“Good morning
Encik Haris!” Haris angguk dan senyum pada Nani. Haris jeling pada Dahlia.
Dahlia macam tengah fikirkan sesuatu.
“Lia!” Dahlia tak
menyahut.
“Lia!” Masih tiada
respon.
“Lia!” Kali ini Haris
siku lengan Dahlia. Aku pandang Haris. Apa pulak dia ni? Main siku-siku.
“Kenapa Encik Haris?”
“Dari tadi abang
panggil, Lia diam je. Lia ada masalah ke?”
“Er, masalah? Takde.
Lia ok. Mana ada masalah.”
“Are you sure? Dari
balik semalam abang tengok Lia macam ada masalah. Kalau ada masalah, cakap la.”
“Betul abang.. Eh,
Encik Haris.” Tersasul pulak aku panggil Haris, abang. Kecoh kalau ada staff
lain dengar ni. Haris ketawa.
“Kalau dah tersasul tu,
tak payah la nak betulkan balik Cik Dahlia oi!”
“Mana boleh Encik
Haris. Perjanjian kita untuk Lia panggil Encik Haris abang bila takde siapa
dekat dengan kita je.” Haris ketawa lagi.
“Ouch!” Haris
terlanggar seseorang. Tu la, suka sangat gelakkan aku kan. Sampai orang kat
depan pun tak nampak.
“Im sorry. Really
sorry!”
“You! Er, its ok.”
Perempuan seksi tu tak jadi nak marah Haris sebab Haris hensem kot. Hikhik..
“Cik tak apa-apa ke?”
“Tak. I ok.” Aku tengok
je perempuan seksi tu pandang Haris. Sah! Dia nak goda Haris. Aku tengok Haris
pun dah naik segan kena tenung macam tu.
“You kenapa sayang?”
Aku terkejut. Jantung aku macam nak berhenti berdenyut.
“I ok. I terlanggar
lelaki ni tadi. That’s all!”
“Betul you ok?”
Perempuan seksi angguk.
“Saya minta maaf encik.
Sebenarnya saya yang terlanggar teman encik ni tadi.” Haris cuba nak terangkan
perkara sebenar.
“Takpe la kalau
girlfriend I cakap takde apa.” Lelaki tu toleh muka kat aku.
“Lia!” Har! Dia kenal
aku la.
“Saya.. saya.. jalan
dulu.” Terus aku beredar dari situ. Aku takut sangat!
“Lia!” Haris jerit nama
aku.
“Maafkan saya, kalau
cik takde apa saya mintak diri dulu la.” Haris turut beredar dan menuju ke lif.
“Siapa tu sayang? You
kenal ke?”
“Er, tak. Mungkin muka
sama.”
“You jangan berani nak
ada perempuan lain. You ingat Rul, makan, pakai dan tempat tinggal you kat KL
ni, I yang bayar. Faham?”
“Yela darling. Kan I
dah cakap, muka perempuan tu sama macam adik sepupu I kat kampung. Eh, dah la.
Kata nak shopping. Jom, I teman!” Khairul Azmi menarik tangan Amira. Sempat
kepalanya di toleh ke belakang. Khairul Azmi yakin, itu memang Dahlia!
*********************************************************************
Kenapa
aku jumpa dia balik? Nak hampir setahun benda tu berlaku. Aku takut dengan dia.
Aku takut! Macam mana kalau dia cari aku? Macam mana kalau dia nak balas dendam
dengan aku. Siapa boleh tolong aku? Aku takut Ya Allah! Lindungilah hambamu ini
Ya Allah. Aku buka pili air. Aku tadah air kat tangan dan sapu air kat muka
aku. Aku kena tolong Balqis. Kalau aku jumpa Khairul lagi, aku akan cuba cakap
dengan Khairul. Takde cara lain. Bila aku rasa hati aku dah tenang sikit, aku
keluar dari bilik air.
“Lia, Encik Haris
mintak you pergi bilik dia. Urgent!”
“Ok. Thanks Ruby.” Aku
ambil diari dan pen. Lepas tu aku keluar dan terus naik lif pergi bilik Haris.
“Dina, bagitahu Encik
Haris saya dah sampai.” Dina pandang aku. Tak faham kot?
