Monday, 28 October 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 43


Cantik sangat Lia pakai baju ni. Kena adjust sikit-sikit je ni Maya.” Datin Sharifah Sofiya menghampiri aku dan menarik kain yang agak terlebih di bahagian pinggang aku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku tengok diri aku kat depan cermin besar. Memang cantik gaun moden yang Maya jahit ni. Aku tak tahu pun Datin dah siap tempah gaun ni pertengahan bulan lepas. Mesti mama yang bagi ukuran badan aku dekat Datin.

“Itu senang je Datin. Ahad depan kan majlisnya?”

“A’ah. Auntie tahu Maya sempat siapkan.”

“Esok ke lusa dah boleh siap Datin.” Datin Sharifah Sofiya senyum.

“Hari tu auntie dah bagi ukuran yang betul kat Maya kan, macam mana boleh longgar lagi ni?” Kan dah agak dah.

“Anak dara ni makin kurus kot Datin.” Aku senyum. Makin kurus? Ye ke?

“Macam mana Ris? Ok tak?” Aku tengok Haris. Haris diam je. Soalan Datin Sharifah Sofiya langsung tak berjawab.

“Haris!” Datin Sharifah Sofiya menyiku lengan Haris. Terkebil-kebil aku tengok mata Haris.

“Ye mama. Cantik mama.” Aku, Datin Sharifah Sofiya dan Maya tergelak.

“Mama cantik?” Haris sengih.

“Mama tanya, kamu rasa baju Dahlia macam mana? Ok?” Haris senyum.

“Cantik sangat. Padan dengan Lia.” Aku tunduk malu.

“Hurm, ok la kalau Ris pun suka. Dah siap nanti Maya call auntie ye. Auntie suruh Pak Mail ambilkan.”

“Baik Datin.”

“Ok la Maya, auntie balik dulu. Nak pergi florist. Nak confirmkan tempahan bunga pulak.” Maya angguk. Aku, Datin Sharifah Sofiya dan Haris keluar dari Butik Maya. Kami masuk ke dalam kereta kereta mewah Haris dan kereta Haris terus meluncur laju di atas jalan.

“Mama order bunga kat mana?” Haris bertanya.

“Indah florist. Dekat Hartamas sayang.” Haris angguk kepala.

“Haris dah bagi kad jemputan dekat kenalan Haris ke?” Datin Sharifah Sofiya bertanya.

“Dah mama, cuma ada lagi suku la belum dapat nak bagi lagi.” Datin Sharifah Sofiya pula angguk.

“Dahlia diam je. Dahlia ok tak?” Aku angguk.

“Kalau ada apa yang Dahlia tak suka ke, tak berkenan ke, bagitahu auntie ok.”

“Lia tak kisah auntie. Apa pun yang auntie pilih, Lia suka je.” Mata Haris sempat menjeling pada aku yang duduk di belakang. Aku pura-pura tak perasan dan membuang pandangan ke luar.


*********************************************************************

Baru nak nampak rumah Nora? Aku ingat kau dah tak ingat jalan nak balik rumah.” Nora yang baru pulang terus masuk ke dalam bilik. Azlina mengikutnya dari belakang dan belum sempat Nora menutup pintu biliknya, Azlina sudah pun masuk bersama.

“Mak nak apa? Aku penat la, aku nak rehat.”

“Penat? Hei Nora! Kau dari mana har! Dengan pakaian kau yang macam ni. Kau tak malu ke?  Tak malu apa yang jiran-jiran kita akan cakap.”

“Pedulikan la mak. Kita tak mintak duit diaorang pun nak makan.”

“Senang la kau cakap kan, sebab kau tak duduk dalam rumah ni. Caci keji diaorang, aku yang kena tadah telinga ni tahu!”

“Mak nak apa dari aku sekarang ni har? Duit aku bagi, makan aku bagi, apa lagi yang tak cukup? Nak harapkan suami mak yang tak boleh pakai tu, memang kebulur la kita.”

“Kau cakap apa ni?” Azlina pandang Nora. Nora mencebik.

“Dulu sebelum dia nak kahwin dia kata dia nak bolot semua harta bini baru dia. Lepas dia dah dapat harta perempuan tu, dia kata dia akan ceraikan perempuan tu. Tapi apa yang jadi sekarang mak? Satu sen pun kita tak dapat. Dia bohong mak lagi ada. Dasar lelaki penipu!”

“Sudah la Nora, mak tak nak Nora cakap pasal dia lagi.”

