Monday, 2 September 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 10


Aku dan Tengku Akid melangkah masuk ke Hotel D’Mewah. Cantik dan besarmya lebih kurang macam D’Legend jugak. Rata-rata pekerja yang berselisih dengan Tengku Akid mesti tegur dia, cakap morning la, tanya khabar dan yang paling penting muka dia berbeza habis. Senyum memanjang. Tapi kalau dia pandang aku, mula la keluar muka serius dia tu. Agaknya Tengku Akid ni pakai topeng kot. Tu yang senang nak bertukar je. Hikhik..

“Tengku, Cik Nia mintak terus pergi meeting room.” Gadis manis yang berada di hadapan kami menyampaikan pesan dari Cik Nia. Sape pulak Nia ni?

“Cik Nia mane?” Tengku Akid pulak bertanya.

“Cik Nia masih dalam bilik.”

“It’s ok. Saya jumpa Cik Nia dalam bilik dulu. You inform her first.”

“Baik. Tunggu sebentar Tengku.” Aku tengok Tengku Akid angguk.

“Tengku, Cik Nia tunggu dekat office.”

“Thank you. Jom!” Tengku Akid pandang aku. Aku angguk je. Malas nak cakap dengan mamat campur ni. Kami menaiki lif. Masing-masing diam. Bila la nak sampai ni. Lemas pulak aku rasa satu lif dengan mamat berlagak ni. Tanpa pengetahuan Dahlia, Tengku Akid Irfhan asyik merenungnya dari belakang. Rasa bersalahnya masih tebal. ‘Kasihan Dahlia. Tak pasal-pasal aku buat dia menangis.’ Ting!! Mereka keluar apabila tiba di tingkat 39. Dahlia mengikut Tengku Akid dari belakang. Tiba di sebuah bilik, Tengku Akid berhenti dan mengetuk perlahan. Nia Imelda Binti Zulkifli – Manager.

“Masuk!” Tengku Akid dan aku masuk.

“Well, what a surprise? Awalnya jejaka idaman Malaya sampai kat office I ni. You miss me ke?” Nia Imelda bangun dari kerusi dan menghampiri kami.

“Miss you? In your dream.” Tengku Akid sengaja berlawak.

“Yela. I tahu la I ni siape. Nak di bandingkan dengan kekasih hati you tu.”

“Oh, please Nia. Don’t start the story.”

“Real story ok. Eh, kejap. Who’s this?” Hai, baru nak perasan aku ade ke. Aku ingatkan aku dah jadi halimunan bile masuk bilik ni.

“Oh sorry. She is new staff dekat D‘Legend. Dahlia.” Tengku Akid memperkenalkan aku dekat Nia. Aku senyum dan menghulurkan tangan. Nia sambut. Lembutnya tangan. Cantik jangan cakap la. Macam kacukan. Cantik sangat.

“Hai Dahlia, I Nia Imelda. Just call me Nia atau Mel.”

“Hai Cik Nia. Panggil saya Lia pun boleh.”

“Amboi, bukan main bos you Kid. Bukan main cun staff baru dia ni.” Cun? Agak-agak la Nia ni.

“Are you jealous?”

“Dah tak larat nak jealous dah. Hurm, kenapa you awal sangat ni? Meeting kan pukul dua belas. Sekarang baru sebelas pagi cik abang.”

“Takpe, I bukan nak meeting sekarang pun. I nak bawak Dahlia ronda-ronda kat D’Mewah. Haris mintak I tolong bawak.” ‘Haris? Haris la sangat Akid Irfhan oi.’ Tengku Akid senyum sendiri.

“Ok, kalau macam tu you bawak la Dahlia keluar. I mintak staff sediakan meeting room. Dah siap nanti, I call you.” Tengku Akid angguk. Kami keluar dari bilik Nia. Tengku Akid bawak aku ronda-ronda kawasan hotel D’Mewah. Banyak yang dia terangkan kat aku tapi aku diam je. Tak bagi reaksi. Mungkin dia bosan tengok aku diam je, lama-lama dia biar je aku tengok kawasan hotel sendiri. Aku pandang Tengku Akid bila dia panggil nama aku.

“Kau dah habis tengok belum?? Aku angguk.

“Jom! Nia dah panggil.” Aku berjalan menghampiri Tengku Akid dan kami sama-sama menaiki lif menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 38. Lebih kurang 12.30 tengah hari, mesyuarat selesai. Aku hanya mendengar dan kadang-kadang bila Nia mintak pendapat, aku cakap la apa yang terlintas kat kepala aku ni. OK ke KO ke, lantak dieorang la.

“So, how’s hotel Nia?”

“Lately ok. Tak banyak masalah pun. Cuma ada la hari tu maintenance service agak teruk. I dah buat complaint dengan majikan dieorang and now dah ok dah.”

“Ok. I know you can handle it. Kalau tak, takkan Haris ambik you jadi Manager kan.”

“Yeah. Don’t worry ok. If I have any problem I will refer you atau Haris. So, how’s Haris?”

“He’s ok. Benda dah lame Nia. I rasa dia dah lupekan pun.”

