kawal perasaan Akid bila Lia depan mata Akid?’ Tengku
Akid bagai di pukau. Untuk yang kesekian kalinya, bibir Dahlia menjadi mangsa
Tengku Akid. Kali ini mata Atia betul-betul dah membesar. Jantung Atia jangan
cakap, dah macam KTM ekspres, laju bukan main. Atia betul-betul tak sangka apa
yang tengah berlaku depan mata dia sekarang ni. Tengku Akid kiss Dahlia? Wow!
Kepala aku rasa berat.
Aku rasa ada benda kat bibir aku. Pelan-pelan aku buka mata. Kabur. Siapa ye?
“Er, Lia dah sedar?”
“Er, ye. Tengku ke?”
“Ye saya. Lia boleh
bangun tak?” Aku angguk.
“Tapi, kepala saya
pening.” Aku pegang kepala.
“Akid tolong ye.
Pelan-pelan.” Walaupun kepala aku berat tapi aku dengar dia panggil nama dia
Akid kat aku. Dan yang lagi penting, suara dia lembut bukan main. Mana Tengku
Akid yang garang tu? Akhirnya aku dapat bersandar kat bantal. Aku ambil air
kosong yang Tengku Akid hulur kat aku.
“Terima kasih. Er, tadi
saya rasa saya kat kolam. Tengku ke yang tolong saya?”
“Ye. Dahlia tak tahu
berenang ye?” Tengku Akid pandang muka aku.
“A’ah. Maaf la saya dah
menyusahkan Tengku pulak.”
“Dahlia langsung tak
susahkan saya. Siapa pun yang lemas tadi, saya akan tolong.” Aku angguk. Hai,
canggung pulak rasanya mamat campur cakap baik-baik dengan aku ni.
“Er, saya mintak diri
dulu la. Lia pun dah ok kan. Nanti Lia makan panadol ok. Badan Lia macam nak
demam tu.”
“Oh, ok. Terima kasih
ye Tengku.” Aku nak bangun. Ingat nak hantar Tengku sampai pintu tapi Tengku
Akid tahan aku dari bangun.
“Saya nak awak rehat.
Tak payah nak bangun. Lepas makan ubat, saya nak awak tidur. Dan yang paling
penting, saya nak tengok awak kat pejabat on Monday. Faham!”
“Er, ye la. Nanti saya
ikut la cakap Tengku tu.” Tengku Akid senyum. Hensemnya!! Baru aku perasan,
rambut dia basah-basah lagi. Tak sempat nak kering la tu. Hikhik.. Aku tengok
je Tengku Akid keluar dari bilik aku. Lepas tu, aku sambung baring balik.
“Ehem..ehem!” Aku
alihkan muka kat pintu.
“Kenapa Atia?”
“Saya ada cerita panas.
Nak dengar tak?” Atia terus duduk kat tepi katil aku. Aku bangun balik.
“Cerita apa?”
“Hurm, cerita ni untuk
18 tahun ke atas je.” Aku kerutkan kening.
“Ye la, apa ceritanya?”
Atia pandang Dahlia. ‘Nak cerita ke taknak? Hurm, lain kali je la. Dah la Lia
pun tak berapa nak sihat. Nanti bila aku cerita Tengku kiss dia mahu dia
pengsan lagi ni.’
“Hurm, ceritanya..
Tadikan waktu ada anak dara tu pengsan, ada seorang putera raja dok ngadap je
dia. Jaga dia, lekap tuala basah kat dahi dia. Cemburunya saya!” Apa yang Atia
ni cakap eh? Takkan Tengku buat semua tu kat aku kot.
“Atia cakap pasal siapa
ni?”
“Siapa lagi yang
pengsan kat sini tadi? Cuba awak ingat balik.”
“Lia ke?”
“Yela sayang. Awak la.
Untung la, ada Tengku hensem dok jaga dia sampai dia sedar.”
“Tengku Akid jaga saya?
Awak biar betul ni?” Ish, mengarut je Atia ni la.
“Dari tadi saya jadi
penonton setia awak dengan Tengku Akid tahu! Entah-entah, dalam diam ku
mencintaimu tak?” Besar mata aku dengar Atia cakap macam tu. Atia ni dah lebih
ni, cakap yang bukan-bukan.
“Atia!! Jangan nak
lebih-lebih eh. Takde maknenya la Tengku Akid kita tu nak cintakan saya. Mana
la dia nak campak Cik Hanis yang cantik jelita tu.”
“Lia, kita semua ni
manusia biasa je. Kita takkan dapat tahu apa yang ada dalam hati seseorang.
Selagi Tengku Akid belum nikah dengan Cik Hanis, Tengku Akid berhak nak
cintakan seseorang. Dan seseorang tu mungkin ada dekat-dekat sini. Siapa tahu
kan?”