“Itu lah mak, baik sangat dengan dia. Patutnya, mak ugut dia. Mintak duit kat bini baru dia tu. Ini tak mak diam je. Kita susah macam ni, ada dia nak ambil tahu. Makin bersenang lenang la dia dengan harta dan bini baru dia.” Azlina diam kerana semua yang di katakana Nora memang benar.

“Oh ye, sebelum aku terlupa aku nak bagitahu mak, aku jumpa anak tiri mak.” Azlina pandang Nora.

“Dahlia?” Nora angguk.

“Kat mana kau jumpa dia?”

“Kat KL la. Tapi tu tak penting, yang penting dia dah nak bertunang.”

“Dia jemput kau?”

“Mustahil la dia nak jemput aku tapi bakal tunang dia yang jemput. Kalau mak tahu siapa bakal tunang dia, mesti mak terkejut.”

“Siapa?” Azlina makin teruja nak tahu.

“Bakal tunang dia, antara pemilik hotel yang terbesar kat KL ni.” Terbeliak mata Azlina dengar.

“Betul ke?” Nora angguk.

“Bertuah kan dia mak. Aku yang ke hulur, ke hilir cari lelaki kaya nak buat laki pun tak untung macam dia.”

“Mungkin ini balasan kita Nora.” Perlahan suara Azlina mengeluh.

“Apa mak cakap ni?”

“Yela, dulu aku menggatal dengan bapak dia. Aku rosakkan rumah tangga Rohani. Sekarang, Rohani dah hidup senang tapi kita, entah apa la nasib kita.”

“Mak, ini bukan balasan buruk untuk kita. Cuba mak fikir, kita boleh tumpang kesenangan Dahlia. Kita boleh cakap kat bakal tunang Dahlia yang kita ada pertalian saudara. Senang kan!” Azlina pandang Nora.

“Cukup Nora! Jangan kau nak buat yang bukan-bukan pada Dahlia. Cukup-cukup la kau ganggu kebahagiaan orang. Aku tak nak kau jadi macam aku Nora.” Nora tergelak.

“Mak, mak! Mak nak nasihatkan aku? Maaf la mak. Kalau mak tak nak hidup senang, tak apa. Aku pun tak paksa mak ikut cadangan aku ni. Tapi, bila aku dah senang nanti, mak jangan nak tumpang senang aku.”

“Insafla Nora. Aku tak kisah kau nak kerja apa sekali pun. Kau ingat aku tak tahu, apa kau buat kat luar tu. Aku tahu Nora tapi apa daya aku nak melarang kau. Kau dah besar, dah matang dan kau boleh fikir mana yang baik dan buruk. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari, macam apa yang aku rasa sekarang.”

“Dah la mak! Tak payah nak bagi ceramah dekat aku. Aku takkan biar Dahlia hidup senang lenang sedangkan aku hidup susah macam ni. Ingat mak, aku takkan pijak rumah ni selagi aku tak berjaya hancurkan kebahagiaan Dahlia. Dia tak boleh hidup senang mak!” Nora ambil beg tangannya dan keluar semula dari rumah. Azlina hanya mampu menangis melihat perangai Nora yang tak ubah sepertinya waktu dia muda dahulu. ‘Maafkan aku, Rohani. Aku bersalah pada kau dan abang Nordin.’ Azlina menangis lagi.


*********************************************************************

Oh lelaki idaman

Memang kamu tak ada yang lain

Semua gambaran idola

Segalanya ada padamu

Oh Semenjak denganmu

Semua gundah menjadi berubah

Yang hilang semua tentang cinta

Kembali tumbuh d hati.. 


Layan pulak aku dengar lagu Melly Goeslow ni. Lelaki idaman yang ada dekat kepala aku ni tak lain tak bukan Tengku Akid la kan. Hikhik. Aku agak dah 3 hari aku tak jumpa Tengku Akid. Tengku Akid cakap dia ada urusan dekat Langkawi. So, dia ambil cuti dalam 4 hari macam tu. Mesti pasal resort yang dia nak buat tu la. Hujung minggu ni, aku akan bertunang dengan Haris. Gementar sangat aku rasa. Aku tahu mesti Tengku Akid pun susah hati pasal majlis tu. Jadi, aku tak boleh tunjuk yang aku pun susah hati depan dia. Aku kena teruskan pertunangan ni macam yang di rancang. Lamunan aku mati bila dengar suara Haris interkom aku.

“Lia, masuk kejap.”

“Baik Encik Haris.” Macam biasa, aku capai diari dan pen lepas tu masuk bilik Haris.

“Ye Encik Haris.”

“Duduk.” Aku duduk.

“Hujung minggu ni majlis tunang kita. So, abang nak Lia ambil cuti start dari jumaat.” Aku garu kepala.