“Impossible Kid. Apa yang I dah buat dekat dia buat I rasa bersalah seumur hidup.”

“Nia, Haris dah lupekan semua tu. Haris bukan pendendam. Kalau die masih marahkan you, dia takkan jadikan you manager dekat D’Mewah ni.”

“Mungkin die kesian dekat I.” Nia Imelda mengeluh perlahan.

“Semua tu tak betul ok. Haris ambil you sebab you layak. Haris tu bukan jenis nak campurkan personal dengan kerja. I know him.”

“Haris dah ade pengganti ke?”

“Honestly, I tak tahu apa yang Haris fikir sekarang. Dia tak pernah cerita apa-apa dekat I selain kerja. Datin ada tanya I, kalau-kalau I tahu Haris kawan dengan siapa tapi I memang tak tahu. Lepas apa yang dah jadi dulu I tengok Haris macam dah takde hati nak cari pengganti.”

“I teruk kan. I jahat kan.”

“Dah la Nia. Tak gune pun you nak menyesal macam ni. I pun tak suka tengok Haris macam tu. Masing-masing umur dah meningkat. I pun nak tengok die ade pasangan yang boleh bahagiakan die. Mana tahu, you masih ade peluang. Just keep try ok.” Nia Imelda pandang Tengku Akid.

“Thank you Kid. Eh, kite ni asyik borak lupe ade Dahlia kat sini.” Nia Imelda pandang aku. Baru perasan aku tercongok kat sini. Tapi, aku dah macam dapat tangkap ape yang dieorang borak. Kalau tak salah la, Nia ni mungkin bekas kekasih Haris. Tapi tak cakap pulak kenape dieorang berpisah. Hurm..

“Eh takpe. Cik Nia borak je la dengan Tengku. Saye ok.” Aku senyum kat Nia. Cantik macam ni pun kena tinggal dengan Haris ke. Apa lagi Haris nak? Lelaki.. lelaki.. tak guna, tak guna, tak guna!! Eh, ternyanyi lagu Yuna pulak. Hikhik..

“Kid.. Kid..” Nia Imelda menyiku lengan Tengku Akid.

“Har!” Tengku Akid macam baru tersedar. Ape yang die buat tadi? Berangan la tu.

“Well, I know she’s beautiful, tapi takkan sampai macam tu kau tenung die.” Nia Imelda merapatkan tubuhnya dan berbisik di telinga Tengku Akid. Tengku Akid menoleh Nia Imelda. ‘Gulp! Nia nampak ke?’ Adoi Kid, tak reti nak cover langsung la.’

“Alaa, tak luak pun kan.” Tiba-tiba Tengku Akid bersuara. Entah ape yang tak luak entah.

“You bile nak kahwin ni? Dah lame you dengan Hanis. Takkan taknak ikat Hanis kot. You know what, kalau I dengan Hanis keluar macam nak tersembul biji mata lelaki yang pandang dia. You tak jeles ke?”

“Macam mana biji mata tak terkeluar kalau apa yang die pakai tu tak pernah nak cukup kain.”

“Oh please Kid. That’s fesyen ok.”

“Tak salah nak berfesyen Nia tapi bukan dengan cara dedah sane sini.”

“Hurm.. you know what, sure I kalah kalau lawan cakap dengan you. Surrender.” Nia Imelda mengangkat kedua belah tangan tanda mengalah. Tengku Akid hanya tersenyum. Handsome ok! Tapi tu la, senyuman tu tak pernah die nak bagi kat aku. Orang-orang terpilih je kot yang dapat senyuman maut die tu. Boleh blah la..

“I got to go now Nia. I ada hal after lunch nanti. Kimi is coming back and Hanis ajak I pergi airport sekali.”

“Yela. Hanis ade bagitahu I last week I think. Kirim salam dekat Kimi ye. Nah, report last month. Kang tak pasal-pasal kena patah balik sini lagi.” Nia Imelda menyerahkan fail berwarna kuning.

“Oh yela. Nasib baik you ingat. Anything problem call me ok.” Nia Imelda angguk. Bile aku tengok Tengku Akid dah berjalan nak menuju ke pintu aku menghampiri Nia Imelda.

“Cik Nia saya mintak diri dulu. Kalau ade ape saya salah cakap waktu meeting tadi, saya minta maaf.” Aku menghulurkan tangan. Nia tergelak sambil menyambut salam aku.

“It’s ok Dahlia. I tahu you belum biasa dengan kerja-kerja macam ni. At least you masuk tadi pun dah kira belajar jugak. By the way, I like you. I harap dapat jumpa you lagi.” Aku senyum.

“Terima kasih Cik Nia. Saya pun gembira dapat jumpa Cik Nia.”

“You better go now. Your handsome bos is waiting.” Nia Imelda memuncungkan mulutnya kearah pintu bilik. Aku angguk dan cepat-cepat beredar.


*********************************************************************

Kau dah makan?” Tengku Akid tanya aku waktu tu aku dengan die dah masuk dalam kereta dan nak balik hotel D’Legend.

“Dah.” Sepatah aku jawab.

“Aku nak makan.”

“Kalau Tengku nak pergi makan, Tengku hantar la saye balik hotel dulu.”

