“Kau ok ke ni?”
Haris menegur Tengku Akid yang baru masuk ke dalam bilik pejabatnya. Hairan
Haris melihat wajah Tengku Akid lebam-lebam.
“Aku ok je.” Ringkas
Tengku Akid jawab.
“Apa dah jadi dengan
muka handsome kau tu?” Tengku Akid memegang-megang wajahnya.
“Er, malam tadi aku
kena serang la.” Haris terkejut.
“Biar benar kau ni?
Anak dara siapa kau kacau?” Haris tersengih. Tengku Akid juga turut tersengih.
“Biol la kau! Musuh
dalam selimut la.” Kali ni Haris ketawa.
“Hahaha!! Apa dah jadi
ni Kid?”
“Malam tadi aku balik
lambat sikit. Aku park kereta kat depan je sebab semalam aku nak cepat masuk
office dan tak sempat nak masuk car park kat basement. Belum sempat aku nak
masuk kereta, bahu aku kena pukul. Aku jatuh.” Haris kerut dahi. Makin teruja
Haris mendengar cerita Tengku Akid.
“Kau kenal ke siapa
yang pukul kau?”
“Mamat tu pakai topeng.
Boleh tahan jugak la dia belasah aku. Aku pun dapat jugak belasah dia. Topeng
muka dia pun aku dapat buka.”
“Siapa Kid?”
“I’m not so sure
whether you know him or not. Aku pun baru jumpa dia sekali waktu aku ada
business dengan Dato’ Ruslan dulu. Nama dia Izham. Dia kata dia pun businessman
tapi aku tak sure dia buat business apa.” Haris cuba mengingati nama yang baru
Tengku Akid sebut tadi dan Haris yakin yang dia memang tidak mengenali lelaki
bernama Izham.
“Do you know why he
attack you?”
“Dia kata aku potong
jalan dia pasal tanah kat Pahang. Dia kata la, tanah kat Pahang tu patutnya dia
dapat dulu tapi tiba-tiba aku hantar paper work kat Tan Sri, terus Tan Sri
reject paper work dia and secara automatiknya, tanah tu aku yang dapat.” Haris
angguk kepala.
“Mamat tu nak bina apa
kat sana?”
“Har! Itu pun satu hal.
Kau tahu Ris, dia nak buat night club kat sana. Memang patut la Tan Sri
reject.” Tengku Akid ketawa.
“So, malam tadi kau
lepaskan dia atau dia yang lepaskan kau?”
“Aku bernasib baik.
Mamat tu nak hempuk dah aku dengan kayu kat tangan dia tapi tiba-tiba ada orang
lain dah hempuk dia kat belakang. Pak Lah yang datang. Nasib baik.”
“A’ah, waktu kau kena
attack tu Pak Lah tak dengar ke?”
“Pak Lah bagitahu aku
awal-awal lagi dia dah kena ikat dengan mamat tu. Lepas Pak Lah hempuk mamat tu
dengan cota, lari tak cukup tanah la dia.” Tengku Akid dan Haris ketawa.
“Kau tak buat report
ke?” Haris menyoal lagi.
“Hurm, tak apa la. Aku
rasa lepas ni dia takkan berani nak buat apa-apa. Aku pun dah cam muka dia.
Yang penting, semuanya dah selamat dan lepas ni aku akan lebih berhati-hati.”
Haris angguk kepala.
“Er, kau panggil aku ni
kenapa Ris?”
“Oh! Hurm, aku just nak
tanya pasal report this month. Kau dah siapkan ke?” Tengku Akid senyum dan
menganggukkan kepala. Laju tangannya meletakkan sebuah fail di hadapan Haris.
“Sebab ni la aku balik
lambat malam tadi tau!” Haris tersenyum.
*********************************************************************
“Hello, HR
Department.” Tangan kiri aku mengangkat gagang telefon yang berbunyi.
“Lia, lunch nanti
keluar dengan abang boleh?” Aku melihat jam di pergelangan tangan. Setengah jam
lagi sudah masuk waktu makan tengah hari. Cepatnya!!
“Er, ok boleh. Lia
tunggu abang kat lobi ye.”
“Ok.” Kami sama-sama
mematikan talian.