“Er, tadi Encik Haris
cari Lia. Tapi Lia kat toilet. So, dia pesan kat Ruby kalau Lia dah balik dari
toilet dia suruh Lia jumpa dia.”
“Oh, I see. Kejap eh.”
Aku angguk. Ardina interkom Haris.
“Lia, boleh masuk.”
“Thanks!” Aku ketuk
pintu. Aku masuk bila aku dengar suara Haris suruh aku masuk.
“Ada apa Encik Haris?”
“Lia ok?”
“Ok.”
“Pasti?” Aku angguk.
“Dah tu, kenapa tadi
tinggalkan abang sorang-sorang.? Kenapa tak tunggu abang naik lif sekali? Hurm..”
Aku telan air liur. Apa nak cakap ni?
“Lia minta maaf. Lia..
Lia bukan sengaja nak tinggalkan abang sorang-sorang tadi. Lia.. Lia sakit
perut.”
“Sakit perut?” Aku
angguk.
“Lia salah makan ke?”
“Er.. er.. a’ah!” Haris
senyum. Haris tahu Dahlia menyembunyikan sesuatu darinya.
“Kalau betul Lia sakit
perut takpe la. Abang ingat Lia ada masalah dengan lelaki tadi.” Aku angkat
muka. Haris tahu ke?
“Lelaki tadi? Lia.. Lia
tak kenal pun. Sungguh Lia tak kenal!” Kali ni Haris yakin ada yang tak kena
dengan Dahlia. Kelam kabut semacam bila cakap pasal lelaki tadi.
“Ok, ok. Lia tak kenal
takpe. Abang ingat Lia kenal. Kalau betul Lia ok, bagus la. Sekarang, Lia balik
pejabat dulu, ok?” Aku angguk. Aku bangun dan keluar dari bilik Haris.
‘Ada yang tak kena
dengan Dahlia. Siapa lelaki tu?’ Haris meraup rambutnya ke belakang.
*********************************************************************
“Kenapa abang
bawak Lia datang sini?” Aku ikut Haris keluar dari kereta. Haris pergi depan
kereta dan sandarkan badan dia.
“Sini, diri sebelah
abang.” Aku ikut.
“Bila abang ada
masalah, abang suka datang sini. Abang rasa tempat ni nyaman dan boleh
tenangkan fikiran abang.” Aku pandang Haris.
“Abang tak tenang ke
sekarang? Abang ada masalah apa?” Haris toleh muka kat aku. Dia senyum.
“Abang tak tenang
sebab, Lia ada masalah dan Lia taknak kongsi masalah tu dengan abang.”
“Lia ada masalah? Mana
ada la.”
“Abang tahu Lia ada
masalah tapi abang tak tahu kenapa Lia taknak kongsi masalah tu dengan abang.
Lia tak percayakan abang ke?” Aku diam. Haris ni macam dah tahu je.
“Lia pandang abang.”
Aku pandang.
“Siapa sebenarnya
lelaki pagi tadi?”
“Abang.. Lia tak
kenal..” Aku tundukkan muka kat bawah.
“Pandang abang dan
terus terang dengan abang.” Perlahan aku angkat muka.
“Abang.. Lia.. Lia
takut dengan dia.” Aku dah mula menangis.
“Siapa dia?”
“Dia anak ketua kampung
Lia. Nama dia Khairul Azmi.”
“Kenapa Lia takut
dengan dia?” Aku tarik nafas. Perlahan aku lepaskan.
“Lia datang KL sebab
dia. Dia.. dia.. cuba nak perkosa Lia.” Terkejut Haris dengar.
“Kenapa Lia tak
bagitahu abang? Biar abang ajar dia tadi.”
“Lia tak sangka boleh
jumpa dia balik. Lia takut abang. Lia takut dia cari Lia balik.” Haris pegang
bahu aku.
“Lia jangan risau ok.
Abang akan selalu lindungi Lia. Selagi dia ada dalam hotel tu dia takkan boleh
buat apa kat Lia.” Aku angguk.
“Dah, jangan nangis
lagi. Lepas ni kalau Lia ada masalah jangan sorok dari abang. Share dengan
abang ok?”
Haris lap air mata aku. Lapang dan tenang aku rasa bila aku dah
kongsi cerita ni dengan Haris.