“Awalnya? Lia rasa kalau tak ambil cuti pun tak apa kan.”

“Mama yang suruh. Mama tak nak muka Lia nampak penat waktu majlis tu nanti.” Aku angguk.

“Oh, macam tu ke. Kalau Encik Haris dah cakap macam tu, Lia ikut je la.”

“Lagi satu, next week Ardina dah start masuk kerja. So Lia ok kan masuk department HR balik?” Laju kepala aku naik dan pandang Haris. Har! Cepatnya 2 bulan. Kak Dina nak balik dah. Yahoo!

“Dah 2 bulan ke Encik Haris? Cepat kan?” Haris angguk.

“Tu la, abang pun rasa macam cepat je. Tadi pagi Nad call abang cakap pasal benda ni memang abang terkejut sangat. Tak sangka dah hampir 2 bulan Lia kerja dengan abang.” Aku angguk.

“So far, abang sangat suka dengan kerja Lia. Lia cepat belajar dan tak ada apa yang abang nak komplen kerja Lia.” Aku senyum. Suka la kerja kita kena puji kan. Hikhik..

“Tapi, lepas ni susah sikit la abang nak tengok muka Lia dah. Lia dah duduk kat HR balik.” Yes! Itu yang aku nak. Hikhik.. Jahat betul la Lia ni.

“Lia nak terima kasih kat Encik Haris sebab Encik Haris banyak bagi tunjuk ajar kat Lia waktu Lia jadi secretary Encik Haris.” Haris senyum.

“Itu memang tanggungjawab abang Lia. Ok la, Lia boleh keluar. Jangan lupa, jumaat ni Lia cuti ok.” Aku angguk.

“Lia keluar dulu Encik Haris.” Haris angguk. Aku keluar dan terus duduk kat kerusi aku. Maksudnya esok, aku last kerja. Jumaat aku dah cuti. Dapat ke aku jumpa Tengku Akid eh? Aku capai telefon bimbit dan tekan nombor Tengku Akid tapi tak dapat. Di luar kawasan. Hurm..


*********************************************************************

Hari ni hari Khamis. Banyak benda yang aku nak kena selesaikan. Memandangkan hari ni aku last bekerja sebab esok nak cuti dan aku last bekerja sebagai setiausaha Haris. Nasib baik Qisha banyak membantu. Mungkin sebab kerja dia pun kurang sebab bos dia yang hensem tu belum balik dari Langkawi lagi. Rindunya aku kat Tengku Akid tak payah cakap la. Dari semalam aku call tak dapat sampai tertidur aku di buatnya. Pagi tadi aku tengok ada missed call kat handphone. Dari Tengku Akid la. Mesej pun ada. Bila aku cuba nak call balik, dia tak angkat pulak. Hurm, sibuk sangat la tu. Tak kisahla dia tak nak jawab, asalkan dia berada dalam keadaan yang selamat.

“Ok, settled!”

“Thank you Qisha. Awak banyak sangat tolong Lia.”

“No hal la Lia. Lia pun tahu kan Qisha free. Al maklumlah, my bos yang kacak bergaya tu cuti.” Aku angguk.

“Qisha, boleh tak Lia nak tanya something?”

“Apa?” Qisha pandang aku.

“Kalau la bos Qisha tu single, Qisha boleh ke jatuh hati kat dia?”

“Oh my! Soalan apa ni Lia. Of course la boleh. Well, walaupun sekarang Tengku ada Cik Hanis tapi itu semua tidak mengganggu perasaan Qisha pada Tengku tahu!” Besar mata aku dengar jawapan Qisha.

“Tapi kan, sejak Qisha jadi secretary Tengku ni Qisha tak pernah nampak muka Tengku happy kalau jumpa Cik Hanis. Sama ada reaksi dia biasa atau dia macam tak suka kalau Cik Hanis datang.” Aku angguk.

“Kadang-kadang Qisha rasa Tengku tu terpaksa sukakan Cik Hanis. Entah la, who know’s kan.” Aku diam dan dengar je.

“Har! Tapikan ada satu kali ni perangai Tengku memang pelik habis. Tak silap Qisha, waktu tu yang Tengku ambil EL 3 hari tu.” Aku tersentak.

“Kenapa dengan dia?”

“Balik dari EL tu Tengku jadi romantik gila! Tak pernah la Qisha tengok dia macam tu. Dia cakap lembut je dengan Qisha. Lepas tu pulak, muka dia berseri-seri. Macam baru balik honeymoon.” Nak tergelak aku dengar. Baru balik dari honeymoon? Hikhik..