“You lunch dengan big
bos ye?” Alya menyoal. Soalan atau memang Alya dah tahu dan dia nak kepastian
dari mulut aku.
“Yup!” Ringkas aku
jawab. Jari jemari aku masih ligat di papan komputer.
“Hurm, baru ingat nak
ajak lunch sama. Dah kena cop dengan big bos pulak.” Suara Alya seakan merajuk.
Aku berhenti menaip dan menoleh Alya.
“Sorry ye Al. Mungkin
esok atau lusa kita boleh lunch sama-sama ye. Ini pun tiba-tiba je Encik Haris
ajak Lia.”
“It’s ok darling. Enjoy
the lunch with your tunang ye.” Aku tersenyum dan menyambung semula kerja.
*********************************************************************
“Sorry Lia. Lama ke
Lia tunggu abang?” Aku yang tengah duduk baca majalah di lobi hotel mendongak.
“Eh, tak ada la lama
sangat. Abang jangan risau la, Lia faham kerja abang. Tak kan Lia nak marah
pulak. I’m your ex-secretary, remember?” Aku tengok Haris tersenyum.
“Kita nak pergi makan
kat mana ni?” Aku berdiri dan jalan bersama Haris.
“Restoran Melayu boleh?”
Aku angguk. Aku dan Haris keluar dari hotel dan menuju ke basement di tingkat
paling bawah.
*********************************************************************
“Lia nak makan
nasi campur atau goreng-goreng?” Haris menyoal aku apabila kami sudah sampai di
Restoran Melayu.
“Hurm, Lia nak nasi
goreng je la abang.” Haris menganggukkan kepala dan memanggil pelayan. Setelah pelayan
selesai mengambil pesanan, aku dan Haris berborak kosong. Tak lama kemudian
makanan yang di pesan tiba. Semasa kami sedang menikmati makanan, aku lihat
Haris mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang. Sambil makan aku
perhati jugak kat Haris. Aku tengok Haris macam ada masalah dengan telefon bimbit
dia. Sekejap-sekejap Haris letak telefon bimbit kat telinga, lepas tu tak cakap
apa Haris tengok balik telefon bimbit dia.
“Abang ok ke?” Haris
melihat aku.
“Ok. Kenapa Lia?” Haris
kerut dahi.
“Er, dari tadi Lia
tengok abang macam nak call someone tapi phone abang macam ada problem ye?”
“Oh. Har! Tu la, abang
nak call kawan abang tapi macam tak dengar apa la. Maybe phone ni problem kot.”
Aku senyum. Aku letak sudu dengan garfu kat pinggan lepas tu aku seluk tangan
kat dalam beg tangan. Aku ambil telefon bimbit aku dan aku bagi kat Haris.
“Nah! Abang kan boleh
pinjam phone Lia. Phone ni pun abang yang beli kan.”
“Eh, tak apa la. Balik
office nanti abang call la dia.”
“Abang! Jangan la macam
ni. Pakai je la. Bil phone tu pun abang yang bayar. Abang guna je la.” Haris
tersenyum dan telefon bimbit Dahlia bertukar tangan.
“Abang keluar sekejap
ye. Lia makan dulu.” Aku senyum dan angguk.
Haris bangun dari
kerusi dan berjalan keluar dari Restoran Melayu. Sampai di luar, Haris
menghubungi nombor seseorang. Panggilan berdering. Jantung Haris
berdebar-debar. Berdebar-debar menanti pemanggil menjawab telefon. Tak lama
kemudian..
“Hello sayang, Lia kat
mana tu?”
Degupan jantung Haris
seakan berhenti. Cepat perkataan END di telefon di tekan. Haris meraup muka dan
rambutnya. ‘Apa yang dah jadi sebenarnya? Aku ke yang menggangu hubungan mereka
atau Dahlia memang curang di belakang aku? Ya Allah! Ujian apa yang sedang
Allah beri pada hamba-mu ini Ya Allah! Pedih betul hati aku Ya Allah! Macam mana
aku nak hadapi semua ni? Tak.. tak Haris. Kau tak boleh lemah. Kau kena kuat dan
kau kena cari tahu apa yang sedang Tengku Akid dan Dahlia rancangkan di
belakang kau.’ Haris mengumpul semangatnya dan masuk ke dalam restoran semula.
