Tit…
Tit..
Tengku Akid yang sedang
memandu, memandang sekilas skrin Samsungnya. Hanis!
“Sayang, where are
you?” Manja suara Hanis di talian.
“The question is you
yang kat mana?” Tengku Akid menahan suaranya dari marah.
“I kat apartment
Rania.”
“I ambil you sekarang!”
Tengku Akid matikan talian. Laju Tengku Akid memecut kereta mewahnya.
*********************************************************************
“Ani, lagi sekali
saya mintak maaf sangat-sangat pasal tadi ye. Sampai basah Hanis buat Dahlia.”
“Sudahla Datin. Benda
dah lepas pun. Saya masuk dulu Datin. Nak tengok Dahlia kejap.”
“Ye lah.”
“Lia, dah mandi?” Aku
pandang mama.
“Dah ma.” Mama
menghampiri aku. Mengusap lembut kepala aku.
“Hurm, maafkan mama ye
sayang. Mama tak dapat nak tolong Lia tadi.”
“Dah la ma. Asalkan Cik
Hanis tak apa-apakan mama cukup. Kalau mama pun dia buat tadi memang Lia pun
naik hantu jugak la.” Mama sengih.
“Sabar la Lia. Ini la
nasib kita. Dah dapat Datin yang baik, anak dia pulak yang panas baran.”
“Lia sabar la ni ma.
Kalau Lia tak sabar tadi, Cik Hanis tu pun Lia mandikan dengan koktel.”
“Amboi! Garang jugak
anak dara mama ni ye. Dah la, mama nak mandi kejap ye.” Aku angguk.
*********************************************************************
“I taknak balik!”
Bentak Hanis dalam kereta.
“You nak pergi mana?”
“Sewa hotel.”
“Haris suruh I bawa you
balik rumah.”
“Tapi, I taknak. I tahu
diaorang semua tu nak marah I kan.”
“Ok. I hantar you pergi
D’Legend or D’Mewah?”
“I nak sewa hotel lain.
You, teman I eh?” Lembut Hanis memujuk.
“What do you mean?”
“Akid, stay with me
please. Tonight je. I runsing la.” Hanis mendekatkan wajahnya ke wajah Tengku
Akid.
“Move Hanis! I kan
tengah drive ni.”
“Ok. You ikut I eh? I
tak nak balik. I nak dengan you je. Please honey..”
“You ni kenapa?” Hanis
tarik muka.
“Kid, you ni kasar je dengan I kan. Macam takde nafsu
dengan I. Agaknya, you dah tak sayang kat I kot. Yela, dah kena guna-guna
dengan perempuan kampung tu!”
“Nonsense la!”
“Nonsense konon! Habis
tu kenapa you boleh nak ambil gambar dengan dia? Tell me!”
“Bukan I nak sangat
ambil gambar dengan dia. Cuma kebetulan waktu tu dia dekat dengan I. That’s
all!” Tengku Akid pusing cerita.
“Betul you takde hati
dekat dia sayang?
“She’s not my type!”
Perlahan suara Tengku Akid membalas.
“Really? I dah tahu
dah. Takkan you nak pandang perempuan macam tu kan. Mesti dia yang
terhegeh-hegeh nak goda you.”
“Sudah la Hanis. I
hantar you balik ok.”
“Stay with me Akid.”
Hanis masih cuba mengajak Tengku Akid bermalam dengannya.
“Kita belum nikah kan.
Tak elok la kalau ada yang nampak.”
“I nak nikah dengan you
tapi you tu yang banyak sangat alasan.”
“Bukan sekarang. Banyak
benda I nak kena settlekan. Understand me please.”
“Ok, ok. I bagi you
masa lagi. Tapi, bila I dah tak boleh nak sabar dengan perangai you, you jangan
nak salahkan I!” Hanis menjeling Tengku
Akid. Hanis sedar, memang susah nak menggoda Tengku Akid. Waktu mereka belajar
di luar negara dulu, tak pernah sekali pun Tengku Akid menyentuhnya. Selalu
jugak Hanis menggoda dan berpakaian seksi di depan Tengku Akid tapi Tengku Akid
buat tak reti je. Tak tergoda langsung! Bila Hanis merajuk atau marah, baru la
reti sikit nak peluk tapi itu pun kena suruh. Kadang-kadang Hanis tak tahu apa
sebenarnya perasaan Tengku Akid pada dirinya.
*********************************************************************
“You masuk sekali
ok?” Tengku Akid angguk. Perlahan kaki Hanis melangkah masuk ruang tamu banglo.