“Eh, kenapa Lia banyak tanya pasal Tengku ni? Hurm, ni kes dah syok jugak la ni. Baru dua bulan duduk atas dah tangkap cintan kat Tengku eh.” Qisha tersengih-sengih. Aku hanya mampu ketawa. Kalau la Qisha tahu apa yang dah jadi antara aku dengan bos dia, mesti dia terkejut gila la.

“Tak ada la. Saja je tanya. Saja nak borak dengan Qisha.”

“Ala, kalau dah tersangkut pun apa salahnya. Ops!’ Tiba-tiba Qisha macam teringat sesuatu.

“Kenapa?” Pelik aku tengok Qisha.

“Lia mana boleh syok kat Tengku, hujung minggu ni kan Lia nak jadi tunang Encik Haris dah. Beruntung betul Lia kan.” Aku senyum. Senyum paksa.

“Lepas kahwin nanti Lia dah tak kerja sini la kan. Ye la, dah jadi mem besar kat banglo Encik Haris tu.”

“Ish Qisha ni, sampai ke situ pulak. Bertunang pun belum.”

“Agak-agak ikat berapa lama?” Aku angkat bahu. Aku memang tak tahu dan tak ambil tahu.

“Semua tu mama Lia yang bincang dengan Datin. Lia memang tak tahu apa.” Qisha pulak anggukkan kepala.

“Lunch nanti Qisha join Lia dengan HR eh. Lia nak belanja makan.”

“Are you sure?” Aku angguk.

“Sempena nak bertunang eh?”

“Hurm, sempena.. apa-apa la. Jangan lambat tau.”

“Ok Cik Dahlia. Orang nak belanja haruslah cepat.” Aku dan Qisha sama-sama ketawa.


*********************************************************************

So, today last day you kerja kan?” Ruby pandang aku. Aku angguk sambil menyedut jus mangga di hadapan aku.

“Today jugak last day Cik Dahlia bergelar single.” Nad, Ruby, Alya, Suraya dengan Qisha ketawa. Amboi! Bukan main suka lagi diaorang ni.

“Suka eh korang semua ketawakan Lia.”

“Dear, you lucky sangat tahu. Tapi, memang dari dulu kiteorang semua dah agak yang Encik Haris tu syok kat you. You je yang suka nak nafikan.” Aku tunduk. Memang apa yang Nad dan lain-lain usik aku dulu dah jadi kenyataan.

“Lia pun tak sangka. Yela, siapa la Lia nak di bandingkan dengan family Encik Haris. Kalau nak di ikutkan, Lia ni memang tak layak langsung!”

“Lia, this is your destiny. Takdir yang bawak you dengan your mum dari kampung. Lepas tu, kerja dengan family Encik Haris dan takdir jugak yang buat Encik Haris jatuh hati pada you.” Aku pandang Nad. Perlahan aku angguk. Takdir!

“Kiteorang semua tumpang happy dengan you. And lagi happy sebab lepas ni you dah balik department HR.” Aku senyum.

“Tapi tu la kan, nanti bila you dah kahwin, mesti Encik Haris tak bagi you kerja. Kerja pun goyang kaki je la kat rumah.” Qisha mencelah. Yang lain semua ketawa.

“Hurm, makan lah cepat. Dah nak dekat pukul 2 ni. Tadi yang Lia tapaukan untuk Nani tu mana eh?”

“Tu, kat Alya tu.” Alya angkat tangan kanannya.

“So, kalau balik karang Lia tak sempat nak jumpa korang semua, Lia jemput sekarang eh. Ahad ni pukul 8.00 malam dekat banglo Encik Haris. Sorang pun tak boleh lambat tahu.”

“Iye! Jangan risau. Mesti la kitaorang nak tengok majlis tunang you. Mesti grand tak hengat!” Kata-kata Nad di sokong semua kawan-kawan aku yang lain.

“Grand ke tak grand, itu Lia tak tahu. Semua tu bukan di bawah kawalan Lia.”

“Ala, sure grand punya. First son Datin nak bertunang kan, mestilah hebat.” Aku angkat bahu. Selepas membayar semua bil makanan, kami semua keluar dari restoran dan menuju ke pejabat.


To be continue..

Thanks for reading..

Sunday, 27 October 2013

I'M SO SORRY READERS..


Assalamualaikum to all my readers..

Just nak inform today 28/10/2013 (Monday) Dya tak dapat nak post new entry.

Sebab.. kerja agak banyak. Huhu..

Honestly, Dya pun mish kat Tengku Akid & Dahlia. Hurm..

Tapi don't worry, insyaAllah new entry akan di update by this week jugak.

So, jangan jemu follow my blog yer..

This special entry for my special readers : Afidah Azmi, ida, baby mio & others yang sudi nak baca BUKAN CINTA BIASA.

