“May I help you sir?”
Seorang pelayan perempuan menegur Tengku Akid.
“Ye, saya ada nak jumpa
kawan dekat sini tapi tak sure la mana satu meja dia.”
“Boleh saya tahu nama
encik?”
“Akid Irfhan.” Pelayan
melihat skrin yang berada di hadapannya.
“Maafkan saya, Tengku
Akid Irfhan ke?” Tengku Akid angguk. Tengku Akid memang jarang menggunakan
pangkal namanya kalau bukan waktu bekerja.
“Oh, maafkan saya tak
kenal Tengku tadi. Ikut saya Tengku. Cik Hanis dah tunggu dah.” Tengku Akid
angguk dan mengikut pelayan dari belakang.
“Sila duduk Tengku.”
“Thanks!”
“You lambat sayang.”
“Sorry Hanis. Balik
kerja tadi, I singgah rumah Paksu. Mama mintak I ambil barang kat sana. Tu yang
I lambat sampai rumah. Sorry ok!”
“Ok. As long as you tak
cancel our dinner. You minum la. I dah order semua favaurite you tahu.” Tengku
Akid angguk sambil memasukkan straw ke dalam mulutnya.
“So now, I dah boleh
bincang pasal perkahwinan kita kan?” Tengku Akid tersedak.
“Akid! Apa you ni. Minum
slow slow la.” Hanis menghulurkan tuala di atas meja kepada Tengku Akid. Tengku
Akid ambil dan lap mulutnya.
“Sorry Hanis. Hanis, I
bukan taknak discuss benda ni dengan you. Tapi buat masa sekarang I memang
sibuk sangat. Dengan kerja kat hotel family you, family business I, my own
business. I harap sangat you faham.”
“Kid, bukan I tak
faham. Tapi you tahu tak kenapa I jadi macam ni? Semua ni sebab you! You tak
rasa ke yang you layan I tak macam girlfriend you.”
“You nak I buat macam
mana?”
“See, you sendiri tak
tahu nak buat apa kan. You never show me that you love me, like me or miss me.
I tak pernah rasa semua tu dari you Kid. Even waktu kita kat oversea dulu pun,
you sama je macam ni. Cuba you bagitahu I, apa yang I kena buat untuk kita jadi
macam couple yang lain? I rasa you pun tahu, dah banyak kali I try to seduce
you tapi takde hasil Kid.” Hanis meluahkan apa yang selama ni terpendam di
dalam hatiya.
“Im sorry Hanis.
Mungkin I bukan lelaki yang baik untuk you.”
“Please don’t say that!
I akan cuba ubah diri I macam mana you nak. I want you! Just you! I taknak
lelaki lain Kid.” Hanis genggam tangan Tengku Akid yang berada di atas meja.
“Tapi, I bosan kalau
you terus nak paksa I discuss pasal kahwin. Im not ready yet Hanis!” Hanis
mengeluh. Susah betul nak ajak Tengku Akid kahwin.
“Ok fine! I sanggup
tunggu you. Tapi I harap, penantian I tak sia-sia. I tak nak dengar you ada
perempuan lain.” Tengku Akid pandang Hanis.
“You cakap apa ni?”
“That’s reminder for
you sayang. Kalau ada perempuan lain dalam hidup you, perempuan tu yang akan
merana.” Tengku Akid menggeleng kepala.
*********************************************************************
“Dina, masuk bilik
saya sekejap.” Ardina mengambil diari dan pen sebelum masuk ke dalam bilik
Haris.
“Masuk!”
“Ada apa Encik Haris?”
Haris melihat perut Ardina.
“Bila awak due?”
“InsyaAllah, lagi 2
bulan.”
“Macam mana dengan
sepupu awak tu? Boleh ke dia replace awak?”
“Saya dah tanya dia
Encik. So far, dia ok. Nanti saya double confirm dengan dia lagi.” Haris
angguk.
“Kalau boleh, jangan
lambat sangat. Saya takut kalau dia tak dapat nak replace awak, saya nak kena
cari orang lain la pulak.”
“Ye Encik Haris. Balik
nanti saya jumpa dia saya tanya la ye.”
“Ok la, awak boleh
keluar.” Haris menyandarkan badannya di kerusi dan memejamkan mata. Matanya
terbuka kembali bila terdengar suara Ardina di telefon.