“Ish! Mengada la Atia.
Lia taknak dengar dah awak mengarut macam ni. Kalau Cik Hanis dengar ni, mati
la saya. Ini pun dah hampir nak mati saya di buatnya.”
“Cik Hanis buat Lia?”
Atia terkejut mendengar pengakuan Dahlia.
“Atia jangan cakap
dengan sesiapa ye. Cik Hanis yang tolak Lia tadi. Nasib baik ada Tengku Akid.
Kalau tak, tak tahu la apa yang jadi kat Lia.”
“Ya Allah! Dah gila
agaknya Cik Hanis tu. Sampai macam tu sekali dia buat Lia.” Aku angguk.
“Takpe la. Asalkan Lia
dah selamat. InsyaAllah, lepas ni Lia akan lebih berhati-hati dengan dia.”
“Yela, syukur
Alhamdulillah semuanya selamat.” Atia memeluk aku dan aku bersyukur kerana
Allah menghantar Tengku Akid untuk menyelamatkan aku.
*********************************************************************
“Nani, ni ada
urgent parcel. Nanti mintak tolong despatch hantarkan ye.” Aku meletakkan
bungkusan kotak di atas meja penyambut tetamu.
“Ok Lia. Letak je situ,
nanti Nani rekodkan.” Setelah mengucapkan terima kasih, aku berlalu dari meja
penyambut tetamu. Waktu aku nak menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas, aku
terpandang seseorang. Seseorang yang aku kenal. Aku tak jadi naik lif dan aku
ikut orang tu dari belakang. Bila aku pasti itu memang dia, aku pegang bahu
dia. Orang itu menoleh.
“Ye Cik.”
“Balqis kan?”
“Ye saya. Cik ni siapa
ye?” Perempuan tu masih tak kenal aku.
“Balqis, kau dah tak
kenal aku ke. Aku Lia la.”
“Lia? Lia mana ye?”
Riak wajah Balqis masih keliru.
“Qis, aku Lia. Kawan
kau kat kampung.” Balqis diam. Lama dia merenung Dahlia.
“Lia? Dahlia anak
makcik Rohani ke?
“Iye! Sampai hati kau
tak kenal aku kan.”
“Ya Allah Lia! Maafkan
aku. Aku memang tak cam kau tadi. Kau dah lain la. Lain sangat!” Kami saling
berpelukkan.
“Ala, ada-ada je la kau
ni. Aku sama je macam dulu. Tak pernah lain.”
“Kau makin cantik la.
Kau buat apa kat sini?”
“Aku kerja kat sini.
Kau pulak?”
“Kau kerja kat hotel
besar ni? Hebatnya kau!”
“Kerja biasa je. Makan
gaji jugak. Kau tu kenapa tak jawab soalan aku tadi. Kau bercuti kat sini ke?”
“Er, aku.. aku ada hal
sikit.” Aku perasan riak muka Balqis berubah.
“Kau ok ke Qis?”
“Sejak kau keluar dari
kampung, banyak benda yang dah jadi Lia.”
“Apa yang dah jadi?”
“Banyak yang aku nak
cerita. Kau habis kerja pukul berapa? Aku tunggu kau habis kerja boleh?”
“Hurm, boleh. Kau stay
kat hotel ni ke?”
“Aah. Tapi esok pagi
aku dah check out.”
“Ok macam ni, kau bagi
nombor telefon kau, nanti aku call atau sms kau.” Balqis angguk. Balqis
mengeluarkan kertas dan pen dari beg tangannya.
“Nah! Jangan lupa call
aku tau!”
“Ok. Aku masuk office
dulu. Kau jaga diri Qis.” Balqis senyum dan kami berpisah.
*********************************************************************
“Dina, boleh pass
dekat Encik Haris tak?”
“Boleh. Tunggu sebentar
ye.” Ardina menekan nombor bilik Haris.
“Encik Haris, Cik
Dahlia on the line. If you don’t mind, can I transfer the line?”
“Yes please Dina.”
Talian Dahlia di sambungkan.
“Yes Lia.”
“Encik Haris, petang
nanti Encik Haris balik dulu boleh?”
“Kenapa Lia?”
“Tadi, Lia terserempak
dengan kawan kampung Lia. Dia ajak jumpa. Lia ingat nak duduk borak-borak
dengan dia sekejap.”
“Oh, takpe la abang
tunggu Lia. Abang pun ada kerja sikit ni. Lia nak jumpa kawan Lia kat mana?”
“Lia tak sure lagi.”
“Lia jumpa kat café
bawah je ok. Buat reservation under nama abang.”
“Har! Takpe ke? Er,
takpe la abang. Lia taknak susahkan abang. Lia ingat nak jumpa kat gerai depan
tu je.”
