Aku dan Tengku Akid
melangkah masuk ke Hotel D’Mewah. Cantik dan besarmya lebih kurang macam
D’Legend jugak. Rata-rata pekerja yang berselisih dengan Tengku Akid mesti
tegur dia, cakap morning la, tanya khabar dan yang paling penting muka dia
berbeza habis. Senyum memanjang. Tapi kalau dia pandang aku, mula la keluar muka serius dia tu.
Agaknya Tengku Akid ni pakai topeng kot. Tu yang senang nak bertukar je. Hikhik..
“Tengku, Cik Nia mintak
terus pergi meeting room.” Gadis manis yang berada di hadapan kami menyampaikan
pesan dari Cik Nia. Sape pulak Nia ni?
“Cik Nia mane?” Tengku
Akid pulak bertanya.
“Cik Nia masih dalam
bilik.”
“It’s ok. Saya jumpa
Cik Nia dalam bilik dulu. You inform her first.”
“Baik. Tunggu sebentar
Tengku.” Aku tengok Tengku Akid angguk.
“Tengku, Cik Nia tunggu
dekat office.”
“Thank you. Jom!”
Tengku Akid pandang aku. Aku angguk je. Malas nak cakap dengan mamat campur ni.
Kami menaiki lif. Masing-masing diam. Bila la nak sampai ni. Lemas pulak aku
rasa satu lif dengan mamat berlagak ni. Tanpa pengetahuan Dahlia, Tengku Akid
Irfhan asyik merenungnya dari belakang. Rasa bersalahnya masih tebal. ‘Kasihan
Dahlia. Tak pasal-pasal aku buat dia menangis.’ Ting!! Mereka keluar apabila
tiba di tingkat 39. Dahlia mengikut Tengku Akid dari belakang. Tiba di sebuah
bilik, Tengku Akid berhenti dan mengetuk perlahan. Nia Imelda Binti Zulkifli –
Manager.
“Masuk!” Tengku Akid
dan aku masuk.
“Well, what a surprise?
Awalnya jejaka idaman Malaya sampai kat office I ni. You miss me ke?” Nia
Imelda bangun dari kerusi dan menghampiri kami.
“Miss you? In your
dream.” Tengku Akid sengaja berlawak.
“Yela. I tahu la I ni
siape. Nak di bandingkan dengan kekasih hati you tu.”
“Oh, please Nia. Don’t
start the story.”
“Real story ok. Eh,
kejap. Who’s this?” Hai, baru nak perasan aku ade ke. Aku ingatkan aku dah jadi
halimunan bile masuk bilik ni.
“Oh sorry. She is new
staff dekat D‘Legend. Dahlia.” Tengku Akid memperkenalkan aku dekat Nia. Aku
senyum dan menghulurkan tangan. Nia sambut. Lembutnya tangan. Cantik jangan
cakap la. Macam kacukan. Cantik sangat.
“Hai Dahlia, I Nia
Imelda. Just call me Nia atau Mel.”
“Hai Cik Nia. Panggil
saya Lia pun boleh.”
“Amboi, bukan main bos
you Kid. Bukan main cun staff baru dia ni.” Cun? Agak-agak la Nia ni.
“Are you jealous?”
“Dah tak larat nak
jealous dah. Hurm, kenapa you awal sangat ni? Meeting kan pukul dua belas.
Sekarang baru sebelas pagi cik abang.”
“Takpe, I bukan nak
meeting sekarang pun. I nak bawak Dahlia ronda-ronda kat D’Mewah. Haris mintak I
tolong bawak.” ‘Haris? Haris la sangat Akid Irfhan oi.’ Tengku Akid senyum
sendiri.