“Encik Haris, Cik Nia
on the line.” Haris pelik. Nia call? Apahal? D’Mewah ada problem ke?
“Pass the line Dina.”
“Hello, Ris.”
“Yes Nia. D’Mewah ada
problem ke?” Nia Imelda ketawa di talian.
“You ni kan, risau
sangat dengan D’Mewah. I boleh handle la.”
“Oh yeke. Sorry. So,
why you call me?”
“Er.. can we have a
dinner tonight?”
“Sure. You hold on, I
check schedule dulu.”
“Ok Ris.” Haris
interkom Ardina.
“Dina, check my
schedule malam ni saya ada meeting or dinner dengan client tak?”
“Sekejap Encik Haris.
Tonight Encik Haris free.”
“Ok, thanks.” Haris
kembali tekan butang ke talian Nia Imelda.
“Ok Nia, you nak I
jemput ke?”
“No, its ok. Hurm, kita
jumpa kat Charcoal Steak boleh? Around 9 macam tu.”
“Ok, see you there.”
Haris matikan talian. Nia Imelda senyum. Gembira kerana Haris sudi nak keluar
makan malam dengannya. ‘Kalau la aku tak buat perangai dulu, mesti sekarang aku
dengan Haris dah kahwin. Entah-entah dah ada anak.’ Nia Imelda menyesal kerana
meninggalkan Haris 9 tahun dulu.
*********************************************************************
“Senyum la sayang,
kenapa you monyok je ni?” Haris merangkul pinggang Nia Imelda.
“I ok. I rasa tak sedap
badan je.” Haris pandang Nia.
“You sakit ke?” Jom, I
bawa you jumpa doktor nak?” Haris pegang dahi Nia.
“I tak sakit Ris. I cuma
takde mood kot.”
“Tu la, kan I dah cakap
tak payah buat kerja kat café tu, tapi you degil. Nak jugak kerja kan. Sekarang
you dah penat. Kalau you takde mood macam ni, macam mana you nak focus pada
study.” Haris memicit-micit bahu Nia. Nia hanya membiarkan.
“Ala, kalau I tak kerja
macam mana I nak tanggung belanja I kat sini. Apa yang parents I bagi, tak
cukup la Ris.”
“You tu yang boros kot.
Sayang, kita kat sini sebab nak belajar. I tengok you pun kalau kawan-kawan you
shopping, you pun ikut shopping sama. Jimat-jimat la sayang. Barang kat sini
bukannya murah.”
“You tak faham Ris. I
need that item you know! Nak harapkan you, you pun tak boleh nak tolong I. So,
I kena la berkorban sikit.”
“Bukan I taknak tolong
you. Tapi tunggu la kita habis study dulu and bila kita dah kerja nanti, apa je
yang you nak I akan belikan ok.”
“Time tu barang yang I
nak sekarang dah takde dah.” Nia tarik muka. Haris ketawa.
“Dah la sayang. Pasal
ni nanti kita bermasam muka pulak. Jom, pergi makan. I lapar la. I belanja ok!”
*********************************************************************
“Kau serius ke
dengan Nia tu Ris?”
“Kenapa kau tanya macam
tu? Kau tahu kan macam mana perasaan aku kat dia. She’s my first love.”
“Aku bukan nak cakap
apa, Bani ada bagitahu aku die pernah nampak Nia date dengan Aidil.” Haris
pandang Tengku Akid.
“Kau mengarut apa ni
Kid? Kau kenal kan Bani tu macam mana. Bani tu semua perempuan pun dia nak try.
Kau percaya cakap dia?”
“Ris, aku bukan senang
nak percaya cakap Bani tu. Tapi, aku rasa apa yang Bani tu cakap tu betul. Last
week waktu aku keluar dengan Peter, aku nampak Nia dengan Aidil baru keluar pub.”
“Mungkin diorang
terserempak ke? Kau ada tegur Nia ke?” Tengku Akid geleng.
“Dah la Kid. Tak payah
nak masuk campur hal aku dengan Nia. Aku percaya kat Nia. Dia takkan curang
belakang aku. Aku tahu, dia pun sayangkan aku.”
“Kalau dah tu cakap
kau. Cuma satu je aku nak ingatkan kau, jangan percaya dia seratus peratus. Aku
nasihat kau sebagai kawan Ris. Aku taknak tengok kau kecewa nanti.” Tengku Akid
bangun dan menepuk bahu Haris.