“Its ok, tak susahkan
pun. Lia ikut cakap abang atau abang yang buat reservation nanti.”
“Ok, ok. Lia buat.
Terima kasih abang.”
“Lia dah settle nanti
just give me a call ok.”
*********************************************************************
“Cik Lia, this way
please.” Aku angguk. Aku dan Balqis mengikut pelayan yang membawa kami ke meja
yang telah di tempah.
“Menu Cik Lia.” Pelayan
meletakkan menu di atas meja kami.
“Kau nak minum apa Qis?”
“Apa-apa la Lia.”
“Give me two apple
juice please.”
“That’s all Cik Lia?”
“Yes. Thank you.”
Pelayan mengambil menu dan beredar dari meja Dahlia.
“Mesti pangkat kau
besar kan Lia?”
“Ish! Apa yang kau
merepek ni Qis, aku kerja kerani je la. Dah, dah, cerita kat aku apa kau buat
kat sini?” Riak muka Balqis berubah lagi.
“Sebenarnya aku datang
sini sebab nak cari suami aku.” Terkejut aku dengar Balqis dah kahwin.
“Suami? Kau dah
kahwin?” Balqis angguk.
“Suami kau kerja kat
sini ke?” Balqis geleng kepala.
“Dah tu?”
“Suami aku dah nak
dekat 2 minggu tak balik rumah. Aku datang KL ni pun sebab nak cari dia. Nak
bawa dia balik rumah.”
“Kau gaduh dengan suami
kau ke?” Balqis geleng kepala lagi.
“Dengar cerita, suami
aku ada perempuan lain. Kali terakhir orang nampak suami aku check in kat
sini.” Ish, kesiannya kat Balqis. Tapi, siapa suami dia ye?
“Kalau boleh aku tahu,
kau kahwin dengan siapa?” Perlahan suara aku tanya. Yela, takut jugak kalau Balqis
belum bersedia nak bagitahu aku siapa suami dia.
“Kau kenal dia. Kenal
sangat!” Aku pandang Balqis.
“Excuse me Cik Lia,
your drinks!” Selepas meletakkan dua gelas jus epal di atas meja, pelayan
beredar dari meja mereka.
“Siapa suami kau?” Aku
kembali tanya Balqis.
“Aku menyesal Lia. Aku
menyesal tak dengar cakap kau. Kalau dari dulu aku dengar dan percaya cakap
kau, semua ni mesti takkan jadi.” Balqis menangis. Aku usap belakang Balqis.
Entah kenapa, aku dah boleh agak siapa suami Balqis.
“Kau.. kau kahwin
dengan Khairul ke?” Balqis diam dan masih menangis.
“Betul kan?” Balqis
akhirnya angguk.
“Aku bodoh Lia. Aku
ingat dia betul-betul sayangkan aku. Tapi lepas kami kahwin dia langsung tak
pedulikan aku.”
“Macam mana kau boleh
kahwin dengan dia?”
“Lepas kau keluar dari
kampung, Khairul tak habis-habis buat cerita pasal kau. Khairul cakap, kau
dengan mak kau lari dari kampung sebab kau ajak dia kahwin tapi dia langsung
taknak kan kau.” Terkejutnya aku dengar. Teruk betul perangai Khairul tu la!
“Aku tak percaya Lia
sebab aku memang tahu Khairul tu dah lama syok kat kau tapi kau yang tak layan.
Ada satu hari tu, aku baru balik dari pekan dan terserempak dengan Khairul. Dia
tumpangkan aku sampai rumah. Sejak dari hari tu, aku jadi rapat dengan dia. Aku
tahu perangai dia tak elok tapi aku rasa aku boleh ubah dia. Lagipun, aku
bangga bila dia nak kawan dengan aku. Yela, selama ni dia asyik kejar kau je
kan.” Tekun aku dengar.
“Sampai la satu hari
tu, Khairul ambil aku balik dari kerja. Dia kata kereta dia rosak, tak boleh
nak jalan langsung. Dia ajak aku duduk satu malam dengan dia kat hotel. Aku..
aku.. bodoh Lia.” Aku geleng kepala. Aku dah boleh agak apa yang jadi.
“Lepas benda tu jadi,
Khairul makin kerap ajak aku tidur hotel. Aku ikut sebab aku cintakan dia
sangat. Aku harap dengan bagi maruah aku, dia akan lebih cintakan aku dan
mungkin dia akan ajak aku nikah. Tapi aku silap.”
“2 bulan lepas tu,
badan aku dah mula rasa tak sedap. Haid aku tak datang. Aku dah takut. Aku
takut aku mengandung. Aku langsung tak bagitahu keluarga aku. Kalau aku
bagitahu ayah aku, mati aku Lia.”
