“Hai Nia! Sorry
kalau I lambat.” Haris tarik kerusi dan duduk di depan Nia Imelda.
“Its ok. Tak ada la
lambat mana pun. Actually, I pun baru sampai.”
“Order sir?” Pelayan
tiba di meja makan mereka.
“I already ordered.
Thank you.” Pelayan meninggalkan meja.
“You dah order? Haris
pandang Nia.
“If your don’t mind
Ris, I dah order apa yang you suka.” Haris senyum.
“I tak kisah. I makan
je.” Tak lama kemudian, makanan tiba dan mereka menikmati makanan sambil
berborak kosong.
“Thank you Ris. Sudi
nak dinner dengan I. Belanja I pulak tu.” Nia dan Haris berjalan perlahan-lahan
menuju ke kereta masing-masing selepas mereka selesai makan.
“No problem Nia. Kita
pun dah lama tak jumpa kan. So, dari tadi borak dengan you I tak tanya pun
khabar you. How are you?” Nia ketawa.
“Im fine Ris. You
pulak?”
“Macam biasa je Nia.
Sibuk dengan kerja. That’s my life. Kerja, rumah, kerja, rumah.”
“How about your love
story? You bila nak kahwin?” Haris toleh Nia.
“Kenapa you tanya I
macam ni? You dah nak kahwin ke?” Nia ketawa lagi.
“This is not fair ok! I
tanya you, you bagi balik soalan tu kat I.” Haris senyum.
“Not this time Nia. I’m
not ready yet.”
“Sorry Haris, kalau apa
yang I nak tanya you ni, buat you marah.”
“What?”
“You dah maafkan I
kan?”
“Nia, its old story ok.
Lama sangat. Almost 10 years. Itu semua pengajaran dan kenangan untuk kita kan.
We grow up already and if I still angry with you, I takkan ambil you kerja
dengan I Nia. Don’t you get that?” Lembut Haris menjawab Nia. Nia terharu.
Haris memang baik dengannya.
“I memang bodoh kan! I
dah dapat lelaki yang baik macam you tapi I tak tahu nak hargai. I rasa
bersalah sangat dengan you Ris.” Nia mula nak menangis. Haris pegang bahu Nia
dan menyandarkan Nia di pintu kereta miliknya.
“Sshh!! Takdir Nia.
Dulu memang I rasa sedih sangat. You pun tahu keadaan I macam mana kan. I tak nak
makan, study pun dah teruk sampai mama I datang bawa I balik Malaysia. Waktu
tu, I memang tak boleh terima kenapa you buat macam tu dengan I. Tapi, semakin
kita dewasa dan semakin kita matang kita boleh fikir mana yang baik dan buruk
untuk kita. Honestly, I tak pernah menyesal kenal dengan you. Bahkan I
bersyukur, Allah temukan kita dan beri kita rasa untuk bercinta. Cuma itu lah,
hubungan cinta kita kekal 2 tahun je. Tapi kita masih boleh berkawan sampai
bila-bila.” Nia memandang Haris.
“If you don’t mind, can
we continue the relationship?
“What do you mean? I
tak faham.”
“I.. I.. tahu, I tak
patut cakap macam ni. Mungkin memalukan I juga. Tapi, I betul-betul rasa
bersalah dengan you Ris. Boleh tak kalau kita jadi macam dulu balik. I
promise, I takkan sia-siakan you lagi.”
Haris melepaskan pegangannya di bahu Nia.
“Nia, I.. I.. tak tahu
nak cakap apa.”
“Its ok Ris. Kalau you
nak I tunggu, I sanggup.”
“Sorry Nia, I tak
bermaksud nak malukan you atau apa. Tapi, apa yang boleh I cakap sekarang, I
memang dah tak ada hati dengan you. I dah lama buang perasaan tu and for your
information, I rasa I dah mula sukakan seseorang. Im sorry!” Nia tunduk. Malu
benar dia rasa. Nia tahu, dia memang akan memalukan dirinya sendiri tapi dia nekad
untuk meluahkan apa yang sudah lama terpendam.
“Oh! Im sorry Ris. By
the way, congratulation. Who’s the lucky girl?” Haris senyum.
“I tak dapat nak
bagitahu you lagi. Pasal hati dan perasaan ni, susah I declare. I dah pernah
kena sekali dan itu dah cukup bagi pengajaran pada I.” Nia senyum kelat. ‘Haris
cakap pasal aku la ni.’
“Sorry Nia, kalau you
terasa. Dah la, kita balik jom. Dah lewat ni, esok nak kerja lagi.” Nia angguk
dan masing-masing masuk ke dalam kereta.
*********************************************************************
Aku
tutup novel Maid. Aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada jalan cerita dalam
novel tu. Fikiran aku melayang pada Tengku Akid. Entah kenapa semenjak dua
menjak ni aku asyik ingatkan dia je. Mungkin sebab dia tolong aku hari tu kot.
Tak sangka kan, dalam garang-garang dia, dengan ego melambung dia rupanya dia
tu baik jugak. Waktu aku peluk dia yang best tu. Wangi!! Dah banyak kali aku
bau badan dia. Hikhik.. Tak betul la Lia ni. Aish!!