*********************************************************************
“Aku nak pergi jumpa
Nia kejap. Kau balik dulu eh.”
“Bukan malam ni shift
Nia ke?”
“Kejap lagi dia nak
balik dah. Aku tunggu kat luar rumah dia je la.”
“Ok la, aku balik dulu
Ris.” Haris angguk. Haris berjalan masuk ke dalam apartment 5 tingkat yang
berada di seberang jalan. Haris menekan butang lif tapi lif langsung tak
bergerak. ‘Rosak la ni.’ Haris kemudian menaiki tangga. Sampai di tangga
tingkat ke 4, Haris dengar suara perempuan dan lelaki sedang ketawa. ‘Nak jalan
ke tak? Ni mesti couple tengah berasmara ni. Buat bodoh je la Ris.’ Perlahan
Haris naik. Jantung Haris terhenti. Pasangan yang sedang asyik berkucup di
hadapannya, langsung tak sedar yang Haris sedang memerhatikan mereka.
“Nia!” Perlahan Haris
memanggil nama kekasihnya. Nia dan Aidil berpaling.
“Haris!” Nia menolak
Aidil.
“Thank you Nia. Thank
you for your true colour. Betul cakap Bani, betul cakap Akid. Akhirnya, I dapat
tengok sendiri.”
“Haris.. I.. I..”
“I taknak dengar apa
dah dari you. I sayangkan you. Sangat sayang! Ini balasan you Nia.”
“Ris, dengar cakap aku
dulu.”
“Shup up Aidil! Aku tak
sangka kau boleh nak rampas awek aku kan. Tapi, ini bukan salah kau seorang.
Kalau Nia tak layan kau pun, benda ni takkan jadi.” Haris cuba nak tahan dari
menangis.
“We just friend Haris.”
Nia masih cuba membela dirinya.
“Friend? Kawan yang
boleh peluk cium. Habis tu, I ni apa Nia? I memang tak bererti untuk you kan. I
tahu Aidil anak orang kaya. Mesti you dapat macam-macam dari dia. Sebab tu you
buat I macam ni.”
“Haris.. im sorry!” Nia
menangis.
“Thank you Nia. Thank
you for everythings. Dua tahun kita kenal, I ingat I dah sangat kenal dengan
you tapi I salah. I tak pernah kenal you.” Nia menangis lagi.
“Aku doakan yang
baik-baik je untuk korang. Aidil, kalau betul kau sayangkan Nia, jaga la dia
baik-baik dan Nia, kalau Aidil memang pilihan you yang tepat, jangan buat dia
macam you buat I. Sakitnya I, susah you nak gambarkan.” Haris turun dan keluar
dari bangunan apartment Nia. Nia hanya mampu menangis.
“Dah la sayang, you
patutnya suka Haris dah tahu pasal kita. Lepas ni, tak payah la kita nak
sorok-sorok lagi. We are free now!” Aidil memeluk Nia. Nia terus menangis. Nia
tahu, hatinya masih pada Haris. Tapi, kemewahan yang Aidil limpahkan padanya
membuatkan dia terpaksa curang dengan Haris. ‘Maafkan Nia, Haris!’
*********************************************************************
“Kenapa kau kejam
sangat Nia? Apa yang Haris dah buat dengan kau?” Tengku Akid menekan lengan
Nia.
“Apa ni Kid. Sakit la.
Lepaskan tangan I!’
“Aku dah agak, kau ni
memang nak mainkan Haris je. Haris tu dah sayang kau setengah mati tahu. Ini
balasan kau Nia!” Tengku Akid betul-betul marah dan geram dengan perangai Nia.
“You cakap la apa yang
you nak cakap. Sekarang, I takde kaitan dengan Haris.”
“Mana hati perut kau
Nia? Kau tahu tak apa dah jadi dengan Haris sekarang? Dia taknak makan, study
pun entah ke mana, kerja dia asyik memerap kat dalam bilik je tahu! Kau pergi
la tengok dia Nia.” Sedih hati Nia dengar. Mustahil dia tak rasa apa-apa.
Cintanya masih untuk Haris. Tapi apa yang dia boleh buat? Antara dia dengan
Haris sudah tiada apa-apa hubungan lagi.