“Kau tak bagitahu
Khairul?” Aku cuba bertanya.
“Khairul taknak mengaku
ini anak dia. Aku tengah mengandung ni Lia. Mungkin sebab badan aku kecil, kau
pun tak perasan kan?”
“Har! Yeke?” Balqis
angguk.
“Khairul setuju kahwin
dengan aku pun sebab bapak dia yang paksa. Mungkin Tuhan nak tunjuk petanda kat
keluarga aku, Rahsia aku pecah bila Kak Rina syak yang aku mengandung. Yela,
boleh di katakan hari-hari aku muntah.” Balqis dah mula tenang.
“Bila ayah aku dapat
tahu aku mengandung, dia tanya siapa bapak baby ni. Aku cakap la Khairul. Terus
bapak aku pergi serang rumah Khairul. Mula-mula bapak Khairul pun tak nak kami
nikah, tapi bila bapak aku ugut nak buat laporan polis, diaorang semua setuju.
Kami nikah je tak buat majlis apa pun.”
“Lepas tu, kenapa kau
cari Khairul kat sini?”
“Seminggu selepas aku
nikah, Khairul dah mula buat perangai. Selalu tak balik rumah dan kalau balik
pun, awal pagi besok baru nampak muka dia. Kerja pun malas. Dah puas aku
nasihat, tegur tapi dia langsung taknak dengar. Ni dah nak masuk dua minggu dia
tak balik rumah. Minggu lepas Aziz datang KL, dia la yang bagitahu aku dia
nampak Khairul dengan perempuan lain dekat sini.”
“Aziz pasti ke yang dia
nampak tu Khairul?
“Aziz yakin Lia.
Diaorang kan kawan dari kecil, mesti la dapat cam kan.” Aku angguk.
“Habis, sejak kau check
in kat sini kau ada nampak Khairul tak?”
“Sekali pun tak pernah.
Hurm, Lia kau kan kerja dekat sini. Kau boleh tak tolong cek nama customer yang
check in kat dalam hotel ni. Mana tahu, dengan cara tu aku boleh jumpa
Khairul.” Aku diam. Betul jugak cakap Balqis. Baik aku mintak tolong dengan
Haris.
“Kau tunggu kejap. Aku
nak call orang. Aku cuba tolong kau ye.” Balqis senyum. Aku keluarkan telefon
bimbit dari beg tangan dan mendail nombor Haris.
“Ye Lia, dah habis
jumpa kawan Lia ke?”
“Abang, boleh tolong
Lia tak?”
“Lia ada masalah apa?”
Aku dengar suara Haris dah macam risau.
“Macam ni, boleh tak
abang cek dalam system nama customer yang check in dalam hotel ni?”
“Boleh. Lia bagi nama
customer tu?” Amboi! Senangnya. Haris ni tak tanya pun sebab apa, main bagi je.
“Khairul Azmi Bin
Abdullah.”
“Kejap ye. Hurm, Lia
nama tu takde dalam system la. Are you sure nama ni betul?”
“Betul abang. Takpe la
kalau takde. Lia agak dia guna nama orang lain ni.”
“Boleh jadi. Lia lama
lagi ke ni?
“Eh tak la. Kejap lagi
dah boleh balik dah. Nanti Lia call abang ye.” Aku matikan talian dan kembali
duduk.
“Macam mana Lia?”
“Er, sorry Balqis. Aku
dah cuba tapi nama Khairul takde dalam system hotel la. Aku agak mungkin dia
guna nama orang lain nak check in.”
Balqis mengeluh. Kesian kat Balqis. Aku ingat, aku dapat ringankan beban dia
tapi Khairul lagi pandai susun strategi.
“Takpun macam ni la,
mana tahu esok-esok aku terserempak ke dengan dia. Kalau aku dapat berita pasal
dia, aku call kau eh.” Balqis senyum. Senyum hambar.
“Ok la. Aku pun tak dapat
nak lama kat sini. Kalau kau dapat apa-apa berita, bagitahu la aku.” Aku
genggam tangan Balqis.
“Kau sabar ye Qis.”
Balqis senyum lagi.
To be continue..
Thanks for reading..
Nice n3 Dya! Rasa cair pulak bila En. Tengku kita ni mcm caring sgt dgn Lia.. hati2 ye En. Tengku, byk lagi halangan b4 En. Tengku dapat tawan hati Lia. As for Lia, sabar byk2 ye sbb ni semua dugaan utk Lia. Ada hikmahnye atas setiap apa yg berlaku...To Dya, teruskan usaha ye..
ReplyDeleteTenkiu Cik Ida.. Waiting for next chapter ya!
DeleteBEST...
ReplyDeleteTenkiu baby mio..
Delete