Thanks for reading!


Thursday, 24 October 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 42


Assalamualaikum mama!” Mama yang sedang menonton tv menoleh ke arah aku.

“Waalaikumsalam. Lewat Lia balik hari ni.”

“Ada kerja sikit. Dah cuti lama, kerja berlambak la kat office tu.” Mama menganggukkan kepala.

“Lia mandi dengan solat dulu, nanti mama sediakan makan.”

“Tak payah ma. Mama rehat je. Kalau Lia nak makan nanti Lia buat sendiri.” Aku duduk sebelah mama.

“Hujung minggu ni Datin nak bawak Lia pergi butik. Datin nak tempah baju tunang Lia.” Aku pejam mata. Lepas satu, satu masalah yang timbul. Belum selesai masalah tunang, Nora pulak muncul dalam hidup aku.

“Dahlia, kamu dengar tak?” Mama menepuk peha aku. Aku bukak mata.

“Dengar ma. Lia, ada benda nak cerita dengan mama tapi Lia tak tahu nak cakap ke tak?”

“Ni dah kenapa? Pasal majlis Lia ke? Lia belum sedia?” Aku geleng kepala. Mama menghela nafas perlahan.

“Dahlia, kalau Lia rasa mama boleh kurangkan beban Lia, Lia cerita kat mama. Mama selalu ada nak dengar cerita Lia walaupun cerita Lia tu tak best!” Aku gelak sikit.

“Mama ni! Mama nak tahu tak, Lia.. Lia jumpa Nora.” Terkejut Rohani dengar.

“Nora anak makcik kamu?” Aku angguk.

“Siapa lagi ma yang kita kenal nama Nora.”

“Lia jumpa kat mana?”

“Tadi, lepas Lia balik makan tengah hari kat luar. Lia terserempak dengan dia. Dia tak cam Lia pun. Lia pun tak tegur dia tapi Lia tahu itu dia.” Aku bohong mama. Aku tak nak mama risaukan aku.

“Tak apa la kalau Lia dengan dia tak bertegur sapa. Harap-harap lepas ni Lia tak jumpa dengan dia dah.” Aku angguk. Lia pun harap yang sama mama.

“Sebab tu la muka anak mama ni risau sangat. Dah la, tak usah nak fikir pasal orang yang tak penting dalam hidup kita. Lia ada masa depan yang lebih cerah lepas ni. Itu semua masa lalu kita dan mama nak Lia buang jauh-jauh. Dah, pergi mandi.” Aku toleh muka kat mama.

“Mama, doakan yang terbaik buat Lia ye dan Lia harap sangat masa depan Lia cerah dengan lelaki yang Lia cinta.”

“Mama selalu doakan Lia sayang.” Mama memeluk aku. Doakan kebahagiaan Lia dengan Tengku Akid ye mama.


*********************************************************************

Good day miss , may I help you?” Nora meletakkan beg tangannya di meja kaunter. Nora membuka cermin mata hitam dan menyangkutnya di atas kepala.

“I nak jumpa Tengku Akid Irfhan.”

“Cik ada buat appointment ke?” Nani menyoal.

“Hurm, tak ada tapi you boleh bagitahu dia yang I ni secretary Dato’ Ruslan and I nak pass some document dekat dia. Arahan dari Dato’.” Nani mengangguk.

“Tunggu sebentar Cik, saya call Tengku dulu.” Nora pula mengangguk. Nani interkom Qisha.

“Kak, boleh tak tolong inform kat Tengku, secretary Dato’ Ruslan nak jumpa dengan dia. Dato’ Ruslan suruh secretary dia pass dokumen dekat Tengku.”

“Kejap lagi akak call Nani. Akak tanya Tengku dulu.” Qisha mematikan talian dan interkom Tengku Akid.

“Tengku, secretary Dato’ Ruslan ada kat bawah. Dia kata Dato’ suruh hantar dokumen dekat Tengku. Boleh Qisha suruh dia naik?” Tengku Akid menekan butang CCTV. ‘Nora? Sejak bila pulak kau jadi secretary Dato’ Ruslan ni?’ Tengku Akid garu kepala yang tak gatal.

“Panggil dia naik Qisha.”

“Ok Tengku.”      

“Cik, naik tingkat 40 dan pusing sebelah kiri. Cari Cik Qisha, secretary Tengku Akid.” Nora angguk dan terus menuju ke lif. Nora menekan butang lif dan terus masuk apabila pintu lif terbuka. Jarinya menekan butang 40.