“Ingat dah tak ingat jalan
balik rumah.” Hanis menoleh. Haris yang sedang turun dari tangga memandangnya.
“Abang kan yang pesan
kat Akid suruh bawa Hanis balik rumah. Hanis balik la!”
“Duduk Kid.”
“Takpe la Ris. Aku
ingat, aku balik dulu. Mama sorang kat rumah. Kau settle la baik-baik.”
“Sayang, you teman la
I. You dah promise kan, nak teman I.”
“You yang buat salah
kan so, you tanggung la sendiri. Aku balik dulu Ris. Esok aku cuti, kau tahu
kan?” Haris angguk.
“Pasal Resort kau kat
Terengganu tu ke?”
“A’ah.”
“Kau apply berapa hari?”
“2 hari. Tapi kalau
settle cepat, cepat la aku balik sini.”
“Sayang, you tak
bagitahu I pun you nak ke Terengganu.” Hanis menyampuk.
“Kerja Hanis. Bukannya
I pergi sana nak enjoy. Lain la you.”
“Kamu dah balik Hanis?”
Semua mata tertumpu pada Datin Sharifah Sofiya. Tengku Akid menghampiri dan
salam tangan Datin Sharifah Sofiya.
“Auntie, Akid balik
dulu.”
“Cepatnya nak balik.
Tak minum dulu?”
“Esok Kid nak pergi
Terengganu. Ingat nak rehat awal sikit kat rumah. Lagipun mama sorang kat
rumah.”
“Ye lah. Terima kasih
la dah bawa Hanis balik rumah. Kirim salam dekat mama ye.”
“InsyaAllah auntie. Aku
balik dulu Ris.” Setelah bersalam dengan Datin Sharifah Sofiya dan Haris,
Tengku Akid keluar dari banglo.
“Haris, pergi panggil
Cik Ani dengan Dahlia.” Hanis pandang Datin Sharifah Sofiya. Haris keluar.
“Buat apa nak panggil
diaorang mama?”
“Hanis diam! Kejap
lagi, bila mama suruh Hanis cakap baru Hanis cakap.” Tak lama kemudian, Haris
muncul bersama Rohani dan Dahlia.
“Datin, ada apa yang
saya boleh bantu?”
“Ani dengan Dahlia
duduk dulu.” Aku pandang mama. Duduk? Takkan Datin nak suruh aku dengan mama duduk
sama-sama dengan keluarga Datin pulak ni.
“Eh, tak payah la
Datin. Saya dengan Dahlia boleh berdiri je.”
“Saya suruh duduk, kamu
duduk la. Ada benda yang saya nak bincangkan. Duduk!” Aku dan mama akhirnya
duduk. Aku perasan Hanis menjeling aku. Lantak kau la! Mak kau yang suruh. Huh!
“Sekarang ni, mama nak
Hanis mintak maaf dekat Cik Ani dan Dahlia.”
“What!” Besar mata
Hanis dengar permintaan mamanya.
“Mama, this two person
is our orang gaji. Kita ni majikan. Takkan majikan nak mintak maaf kat orang
gaji kot. Mama ni ikut undang-undang mana?”
“This is my house and
please follow my rules. For your information, mama adalah majikan Cik Ani dan
Dahlia. Not you! And now, as your mum and as owner of this house I order you to
apologize. Now!” Tinggi suara Datin Sharifah Sofia mengarah Hanis. Terkejut
Hanis dengar suara mamanya. Tak pernah-pernah mama menengking dia begitu. Tapi
sekarang, mama tengking dia depan orang gaji pulak tu. Malunya!
“Apa lagi yang kamu
tunggu tu Hanis? Sekarang!”
“Ye, ye.” Lambat-kambat
Hanis bangun dan mendekati kerusi Rohani dan Dahlia.
“Im sorry!” Hanis
menghulurkan tangannya. Aku sambut.
“Saya maafkan Cik
Hanis. Saya tahu Cik Hanis takde niat nak buat macam tu.” Aku cuba nak maniskan
muka. Tapi muka Hanis tetap masam. Lepas tu, cepat-cepat Hanis tarik tangan dia
dari tangan aku.
“Ok mama, Hanis dah
buat apa yang mama nak. Boleh Hanis masuk tidur sekarang?”
“Belum lagi. Mama nak
tahu, kenapa Hanis buat macam tu pada Dahlia tadi?”
