Tuesday, 10 December 2013

METEOR GARDEN ~ F4


Assalamualaikum & Salam sejahtere u olsss..

Tetibe mood rajin nak menaip datang plak. Layan kan je laa.. Hikhik..

Title of the post "METEOR GARDEN". 

Sesape yang tak pernah tengok atau layan drama nih memang la amat rugi. (Tapi, takde la rugi sangat pun kan.. Hikik..)

Tak silap Dya, waktu drama ni tayang kat NTV7 Dya still in secondary skul tapi tak sure la form bape. Waktu tu, memang giler sangat dengan drama nih. Setiap petang memang tak pernah miss la. Memang dah tercongok depan tb. Ape tak gilernye, selain story way die yang memang menarik, Dya jugak tergile sangat kat F4 especially Jerry & Vic Zhou. (Handsomenyerrr!!)

So, sesape yang tak pernah follow cite nih Dya nak share skit sinopsis drama ni la.

Shan Cai (Barbie Hsu) adalah gadis yang lahir dari keluarga miskin. Dia dapat peluang masuk dan belajar di  Ying De University, sekolah swasta yang ditubuhkan semata-mata untuk pelajar yang kaya. Selain dihina oleh rakan-rakan sekelas yang kaya, dia telah menimbulkan kemarahan pemimpin F4, Dao Ming Si (Jerry Yan). F4 terdiri daripada Dao Ming Si (Jerry Yan), Hua Ze Lei (Vic Zhou), Xi Men (Ken Zhu), dan Mei Zuo (Vanness Wu), yang merupakan waris kepada empat keluarga terkaya. Keluarga mereka adalah pengasas sekolah dan tiada siapa yang berani untuk melawan mereka. Shan Cai tidak takut untuk menentang Dao Ming Si dan tanpa di duga, satu perbuatannya telah membuatkan Dao Ming Si jatuh hati padanya. Boleh di katakan setiap hari Shan Cai di seksa dan sengsara. Dan pada saat itulah, seorang lelaki kacak dan lembut sentiasa membantu Shan Cai. Lelaki itu adalah dari salah seorang anggota F4 juga iaitu Hua Ze Lei. Dalam diam Shan Cai jatuh cinta pada Hua Ze Lei kerana Hua Ze Lei sentiasa menyelamatkannya. So, bolehkah Shan Cai menerima cinta Dao Ming Si yang selalu nak buli dia atau adakah Hua Ze Lei juga mempunyai perasaan yang sama macam Shan Cai? Apa yang berlaku apabila ibu Dao Ming Si memutuskan untuk menggunakan setiap helah untuk memastikan hubungan Dao Ming Si dan Shan Cai berantakan? Bolehkah Dao Ming Si & Shan Cai menyesuaikan diri dengan perbezaan antara satu sama lain kerana status sosial yang tidak serasi dengan mereka? 

So, lebih kurang macam tu la jalan ceritenye. Dya memang suke sangat dengan karakter masing-masing. Watak Jerry Yan, lelaki kaya yang kasar, ego, sombong dan yang sangat menyampah. Tapi, bile die dah fall in love dengan Shan Cai, watak die jadi seorang yang sangat protector. Dan die sangat setie dengan Shan Cai walaupun bermacam-macam dugaan yang datang.

Itu part Dao Ming Si, watak Hua Ze Lei pun Dya sangat suke! Watak yang sangat sesuai dengan muke Vic Zhou. Watak lelaki kaya yang tak banyak cakap dan jugak sangat melindungi Shan Cai. Die selalu ade bile Shan Cai dalam keadaan susah. Dan yang penting, die sangat Encem!! Hikhik..

Oh yek, opening & closing lagu pun sangat BEST! Walaupun Dya idok pahe bahase Cine tapi Melodi die sedap je di dengar. Kire, best la tu kan..

Cerite ni jugak ade macam-macam version. Yang paling latest tak silap Dya, version dari Korea. Boys over Flower. Semestinye bagi Dya la, METEOR GARDEN THE BEST!!

Kesimpulannye, drama nih memang BEST! Tak kire la season 1 atau season 2. Dedue pun Dya suke dan sangat touching bile tengok balik.

Sesape yang memang tak pernah layan citer nih atau nak refresh balik, Dya selitkan pic-pic dowang hokkey!! Layan..


Jerry Yan as Dao Ming Si


Vic Zhou as Hua Ze Lei

Ken Zu as Ximen

Vanness Wu as Meizhuo

Barbie Hsu as Shan Cai

Love them so much!!

2 comments:

  1. Dear Dya...really miss your n3!! Guess what? Ida mmg layan criter ni dulu. Siap ada 1 set of CD & beli some of the merchandise 4 drama ni lagi. At that time., group F4 mmg tgh hot kat Taiwan & Hong Kong. Kalah K-pop tau! Masa tu Ida & my sister mmg minat giler kat drama ni especially si Jerry Yan tu! Ida tgk drama tu kat tv Singapore but x sure tahun brape. Dua2 season pun Ida tgk tapi my favourite is the 1st season. Setuju dgn Dya, lagu2 die pun mmg best sampai boleh la nyanyi sikit2 walaupun x faham bahasa mandarin. Giler kan? Apa2 pun rasa sedih pulak bila yr story kena hold dulu. Tapi kalau rajin, pls post the teaser ye Dya. Thank u so much!! See u soon Dya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu my Ida.. Dya baru ade kesempatan nk rply nih. Waaaa!! kite same kapla nih. Boleh get along. Kihkih.. Tapi drama ni mmg best dan terbest la kan. Actually, Dya pun lebih suke pada season 1. Teaser Bukan Cinta Biasa??? InsyaAllah, kalau ade kesempatan Dya postkan ye cayunk.

      Delete