Thursday, 26 September 2013

BUKAN CINTA BIASA - BAB 24


Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Balqis?”

“Lia, aku la ni. Kau ada apa-apa berita pasal Khairul ke?”

“Aku.. aku dah jumpa suami kau!”

“Betul ke? Dia ada kat mana sekarang Lia?”

“Betul cakap kau. Dia memang check in kat hotel ini tapi dia guna nama orang lain.”

“Kau pesan kat dia Lia, suruh dia balik. Tolong ye Lia.”

“InsyaAllah, nanti aku jumpa dia aku pesan ye. Kau doa la mintak hati dia lembut nak balik kat kau.”

“Hari-hari aku doa Lia. Hari ini Allah dah dengar doa aku. Terima kasih ye Lia.”

“Kau tak payah la nak terima kasih dengan aku dulu. Aku pun tak dapat nak tolong kau lagi.”

“Kau telefon aku ni pun, aku dah bersyukur sangat.”

“Ok la Qis, insyaAllah ada berita baik nanti aku call kau lagi ye. Assalamualaikum..” Aku matikan talian. Aku genggam telefon bimbit. Macam mana aku nak tolong Balqis? Sedangkan aku sendiri pun belum bersedia nak berhadapan dengan Khairul. Apa yang aku nak buat ni?


*********************************************************************

Su, Lia pergi solat kejap ye.”

“Orait!” Aku keluar dari bilik dan hendak menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Waktu aku berjalan melintasi lif, lengan aku di tarik seseorang.

“Argh!”

“Sssh!!”

“Kau?” Buntang mata aku tengok lelaki yang menarik aku tadi.

“Selamat bertemu kembali sayang. Aku rindukan kau. Rindu sangat!” Khairul Azmi mendekatkan mukanya dengan muka aku.

“Jangan Khairul! Lepaskan aku!” Aku cuba menjauh.

“Lepaskan kau? Tak mungkin sayang. Dah lama aku perhatikan kau dan hari ni aku takkan sesekali lepaskan peluang yang ada. Kau kena ikut aku!”

“Pergi mana?”

“Ikut je la!”

“Aku taknak! Lepas la! Tolong Khairul.” Aku pukul-pukul badan Khairul Azmi.

“Diam Lia!” Khairul Azmi tarik aku menuju ke tangga. Aku cuba menjerit mintak tolong tapi dengan pantas Khairul Azmi tutup mulut aku dengan kain. Khairul Azmi bawa aku turun sampai la kami tiba di sebuah bilik. Aku beratkan badan aku supaya dia tak dapat tarik aku tapi Khairul dukung aku dan bawa aku masuk dalam bilik tu.


*********************************************************************

Ting! Lif terbuka di tingkat 35. Tengku Akid tengok tak ada sesiapa yang nak naik ataupun turun. Belum sempat Tengku Akid tekan punat untuk tutup pintu lif, dia macam terdengar suara Dahlia. ‘Ish! Aku ni dah angau teruk sangat ke? Sampai boleh dengar suara Dahlia?’ Tengku Akid tersenyum sendiri. Tengku Akid tersentak! Kali ni dia dengar suara Dahlia macam mengerang pulak. Hatinya mula rasa tak sedap. Tengku Akid keluar dari lif. Pandang kiri dan kanan. Kosong! Entah kenapa, gerak hatinya menyuruh dia pergi ke lorong belah kanan, perlahan Tengku Akid mula berjalan. Tengku Akid dengar lagi suara Dahlia. Kali ini Tengku Akid yakin Dahlia memang dalam bahaya. Laju tangannya memulas tombol bilik 358. Kunci! Tengku Akid berlari menuju ke kaunter penyambut tetamu yang berada di hadapannya sedikit. Setelah Tengku Akid berjaya mendapatkan kunci bilik, Tengku Akid berlari semula ke bilik 358.

“Tolong la Khairul, jangan buat aku macam ni. Aku merayu sangat dengan kau.” Aku dah menangis dah. Aku memang takut sangat.

“Semua ni salah kau Lia. Kalau kau setuju nak kahwin dengan aku dulu, semua ni takkan terjadi.”

“Tapi sekarang kau dah kahwin kan. Kau balik la. Isteri kau tunggu Rul.” Khairul Azmi terkejut. Dari mana Dahlia tahu yang dia sudah berkahwin.

“Kau tahu?”

“Balqis cari kau minggu lepas. Dia datang KL semata-mata nak cari kau Rul. Kau tak kesian ke kat dia, dia kan tengah mengandungkan anak kau.” Khairul Azmi diam. Tak sangka Balqis sanggup datang KL kerana nak mencari dia. Perempuan bodoh!