“Kalau mama nak tahu,
dia ni nak menggoda Akid. Mama ingat Hanis suka-suka ke nak serang dia. Takde
kerja Hanis.” Aku pandang Hanis. Ya Allah! Aku tak pernah ada niat macam tu
pun.
“Kau cakap apa ni
Hanis?” Haris menyampuk.
“Betul abang. Kalau
abang tak percaya, abang tengok ni.” Hanis ambil telefon bimbit dalam beg
tangannya. Menekan sesuatu dan memberikan telefon tersebut kepada Haris.
“Ini gambar je Hanis.
Lagipun abang kenal editor magazine ni.”
“Terserah abang la. Apa
yang Hanis cakap memang sorang pun takkan percaya kan. Dari tadi pun semua
orang asyik dok membela perempuan ni. Dah la mama, Hanis dah explain and now
Hanis nak tidur!” Hanis beredar menaiki tangga.
“Hanis, Hanis! Mama tak
habis cakap lagi ni.” Hanis langsung tak peduli panggilan Datin Sharifah
Sofiya.
“Encik Haris, Datin,
Lia tak pernah ada niat macam tu. Lia tak pernah cuba nak menggoda Tengku Akid.
Percaya la.”
“Auntie percayakan
Dahlia. Sudah la, Ani dan Dahlia kamu boleh balik berehat. Lagi sekali, saya
mohon maaf dengan perangai Hanis. Salah saya, tak pandai nak didik dia. Tu yang
manja sangat.”
“Sudah la Datin.
Perkara dah lepas. Cik Hanis pun dah minta maaf dengan Dahlia. Itu dah lebih
dari cukup. Saya dengan Dahlia minta diri dulu Datin, Encik Haris.” Haris dan
Datin Sharifah Sofiya menganggukkan kepala. Selepas Dahlia dan Rohani keluar,
Haris mendekati Datin Sharifah Sofiya.
“Mama runsing lagi ke
pasal tadi?”
“Mesti la Ris. Entah
apa la yang wartawan nak tulis nanti.”
“Mama jangan risau ok.
Ris dah settlekan semuanya.” Datin Sharifah Sofiya memeluk Haris.
“Thank you sayang.
Haris memang anak yang baik.
“Jom Haris bawak mama
naik berehat.”
*********************************************************************
Seminggu Kemudian..
“Atia jaga rumah ye.
Saya pergi sekejap.”
“Baik Datin!”
“Atia, nanti tolong
pesan dekat Lia angkat kain yang dah kering. Makcik rasa dah kering dah tu.”
“Baiklah makcik. Kalau
Lia belum balik lagi saya yang tolong angkat nanti.” Rohani senyum. Senang
dengan kebaikan Atia. Atia menghantar mereka sampai ke beranda rumah. Apabila
kereta mewah Haris hilang di pandangan, Atia masuk dan menyambung kerja di
dalam rumah.
“Assalamualaikum awak!”
Atia menoleh. Lemaunya suara Dahlia.
“Waalaikumsalam. Awak
ok Lia? Suara awak lemau je ni.”
“Yeke? Tu la, Lia rasa
badan ni macam tak berapa nak sihat la. Nah, gula yang awak kirim tadi.” Dahlia menghulurkan gula pasir pada Atia.
Atia menyambut.
“Meh Atia rasa dahi
Lia.” Aku hanya membiarkan tangan Atia menekap-nekap dahi aku.
“Panas la Lia. Lia
demam ni. Kejap eh, Atia ambil panadol.” Atia selongkar laci yang paling atas.
“Nah! Makan panadol ni.
Lepas tu rehat je dalam bilik tau. Kain kat belakang bilik tu nanti biar Atia
yang ambilkan.” Aku ambil panadol.
“Terima kasih Atia. Lia
balik bilik dulu ye. Maaf la, tak dapat nak tolong Atia masak.”
“Takpe. Ini bukan kerja
Lia pun. Pergi rehat je ok.” Aku angguk dan bangun dari kerusi.
“Eh, Datin dah lama
keluar ke?”
“Takde la lama sangat.
Dalam 10 minit macam tu.” Aku angguk lagi dan keluar dari dapur. Waktu aku nak
balik rumah kat belakang, aku dengar Hanis panggil nama aku. Ada pulak dia ni
kat banglo. Kenapa la tak ikut mak kau sekali? Haish!!
“Ye Cik Hanis.”
“Bawakkan aku jus
oren.” Aku pandang Hanis. Aku ke? Ini kan kerja Atia. Ni mesti nak balas dendam
kat aku ni. Takpe Lia, jus oren je pun.