‘Apa la kerja kau dekat sini Lia? Kerja apa yang kau boleh buat dengan lulusan kampung kau tu? Entah-entah kau jadi cleaner je kat sini? Memang itu pun yang layak untuk kau!’ Nora ketawa dalam hati. Pintu lif terbuka apabila sampai di tingkat 40. Nora keluar dan mencari Qisha.

“Cik Qisha ke?” Qisha mendongak.

“Secretary Dato’ Ruslan?” Nora angguk.

“Tunggu sebentar, saya tanya Tengku kejap.” Nora angguk lagi. Nora duduk di sofa yang berada di tepi Qisha. Tak lama kemudian Qisha mengarahkan Nora masuk.

“Duduk kat sofa tu dulu.” Belum sempat Nora cakap apa-apa, Tengku Akid dah bersuara. Nora duduk dan menyilangkan kakinya ke atas. Nora sengaja menarik skirtnya naik ke atas. Nora pandang Tengku Akid tapi Tengku Akid langsung tak pandang. Mata Tengku Akid tekun mengadap skrin laptopnya. Nora merenung Tengku Akid. ‘Hensem betul dia hari ni! Kemeja ungu gelap memang kena dengan kulit dia yang putih tu.’ Jiwa Nora tak keruan melihat wajah kacak Tengku Akid. Makin kuat naluri Nora ingin menjadikan Tengku Akid miliknya.

“Bila masa kau jadi secretary Dato’?” Nora tersentak. ‘Dia tahu ke aku yang datang? Tapi dari tadi dia langsung tak pandang aku.’

“Maksud Tengku?”

“Kau nak apa datang sini?” Tengku Akid masih tekun menekan sesuatu di papan keyboard.

“Dato’ Ruslan mintak I hantar dokumen dekat Tengku.” Tengku Akid berhenti menaip. Tengku Akid menyandarkan badannya di kerusi sambil matanya di pejamkan.

“Sejak bila kau jadi secretary Dato’ Nora?” Tengku Akid bangun dan menuju ke sofa. Nora terkejut.

“Tengku tahu I yang datang?”

“Itu tak penting! Kau nak apa ni? Straight to the point. Aku banyak kerja lagi nak buat.” Nora diam. ‘Berlagak betul Tengku Akid ni!’

“Sebenarnya, I.. I nak cari Lia. Boleh Tengku bawak I jumpa Lia?” Tengku Akid ketawa.

“Kau ni mana satu? Tadi kau cakap dengan recep kat bawah kau nak jumpa Tengku Akid Irfhan. Bila Tengku Akid Irfhan dah ada depan mata kau, kau cakap nak jumpa Dahlia pulak. Tell me, which one you want?” Tengku Akid duduk berhadapan dengan Nora. Nora telan air liur.

“Ok, biar I terus terang. I memang nak jumpa you. First time I jumpa you, I dah jatuh hati pada you. I tak pernah jumpa lelaki macam you. I.. I nak kenal you dengan lebih rapat lagi.” Tengku Akid tersengih.

“What for?”

“Well, you belum kenal I lagi. I sure, lepas you kenal I, you akan suka dengan I. I tahu you dah ada someone special tapi I tak kisah sebab I betul-betul dah sukakan you.” Kali ni Tengku Akid tergelak.

“Kau sukakan aku atau duit aku?” Nora pandang Tengku Akid. Memang Nora tak nafikan, selain kekacakan, duit dan harta Tengku Akid juga menjadi buruannya.

“You tak payah la nak cakap pasal duit. I boleh dapat duit sekelip mata je la. Tapi, I nak you! I yakin you boleh bimbing I ke arah hidup yang lebih baik.” Tengku Akid pandang Nora.

“Hei! Aku dah banyak la jumpa perempuan macam kau ni tahu tak. Kau tak payah nak berlakon baik dekat sini. Kau keluar sekarang, aku tak nak tengok muka kau dekat sini.”

“Kenapa you ni berlagak sangat har!”

“Eh, suka hati aku la! Aku tak pernah kacau hidup kau. Kau yang tak malu, terhegeh-hegeh datang dekat aku. And for your information, kekasih aku beribu kali lagi baik dan bagus dari kau!” Nora mengetap gigi. Marah dan malu dengan kata-kata Tengku Akid.

“Now! Get out from my office and my life.” Tengku Akid menunjukkan pintu pada Nora. Nora menahan perasaan marah dan malunya.

“Ok, fine! You tak payah la nak marah I sangat. You ingat you sorang je lelaki yang hensem, kaya kat dunia ni. Ini Nora la! Sekali I petik, beratur lelaki nakkan I.”

“Then, go! Pergi lah kat lelaki yang beratur nakkan kau tu. Stay away from my life! Hidup aku dah bahagia dah dan kau tak payah nak create masalah pulak.”