“Dapat ke call kawan
abang?” Aku menyoal Haris. Haris hanya menganggukkan kepala. Telefon bimbit aku
Haris letakkan di sebelah pinggan nasi goreng aku. Aku pandang Haris tapi Haris
langsung tak pandang aku. Kenapa dengan Haris? Lepas dia keluar tadi, dia jadi
lain dan terus diam. Siapa agaknya yang Haris telefon ye? Hurm..
*********************************************************************
“Mama, Ris nak
cakap dengan mama sikit.” Datin Sharifah Sofiya menurunkan sedikit volume suara
televisyen.
“Haris ada problem
dekat hotel ke?” Haris geleng kepala.
“Dah tu, pasal Dahlia?”
Haris diam. Geleng tidak, angguk pun tidak.
“Hei! Kenapa dengan
anak mama ni?” Datin Sharifah Sofiya mengurut-ngurut bahu Haris.
“Boleh tak mama tunda
tarikh kahwin Ris dengan Lia?” Terkejut Datin Sharifah Sofiya mendengar
permintaan Haris.
“What’s wrong Haris? Kamu
berdua gaduh ye?” Haris geleng.
“Tak ma. Ris cuma rasa,
Ris nak kenal Lia dengan lebih rapat lagi sebelum Lia sah jadi isteri Ris.”
“Tapi sebelum ni Ris
yang tak sabar-sabar nak kahwin dengan Dahlia. Tell me sayang, Ris gaduh dengan
Dahlia kan?”
“Please mama, don’t ask
me why and seriously semua ni tak ada kena mengena dengan Lia. Mama jangan la
cakap yang bukan-bukan depan Lia atau makcik Ani ye.”
“Mama nak bagi alasan
apa?”
“Mama cakap la Ris
sibuk sangat. Memang tak ada masa nak ambil cuti kahwin. Please ye mama.” Haris
memegang kedua belah tangan Datin Sharifah Sofiya.
“Mama tahu Haris ada
masalah dengan Dahlia tapi mama tak nak masuk campur. Mama yakin, Ris boleh
selesaikan semua masalah Ris sendiri. Tapi, kalau Ris nak pertolongan mama atau
pendapat mama, mama selalu ada untuk Ris. Jangan segan dengan mama ye sayang.”
Datin Sharifah Sofiya mengusap perlahan pipi Haris. Haris tersenyum.
“Thank you mama! Haris
memang bertuah sangat dapat mama yang understanding. Haris love you so much!
Haris tak nak banyak dari mama, Haris cuma nak mama tolong doakan Haris. Doakan
semoga semua masalah Haris akan di permudahkan.” Bibir Datin Sharifah Sofiya
singgah di dahi Haris.
“Always sayang. Mama always
pray for you.”
*********************************************************************
“Ani boleh terima
ke?” Rohani hanya tersenyum.
“Saya terima semua
keputusan Datin dengan Encik Haris. Cepat atau lambat saya tak kisah. Saya
setuju je Datin.” Datin Sharifah Sofiya pula tersenyum.
“Terima kasih Ani. Saya
tahu Ani memang seorang yang memahami. Lagi sekali, saya minta maaf dari pihak
saya dan Haris ye.”
“Sudah la Datin, biar lah
semua masalah Encik Haris selesai dulu. Lepas tu baru kita bincang soal kahwin
ni ye. Saya rasa Dahlia pun tak ada masalah dan boleh terima semua ni.” Datin
Sharifah Sofiya menganggukkan kepala. Kepalanya menoleh pada Hanis yang
tiba-tiba turun dari bilik dan menuju ke dapur.
“Maafkan saya Datin
kalau saya menyibuk, sejak kebelakangan ni saya tengok Cik Hanis tak ceria
macam dulu. Cik Hanis tak sihat ke Datin?”
“Tu la Ani, saya pun
hairan tengok perangai Hanis semenjak dua menjak ni. Saya ingatkan saya je yang
perasan perangai Hanis dah berubah. Tak sangka Ani pun perasan kan. Bila saya
tanya, Hanis cakap tak ada apa-apa. Tapi, sebagai ibu dia ni saya tahu dia ada
masalah.”