“Sorry Kid! I tak dapat
nak tolong you. I dah takde apa-apa hubungan dengan Haris lagi. You suruh la
Haris cari pengganti yang lebih baik dari I. I tak layak untuk Haris. For your
information, cinta dan kasih sayang je tak cukup untuk I. Bukan I nak kutuk
Haris sebab dia takde duit. Tapi wang ringgit tu perlu Kid. Lagipun, you tahu
kan sekarang I dengan Aidil. Aidil boleh bagi I macam-macam. And kalau Aidil
tahu I pergi tengok Haris, apa pulak cakap Aidil nanti. I pergi dulu, Aidil
tengah tunggu I.” Nia menyarung cermin mata hitam dan meninggalkan Tengku Akid.
Air mata Nia mengalir di sebalik cermin mata hitamnya.
*********************************************************************
“Siapa tu? Ada
anak orang kaya baru masuk study ke?” Shila memandang Nia. Nia yang sedang
membaca buku mengangkat muka.
“Entah. Ye la kot. Ada
mangsa baru la kau kan.”
“Excuse me! Aku ke kau?
Oh lupa, orang tu dah ada tauke besar. Sponsor macam-macam kan. Sayang punya
pasal, sampai suruh kau resign kat café. Senang la hidup.”
“Dah tahu hidup aku
senang, kau cari la sorang tauke macam aku.” Bangga Nia membalas kata-kata
Shila.
“Agaknya putera idaman
aku baru sampai la kot. Tu dalam kereta mahal tu.” Shila ketawa.
“Eh, tu kan your ex
tauke.” Nia angkat muka. Haris!
“Kereta tu dia punya
ke?” Nia diam. Tak tahu nak cakap apa. Dia sendiri pun terkejut bila tengok
Haris keluar dari kereta mewah tu. Haris berjalan dengan seorang wanita yang
agak berumur tapi bergaya. Waktu Haris melintas Nia dan Shila, Haris pandang
Nia.
“Kenapa sayang?” ‘Sayang?
Sugar mummy Haris kot? Desperate sangat ke Haris ni.’ Fikir Nia.
“Takde ape.” Haris
menggelengkan kepala.
“Haris!” Tengku Akid
menjerit memanggil Haris.
“Auntie, bila sampai?”
Tengku Akid salam tangan Datin Sharifah Sofiya.
“Pagi tadi. Auntie ada
call Akid tapi Akid dalam class agaknya. Tu yang tak jawab ye.”
“Aah, pagi tadi kelas
non stop. Auntie datang sorang je ke?”
“Sorang je Kid. Hanis
ade kat asrama. Auntie taknak la kacau dia. Auntie pun kejap je kat sini. Lepas
ambil Haris, auntie balik Malaysia terus.”
“Oh ye auntie, kenalkan
ni kawan kolej Akid dengan Haris. Nia Imelda dan Shila. Nia, auntie ni mama
Haris. Datin Sharifah Sofiya.” Hanis telan air liur. Datin! Shila salam tangan
Datin Sharifah Sofiya.
“Nia, kau tak nak salam
dengan auntie ke?” Nia macam baru tersedar. Cepat-cepat Nia hulurkan tangan.
“Apa khabar Datin?”
“Ish, tak payah nak
panggil Datin. Panggil auntie kan sedap sikit. Kamu ni ambil same course dengan
Akid dan Haris ke?” Nia angguk. Lidah Nia dah kelu.
“Mama kata nak cepat.
Jom la jumpa principal.” Haris menarik Datin Sharifah Sofiya.
“Yela, Akid ikut sekali
ye. Nia, Shila auntie mintak diri dulu la ye.” Nia dan Shila angguk. Datin
Sharifah Sofiya dan Haris mula berjalan. Tengku Akid menghampiri Nia.
“Now, you know him. For
your information Cik Nia, Haris tu bakal owner hotel-hotel 5 star yang ada kat
seluruh Malaysia tu tahu.” Nia pandang Tengku Akid.
“What?” Shila
ternganga.
“Tapi, kenapa dia macam
biasa je Kid? I mean, tak show off.”
“Itu la Haris. Dia
memang humble dan tak suka nak menunjuk yang dia tu anak orang berada.”
“So sweet kan Nia. Eh
Nia, kenapa kau break up dengan dia eh?” Nia diam. Malunya dia pada Tengku
Akid. Nia tak sangka, apa yang dia nak selama ni terang-terang berada di depan
matanya.