“Ok, kalau macam tu you
bawak la Dahlia keluar. I mintak staff sediakan meeting room. Dah siap nanti, I
call you.” Tengku Akid angguk. Kami keluar dari bilik Nia. Tengku Akid bawak
aku ronda-ronda kawasan hotel D’Mewah. Banyak yang dia terangkan kat aku tapi
aku diam je. Tak bagi reaksi. Mungkin dia bosan tengok aku diam je, lama-lama
dia biar je aku tengok kawasan hotel sendiri. Aku pandang Tengku Akid bila dia
panggil nama aku.
“Kau dah habis tengok
belum?? Aku angguk.
“Jom! Nia dah panggil.”
Aku berjalan menghampiri Tengku Akid dan kami sama-sama menaiki lif menuju ke
bilik mesyuarat di tingkat 38. Lebih kurang 12.30 tengah hari, mesyuarat
selesai. Aku hanya mendengar dan kadang-kadang bila Nia mintak pendapat, aku
cakap la apa yang terlintas kat kepala aku ni. OK ke KO ke, lantak dieorang la.
“So, how’s hotel Nia?”
“Lately ok. Tak banyak
masalah pun. Cuma ada la hari tu maintenance service agak teruk. I dah buat
complaint dengan majikan dieorang and now dah ok dah.”
“Ok. I know you can
handle it. Kalau tak, takkan Haris ambik you jadi Manager kan.”
“Yeah. Don’t worry ok.
If I have any problem I will refer you atau Haris. So, how’s Haris?”
“He’s ok. Benda dah
lame Nia. I rasa dia dah lupekan pun.”
“Impossible Kid. Apa
yang I dah buat dekat dia buat I rasa bersalah seumur hidup.”
“Nia, Haris dah lupekan
semua tu. Haris bukan pendendam. Kalau die masih marahkan you, dia takkan
jadikan you manager dekat D’Mewah ni.”
“Mungkin die kesian
dekat I.” Nia Imelda mengeluh perlahan.
“Semua tu tak betul ok.
Haris ambil you sebab you layak. Haris tu bukan jenis nak campurkan personal
dengan kerja. I know him.”
“Haris dah ade
pengganti ke?”
“Honestly, I tak tahu
apa yang Haris fikir sekarang. Dia tak pernah cerita apa-apa dekat I selain
kerja. Datin ada tanya I, kalau-kalau I tahu Haris kawan dengan siapa tapi I
memang tak tahu. Lepas apa yang dah jadi dulu I tengok Haris macam dah takde
hati nak cari pengganti.”
“I teruk kan. I jahat
kan.”
“Dah la Nia. Tak gune
pun you nak menyesal macam ni. I pun tak suka tengok Haris macam tu.
Masing-masing umur dah meningkat. I pun nak tengok die ade pasangan yang boleh
bahagiakan die. Mana tahu, you masih ade peluang. Just keep try ok.” Nia Imelda
pandang Tengku Akid.
“Thank you Kid. Eh,
kite ni asyik borak lupe ade Dahlia kat sini.” Nia Imelda pandang aku. Baru
perasan aku tercongok kat sini. Tapi, aku dah macam dapat tangkap ape yang
dieorang borak. Kalau tak salah la, Nia ni mungkin bekas kekasih Haris. Tapi
tak cakap pulak kenape dieorang berpisah. Hurm..
“Eh takpe. Cik Nia
borak je la dengan Tengku. Saye ok.” Aku senyum kat Nia. Cantik macam ni pun
kena tinggal dengan Haris ke. Apa lagi Haris nak? Lelaki.. lelaki.. tak guna, tak guna, tak guna!!
Eh, ternyanyi lagu Yuna pulak. Hikhik..
“Kid.. Kid..” Nia
Imelda menyiku lengan Tengku Akid.
“Har!” Tengku Akid
macam baru tersedar. Ape yang die buat tadi? Berangan la tu.
“Well, I know she’s
beautiful, tapi takkan sampai macam tu kau tenung die.” Nia Imelda merapatkan
tubuhnya dan berbisik di telinga Tengku Akid. Tengku Akid menoleh Nia Imelda.
‘Gulp! Nia nampak ke?’ Adoi Kid, tak reti nak cover langsung la.’