“Hurm, Datin cuba la
cakap baik-baik dengan dia. Saya tahu Datin seorang ibu yang baik dan sangat
memahami. Selain ibu, cuba Datin jadikan diri Datin sebagai seorang kawan Cik
Hanis. InsyaAllah, mungkin dengan cara begitu Cik Hanis lebih mesra dan lebih
mudah nak berkongsi semua masalahnya dengan Datin.” Datin Sharifah Sofiya
memandang Rohani.
“Dengan cara itu la
saya berkomunikasi dengan Dahlia. Berhasil atau tak itu belakang cerita. Yang penting,
Datin dah mencuba.” Datin Sharifah Sofiya memegang kedua belah tangan Rohani.
“Alangkah baiknya kalau
perangai Dahlia sama macam Hanis. Saya yakin, tak susah Ani nak menjaga Dahlia
kan.”
“Rezeki masing-masing
Datin. Hidup Datin di limpahi dengan harta benda dan hidup saya pula hanya
bergantung pada kasih sayang Dahlia. Saya cuma ada Dahlia di dunia ni. Dahlia
lah harta yang tak ternilai pada saya Datin.”
“Terima kasih Rohani.”
Datin Sharifah Sofiya memeluk Rohani dan tanpa sedar airmatanya mengalir
perlahan.
*********************************************************************
“Hello!”
“Lia!”
“Ye, siapa ni?”
“Kimi ni.”
“Encik Kimi nak cari
mama ke? Mama pergi beli barang kejap.”
“Eh bukan, Kimi rasa
tak sihat la. Kimi nak cari panadol tapi Kimi tak jumpa. Boleh tak Lia datang banglo
kejap. Tolong Kimi.”
“Er.. panadol tu ada je
kat dapur. Cuba Encik Kimi cari perlahan-lahan kat atas almari warna coklat tu.
Mesti jumpa.”
“Lia, Kimi dah pening
sangat ni. Kimi rasa macam nak pengsan pun ada. Kimi kat dapur ni. Tolong lah
Kimi, Lia.”
“Hurm.. Ok la. Encik
Kimi tunggu kejap.” Aku meletakkan gagang telefon. Hati aku rasa tak sedap. Nak
pergi ke tidak? Tapi, takkan la Kimi nak tipu aku pulak kan. Dia pun dah lama
tak kacau hidup aku. Mungkin betul dia tak sihat. Pergi je la sekejap Lia. Aku
tukar seluar lepas tu aku kunci pintu rumah. Aku berjalan dan masuk ke dapur
ikut pintu belakang yang memang tak berkunci. Aku tengok dapur kosong! Mana
Kimi ni tadi dia kata dia ada kat dapur? Ish! Baik aku cari panadol dulu. Aku
pergi kat almari warna coklat yang ada kat depan aku. Aku buka pintu laci kat
atas. Har! Ambik kau. Berlambak panadol kat situ. Jangan kata panadol, segala
macam ubat pun tercongok kat dalam laci tu. Adoi! Macam mana la Kimi ni cari?
Pakai mata ke pakai lubang hidung dia entah. Aku ambil sekotak panadol, lepas
tu aku keluarkan dari kotak dan koyak bagi dua biji je. Lepas ambil panadol,
aku keluar dari dapur. Aku pergi kat ruang tamu. Ye la, mana tahu kot-kot dia
baring kat sofa ke kan. Aku jengukkan kepala aku sikit ke ruang tamu, tak ada jugak!
Alamak, takkan aku nak naik bilik dia pulak. Macam mana ni eh?
“Encik Kimi! Ooo..
Encik Kimi!” Sunyi! Tak ada respon. Hurm, tak kan la dia tak dengar suara aku
yang lemak merdu ni panggil nama dia kan. Test lagi la Lia.
“Encik Kimi! Encik Kimi
oooiii..!!” Sunyi lagi. Har! Entah-entah, Kimi betul-betul dah pengsan kot.
Alamak! Macam mana ni? Mama, Atia dengan Datin pun lama sangat pergi beli
barang. Haris pun mesti tak ada kat rumah ni. Sebab tu la sunyi je. Call
ambulan je la. Aku pusingkan badan aku ke belakang dan..
“Arghhh!!!”
“Lia!” Aku buka mata.
“Ya Allah! Terkejut
Lia. Encik Kimi dari mana ni? Lia panggil-panggil tadi, tak dengar ke?”