*********************************************************************
“Cik, boleh saya
tahu ada tak nama pekerja Dahlia dekat sini?” Nani pandang lelaki depan dia.
“Maaf, boleh saya tahu
kenapa?”
“Er, saya.. saya kawan
kampung Dahlia. Mak dia tengah sakit kat kampung. Mak dia la yang cakap Dahlia
kerja dekat sini. Betul ke Cik?” Nani pandang lagi lelaki tu. Nani was-was.
“Encik tunggu sebentar
boleh. Sekarang system kami ada masalah sikit. Encik duduk dulu, kejap lagi
bila system dah baik sikit saya panggil encik ye.”
“Cepat sikit ye.” Nani
angguk. Lepas lelaki tu duduk terus Nani hantar email dekat Ardina.
‘Inform
En. Haris, lelaki baju merah tu cari Dahlia. Blh ke Nani bagi info Dahlia kat
die?’
Send!
“Encik Haris, Nani
bagitahu saya lelaki baju merah kat lobi tu cari Dahlia. Boleh ke Nani bagi
info Dahlia dekat lelaki tu?” Ardina interkom Haris. Haris cari remote CCTV.
Lelaki ni! Memang berani lelaki ni cari Dahlia kat hotel.
“Suruh Nani hantar
lelaki tu kat I!”
“Baik Encik Haris!”
Ardina interkom Nani.
“Nani, suruh lelaki tu
naik floor akak. Encik Haris nak jumpa dia dulu. Tapi jangan bagitahu lelaki tu
Encik Haris nak jumpa dia tahu!”
“Ok!”
“Encik!” Nani panggil
lelaki baju merah.
“Encik naik tingkat
40.”
“Dahlia kerja kat sini
ke?”
“Ye encik. Encik boleh
naik sekarang.”
“Terima kasih!” Cepat
Khairul Azmi beredar dari kaunter dan terus menaiki lif. Ting! Khairul Azmi
tiba di tingkat 40. Khairul Azmi keluar. Sunyi. Sorang manusia pun takde.
Khairul Azmi pandang pintu yang berada di sebelah kanannya. Seorang perempuan
mengandung keluar dan menghampirinya.
“Encik yang nak jumpa
dengan Cik Dahlia tadi kan?”
“Ye. Mana Dahlia?”
“Encik ikut saya.”
Khairul Azmi angguk. Pelik! ‘Dahlia ni dah kerja pangkat besar ke kat hotel ni?
Perempuan ni mesti pembantu Dahlia. Kalau macam ni, lagi senang la hidup aku
nanti bila dah kahwin dengan Dahlia. Haha..’
“Encik, sila masuk.”
Khairul Azmi masuk. Perlahan Ardina menarik pintu bilik dari luar.
“Wah! Tak sangka aku kau
dah kerja kat tempat besar macam ni. Tak sia-sia kau lari dari kampung kan.”
Haris diam. Khairul Azmi masih tidak tahu Haris yang berada di dalam bilik tu.
Bukannya Dahlia!
“Kenapa kau tak pandang
aku? Kau malu ke? Tak payah la nak malu, aku ni kan bakal suami kau jugak.”
Khairul Azmi ketawa. Haris mula naik darah. Haris pusingkan kerusi. Khairul
Azmi tergamam.
“Siapa kau? Mana
Dahlia”
“Kau siapa?” Mendatar
suara Haris.
“Aku nak cari Dahlia.
Perempuan mengandung tadi bawak aku masuk sini. Mungkin aku salah bilik.”
“Kau tak salah bilik.
Memang aku yang suruh secretary aku bawa kau datang sini. Boleh aku tahu, apa
halnya kau dengan Dahlia?”
“Aku kawan dia dari
kampung. Mak Dahlia tak sihat. Aku cuma nak bagitahu dia je.”
“Takkan mak dia takde
nombor telefon Dahlia?” Haris cuba menguji Khairul Azmi.
“Er.. ade. Mak dia dah
cuba call dah tapi tak dapat. Tu yang aku datang sini nak bagitahu Dahlia
sendiri.”
“Apa niat kau dekat
Dahlia?”
“Kau cakap apa ni?”
Haris bangun dari kerusi dan mendekati Khairul Azmi.