“Alaa, tak luak pun
kan.” Tiba-tiba Tengku Akid bersuara. Entah ape yang tak luak entah.
“You bile nak kahwin
ni? Dah lame you dengan Hanis. Takkan taknak ikat Hanis kot. You know what,
kalau I dengan Hanis keluar macam nak tersembul biji mata lelaki yang pandang
dia. You tak jeles ke?”
“Macam mana biji mata
tak terkeluar kalau apa yang die pakai tu tak pernah nak cukup kain.”
“Oh please Kid. That’s
fesyen ok.”
“Tak salah nak
berfesyen Nia tapi bukan dengan cara dedah sane sini.”
“Hurm.. you know what,
sure I kalah kalau lawan cakap dengan you. Surrender.” Nia Imelda mengangkat
kedua belah tangan tanda mengalah. Tengku Akid hanya tersenyum. Handsome ok!
Tapi tu la, senyuman tu tak pernah die nak bagi kat aku. Orang-orang terpilih
je kot yang dapat senyuman maut die tu. Boleh blah la..
“I got to go now Nia. I
ada hal after lunch nanti. Kimi is coming back and Hanis ajak I pergi airport
sekali.”
“Yela. Hanis ade
bagitahu I last week I think. Kirim salam dekat Kimi ye. Nah, report last
month. Kang tak pasal-pasal kena patah balik sini lagi.” Nia Imelda menyerahkan
fail berwarna kuning.
“Oh yela. Nasib baik
you ingat. Anything problem call me ok.” Nia Imelda angguk. Bile aku tengok
Tengku Akid dah berjalan nak menuju ke pintu aku menghampiri Nia Imelda.
“Cik Nia saya mintak
diri dulu. Kalau ade ape saya salah cakap waktu meeting tadi, saya minta maaf.”
Aku menghulurkan tangan. Nia tergelak sambil menyambut salam aku.
“It’s ok Dahlia. I tahu
you belum biasa dengan kerja-kerja macam ni. At least you masuk tadi pun dah
kira belajar jugak. By the way, I like you. I harap dapat jumpa you lagi.” Aku
senyum.
“Terima kasih Cik Nia.
Saya pun gembira dapat jumpa Cik Nia.”
“You better go now.
Your handsome bos is waiting.” Nia Imelda memuncungkan mulutnya kearah pintu
bilik. Aku angguk dan cepat-cepat beredar.
*********************************************************************
“Kau dah makan?”
Tengku Akid tanya aku waktu tu aku dengan die dah masuk dalam kereta dan nak
balik hotel D’Legend.
“Dah.” Sepatah aku
jawab.
“Aku nak makan.”
“Kalau Tengku nak pergi
makan, Tengku hantar la saye balik hotel dulu.”
“Kau ingat aku driver
kau ke ape? Senang-senang nak arah aku.”
“Saye bukan arah. Saye
bagi cadangan. Jangan la Tengku salah sangke pulak.” Ish, geram betul. Pikir
logik la, takkan aku yang kuli ni nak arah die macam-macam. Huh!
“Kalau aku malas nak
hantar kau?” Tengku Akid saja nak kenakan aku ni.
“Takpe la Tengku.
Tengku boleh berhenti kan saye kat tepi jalan. Saye tahan teksi je nanti.”
Ambik kau! Ingat aku tak boleh hidup ke kalau tak naik kereta kau ni.
“Kau teman aku makan.”
Soalan ke arahan? Aku yang keliru.
“Itu soalan atau arahan
Tengku?”
“Kau kena, harus,
wajib, perlu, patut teman aku makan. Faham?” Dah agak dah. Arahan!
“Tapi saya tak nak
makan.”
“Aku suruh kau teman
je. Dah diam. No more question.” Aku jeling mamat campur ni. Dah mula la
perangai beruk die ni.
Telefon bimbit Tengku
Akid berdering. Tengku Akid melihat pemanggil di skrin. Haris! ‘Adoi, Haris ni
mesti nak Dahlia. Tak boleh la nak berenggang sekejap.’