“Tak perasan la. Kimi
kat atas tadi.” Aku tengok muka Kimi. Segar je. Aku tengok badan Kimi, cergas
je. Kata tadi tak sihat la, nak pengsan la. Tapi, tak macam pun..
“Kenapa Lia tengok Kimi
macam nak makan?”
“Encik Kimi kata tak
sihat, tapi Lia tengok macam ok je.” Hakimi baru perasan. Riak mukanya berubah.
“Oh! Er.. tadi.. tadi
memang rasa macam tak sihat. Tapi sekarang much better.” Aku anggukkan kepala.
“Ok, kalau macam tu
bagus la. Lia keluar dulu la.” Aku jalan depan Hakimi. Jantung aku berdegup
laju bila Hakimi paut lengan aku dengan pantas.
“Apa ni Encik Hakimi?”
“Cepatnya Lia nak
balik. Temankan Kimi kejap ye.”
“Er.. maaf la Encik
Kimi. Lia ada kerja sikit kat rumah. Lagipun tak elok kalau ada orang lain
nampak kita berdua dalam rumah macam ni.” Hakimi mengeratkan pegangan di lengan
aku.
“Lia jangan la sombong
sangat! Ops! Apa yang patut Kimi panggil ye? Lia atau Kak Lia? Ye la, Lia kan
bakal kakak ipar Kimi.” Apahal dengan Kimi ni? Nak cari pasal dengan aku ke?
“Lepaskan Lia Encik Kimi!
Jangan nak cari pasal pulak dengan Lia.” Aku cuba nak lepaskan tangan Hakimi
tapi sah-sah la tenaga Hakimi lagi kuat.
“Oh, aku dah tak boleh
nak cari pasal dengan kau la ye. Kau ingat, kau dah kuat sangat? Hei! Kau
dengar sini Lia, selagi kau belum nikah dengan Abang Ris, aku boleh buat apa
saja pada kau tahu. Mana tahu kan, lepas apa yang aku dah buat pada kau kejap
lagi, Abang Ris pun dah jijik dengan kau dan melepas la kau nak kahwin dengan
orang kaya.” Hakimi ketawa. Aku dah panik.
“Kau cakap apa ni har?”
Hakimi menarik aku menghampirinya.
“Kau pernah terlepas
dari aku sekali dan kali ni takkan ada sesiapa yang dapat tolong kau. Mama aku,
Atia dengan mak kau akan balik lambat sebab diaorang semua sibuk nak shopping
barang kahwin kau. Dan ini je la masa yang sesuai untuk kita berseronok sayang!”
Aku telan air liur. Aku tolak Hakimi. Tapi belum sempat aku lari, Hakimi dah
peluk aku dari belakang.
“Kau nak lari ke mana
har?” Aku meronta-ronta minta Hakimi lepaskan aku.
“Lepaskan aku la
binatang! Lepas!”
“Bodoh lah aku kalau
aku lepas kan kau. Kalau kau nak tahu, aku ni dah lama nakkan kau tahu! Kau la
perempuan yang paling susah aku nak dapat. Bila dah susah, takkan la
senang-senang aku nak lepaskan kau, kan.” Aku menjerit bila aku rasa leher aku
di kucup Hakimi.
“Kimi! Jangan buat aku
macam ni Kimi. Aku merayu!” Hakimi menolak aku ke atas sofa di ruang tamu.
“Aku sukakan kau, tapi
kau sibuk nak kahwin dengan Abang Ris. Kau nak kahwin dengan Abang Ris sebab
dia kaya kan? Aku pun kaya Lia! Aku boleh bagi apa yang kau nak. Tapi, kau
tetap tak pilih aku kan. Jadi, sebelum kau jadi kakak ipar aku, apa kata biar aku rasmi kau dulu.” Hakimi ketawa lagi. Hakimi menghampiri aku. Aku pukul-pukul badan Hakimi. Hakimi mengelak tapi aku tetap tak nak mengalah. Semua tenaga yang ada,
aku keluarkan untuk pertahankan maruah aku. Hakimi menampar pipi aku bila aku
masih kuat melawan. Aku menangis dan berdoa semoga maruah aku di lindungi dari
syaitan kat depan aku ni.
To be continue..
Thanks for reading..