“Aku tak suruh la dia datang cari aku. Perempuan tu yang bodoh! Dia ingat aku cintakan dia. Aku gunakan dia je. Lagipun, anak dalam perut dia tu tak semestinya anak aku la. Kalau dengan aku senang-senang dia boleh tidur, entah-entah dengan lelaki lain pun sama.”

“Khairul! Sampai hati kau tuduh isteri kau macam tu. Balqis tak macam tu, aku kenal dia. Kau yang salah! Kau dah goda dia, dah tidur dengan dia, mengandungkan dia, lepas tu kau senang-senang nak lari kan. Kau tu lelaki yang tak bertanggungjawab tahu!” Geram betul aku dengan Khairul ni. Habis madu sepah di buang. Memang lelaki tak guna!

“Kau cakap aku lelaki yang tak bertanggungjawab ye? Baik, biar kita berseronok dulu. Lepas tu, dengan rela hati aku akan bertanggungjawab dengan kau. Mari!” Khairul Azmi ketawa. Aku telan air liur. Apa yang dia nak buat ni? Aku kena keluar dari sini. Mesti! Waktu Khairul tengah gelak tu, pelan-pelan aku jalan. Tak sempat aku nak melintas dia, Khairul dah tarik lengan aku.

“Kau nak pergi mana sayang? Nak lari dari aku? Jangan harap la Lia!”

“Tolong Khairul, bagi aku keluar. Ingat Tuhan Khairul.”

“Kau diam boleh tak? Bising betul. Yang kau nak menangis bagai ni kenapa? Aku nak bagi keseronokan pada kau. Kau diam je sudah la.” Khairul dekatkan muka dia kat muka aku.

“Tolong la.. jangan buat aku macam ni.”

“Kau makin cantik sayang! Tak sia-sia lama kita berpisah. Dahlia yang sekarang makin buat aku gilakan kau!” Dengan tenaga yang masih ada, aku pijak kaki Khairul. Khairul mengadu kesakitan. Aku lari dan hampir nak sampai ke pintu, Khairul tarik aku. Khairul tampar pipi aku. Aku menjerit sakit. Kali ni aku dah berserah sebab Khairul betul-betul atas badan aku. Tolong aku Ya Allah!

“”Woi!”  Aku dan Khairul Azmi menoleh. Terima kasih Ya Allah!

“Lepaskan dia!”

“Kau ni siapa pulak? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku ni?”

“Itu tak penting. Aku nak kau lepaskan perempuan tu sekarang jugak!”

“Ini bini aku. Suka hati aku la nak buat apa.”

“Dia milik aku!” Aku yang tengah sakit ni terkejut dengar pengakuan Tengku Akid. Aku salah dengar ke atau Tengku Akid tengah berlakon sebab nak tolong aku.

“Kalau aku taknak lepaskan dia, apa kau boleh buat?” Khairul Azmi bangun dari menindih aku dan berjalan ke arah Tengku Akid.

“Aku boleh buat ni!” Tengku Akid terus menumbuk muka Khairul Azmi. Khairul Azmi tak sempat mengelak lalu terjatuh di atas lantai.

“Kurang ajar!” Khairul Azmi bangun dan cuba nak serang Tengku Akid. Tengku Akid sempat mengelak dan kali ini Tengku Akid menyepak kaki Khairul Azmi. Sekali lagi Khairul Azmi tersungkur. Tengku Akid mendekati Dahlia.

“Lia ok?” Aku angguk sambil menangis.

“Sshh!! Jangan menangis. Lia dah selamat.” Tanpa aku sedar, aku dah terpeluk mamat campur. Wanginya!!

“Ssshh!! Lia jangan menangis. Akid ada dengan Lia ni.” Tengku Akid usap perlahan belakang aku. Aman je aku rasa.

“Lia takut! Jangan tinggalkan Lia.”

“Tak. Akid takkan tinggalkan Lia. Takkan pernah!” Malu pulak aku rasa bila peluk mamat campur ni lama-lama. Aku lepaskan pelukan aku. Mamat campur tengok aku. Aku pandang bawah je. Ish! Mesti muka aku teruk ni. Malunya!!

“Kenapa dah tak nak peluk Akid?” Lembutnya suara dia. Cairrrrrr!!

“Er.. saya.. Lia.. Lia..” Belum sempat aku nak cakap apa-apa, aku dengar mamat campur mengadu sakit.