“Well ladies, I have to
go. Aku takut gunung berapi meletup la.” Tengku Akid senyum sinis pada Nia.
“Kau ok Nia?” Nia
angguk.
*********************************************************************
Nia
menghempas telefon bimbitnya ke atas katil. Dah berpuluh kali Nia cuba menghubungi
Aidil tapi semua panggilan masuk ke dalam peti suara. Nia perasan, sejak
akhir-akhir ni Aidil susah hendak di hubungi. Entah apa sebabnya, Nia sendiri
tak tahu. Nia mengambil beg tangan dan keluar dari apartmentnya. Setengah jam
kemudian Nia tiba di hadapan apartment yang di sewa Aidil dan 2 orang rakannya.
Belum sempat Nia nak ketuk pintu, Nia perasan pintu tak berkunci. Perlahan Nia
melangkah masuk. Nia menggelengkan kepala tengok ruang tamu yang bersepah.
‘Macam takde orang tapi kenapa pintu tak kunci?’ Melilau mata Nia tengok rumah
Aidil.
“Who are you?” Nia
menoleh. Seorang perempuan inggeris yang hanya bertuala separas dada berdiri di
hadapannya.
“Er, who are you?” Nia
menanyakan soalan yang sama.
“Someone take me here.”
“Who?”
“Im not sure his name.
By the way, you can meet him. He’s in that room.” Perempuan inggeris
menunjukkan jarinya pada bilik yang berada di hadapan Nia. Nia menarik nafas
perlahan. Nia menolak pintu bilik. Laju air matanya turun.
“Baby, come to me. Why
you leave me so long? I miss you baby!” Aidil yang sedang meniarap di atas
katil masih tak perasan Nia yang masuk ke dalam biliknya.
“Baby, come to me and
make some love. Faster!” Nia tak dapat mengawal perasaannya lagi.
“How could you do this
to me?” Aidil menoleh. Nia!
“Honey! Bila you
sampai?”
“No wonder I call you
tak jawab, bila I nak jumpa ade je alasan you kan.”
“Honey, I tak buat apa
pun dengan perempuan ni. I swear!”
“How can I believe in
your situation like this?”
“Sorry honey, I promise
you I takkan buat lagi. Forgive me please.” Aidil bangun dan membalut tubuhnya
dengan selimut.
“Enough Aidil! The
relationship is over. I taknak tengok muka you lagi.” Nia keluar dari bilik.
Aidil mengejar Nia.
“Please Nia, I love
you. Perempuan ni takde makna nya pada I. I need you!” Aidil memegang tangan
Nia.
“Let me go Aidil! Bukan
sekali I dengar cerita pasal you. I redha Aidil sebab I tahu Allah nak balas
apa yang I dah buat pada Haris.”
“But I really need
you!”
“Need me or my body?
Sudah la Aidil. I taknak tengok muka you lagi. I benci you!’ Nia menarik
tangannya dari genggaman Aidil dan keluar dari apartment Aidil.
“Nia, Nia!” Nia
tersedar.
“Eh, Ju. Kau buat apa
kat sini?”
“Aku ketuk kau tak
dengar. Aku tanya Aisyah kat luar dia kata kau ada dalam bilik. Aku masuk je la.
Kau termenung apa ni?”
“Hurm.. takde apa. Old
memories. Kau nak apa ni?”
“Aku nak inform kau,
aku nak keluar ni. Kau ingat kan, aku ada meeting dengan client baru kita tu.”
“Oh! A’ah kan. Aku lupa
la. Ok, kau keluar la. Anything just give me a call.” Julia angguk dan keluar
dari bilik Nia. Nia kembali bersandar. ‘Astaghfirullahhalazim! Aku berdosa pada
Haris, ya Allah!’
To be continue..
Thanks for reading..
BEST....
ReplyDeleteTenkiu baby mio..
DeleteThank u 4 the n3 Dya! Mcm panjang pulak criter Nia & Haris. Kalau Haris boleh terima Nia semula pun ok jugak...tapi hati Haris siapa yg tahu kan. Maybe akan ada pengganti Nia dlm hati Haris..hopefully Haris akan jumpa someone special yg betul2 sayang & love him dearly....see u Dya!
ReplyDeleteYup. Haris pun ade old memory dia kan. And yang bestnye Haris still boleh maafkan Nia. So sweet of Haris..
Delete