“Hai!”
“Oh mak kau terkejut
aku!” Hakimi ketawa. Kuat pulak tu.
“Lia ni macam mak nenek
la. Melatah pulak.” Ish! Ada kena siku dengan aku ni kang. Dah la kau datang
main hai je, tak ada salam. Memang la aku terkejut.
“Dah lewat ni, kenapa
tak tidur lagi?”
“Lia baca novel kejap.
Nak masuk dah la ni. Encik Hakimi nak apa?”
“Nak Lia boleh?” Besar
mata aku.
“Encik Hakimi jangan la
nak main-main pulak.”
“Eh, mane ada abang
main-main. Lia pun tahu kan, abang memang ada hati kat Lia. Tapi tu la, Lia ni je
jual mahal dengan abang.” Aku mula rasa tak selesa cakap dengan Hakimi.
“Kalau tak ada apa, Lia
masuk dulu la ye.” Baru aku nak bangun, Hakimi pegang tangan aku. Erk!
“Encik Hakimi, lepas
la.” Hakimi geleng kepala.
“Nanti Datin nampak,
apa saya nak cakap?”
“Lia duduk la dulu.
Teman abang sekejap.”
“Ok, tapi lepaskan
tangan Lia.” Hakimi lepaskan tangan aku. Aku terpaksa la duduk balik kat
sebelah dia.
“Lia ni susah betul
kan.”
“Apa maksud Encik
Hakimi?”
“Lia lain. Lia tak
macam perempuan yang abang kenal.”
“Mungkin sebab, Lia ni
dari kampung kot.” Hakimi tenung aku. Ish, tak selesa la.
“Lia tahu kan, abang
ada hati dengan Lia?”
“Er..”
“Sshh.. Abang cuma nak
Lia tahu. Sebenarnya, abang harap sangat Lia boleh balas perasaan abang. Tapi
abang tahu, cinta tu tak boleh di paksa. Lia nak tahu tak, abang rasa bukan
abang je yang ada perasaan pada Lia. Mungkin ada lelaki lain jugak yang nakkan
Lia. Abang nak Lia tahu, selagi Lia belum sah milik sesiapa, abang akan cuba
dapatkan Lia.”
“Er.. apa Encik Hakimi
cakap ni?”
“Dah lama abang nak
cakap semua ni kat Lia. Sejak dari event mama kat hotel lagi. Tapi waktu tu
jadi benda lain pulak. Biar la abang terus-terang dengan Lia. Sebenarnya, first
time abang nampak Lia, memang abang dah suka. Abang pernah ada niat tak baik
kat Lia. Abang ingat Lia ni same je macam perempuan-perempuan yang abang kenal.
Tapi, bila abang dah kenal Lia, abang rasa malu dengan diri abang sendiri. Lia
perempuan yang tahu jaga maruah diri. Abang harap Lia boleh maafkan abang dan
boleh terima abang sebagai kawan.” Terharu pulak aku dengar luahan hati Hakimi
ni. Erm, mungkin betul dia dah berubah.
“Encik Hakimi, kalau
betul Encik dah tak ada niat yang tak baik pada Lia, Lia dengan senang hati nak
berkawan dengan Encik.” Hakimi senyum.
“Terima kasih Lia. Kalau
Lia terima abang jadi kawan Lia, boleh tak Lia jangan panggil abang Encik.
Abang Haris pun Lia panggil abang kan. Boleh ye?”
“Er.. ok.” Aku setuju.
Aku rasa permintaan dia tak la berat sangat kan.
“Lia masuk la, dah
lewat ni. Esok Lia nak kerja lagi kan.” Aku angguk.
“Lia masuk dulu abang.”
Hakimi angguk. Matanya menghantar Dahlia sampai la Dahlia sampai di rumahnya.
Bila yakin Dahlia sudah masuk ke dalam rumah, Hakimi ketawa.
‘Perempuan bodoh! Semua
perempuan sama je la, aku buat cerita sedih sikit kau dah kesian kan. Hurm,
well Cik Dahlia tunggu game aku yang seterusnya. The game will be end when you trapped
in my snare!’ Hakimi ketawa lagi.
*********************************************************************
“Good morning
Encik Haris.”
“Yes Dina.”
“Your schedule today.”
Haris angguk.
“Duduk Dina.” Ardina
duduk di kerusi hadapan Haris.
“Pagi ni meeting dengan
Mr. Richard dari Excellent System. Encik Haris ingat kan, pasal our system yang
agak slow lately.” Haris angguk.
“Orait, meeting dengan
dia pukul 11.00 pagi and lunch together with him. Pukul 3.00 Encik Haris ada
meeting dengan marketing staff. Lepas tu Encik Haris free.” Haris angguk.
“Next week saya nak fly
semua dah ok?”
“Dah Encik Haris. Tiket
dan hotel semua saya dah booking.” Haris angguk lagi. Matanya tertumpu pada
skrin laptop yang baru di buka.