“Baiklah Cik Hanis.”
“Kau bawak kat kolam.
Aku nak rest kat sana.” Aku angguk dan beredar menuju ke dapur.
“Eh, kenapa Lia patah
balik? Ada tinggal barang ke?” Hairan Atia tengok aku masuk dapur balik.
“Tak tinggal apa pun.
Tu, Cik Hanis tu mintak Lia buatkan dia jus oren.”
“Kenapa Cik Hanis suruh
Lia pulak? Tu kan kerja Atia. Dah, dah, Lia pergi balik rehat. Lia kan tak
sihat.” Atia tolak aku perlahan.
“Takpe la. Lia rasa Cik
Hanis memang sengaja nak suruh Lia. Lagipun, hantar air je pun. Lepas Lia
hantar kat dia, Lia pergi rehat ye.”
“Lia ni kan, degil!”
Aku buka peti ais dan tuang jus oren kat dalam gelas kaca berwarna putih.
“Dah siap! Sekejap je
kan. Lia pergi hantar ok.” Atia angguk. Aku keluar dari dapur dan berjalan
menuju ke kolam renang. Aku nampak Hanis tengah berdiri dekat dengan kolam
renang.
“Cik Hanis, ni air yang
Cik pesan tadi. Nak saya letak kat meja ke?
“Tak payah! Sini, bagi
aku.” Hanis ambil jus oren dari tangan aku. Kasar betul!
“Cik Hanis, saya minta
diri dulu ye.”
“Siapa suruh kau
pergi?” Aku pandang Hanis.
“Ada apa lagi yang saya
boleh tolong?”
“Kau tolong jawab
soalan aku.”
“Apa ye?”
“Kau ada hati dengan
Akid kan?” Haish dia ni. Tak habis-habis dengan mamat campur. Bila masa la aku
cakap aku syok kat kekasih hati dia tu.
“Apa Cik Hanis cakap
ni? Tengku tu kan kekasih Cik Hanis, tak mungkin saya ada hati dengan Tengku.”
“Kau tu berlakon je
depan aku. Kau ingat aku tak tahu kau ni perempuan jenis apa? Mesti kau nak
kikis harta Akid kan.”
“MasyaAllah, saya tak
pernah fikir sampai ke tahap tu. Saya sedar siapa saya Cik Hanis. Mana mungkin
saya boleh ada hati dengan Tengku sedangkan Tengku adalah milik Cik Hanis.”
“Ah! Kau ingat aku
percaya dengan cakap kau. Hei perempuan! Mama aku dengan abang Haris boleh la
kau tipu hidup-hidup. Tapi aku takkan tertipu la dengan perangai kampung kau
ni.”
“Baiklah, apa yang Cik
Hanis nak saya buat supaya Cik Hanis percaya cakap saya?” Hanis pandang dan
senyum sinis pada aku.
“Kau sanggup buat apa
yang aku suruh?”
“Kalau itu dapat
meyakinkan Cik Hanis yang saya memang takde hati dengan Tengku, saya sanggup.”
Hanis senyum.
“Terjun dalam kolam
ni!” Besar mata aku. Terjum kolam? Aku tak reti berenang la wei.
“Tapi, saya tak pandai
berenang.”
“Kau ni memang
pembohong kan! Tadi kau cakap kau sanggup buat apa saja. And this is the real
of you. Kau tu memang perempuan tak boleh pakai!” Aku tundukkan je muka aku kat
lantai. Telan je la apa yang dia nak cakap pasal aku.
*********************************************************************
Tengku
Akid mematikan enjin keretanya. Hatinya tiba-tiba rindu pada Dahlia. Minggu
lepas jarang wajah cantik itu di tatapnya. Tiga hari Tengku Akid berada di
Terengganu atas urusan resort miliknya dan hari-hari yang selebihnya Tengku
Akid sibuk di pejabat Hotel D’Legend. Langsung tak berselisih dengan Dahlia.
Hari ini, hatinya tidak dapat menahan rindu untuk melihat Dahlia. ‘Bagi je
alasan nak jumpa Hanis atau Haris, asalkan dapat tengok pujaan hati aku.’
Ketawa Tengku Akid dalam hati. Langkah Tengku Akid mati hendak masuk ke dalam
banglo apabila Tengku Akid terlihat Dahlia dan Hanis di kolam renang tepi
rumah.