“Aduh!” Aku pandang mamat campur. Kat belakang mamat campur ada Khairul Azmi. Dia ni tak pengsan lagi ke?

“Bukan main korang bercinta depan aku kan. Siapa lelaki ni Lia? Kekasih kau?” Kekasih?? Aku pandang Tengku Akid.

“Dia bos Lia!”

“Bos? Sampai berpeluk sakan. Kau dah jadi perempuan murahan ke apa Lia? Bos pun boleh peluk kau.”

“Khairul!” Khairul tarik aku. Aku menjerit bila Khairul acu pisau dekat leher aku.

“Kenapa kau nak jerit dekat aku? Kau marah tu maksudnya betul la kan.”

“Lepaskan Dahlia!”

“Kau siapa nak arah aku lepaskan Lia? Kau tu bos Lia, bukan bos aku. Tapi kan, bila aku tengok cara kau pandang Lia, aku rasa kau ni macam ada hati dengan Lia. Betul tak?” Besar mata aku dengar Khairul cakap macam tu.

“Kalau pun aku ada hati dengan Dahlia, itu bukan urusan kau!” Tengku Akid ni boleh pulak nak melayan Khairul. Dah la aku rasa mata pisau tu makin menyakitkan kulit leher aku. Khairul ketawa.

“Bukan urusan aku kau cakap? Lia ni bakal bini aku tahu.”

“Lia lari sebab taknak kahwin dengan kau!” Aku pandang Tengku Akid. Mana dia tahu kisah aku ni? Mesti Haris yang bagitahu ni.

“Dulu dia boleh lari dari aku tapi sekarang aku akan bawa Lia lari dan paksa dia nikah dengan aku. Bila aku dah sah nikah dengan Lia, kau ataupun lelaki lain takkan boleh dapat Lia lagi.” Khairul ketawa lagi.

“Tolong, jangan apa-apakan Lia. Aku merayu dekat kau. Kalau kau nak duit, aku boleh bagi. Berapa pun yang kau nak.” Tengku Akid perlahankan suara.

“Kau nak bagi aku duit? Hurm.. Biar aku berseronok dengan Lia dulu. Lepas tu, baru kau bagi aku duit untuk aku ceraikan dia ye.”

“Tolong la, lepaskan Lia.” Tengku Akid masih cuba merayu Khairul. Tanpa Khairul sedar, Tengku Akid menyerang Khairul. Pisau terjatuh dari tangan Khairul. Aku pijak kaki Khairul bila aku tengok dia dah macam kelam kabut. Aku tengok Khairul dengan Tengku Akid berebut nak ambil pisau yang terjatuh kat bawah sofa. Jantung aku tak menentu. Risau dengan keadaan Tengku Akid. Aku menjerit bila aku nampak pisau tu ada kat tangan Khairul.

“Kau ni memang tak guna la!” Belum sempat Khairul menikam perut Tengku Akid, Khairul terjatuh dulu.

“Maaf Tengku, saya lambat.” Tengku Akid menarik nafas lega.

“Bawa dia pergi balai polis.” Dua orang lelaki yang berbadan besar memegang Khairul.

“Apa ni! Lepas la!” Khairul meronta minta di lepaskan.

“Tengku..” Aku menghampiri Tengku Akid.

“Lia ok kan. Nanti kita pergi balai, buat report ye.” Aku angguk.

“Kami keluar dulu Tengku.” Tengku Akid angguk.

“Kamu pergi dulu, nanti saya sampai. Jumpa dengan Insp.Helmy.” Kedua lelaki tersebut angguk dan membawa Khairul keluar dari bilik.

“Lia jangan takut dah ok. Lelaki tu takkan kacau Lia lagi. Akid akan pastikan dia terima hukuman yang setimpal dengan perbuatan dia.”

“Terima kasih Tengku. Tengku selalu tolong saya. Macam mana saya nak balas budi baik Tengku?”

“Bukan sekarang, tapi saya yakin satu hari nanti saya perlukan balasan dari Lia, dan waktu tu Lia tak boleh tolak permintaan saya.” Tengku Akid bangun dan keluar dari bilik hotel. Aku hairan, balasan apa yang Tengku Akid nak dari aku?


*********************************************************************

I nak jumpa your bos!”

“Maaf Cik Hanis, ada buat appointment ke dengan Tengku?”

“Soalan apa la yang you tanya ni. Im his girlfriend. Takkan nak buat appointment juga kot.”

“Sebentar ye Cik Hanis, saya interkom Tengku dulu.”