“Ok la, kalau semua dah
settle awak boleh keluar.”
“Encik Haris, saya nak
cakap something.” Haris berhenti menaip sesuatu di email. Matanya kini fokus
pada Ardina.
“Er, pasal cousin saya
yang nak replace saya tu. Sorry Encik, dia tak dapat nak replace saya. Husband
dia kena posting dekat Sabah. So, dia kene ikut husband dia la.” Haris mengeluh.
“Oh ye ke. Hurm, kalau
dah macam tu nak buat macam mana kan.” Haris memandang sekeliling biliknya.
“Any suggestion, if you
have anyone to replace you dalam 2 bulan ni?”
“Maaf Encik. Saya pun
tak ada member la.”
“Takpe. Awak keluar
dulu. Saya fikirkan hal ni nanti.” Ardina keluar dari bilik Haris. Haris
bersandar di kerusi. Haris bingung! Haris tak tahu nak cari dari mana pengganti
Ardina. ‘Mungkin aku kena advertise kat internet or paper. Eh, kejap.’ Haris
senyum. Masalahnya sudah selesai.
*********************************************************************
Pagi
tu, Tengku
Akid turun di pantri yang berada di tingkat 39. Belum sempat kakinya melangkah
masuk ke dalam pantri, riuh suara pekerjanya dengar sampai ke luar.
“Ehem.. ehem. Happynya
you all. Did I miss something?” Tengku Akid masuk dan berdiri di sebelah Evon.
“Tengku, you tak tahu
meh, you tak buka email ke?” Tengku Akid kerutkan kening.
“I tak sempat nak
tengok email lagi la. Kenapa ni? You nak kahwin ke?” Evon dan yang lain-lain
ketawa.
“I belum mahu kahwin la.
I tunggu Tengku lor.” Kali ni Tengku Akid pulak ketawa. Hensem!
“Ok, ok. Just share with
me the story.”
“Ini amoi, so lucky. Sudah
naik pangkat.” Evon siku aku. Ish! Mana ada sampai naik pangkat amoi ni.
“Naik pangkat?” Tengku
Akid pandang aku.
“Ye Tengku. Cik Nia ni
replace Dina, tapi 2 bulan je la.” Tengku Akid tersentak. Kenapa Dahlia? Minggu
lepas Haris ada beritahu dia sepupu Ardina yang akan menggantikan tempat Ardina.
“Are you serius girls?”
“Iye la Tengku. Dah masuk
email pun. Kalau tak percaya, naik atas karang buka cepat-cepat tahu!” Nad
memberitahu Tengku Akid. Tengku Akid pandang Dahlia. Aku cuba nak senyum dengan
dia tapi muka dia dah masam. Lagi teruk dari asam jeruk kot. Pelik la dia ni. Kadang
baik, kadang tunjuk balik perangai beruk dia tu. Pusing, pusing!
“Ok girls, I have to go
now.” Tengku Akid terus keluar dari pantri tanpa ambil apa-apa. Tengku Akid
naik dan masuk ke dalam biliknya. Qisha yang perasan muka Tengku Akid lain, terus
tak jadi nak tegur. Tengku Akid menolak pintu bilik. Berjalan dan berhenti di
hadapan mejanya. Tengku Akid mengenggam tangannya dan menumbuk meja. Sakit hati
Tengku Akid dengar Dahlia yang menggantikan tempat Ardina. Tengku Akid tahu,
ini semua strategi Haris untuk lebih dekat dengan Dahlia. ‘Aku tak boleh
biarkan diaorang rapat. Walaupun Dahlia cuma gantikan Dina 2 bulan, tapi dalam
masa 2 bulan tu macam-macam boleh jadi. Aku takkan biarkan Haris dapat Dahlia. Dahlia
milik aku. Cuma aku!’
To be continue..
Thanks for reading..
apalah akid ni nanti hanis macam mana.
ReplyDeletebaby mio tenkiu baca n3 saye,
DeleteMungkin hati Akid bukan untuk Hanis tapi untuk orang lain..
Thank u & nice n3 Dya! Harap bersabar ye En. Tengku, please control yr temper, jgn nanti Lia kena marah free2 je... Kalau boleh character Lia ni biar tegas orangnya, jgn too naive sbb nanti ramai org ambik kesempatan mcm Hakimi tu...mmg hampeh. So Lia ni kena la smart & firm. Barulah encik2 dlm cerita ni respect die ok..
ReplyDeleteTenkiu Ida,
DeleteOk Bos! Appreciate your comment. Dahlia ni kuat orangnya. Hakimi tu je dia terlepas pandang sikit. Well, nak di jadikan cerita kan. Hikhik..Waiting for next chapter ok! Tengku ni nak cari pasal lagi dengan Dahlia.
Best chapter kak...
ReplyDeleteni dah nak sampai Dahlia confius nak pilih yg mana jantung hati dah ni....menarik...
cuba kak penulis menarikkan lagi tak sabar nak tunggu next chapter ni....huhuhu
Tenkiu Si Manis Libra,
DeleteNext chapter in making. Rajin-rajin tgk blog akak k..