“Betul kau tak nak
terjun dalam kolam ni?”
“Bukan saya taknak tapi
saya tak pandai berenang Cik Hanis.”
“Takpe la kalau macam
tu. Biar aku buat kau pandai berenang.” Hanis menolak Dahlia ke dalam kolam.
Aku panik! Aku memang tak pandai berenang. Sampai hati Hanis tolak aku dalam
kolam renang ni.
“Padan dengan muka kau!
Kau memang layak kena tolak dalam kolam ni. Biar kau lemas dalam ni. Takkan ada
siapa nak tolong kau la.” Hanis ketawa kuat.
“Tolong saya Cik Hanis!
Saya memang tak pandai berenang. Tolong saya!” Terkapai-kapai tangan aku mintak
tolong kat Hanis.
“Kalau kau nak selamat,
kau keluar la sendiri! By the way, dengan cara ni kau takkan dapat rampas Akid
aku. Never! ” Hanis masih ketawa dan hanya melihat aku yang hampir nak lemas
dah. Aku rasa aku dah tak kuat. Dah la dengan badan aku yang tak berapa nak
sihat. Lama-lama aku rasa aku makin penat.
“Tolong saya.. Tolong..!!”
Perlahan suara aku mintak tolong. Atia pun tak dengar ke?
“Hanis! What are you
doing?” Hanis toleh. Tengku Akid!
“Sayang, you..
ke..kenapa you dekat sini?” Hanis gugup. Tengku Akid tak jawap soalan Hanis.
Tengku Akid tanggalkan kemeja hitam yang di pakai, buka kasut dan terus terjun
ke dalam kolam. Geram Hanis tengok Tengku Akid membantu Dahlia. Perlahan Hanis
meninggalkan perkarangan kolam dan
keluar dari banglo.
Tengku Akid mencempung
Dahlia dan meletakkan Dahlia di atas lantai. Tengku Akid menekan-nekan perut
Dahlia. Takde respon. Tengku Akid cuba lagi menekan perut Dahlia, masih tiada
respon. ‘Maafkan Akid, Dahlia. Akid takde cara lain. Akid nak Lia. Lia tak
boleh mati!’ Tengku Akid mendekatkan mulutnya ke mulut Dahlia. Tak lama
kemudian Tengku Akid dengar Dahlia batuk. CPR nya berjaya. Tengku Akid
memanjatkan syukur di dalam hati.
“Alhamdulillah, Lia dah
sedar.” Aku buka mata. Macam kenal je suara tu.
“Er.. Tengku ke?” Kabur
mata aku nampak Tengku Akid senyum. Lepas aku nampak Tengku Akid senyum, aku
tak ingat apa dah.
“Dahlia.. Dahlia!”
Tengku Akid memanggil Dahlia.
“Tengku!” Tengku Akid
menoleh.
“Bila Tengku sampai?
Eh, kenapa dengan Dahlia tu?” Atia menghampiri Tengku Akid dan Dahlia.
“Er, Lia.. Lia terjatuh
dalam kolam. Tadi dia dah sedar sekejap, lepas tu dia pengsan balik. Boleh Atia tunjuk mana bilik Lia? Biar saya
bawa Lia berehat dulu.” Tengku Akid menahan kesejukan.
“Boleh, boleh. Tengku
ikut saya.” Atia bangun dan Tengku Akid mengikut dari belakang sambil mendukung
Dahlia. ‘Boleh tahan berat Dahlia ni. Nampak je kurus.” Ngomel Tengku Akid
dalam hati.
To be continue..
Thanks for reading..
Selamat membaca My Readers..
ReplyDeleteThank u 4 the n3 Dya! Tiba2 rasa bahagia bila En. Tengku kita ni selamatkan Lia...tapi jgn pulak kejap lagi dia repeat balik perangai giler & panas baran die. Lagi pengsan Lia nanti. Apa2 pun, really nice bila sesekali Akid jadi the 'dark hero' for Lia. So, Haris jgn jealous ye...always remember, it must be a fair competition!
ReplyDeleteWelcome for the reading & the comment Cik Ida. Tengku kita ni ego je lebih. Mahu tapi Malu! Hikhik.. Well, he's unpredictable guy! I wish this guy in my life too. Tapi, boleh imagine in the n3 je la yek.
Deletebest,,,jangan marah ya jalan cerita dia ada sikit macam drama thailand.
ReplyDeleteHar! Yeke. Hikhik.. Tak marah la. Cite Thailand tu tajuk ape awak?
Delete