“Haris call. Kalau dia
tanye apa-apa aku nak kau cakap kite still kat D’Mewah ok."
“Tapi Tengku..”
“Kau ni kenapa suka nak
membantah aku eh? Just do it” Mamat campur dah besarkan mata. Garangnya!!! Aku
angguk laju-laju.
“Hello.”
“Kid, where are you?”
“Aku kat D’Mewah lagi
ni. Kenapa Ris?”
“Oh, belum habis
meeting ke. Aku nak cakap dengan Lia boleh?”
“Boleh. Kejap eh.”
Tengku Akid menutup hujung telefon bimbit dengan tangan. Taknak bagi Haris
dengar la tu.
“Ingat ape aku pesan
tadi.”
“Iye!” Telefon bimbit
bertukar tangan.
“Assalamualaikum Encik
Haris.” Tengku Akid menjeling. ‘Amboi, lembutnya suare.’
“Waalaikumsalam. Lia
kat mana tu?”
“Lia.. Lia..” Tengku
Akid besarkan lagi mata dia. Huh!
“Lia kat D’Mewah lagi.”
Tak pasal-pasal jadi penipu. Aku jeling Tengku Akid.
“Lamenya kat sane. Lia
dah makan?”
“Er.. dah. Lia makan
roti tadi.”
“Roti? Sampai bile
boleh tahan. Abang ingat nak ajak Lia lunch kat luar tapi Lia kat sane lagi.”
“Oh yeke. Hurm .. tu
la. Lame pulak kat sini.”
“Handphone Lia mane?
Abang call tapi masuk voice mail.” Aku selongkar beg tangan aku. Aku tengok
handphone yang Haris bagi aku malam tadi. Dah padam. Takde bateri kot.
“Takde bateri la Encik
Haris. Lia lupa nak cas pagi tadi.”
“Takpe la. Nanti Lia
dah balik hotel datang bilik abang ok.”
“Ok. Lia bagi telefon
ni kat Tengku ye.” Aku hulur handphone tu kat Tengku Akid. Aku dengar je la dieorang
borak. Pasal hotel. Tak lame lepas tu Tengku Akid matikan talian.
“Haris nak ape?”
“Kenapa Tengku nak tahu?”
“Saje.” Selambe je muke
Tengku Akid.
“Kalau saye taknak
bagitahu?”
“Kalau aku nak tahu
jugak.”
“Ape yang Encik Haris
nak dari saye takde kaitan dengan Tengku. Tengku dah suruh saya bohong Encik
Haris saye ikut. Ape lagi Tengku nak?”
“Aku nak tahu ape Haris
nak dari kau?”
“Tengku tak faham
bahase ke? Tengku boleh kawal ape yang saye kena buat waktu saya bekerja. Tapi
apa yang Tengku nak tahu sekarang itu hal peribadi saye dan Tengku takde hak
nak tahu.” Aku dah mule tinggikan suare sikit.
“Ok fine! Ingat aku
hadap sangat ke dengan cerita kau? Aku saje nak test kau.” Tengku Akid
mencebikkan bibir.
Thanks for reading..
Really nice n3 Cik Writer! Akid is totally jealous!! Jgn mengalah ye Dahlia.. & jgn layan ego Akid yg tinggi melangit tu. Org mcm ni mmg kena jual mahal ckit biar dia tahu mcm mana nak respect hati & perasaan org perempuan. BTW, is Haris in love with Dahlia? Mcm ye je...but somehow, Ida still prefer Akid with Dahlia even though perangai Akid tu kadang2 mmg menyakitkan hati, usus, limpa dll.... Do continue ye Cik Writer.
ReplyDeleteTenkiu Ida. Tenkiu for the comment. comment yg sgt membine. Haris with Dahlia or Akid with Dahlia or Dahlia with a new guy?? Hikhik.. New character is coming..
Delete