“Kau ingat aku driver kau ke ape? Senang-senang nak arah aku.”

“Saye bukan arah. Saye bagi cadangan. Jangan la Tengku salah sangke pulak.” Ish, geram betul. Pikir logik la, takkan aku yang kuli ni nak arah die macam-macam. Huh!

“Kalau aku malas nak hantar kau?” Tengku Akid saja nak kenakan aku ni.

“Takpe la Tengku. Tengku boleh berhenti kan saye kat tepi jalan. Saye tahan teksi je nanti.” Ambik kau! Ingat aku tak boleh hidup ke kalau tak naik kereta kau ni.

“Kau teman aku makan.” Soalan ke arahan? Aku yang keliru.

“Itu soalan atau arahan Tengku?”

“Kau kena, harus, wajib, perlu, patut teman aku makan. Faham?” Dah agak dah. Arahan!

“Tapi saya tak nak makan.”

“Aku suruh kau teman je. Dah diam. No more question.” Aku jeling mamat campur ni. Dah mula la perangai beruk die ni.

Telefon bimbit Tengku Akid berdering. Tengku Akid melihat pemanggil di skrin. Haris! ‘Adoi, Haris ni mesti nak Dahlia. Tak boleh la nak berenggang sekejap.’

“Haris call. Kalau dia tanye apa-apa aku nak kau cakap kite still kat D’Mewah ok."

“Tapi Tengku..”

“Kau ni kenapa suka nak membantah aku eh? Just do it” Mamat campur dah besarkan mata. Garangnya!!! Aku angguk laju-laju.

“Hello.”

“Kid, where are you?”

“Aku kat D’Mewah lagi ni. Kenapa Ris?”

“Oh, belum habis meeting ke. Aku nak cakap dengan Lia boleh?”

“Boleh. Kejap eh.” Tengku Akid menutup hujung telefon bimbit dengan tangan. Taknak bagi Haris dengar la tu.

“Ingat ape aku pesan tadi.”

“Iye!” Telefon bimbit bertukar tangan.

“Assalamualaikum Encik Haris.” Tengku Akid menjeling. ‘Amboi, lembutnya suare.’

“Waalaikumsalam. Lia kat mana tu?”

“Lia.. Lia..” Tengku Akid besarkan lagi mata dia. Huh!

“Lia kat D’Mewah lagi.” Tak pasal-pasal jadi penipu. Aku jeling Tengku Akid.

“Lamenya kat sane. Lia dah makan?”

“Er.. dah. Lia makan roti tadi.”

“Roti? Sampai bile boleh tahan. Abang ingat nak ajak Lia lunch kat luar tapi Lia kat sane lagi.”

“Oh yeke. Hurm .. tu la. Lame pulak kat sini.”

“Handphone Lia mane? Abang call tapi masuk voice mail.” Aku selongkar beg tangan aku. Aku tengok handphone yang Haris bagi aku malam tadi. Dah padam. Takde bateri kot.

“Takde bateri la Encik Haris. Lia lupa nak cas pagi tadi.”

“Takpe la. Nanti Lia dah balik hotel datang bilik abang ok.”

“Ok. Lia bagi telefon ni kat Tengku ye.” Aku hulur handphone tu kat Tengku Akid. Aku dengar je la dieorang borak. Pasal hotel. Tak lame lepas tu Tengku Akid matikan talian.

“Haris nak ape?”

“Kenapa Tengku nak tahu?”

“Saje.” Selambe je muke Tengku Akid.

“Kalau saye taknak bagitahu?”

“Kalau aku nak tahu jugak.”

“Ape yang Encik Haris nak dari saye takde kaitan dengan Tengku. Tengku dah suruh saya bohong Encik Haris saye ikut. Ape lagi Tengku nak?”

“Aku nak tahu ape Haris nak dari kau?”

“Tengku tak faham bahase ke? Tengku boleh kawal ape yang saye kena buat waktu saya bekerja. Tapi apa yang Tengku nak tahu sekarang itu hal peribadi saye dan Tengku takde hak nak tahu.” Aku dah mule tinggikan suare sikit.

“Ok fine! Ingat aku hadap sangat ke dengan cerita kau? Aku saje nak test kau.” Tengku Akid mencebikkan bibir.

Aku menjeling Tengku Akid. Asyik nak cari gaduh je dengan aku. Huh!


Thanks for reading..

2 comments:

  1. Really nice n3 Cik Writer! Akid is totally jealous!! Jgn mengalah ye Dahlia.. & jgn layan ego Akid yg tinggi melangit tu. Org mcm ni mmg kena jual mahal ckit biar dia tahu mcm mana nak respect hati & perasaan org perempuan. BTW, is Haris in love with Dahlia? Mcm ye je...but somehow, Ida still prefer Akid with Dahlia even though perangai Akid tu kadang2 mmg menyakitkan hati, usus, limpa dll.... Do continue ye Cik Writer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Ida. Tenkiu for the comment. comment yg sgt membine. Haris with Dahlia or Akid with Dahlia or Dahlia with a new guy?? Hikhik.. New character is coming..

      Delete