“We’ll see Tengku. I takkan menyerah. Bila I cakap I nak kan you, memang you yang I nak sampai I dapat.” Nora keluar dari bilik Tengku Akid. Tengku Akid duduk di atas sofa dan meraup wajahnya. Nora menuju ke lif. Lif terbuka dan Nora masuk.

“Tunggu!” Lif yang hampir tertutup buka kembali.

“Terima ka..” Terhenti ucapan aku bila tengok muka perempuan dalam lif tu. Tak jadi aku nak masuk.

“Kau!” Riak muka Nora jugak terkejut.

“Buat apa kau datang sini?”

“Suka hati aku lah. Yang kau sibuk sangat nak tahu kenapa? Hotel ni kau punya ke?” Sombong Nora membalas soalan aku.

“Aku tak cakap hotel ni aku punya, soalan aku kau buat apa kat sini?” Aku tekankan suara aku.

“Hurm, saja nak cari kau. Aku nak tengok kerja apa kau buat kat sini? Cleaner eh?”

“Kenapa kau nak tahu?”

“Ala, kau tak nak cakap pun aku dah tahu la. Dengan sijil kampung kau tu, apa je yang kau boleh buat dekat hotel besar ni?” Nora mencebik mulut.

“Tapi, kenapa kau nak pakai cantik-cantik kan? Hurm.. mesti kau malu. Sebab tu kau tukar baju kan bila dah habis shif kau.” Nora ketawa.

“Lia!” Aku toleh. Nora keluarkan kepalanya sikit dan melihat siapa yang memanggil Dahlia. Terpegun Nora sekejap melihat kekacakan Haris.

“Lia cakap dengan siapa? Kenapa tak masuk lif tu?” Haris menghampiri aku.

“Masuk jom!” Haris menarik tangan aku masuk ke dalam lif. Haris senyum pada Nora.

“Siapa ni Lia? Abang tak pernah tengok pun.” ‘Siapa lelaki yang pegang tangan Dahlia ni? Boleh tahan hensem. Kenapa dia bahasakan diri dia abang kat Dahlia? Siapa dia?’ Soal Nora sendiri.

“Er.. dia.. dia..” Macam mana aku nak kenalkan Nora dengan Haris eh?

“Hai! I’m Nora. You?”

“Haris. I’m owner of this hotel. Macam mana you boleh naik atas ni? Nak jumpa sesiapa ke?” Terkejut Nora bila Haris perkenalkan diri sebagai pemilik hotel. ‘Kenapa pemilik hotel ni nak pegang tangan Dahlia eh?’

“Yes! Actually, I nak cari Lia.” Aku pandang Nora.

“Ini kawan Lia ke?” Aku diam.

“Lia tak pernah cerita pun Lia ada kawan kat KL ni.” Aku diam lagi. Aku memang buntu sangat. Tak tahu nak bagitahu atau sembunyikan hal yang sebenar dari Haris.

“Well, Lia ada jemput dia tak untuk majlis kita nanti?” Aku geleng.

“Majlis? Majlis apa tu?” Nora menyampuk.

“Majlis pertunangan kami. InsyaAllah majlis tu dalam bulan depan. Kalau Cik Nora tak ke mana, jemput la datang ye.” Besar mata Nora dengar Dahlia nak bertunang dengan pemilik Hotel D’Legend. ‘Tak guna! Aku yang bersusah payah umpan lelaki-lelaki kaya, jaja tubuh sana sini, kau pulak senang-senang dapat pemilik hotel ni ye.’

“You nak bertunang dengan dia? Are you serious?”

“Yes. I’m in love with her. You have any problem Cik Nora?”

“Er, no! By the way, congrate from me. Actually, Lia ni bukan kawan I tapi lebih dari kawan. She is my..”

“Cukup Nora!” Nora angkat kening. Aku tahu maksud Nora. Dia memang nak aku terus terang hubungan aku dengan dia pada Haris.

“Encik Haris, boleh tak kita keluar lewat sikit. Lia ada benda nak cakap dengan Encik Haris.”

“Sure Lia. Excuse us Cik Nora.” Nora angguk. Aku tarik Haris. Bila dah jauh sikit dari lif, aku tolehkan kepala aku ke belakang. Aku tengok Nora masih berdiri kat luar lif dan senyum pada aku. Senyum yang tak dapat aku tafsirkan.


*********************************************************************

Are you ok Lia?” Aku diam.

“Lia nak cakap apa tadi?” Aku pandang Haris. Baik cerita ni keluar dari mulut aku sendiri. Kalau keluar dari mulut Nora, entah apa nanti dia burukkan aku dengan mama.