“Lembab la you ni. Cepat sikit!”

“Tengku, Cik Hanis ada kat luar ni. Dia nak jumpa Tengku.”

“Without appointment?”

“Yes.” Tengku Akid mengeluh.

“Suruh dia masuk.”

“Cik Hanis boleh masuk sekarang.”

“Kan I dah cakap, I mesti boleh jumpa dia without appointment. Huh!” Hanis menjeling Qisha. Bila Hanis hilang dari pandangan, Qisha mencebik. Meluat!

“Hai darling!” Hanis berjalan terus ke kerusi Tengku Akid.

“You nak apa datang sini?” Tengku Akid langsung tak pandang Hanis. Matanya fokus pada skrin laptop.

“I miss u darling! Don’t you?”

“I banyak kerja Hanis. Kalau you tak ada apa yang penting, balik la.” Hanis menarik muka.

“Tiap kali I datang nak tengok you, mesti perangai you macam ni kan. Tak ada perasaan langsung dekat I. You know Kid, I dah tak boleh tahan dengan semua ni lagi. I dah buat keputusan, I nak suruh mama you masuk meminang I!” Kepala Tengku Akid menoleh Hanis.

“See, baru nak pandang I kan.”

“You ni dah kenapa Hanis? Sini kan office, kenapa you nak masuk campur hal personal?”

“You tak payah nak bagi alasan la Kid. Kalau you bukan dalam office pun, you akan mengelak nak bincang hal ni kan. I dah penat la dengan perangai you!” ‘Kalau dah penat, pergi la cari lelaki lain!’ Ngomel Tengku Akid dalam hati.

“I banyak benda nak kena settle Hanis. Bukan I taknak bincang.”

“Takkan  pernah habis tahu kerja you tu. Sekarang ni I dah tak peduli, I akan minta mama I bincang dengan mama you about our relationship. No more excuse!” Serabut Tengku Akid dengan perangai Hanis.

“Look, kita jumpa malam ni ok. I promise I akan luangkan masa untuk you and kita boleh bincang dengan lebih baik.”

“You tipu! Last minute nanti you call I and you cancel our dinner.”

“Tak, tak. I promise you I datang jumpa you. Please Hanis.” Tengku Akid pegang tangan Hanis. Ini je la cara yang tinggal untuk lembutkan hati Hanis.

“Ok, I believe you. Malam ni pukul 9. Kat tempat biasa.” Tengku Akid angguk. Hanis mengucup pipi Tengku Akid sebelum keluar. Tengku Akid senyum terpaksa.


*********************************************************************

Setelah meletakkan kereta Porsche Boxster s 981 miliknya di tempat parking, Tengku Akid keluar dan terburu-buru menuju ke restoran. Tengku Akid melihat jam di tangan, 9.05 malam. ‘Aduh, bising la Hanis nanti. Nak kena pujuk dia lagi la ni.’

“Ouch!”

“Sorry miss! Its my fault. I’m in a hurry. Once again, im really-really sorry!” Gadis seksi tu hanya memandang Tengku Akid.

“What a hot guy!” Gadis tu terpegun. Terpegun dengan kekacakan Tengku Akid.

“Excuse me?”

“Er.. Its ok. I pun tak luka apa pun. Its nice actually kena langgar dengan you.” Tengku Akid dah mula buat muka.

“Hai, I Nora.” Gadis tu menghulurkan tangan. Tengku Akid hanya pandang tak sambut.

“Sorry miss, I mintak diri dulu. Im getting late!” Tengku Akid terus pergi dari situ. Nora masih merenung Tengku Akid.

‘Who are you Mr. Arrogant?’




To be continue..

Thanks for reading..



5 comments:

  1. Morning readers.. today n3 spesel sikit. Tengku Akid Irfhan nak interframe. Hikhik..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tenkiu baby mio.. next chapter in making. Keep waiting ya!

      Delete
  3. Geram Dgn Khairul tu....Padan muka dia....kena masuk lokap....
    selamat la si Dahlia kan.....Makin mengacam jalan cerita ni.....tak sabar nak tau kesudahan cerita dan macammana rupa si Dahlia,Haris,Hakimi dan Hanis? Tengku akid dah tau dah hehehehe...so kak penulis sila menarikkan lagi cerita ni yer.....saya rasa mcm berada di dlm movie bila membaca setiap episod ni..
    i love this "BUKAN CINTA BIASA "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Si Manis Libra, suke nak imagine movie kannnn!!
      Btw terime kasih sebab support akak & sebab love n3 ni.

      Delete