“Untuk pengetahuan kau,
makcik Rohani dengan Dahlia ade dekat rumah aku. Apa kau nak cakap sekarang?”
Khairul Azmi telan air liur. Tembelangnya pecah!
“Siapa kau?”
“Aku owner hotel ni.”
“Aku nak jumpa Dahlia!”
“Nak buat apa? Supaya
kau dapat kacau hidup dia lagi. Har!” Khairul Azmi diam.
“Kau dengar sini eh,
aku takkan biarkan kau kacau hidup Dahlia lagi. Sekarang ni Dahlia dalam jagaan
aku.”
“Kau siapa har nak
tentukan aku boleh jumpa Lia ke tak? Kalau kau nak tahu, sebelum Dahlia datang
sini dia tu bakal jadi isteri aku tahu! Dan aku akan pastikan, kali ni dia
mesti jadi isteri aku yang sah!”
“Kau jangan nak mimpi
la. Selagi aku ada, aku akan protect Lia. Hei! Dah cukup bagus Lia tak buat
report polis pasal kau nak perkosa dia. Ikutkan aku la, memang aku dah tendang
kau masuk penjara.” Khairul Azmi ketawa.
“Sebab aku dah gagal la
aku nak cuba lagi. Takpe, kite tengok siapa yang dapat Lia. Takkan selamanya
kau dapat jaga Lia. Aku akan pastikan, Lia jadi milik aku.” Khairul Azmi ketawa
lagi. Haris mendekati Khairul Azmi dan menumbuk muka Khairul Azmi.
“Kau jangan nak cuba
buat apa-apa kat Lia. Apa pun yang jadi kat Lia, memang kau orang pertama aku
cari. Sekarang, aku nak kau keluar. Keluar! Haris jerit. Haris dah mula hilang
sabar dengan Khairul Azmi. Khairul Azmi bangun dan menuju ke pintu. Waktu
Khairul Azmi keluar, dia bertembung dengan Tengku Akid. Mereka saling
berpandangan. Tak lama pun, Khairul Azmi terus pandang depan dan menuju ke lif.
Tengku Akid masuk ke dalam bilik Haris.
“Ris, kau ok ke?”
Tengku Akid tengok Haris tengah duduk kat sofa. Haris angguk.
“Siapa yang keluar dari
bilik kau tadi?” Tengku Akid duduk sebelah Haris.
“Kau nampak?” Tengku
Akid angguk.
“Muka macam tak puas
hati je. Nak ugut kau ke?” Haris geleng.
“Dia nak cari Dahlia.”
Tengku Akid tersentak. Pantang ada orang sebut nama Dahlia, mesti jantung
Tengku Akid berdegup kuat.
“Kenapa?”
“Lelaki tu orang
kampung Dahlia. Dia cakap dia bakal suami Dahlia. Dahlia lari dari kampung
sebab taknak kahwin dengan dia.”
“Bakal suami? Tak jadi
kahwin sebab Dahlia lari. Maksudnya, Dahlia tak setuju la nak kahwin dengan
dia.”
“Lelaki tu bukan orang
baik Kid. Aku risaukan Dahlia. Kau tolong aku ye. Kalau kau nampak dia nak buat
perkara yang tak baik dekat Dahlia, kau inform aku.”
“Ok Kid, kau jangan
risau la. Takkan dia berani buat apa-apa dalam hotel ni kot.” Haris angguk.
‘Siapa pulak la mamat
yang tiba-tiba muncul dalam hidup Dahlia ni?’ Tengku Akid mengeluh sendiri.
To be continue..
Thanks for reading..
Thank u for the fast n3 Dya! Waiting for your next surprises, especially pasal si Khairul yg jahat tu... rasa mcm nak suruh Tengku Akid tu belasah die cukup2 sampai die serik nak kacau Lia lagi...tapi boleh ke mcm tu? hehehe
ReplyDeleteIsh.. Cik Ida ni macam tau tau je next n3 saye ni. Hikhik.. Ape pun, Khairul ni memang ade balasannye. Tunggu next n3 saye yer..!! Tenkiu for reading & comment.
ReplyDeleteBEST NAK LAGI ..
ReplyDeleteTenkiu baby mio.. kejap lagi saye upload ye. Thank you for reading & comment.
Delete