“Perempuan tadi.” Haris angguk.

“Dia bukan kawan Lia.”

“Then?"

“Dia.. dia kakak tiri Lia.” Aku nampak Haris terkejut. Memang patut la kan. Selama ni aku tak pernah cerita yang aku ada kakak tiri. Hari ni tiba-tiba muncul pulak minah gedik ni depan Haris.

“Can you tell me the full story?” Aku angguk. Aku mula la cerita kat Haris. Pasal arwah abah kahwin dua, macam mana arwah abah meninggal, pasal Nora dengan mak tiri aku tinggalkan arwah abah waktu abah sakit. Semua aku cerita termasuk la pertama kali aku jumpa Nora kat KL.

“You have a very sad story Lia. I still cannot believe that she is your stepsister.”

“Lia yakin, tadi waktu depan abang dia nak Lia bagitahu abang yang kami ada hubungan saudara. Lia tahu perangai dia abang. Lia rasa perangai dia dengan mak dia sama je. Dari kecil dia suka nak lebih dari Lia. Dia selalu nak tarik perhatian arwah abah dari Lia.” Haris memegang bahu aku.

“Sudah la tu. Sekarang kita tengok, apa sebenarnya yang dia nak dari Lia. Kalau dia buat macam-macam pada Lia, Lia bagitahu abang ok.” Aku angguk. Bertuahnya aku. Tengku Akid dan Haris sama-sama nak melindungi aku dari Nora. Rasa bersalah aku pada Haris makin menebal.

“Lunch jom! Abang dah lapar sangat ni.” Haris tarik tangan aku dan aku mengikut langkah Haris.


*********************************************************************

Hai sir, may I help you? Are you looking for your lover clothes or maybe any accessories?”

“Well, yeah. Appreciate that if you can give me some guide or idea.” Lelaki yang baru memasuki butik Hanis membalas.

“Sure, no problem. First thing, I have to know what you want? Clothes or accessories?”

“Hurm, a gown.” Hanis angguk.

“Can you tell me how’s she look like? I mean she’s body shape or anything that I can help you.” Lelaki tu memandang Hanis. Atas bawah.

“Exactly like you!” Hanis angguk.

“For what occasion?”

“Dinner.” Hanis angguk lagi.

“Any theme?”

“Hurm, I’m not very sure. Can you choose what you like? I’m sure that she will be happy.” Hanis angguk lagi. Hanis paksa senyum. ‘Lelaki ni betul ke nak beli atau nak jual minyak dengan aku ni?’

“Maaf ye encik, saya nak bagi cadangan sikit, apa kata kalau encik bawak kekasih encik tu datang sini. Kan senang. Dia boleh pilih sendiri mana yang dia berkenan.”

“Actually, I don’t have any special lover. Yeah, lot of lovers but I belum jumpa yang special one.”

“So?” Hanis dah malas nak layan.

“I Izham. Straight to the point, sudi tak kalau I nak ajak you keluar? Lunch or dinner or maybe a cup of coffee?” Hanis tersengih. Huluran tangan Izham Hanis biarkan tak bersambut.

“I do not know you and you do not know me. I don’t think that’s a good idea.” Izham senyum.

“I know you Cik Hanis and that is good enough already.” Hanis senyum dan terkejut.

“Mana you tahu nama I ni?”

“Perempuan secantik you ni famous sangat kat KL tau. Entah-entah bukan KL je, 1 Malaysia pun kenal you.” Hanis ketawa dan dalam masa yang sama kembang hatinya di puji begitu.

“Macam ni la Encik Izham, I memang tak ada masa nak layan you sekarang. Give me some time to think about you invitation.”

“Itu yang I nak dengar dari you. At least I masih ada harapan.” Izham mengelurkan kad namanya dari poket.

“Contact me when you free and if you don’t mind, can I have your number?” Hanis menyambut.

“Sure. You tunggu sekejap.” Izham angguk. Hanis beredar dan menuju ke kaunter butiknya. Setelah mengambil sekeping kad namanya, Hanis datang semula dan memberikan pada Izham.

“Thank you Cik Hanis. I harap kita dapat jumpa dalam masa yang terdekat ni.”

“Well, tengok la nanti macam mana.”

“I mintak diri dulu.” Hanis angguk dan Izham keluar dari butiknya. Izham masuk ke dalam keretanya dan ketawa. ‘Umpan aku dah mengena. Kau tunggu la game aku yang seterusnya Tengku Akid Irfhan. Permainan aku baru nak bermula dan kita mulakan dengan Hanis!’ Izham ketawa lagi.


Izham


To be continue..

Thanks for reading..